Siapa sangka panggilan video menjadi tatapan akhir buat seorang suami setelah isterinya disahkan meninggal dunia setelah ditemui lemas.
Kejadian meruntun jiwa itu menjadi khabar duka buat lelaki ini setelah setelah beberapa seketika panggilan ditamatkan.
Memetik laporan Sinar Harian Abu Mansur Ahmad Musa, 43, berkata, panggilan video yang diterima daripada isteri Siti Fatimah Jaafar, 33, pada jam 5 petang itu merupakan panggilan video pertama dibuat isterinya dan wajahnya berseri-seri.
Katanya lagi, wajah isterinya kelihatan begitu cantik ketika panggilan video itu.
“Saya pelik dia tidak pernah buat panggilan video sebelum ini. Saya sempat usik isteri, minta dia ucap ‘I love you’ tetapi dia malu.”
“Namun beberapa minit kemudian, anak saudara hubungi saya beritahu, isteri dan anak saya lemas. Saya bergegas dari rumah kami di Ulu Tiram ke pantai,” katanya.
Ads
Sebelum itu, Siti Fatimah Jaafar, 33, dan anak saudaranya Nur Arisya Hanan Mohd Salleh, 13, dilaporkan lemas manakala empat lagi terselamat selepas mereka mandi di Pantai Bayu Impian, Bayu Damai pada petang Selasa.
Abu Mansur yang juga peniaga dalam talian memberitahu dia bersama isteri dan tiga anak berusia 12 hingga 8 tahun serta kira-kira 20 ahli keluarga pergi ke chalet di Pantai Bayu Impian sejak Isnin untuk bercuti.
Bagaimanapun, Abu Mansur terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil barang perniagaan di rumah mereka pada tengah hari Isnin.
Ads
DETIK CEMAS
Menceritakan kisah tragis kejadian terbabit, Abu Mansur berkata, isterinya sedaya upaya menyelamatkan anak lelaki kedua mereka berusia 10 tahun yang dipercayai lemas terlebih dahulu.
“Tetapi selepas anak selamat, isteri saya pula tidak dapat diselamatkan dan ditemui tidak sedarkan diri.
“Saya cuba menenangkan anak sulung dan meminta anak saya menerima takdir Ilahi ini. Buat masa keadaan anak kedua di Hospital Kota Tinggi stabil dan telah dipindahkan ke wad perubatan biasa,” ujarnya.
Ads
PESANAN TERAKHIR JAGA ANAK AUTISME
Dalam pada itu, Abu Mansur memberitahu isterinya ada berpesan kepada anaknya agar menjaga adik bongsu yang merupakan anak kurang upaya (OKU) autisme.
“Sejak beberapa minggu lalu, isteri saya akan menangis berdoa dan berpesan kepada dua lagi anak lelaki kami agar menjaga Khalifah yang merupakan anak bongsu kami.
“Anak-anak dipeluk erat isteri selepas selesai solat berjemaah. Biasanya selepas kami sekeluarga solat berjemaah pada waktu malam,” katanya.
Abu Mansur memberitahu jenazah isterinya dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tiram.
Halang air banjir masuk rumah, wanita kongsi idea guna papan dan tanah liat. Musim banjir merupakan satu fenomena tahunan yang sering melanda negara-negara yang mempunyai musim hujan yang ketara, termasuk Malaysia.
Halang Air Banjir Masuk Rumah
Bagi mereka yang biasa mengalami banjir, ramailah yang kreatif membuat persediaan agar rumah tidak dimasuki air. Dalam satu hantaran di TikTok, seorang wanita, Nurul Atyra yang menggunakan teknik mudah menghalang air banjir memasuki ruang rumah.
“Dengan rumah saya ok. Anda cubalah, harap membantu.” – tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam keadaan semasa banjir kilat yang kerap terjadi akhir-akhir ini, tip yang dikongsikan ini mungkin dapat membantu.
Wanita Kongsi Idea Guna Papan & Tanah Liat
Menerusi video tersebut, sekeping papan digunakan sebagai penghadang air banjir separas buku lali.
Penghadang banjir itu adalah idea wanita itu sendiri dan dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa ketika air banjir belum memenuhi pekarangan rumah.
“Rumah saya selalu dimasuki air (banjir). (Untuk mengelakkan ia berulang), saya lekatkan papan yang sama saiz dengan pintu dan dilekatkan dengan menggunakan tanah liat permainan kanak-kanak (plastisin).
