Dua tahun lagi, usianya bakal menginjak ke usia 40 Tahun, justeru pelakon Nur Fazura mengakui berhasrat untuk menambah ahli baru dalam keluarga mereka.
Tidak merancang soal cahaya mata, ibu kepada cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisyah ini bagaimana pun meluahkan rasa syukur kerana suaminya,Fattah Amin tidak meletakkan tekanan berhubung soal itu.
Bahkan, dia memberi kebebasan buat Fazura untuk menyusun jadual hariannya sebaik mungkin.
Dia bagaimana pun mengakui ramai yang bertanya mengenai perancangannya untuk menambahkan ahli keluarga.
“Saya memang ada perancangan untuk menambah cahaya mata tetapi jadual kerja begitu padat. Apatah lagi saya juga semakin aktif dalam bidang perniagaan, jadi rutin harian kini semakin sarat dengan pelbagai aktiviti.
Walaupun sudah mendapatkan semula bentuk badannya, Fazura mengakui masih mahu mendapatkan seorang lagi cahaya mata lebih-lebih lagi suami turut mahukannya.
Ads
“Selepas bersalin, saya mengambil masa yang lama untuk menurunkan berat badan. Akhirnya kini saya mendapat berat ideal iaitu 54 kg. Tiada jalan pintas, saya perlu menjaga pemakanan dan mencuri masa untuk bersenam.
“Dalam pada itu, saya memahami usia juga semakin meningkat dan perlu memikirkan soal menambah zuriat. Jadi tidak boleh hendak melengahkan masa dan sebagainya,” katanya.
Ramai selebriti baik menerusi laman sosial mahupun dalam media cetak menyatakan hasrat mereka untuk mengerjakan umrah.
Namun berbeza dengan pasangan sama cantik sama padan ini. Pemergian mereka ke tanah suci disertai bersama anak tersayang tidak diketahui oleh peminat mahupun pihak media. Hanya setelah selesai menunaikan umrah dan bakal berangkat pulang ke tanah air barulah Hairul Azreen dan Hanis Zalikha berkongsi berita tersebut.
Namun tumpuan semestinya lebih kepada Yusuf Iskandar buah hati pasangan ini yang bakal bergelar abang tak lama lagi. Gelagatnya yang cukup bersahaja di sana menjadi tumpuan.
Menerusi laman instagram mereka, rata-rata memuji kecomelan dan gelagat Yusuf yang cukup mencuity hati. Antaranya termasuklah ketika menghulurkan sedekah kepada orang di sana.
Ini dapat dilihat menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman instagramnya. Rata-rata pengikutnya memuji akan sikap bersahaja Yusuf ketika menghulurkan sedekah.
Melihat harga barangan yang serba naik, tentu ada peniaga yang bimbang dan terpaksa akur untuk sama menaikkan harga jualan demi memastikan perniagaan yang dilakukan untung dan paling tidak pun pulang modal.
Pun begitu, tidak dinafikan ada juga sesetengah peniaga masih kekal bertahan dengan harga lama malah ada juga lebih mengutamakan niat untuk bersedekah dalam berniaga.
Ini seperti yang dilakukan oleh seorang peniaga nasi ayam, rusdhidarikah berkongsi video di tiktok berkenaan tip dalam berniaga.
Ujarnya menjadi kelaziman peniaga nasi ayam akan memotong ayam pada 14 atau 15 bahagian bagi memastikan lebih banyak bahagian boleh dijual.
Tapi berbeza pula baginya bahawa dia lebih suka memotong ayam kepada 10 bahagian.
Meskipun ada yang menganggap cara potongan tersebut akan mengurangkan keuntungan peniaga, namun baginya ia suatu yang boleh dilakukan.
Apatah lagi ujarnya, “Dalam berniaga, rezeki bukan di tangan kita. Sebaliknya Allah swt yang memberikan rezeki.”
Berdasarkan video yang dikongsikan, pemilik akaun tiktok rusdhidarikah ini berkongsi cara memotong ayam kepada 10 bahagian untuk dijadikan panduan kepada yang ingin berniaga nasi ayam sepertinya. Semoga bermanfaat.
Cara Potong Ayam
Langkah 1 :
Seekor ayam dipotong dua
Langkah 2 :
Kemudian dari bahagian tersebut di belah dua lagi. Jadi seekor ayam tadi menjadi empat bahagian.
Langkah 3 :
Kemudian pada bagaian yang ada kepak di potong pula menjadi tiga bahagian.
Langkah 4 : Ambil pula bahagian paha ayam dan potong kepada dua bahagian.
Oleh itu sebelah bahagain ayam akan dapat 5 bahagian, kemudian lakukan potongan yang sama pula pada sebelah bahagaian ayam tadi. Secara total akan dapat 10 bahagian potongan ayam.
Tambahnya lagi bagi menampakkan kuantiti ayam yang banyak dan menarik, turut diletakkan sayuran di atas pinggan tersebut.
