Ada ibu yang mengalami detik yang menyenangkan namun tidak kurang juga berdepan detik yang sukar sepanjang tempoh sembilan bulan.
Muntah, loya, kurang selera makan dan sebagainya membuatkan ibu semakin tidak kuat untuk menjalani kehidupan yang ceria. Namun apabila memikirkan soal bayi yang berada di dalam kandungan, kebanyakkan ibu hamil terpaksa mencari kekuatan diri untuk pulih dengan segera.
Keletihan melampau di awal kehamilan, begitu juga di hujung kehamilan menjadikan ibu mudah lelah untuk meneruskan rutin hidup. Pemakanan yang baik dan sihat adalah kunci kepada tubuh yang kuat sepanjang kehamilan.
Namun bukan bermakna ibu hamil perlu makan dengan jumlah yang banyak. Istilah makan untuk bayi di dalam kandungan atau ambil sejumlah makanan untuk dua orang, ibu dan bayi bukanlah satu cara yang tepat untuk menambah tenaga dan menguatkan ibu ketika hamil.
Memilih makanan dengan bijak adalah caranya. Apa ibu hamil perlu lakukan?
Mabuk di awal trimester
Mabuk di awal trimester sememangnya satu hal yang cukup sukar bagi ibu hamil. Loya dan muntah sepanjang hari malah perasaan takut untuk mengambil makanan kerana bimbangkan muntah menjadi satu masalah terbesar buat ibu hamil. Ketika inilah tubuh ibu menjadi bertambah lemah kerana kurangnya makanan serta kehilangan banyak air dalam badan.
Usah makan dalam jumlah yang banyak sebaliknya hanya ambil makanan berkhasiat pada kadar yang mencukupi serta lebihkan buah-buahan yang sihat untuk menambahkan tenaga dan gula dalam badan.
Ads
Kurma sebagai kudapan
Jangan tolak makanan berat sebaliknya kurangkan kuantiti yang diambil setiap hari. Makan cukup hanya memberi kekenyangan pada perut dan memberi nutrisi pada tubuh ibu dan bayi. Ketika waktu di antara menunggu waktu tengahari dan malam, jadikan kurma sebagai kudapan utama.
Kurma adalah salah satu makanan yang sangat baik untuk wanita mengandung. Malah kurma juga disifatkan sebagai “super food” yang memberikan banyak manfaat kesihatan. Kurma mengandungi jumlah serat dan antioksidan yang tinggi. Ia juga merupakan sumber tenaga dan zat besi yang sangat penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia merangsang perkembangan sel-sel darah merah bayi.
Susu dengan kurma
Nak lebih sedap lagi ambil kurma dengan susu, lebih cepat kenyang dan makin berkhasiat buat ibu hamil. Boleh juga dikisar bersama dan minum. Memang sedapnya lain macam.
Ads
Kurma dan susu hebat yang digabungkan bersama pastinya buat ibu hamil bertambah kuat malah dibekalkan kalsium yang tinggi untuk perkembangan sel bayi.
Kalau suka, jangan lupa amalkan susu sihat ini dalam diet harian anda. Biar kenyang, khasiatnya pun berganda.
Rehatkan tubuh dengan sebaiknya
Selain makanan dan bekalan susu sempurna buat perkembangan bayi, tubuh ibu hamil yang keletihan juga perlu direhatkan sebaiknya. Elakkan melakukan aktiviti yang terlalu lasak atau diluar kemampuan tubuh anda. Dapatkan jumlah tidur yang mencukupi terutama dihujung kehamilan. Walaupun ketika ini tidur semakin diganggu namun usahakan untuk tidur pada tempoh yang lama dan selesa.
Ads
Elakkan tekanan dan bebanan kerja yang terlampau sehingga mengganggu perjalanan emosi dan perkembangan hormon yang tidak stabil. Ketika rasa gelisah, letih dan tidak berdaya, tariklah nafas dalam-dalam supaya jiwa menjadi lebih tenang.
Pilih makanan tepat
Makanan yang tepat bukan bermakna pada kuantiti yang banyak sebaliknya pilih makanan yang mampu menaikkan selera ibu namun berkhasiat. Mudahkan selera anda dengan pemakanan yang lebih santai seperti nasi atau roti dan sup sahaja berbanding aneka makanan berlemak dan bertumis yang tidak sihat. Pilih buah, sayur dan aneka birijin untuk menguatkan ibu.
Ketika bulan Ramadan ini boleh dikatakan pada waktu petang mulalah ibu-ibu sibuk di dapur untuk sediakan menu berbuka.
Bukan satu menu yang perlu dimasak, bahkan tiga empat menu disediakan dan semua ini perlu dibuat dengan pantas bagi memastikan semua menu siap dihidang sebelum waktu berbuka.
Umumnya bila asyik memasak, kadang-kadang tidak perasan pula anak-anak turut bermain-main di dapur dan sekali gus boleh mengundang bahaya.
Apatah lagi jika kita cuai dalam mengutamakan faktor keselamatan ketika di dapur.
Sebagai panduan dan peringatan bersama, ayuh kita baca perkongsian daripada Dr Redza Zainol untuk panduan bersama.
Ketika saya sampai ke zon merah Jabatan Kecemasan, saya lihat anak kecil ni sedang baring mengerang kesakitan.