“Jadi, air tidak masuk ke dalam rumah, selamatlah sofa dan perabot semua.
“Untuk pintu gelangsar (sliding door) pun boleh. Jadi anda semua boleh cuba. saya ok, air tak masuk ke dalam rumah.
Perkongsian wanita itu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-rata tertarik dengan kreativiti wanita itu dan mengakui keberkesanannya untuk menghalang air masuk ke rumah semasa banjir.
Sebelum ini ada yang berkongsi idea mengelak limpahan air banjir masuk ke dalam ruang kediaman.
Lain dari yang lain. Jika biasanya rombongan sekolah naik bas, lain pula kisahnya sebuah sekolah tadika di Kuantan yang membawa anak-anak muridnya menaiki kapal terbang untuk lawatan ke Kuala Lumpur.
Melalui satu akaun Tik Tok aznia.razizan, kesemua anak-anak murid merasai pengalaman paling manis bila di bawa oleh guru mereka menaiki penerbangan Kuantan-Kuala Lumpur.
Menurut perkongsian, kos yang dianggarkan adalah sekitar RM300 hingga RM350 termasuk kesemua perjalanan untuk menaiki kapal terbang, ERL, lawatan ke Petrosains serta makan dan minum.
Pun begitu dimaklumkan ibu bapa hanya perlu membayar sekitar RM170 hingga RM180 sahaja untuk kesemua perjalanan itu.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji usaha cikgu untuk memberi pengalaman paling bermakna buat anak-anak.
Tidak hanya satu pengalaman baru bahkan keseronokkan terbang di udara bersama kawan-kawan pastinya satu pengalaman yang cukup bermakna buat mereka.
Sumber: TikTok @aznia.razizan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pertemuan yang tidak disangka-sangka. Majlis World Quran Hour yang berlangsung semalam menjadi detik terindah buat Kebawah Duli Paduka Baginda, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang bertemu dengan gurunya sejak sekian lama.
Momen pertemuan itu sempat dirakamkan ketika Tunku Azizah yang merasmikan World Quran Hour di Masjid Sultan Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berangkat untuk pulang selepas majlis tamat.
Tengku Ampuan Pahang bersama gurunya, Raja Norshiah Raja Mohd Nor yang kini berusia 80 tahun.
Bagaimanapun langkah terhenti sebaik Tunku melihat raut wajah yang cukup dikenalinya. Malah guru tercinta, Raja Norshiah Raja Mohd Nor yang kini berusia 80 tahun menunggu hingga habis majlis berlangsung demi ingin bertemu susuk tubuh yang cukup dikenalinya sejak dulu.
Ujar Tengku Ampuan Pahang sendiri, guru yang mengajarnya subjek Sains Rumahtangga di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bharu itu banyak mengajarnya selok belok rumahtangga dan urusan masak-memasak.
“Tiap-tiap hari lepas masak saya disuruh berus lantai dapur dari depan sampai ke belakang.
“Garang ni. Tapi sampai sekarang kerana cikgu saya pandai masak,” ujar Tunku Azizah ketika pertemuan itu.
Tunku Azizah sempat merakamkan detik indah itu dan mengabadikan kenangan bersama gurunya setelah sekian lama tidak berjumpa.
Gembira masih diingati Tengku Ampuan Pahang
Berkongsi kisah pelajarnya, Raja Norshiah Raja Mohd Nor juga sempat berkongsi kisah pelajarnya yang merupakan seorang yang cukup aktif dan peramah ketika di sekolah.
Malah kata beliau lagi, dia bersyukur kerana anak muridnya itu masih mengenali dirinya.
“Beliau sangat peramah, banyak bercakap, dan memang sangat minat memasak. Dia seorang pelajar yang sangat komited dan sentiasa gembira.
“Sebab itu, saya terpaksa menjadi sedikit garang ketika mengajar.
“Saya pula memang seorang guru yang tegas dalam pengajaran,” ujarnya berkongsi.
Tambahnya lagi, jika diberikan tugasan berpasangan, Tunku Azizah sangat aktif dan sebolehnya dia mahu membuatnya sendiri dan melakukan apa sahaja yang disuruh dengan baik.
“Saya garang kerana mahu mereka belajar dengan cara yang betul, menggunakan kaedah yang tepat. Semua pelajar saya belajar secara formal dan mereka menghormati saya sebagai seorang guru.
“Saya berasa gembira kerana beliau masih mengingati saya sebagai ‘guru garang’,” ujarnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di