Perkongsian penyanyi dan usahawan, Ahmad Nubhan Ahamad, 40, mencuri perhatian ramai apabila beliau berjaya membangunkan sebuah ladang seluas empat ekar khas bagi mengusahakan produk sambal tempoyak daun kayu.
Nubhan Buka Ladang Empat Ekar, Mak Jenny Dah Boleh Buat Banyak Sambal Tempoyak Daun Kayu
Menerusi video yang dikongsi di akaun TikTok miliknya, Nubhan turut membuat kejutan istimewa kepada ibunya, Mak Jenny, dengan menunjukkan hasil usaha mereka selama hampir dua tahun.
Menurut Nubhan, proses menubuhkan ladang ini bukan sesuatu yang mudah, malah memerlukan kesabaran tinggi dan pengetahuan dalam bidang penanaman.
“Sebenarnya, untuk buka ladang ini bukan satu kerja yang mudah. Nak kena tahu tanam pokok, pokok mati, dan pokok kena virus,” ujarnya.
Ads
Ads
Tambah beliau, kekangan untuk mendapatkan bahan mentah seperti daun-daun ulam menyebabkan beliau mengambil inisiatif untuk menanam sendiri di atas tanah milik mereka.
“Saya buat ladang ini sebab kita susah nak dapat daun-daun ini. Jadi kita tanam,” katanya lagi.
Selepas melalui pelbagai cabaran dalam tempoh hampir dua tahun, Nubhan bersyukur kerana kini mereka sudah bersedia untuk mengeluarkan produk sambal tersebut dengan bahan-bahan yang mencukupi dan segar dari ladang sendiri.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji semangat dan kegigihan Nubhan dalam menceburi dunia perniagaan berasaskan makanan. Ramai juga yang menyamakan dedikasi Nubhan dengan pempengaruh popular, Khairul Aming, yang dikenali kerana komitmennya dalam dunia keusahawanan makanan.
Ads
Usaha Nubhan bukan sahaja menjadi inspirasi, malah turut membuka mata masyarakat tentang potensi besar dalam sektor pertanian dan makanan tempatan.
Pernah tak anda mengalami masalah tiba-tiba suami jatuh sakit dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan. Demikian yang terjadi pada Jiha Shuib apabila suaminya tiba-tiba collapse akibat serangan strok.
Tidak pernah menyangka perkara begitu boleh memberi impak yang cukup besar padanya kerana selama ini tidak mengambil kisah bab simpanan waktu kecemasan, jauh sekali untuk bertanyakan kepada suami number pin ATM nya.
Disebabkan pengalaman tersebut, Jiha ingin berkongsi dengan wanita lain di luar sana tentang info penting yang sepatutnya seseorang isteri ambil peduli supaya tidak gelabah apabila berlaku kecemasan.
Berikut 7 Perkara Penting Yang Isteri Kena Ambil Tahu Dari Suami:
Degil Untuk Berhenti Merokok
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa, ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu. Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu. Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Tidak Tahu Nombor Pin ATM
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana. Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa. Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu. Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah. Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
7 Perkara Isteri Kena Ambil Tahu:
Disini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu. Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Skill Malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya. Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk. Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.
Tentunya waktu ini ibu bapa sibuk menguruskan persekolahan hari pertama anak-anak. Pastinya ada segelintir anak-anak yang menangis tetapi ada juga yang dapat mengawal perasaan.
Waktu ini juga, cikgu adalah individu yang popular yang akan menjadi perhatian ibu bapa. Ketika ini cikgu akan menjadi rujukan utama untuk pelbagai masalah dan perkara berkaitan persekolahan. Begitulah tanggungjawab cikgu ketika ini, sebagaimana yang dipaparkan oleh Pakar Kekeluargaan, DrTaufiq Razif perihal peranan cikgu.
5 Benda Mak Ayah WAJIB Tahu Tentang Cikgu
1. Cikgu ni tempat anak kita bertanya dan menuntut ilmu. Tugas mengasuh dan mendidik anak tu tetap 100% di bawah bahu kita mak ayah
2. Cikgu ni tetap manusia biasa. Bila ada salah dan silap tu tegurlah tapi biarlah dengan saluran yang betul dan dengan cara yang berhikmah
3. Cikgu ni walaupun sporting macam mana pun mereka bukannya kawan anak kita. Mereka tu GURU mereka. Jadi ajarlah anak kita untuk jaga adab dan kata kata dengan guru. InsyaAllah berkat hidup anak kita bila mereka pandai hormat orang yang beri mereka ilmu
4. Cikgu ni besar jasanya pada anak kita. Walaupun nampak cikgu cuma ajar benda yang remeh pada mata kita tapi kita tak tahu mungkin benda remeh tu la yang paling anak kita perlu suatu hari nanti
5. Cikgu ni bebannya banyak dan berat. 1 guru tu kadang nak kena jaga sampai 30 orang murid. Tak mampunya mereka nak fokus kat anak kita sorang je. Jadi, tanggungjawab kita la untuk bagi fokus secara eksklusif pada anak kita sendiri.
Sebelum ini pernah tular wajah seorang adik yang bernama Nur Miza Najla Mustaffa dikatakan sama persis dengan penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.
Tidak lepaskan peluang, baru-baru ini ayah Allahyarhamah, Raisuddin ditemani isterinya, Siti Fatimah Suberi atau dikenali sebagai Makder dan Uwais Alqarni telah meredah 7 jam perjalanan ke utara demi berjumpa dengan adik Miza.
“Rezeki dapat berjumpa dengan adik Miza. Tujuh jam perjalanan sebab suami nak sangat jumpa,” katanya dalam perkongsian di laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Shuib yang tidak dapat turut serta berjumpa adik Miza turut memuat naik semula video perkenaan dan turut berkongsi panggilan video ketika pertemuan berkenaan.
“MasyaAllah comelnya, macam dia (Siti Sarah) masa kecik2 (kecil), budak sekolah rendah. Allah Maha hebat.….. Uwais pergi tak ajak. Kirim salam adik Miza. Ade rezeki nak jumpa nanti.
“Semoga ada rezeki bertemu kamu,” tulis Shuib di kapsyen IG miliknya.
Berkongsi kisah berkenaan, ibu saudara Nur Miza Najla, Nur Atira Nasaruddin, 23, berkata, pertemuan itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang.
Menurut Nur Atira , keluarga Allahyarham Siti Sarah meluangkan masa selama beberapa jam sebelum pulang.
“Seminggu sebelum, saya dihubungi keluarga Allahyarham (Siti Sarah) yang menyatakan hajat mereka untuk bertemu Miza (nama panggilan).
“Semalam, mereka sekeluarga datang tetapi tanpa Shuib dan luangkan masa sampai malam.
“Nampak bapa Allahyarham (Raisuddin Hamzah) yang paling teruja bersembang malah ada juga tunjukkan gambar Allahyarham ketika kecil selain beri hadiah tudung kepada Miza,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Terdahulu, tular kisah Nur Miza Najla yang memiliki wajah seiras penyanyi, Allahyarham Siti Sarah selepas videonya dikongsikan oleh ibu saudaranya, Nur Atira.
Nur Miza Najla yang juga murid Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), di sini sedar persamaan itu dan mengakui meminati Siti Sarah walaupun tidak pernah bertemu dengan Allahyarham.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata akui sebak dengan pertemuan dua keluarga ini terutamanya kegigihan si ayah yang terlalu merindui seorang anak. Malah, tidak dinafikan wajah adik Miza sememangnya sama seperti wajah Allahyarhamah Siti Sarah.