“Mak, mak. Adik sakit,” dia cuba memanggil ibunya.
Ceritanya, anak umur 3 tahun ni senyap-senyap masuk ke dapur. Dia tarik wayar alatan elektrik yang dia lihat terjuntai ke bawah.
Alat elektrik tu beralih sampai terlanggar periuk berisi air mendidih dan air panas tu pun tumpah ke atas badannya.
Dia meraung sekuat-kuatnya meminta tolong.
Dari bahu kanan, ke dada, perut dan sebahagian kaki kanannya semuanya melecur kemerah-merahan.
Sepanjang masa terbaring di katil pesakit, asyik-asyik dia lihat tangan kanannya yang dah berubah warna.
“Kenapa dengan adik?”
“Adik melecur,” itu saja yang mampu dibalas.
Menangis ibu tu. Kami yang ada pun mahu sama ikut menangis.
Cerita ni berlaku pada bulan Ramadan beberapa tahun lepas.
Ibu ayah tolong perhatikan perkara ni ketika berada di dapur:
✅ Letak makanan dan minuman panas di tengah meja.
✅ Letak periuk dan kuali yang panas di tempat memasak bahagian belakang (back burners).
✅ Rapatkan periuk dan kuali tu hingga menyentuh dinding selepas selesai digunakan.
✅ Pemegang periuk dan kuali dipusing supaya mengadap bahagian dalam.
✅ Jauhkan anak dari oven yang panas. Letak pengadang supaya anak tak dapat masuk ke kawasan dapur.
✅ Semua wayar alatan elektrik diletak tinggi dan jauh dari jangkauan tangan anak.
✅ Tidak mendukung anak ketika memegang cawan berisi air panas atau ketika memasak.
Tolong saya #sebarkan ilmu mahal ni pada mak ayah yang lain ya. Kita cuma nak pastikan anak-anak kita selamat ketika kita sibuk memasak.
Tular video yang dikongsikan oleh seorang pakar jantung yang menjelaskan serangan jantung disebabkan tekanan.
Menerusi video memaparkan soalan yang ditanya netizen mengenai rakannya yang mendapat serangan jantung walaupun tidak merokok, tiada kencing manis, tahap kolestrol normal.
Video berdurasi 16 saat itu telah meraih tontotan sehingga mendapat share 14K setelah pakar jantung membuat pendedahan mengenai punca serangan jantung bagi individu yang sihat tanpa penyakit.
Menurut Pakar Jantung, Dr Rahim, pesakit yang mengalami serangan jantung adalah golongan muda yang mengalami tekanan, tidak cukup rehat dan tidur.
“Saya telah menemui ramai pesakit yang mempunyai rekod kesihatan yang baik. Tapi beliau terkena serangan jantung pada usia yang muda.
“Ia berpunca daripada stress, tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur. “
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa bimbang dengan gaya hidup. Ada juga berkongsi tip dan pengalaman ahli keluarga yang mengalami serangan jantung.
“Jaga makan jangan stress lakukan perkara yang kita suka dan adakan satu hobi.”
Sejak kecil kita selalu ditegur oleh ibu ayah agar makan jangan gelojoh. Hal ini bukan sahaja mendidik diri kita untuk makan dengan sopan dan beradab semata-mata.
Bahkan menguyah makanan dengan perlahan memberikan kita rasa lebih menghayati keenakan makanan tersebut. Tidak itu sahaja, ia juga memberi impak pada kesihatan.
Ini sebagaimana perkongsian info daripada Dr Erna Nadia di akuan facebooknya. Menurutnya ada kaitan dengan cara kunyah dan berlakunya angin dalam perut.
Nak tahu detail, jom kita baca perkongsian penuh daripadanya. Diharapkan selepas ini ada kesedaran untuk kita ubah cara menguyah jika selama ini kerap sangat terasa sebu atau angin dalam perut.
Nikmati Makanan Dengan Sebaiknya
Kunyah makanan dengan perlahan bagus untuk bantu mencernakan makanan dengan elok. Bila pencernaan makanan elok, makanan mudah dihadam. Bila mudah dihadam, mudahlah lawas. Dan yang penting adalah tidak berlaku refluks gas atau yang kita suka sebut angin.
Makanan dihidang depan mata, baca bismillah dan doa makan dan hayati sedap kunyahan. Jangan makan dengan kalut kalut.
Bila kalut, makanan tak cerna dengan betul. Ini menambahkan lagi bebanan kerja pada sistem pencernaan kita.
Ala macam loji atau salur parit la. Kalau elok saja, smooth saja air lalu. Kalau ada benda besar, tersumbat la apa la.
Selain tu, kunyah makanan dengan tertib ni boleh bantu kita untuk nikmati rasa makanan tu yang dalam masa yang sama buatkan kita berasa cukup. Tak perlu tambah dah.
Photo by Jessica Loaiza on Unsplash
Kunyah makanan dengan elok, selain nampak sopan, juga boleh elakkan dari kita tergigit lidah/ gusi sendiri dan of course boleh elakkan tercekik.
Chill chill saja enjoy makanan dan minuman kita.
Tabiat yang baik memang kadang renyah untuk kita tapi kalau kita jadikan rutin, InshaAllah kita dah terbiasa.