Sehubungan dengan itu, barulah ramai pelanggan tertarik dan rasa berbaloi membeli hidangan yang disediakan.
Malam tadi kita dikejutkan dengan pemergian seorang ulama besar dunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi.
Pemimpin Ikhwanul Muslimin yang berusia 96 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di Doha, Qatar selepas hidup dalam buangan susulan tindakan tentera menumbangkan kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.
Mungkin ramai yang sudah mengetahui mengenai beliau namun tidak cukup mengenali secara dekat. Untuk itu, mari kita selami dengan lebih mendalam mengenai perjalanan dan kejayaan yang telah dicapai oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi di bawah ini.
Latar belakang Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
Sheikh Yusuf Al-Qaradawi atau nama sebenar beliau adalah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Beliau dilahirkan pada 9 September 1926 di sebuah perkampungan iaitu Desa Shafat at-Turab, Mahallah al Kubra, Gharbiah di Mesir.
Difahamkan, bapanya telah meninggal dunia sewaktu beliau masih berumur sekitar 2 tahun. Oleh itu, beliau telah dijaga oleh ibu, bapa saudara dan datuknya.
Sewaktu berada di sekolah menengah (peringkat thanawi) ibunya difahamkan telah meninggal dunia.
Sejarah Pendidikan
Sejak kecil lagi, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi terkenal dengan kepintarannya apabila sentiasa mendapat tempat pertama kecuali pada peperiksaan akhir di sekolah menengah. Beliau juga mendapat tempat kedua di seluruh Mesir dengan perbezaan setengah markah daripada individu tempat pertama.
Menginjak dewasa, beliau telah melanjutkan pengajian di Institut Pembahasan dan Pengkajian Arab Tinggi dan meraih sijil Diploma Tinggi Bahasa dan Sastera Arab.
Kecintaan beliau dalam ilmu tidak berhenti disitu apabila beliau terus melangkah ke menara gading dengan memilih Universiti Al- Azhar sebagai destinasi yang seterusnya meskipun dirinya menerima tawaran di Dar al-Ulum, Kaherah. Di Universiti itu, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin.
Pada tahun 1973, beliau telah meraih gelaran doktor setelah menamatkan pengajiannya pada peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Jawatan yang pernah disandang
Kecerdasan minda beliau tidak perlu dipertikaikan lagi. Bukan sahaja dalam aspek pendidikan, beliau turut aktif dalam program berbentuk kepimpinan dan menyandang pelbagai jawatan.
Ciri-ciri kepimpinan beliau terserlah apabila menyandang jawatan pada pelbagai peringkat seperti Penyelia Hal Ehwal di Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan Islam al-Azhar dan Pengarah Kolej Agama, Qatar selama 12 tahun sejak tahun 1961.
Selain itu, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi turut menjawat jawatan penting seperti menjadi Presiden Al-Ittihad al-Alami li-Ulama’ Muslimin iaitu Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan banyak lagi.
Guru-guru Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
Cintanya dalam berjihad di medan ilmu sangat mendalam. Perkara ini sangat jelas apabila beliau banyak berdamping dengan guru-guru yang terkenal.
Antara guru yang pernah beliau menuntut ilmu termasuklah Syeikh Hamid Abu Zuwail, Syeikh Ali Khalil, Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Syeikh Hasan al-Banna, Ustaz al-Bahi al-Khuli, Syeikh Mahmud al-Daffar, Syeikh AL-Munafi dan banyak lagi.
Karya Penulisan
Kenali Latar Belakang Sheikh Yusuf Al-QaradawiGambar: Egypt Student Information
Al-Qaradawi banyak berbakti dalam bidang penulisan dan sering menyampaikan dakwah serta membentangkan kertas kerja pada peringkat kebangsaan mahupun global.
Penglibatan dalam penghasilan karya yang berkualiti tinggi oleh beliau menjadi sumber rujukan kepada para ulama.
Difahamkan, beliau telah menghasilkan hampir seratus buah buku dalam bidang keilmuan Islam terutamanya dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam.
Karya-karya yang dikarang oleh beliau sangat diminati oleh umat Islam di seluruh dunia. Tambahan lagi, buku-buku tersebut merupakan cetusan ideanya dalam membawa wawasan perjuangan dan ideologi Sheikh Yusuf Al-Qaradawi secara terperinci.
Beliau sering mengupas karya ilmiah dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, Ekonomi Islam, Pemahaman al-Qur’an dan al-Hadith dan bidang Tauhid. Antara karya yang dihasilkan oleh beliau termasuklah Fiqh al-Zakat 2 jilid, Fatawa Mu’asarah 2 jilid, Haqiqat al-Tawhid dan banyak lagi.
Kecemerlangan dan pengaruh yang ditonjolkan oleh Al-Qaradawi telah membuatkan beliau menerima pengiktirafan ulama dunia yang diberikan oleh para gurunya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.