Alangkah bahagia hati isteri bila mendapat pemberian hadiah daripada suami sebagai tanda kasih di hari lahir. Pastinya ianya akan dikenang dan menjadi antara momen terindah.
Menerusi facebook Ustaz Ebit Lew berkongsi gambar serta ucapan romantis sempena hari lahir isteri tercinta. Perkongsian gambar tersebut, menunjukkan isterinya menerima jambangan bunga, kek belon serta hadiah istimewa berupa barangan kemas Cartier.
Ucapan Romantis Buat Isteri Tercinta
Selamat hari lahir bidadariku. Sorry sayang abang tiada di rumah. Masih berada jauh. Syukur sempat buat kejutan buatnya. Terima kasih. I love you bidadariku sayang. Rindu teramat sangat.
Terima kasih Allah memberi diriku bidadari yang sangat baik dan dialah penguat diriku. Kerana Allah semuanya menjadi mudah dan indah. Dialah yang temukan kita. Dialah yang akan menjaga hubungan ini sampai syurga insya-Allah. Terima kasih Allah.
Ads
Sorry ya sayang. Jawab bidadari saya, takpe abang. Berjuang abang ialah hadiah terbesar buat sayang. Teruskan perjuangan. Tengok ramai anak kecil susah perlu duit pembedahan. Ramai anak hilang tempat bergantung. Kehilangan rumah dan tiada sesiapa dalam hidup mereka. Banyak hospital memerlukan bantuan. Berebut-rebut orang minta bantuan. Anak kita ada rumah tempat tinggal Allah bagi. Teruskan abang. Kita kan ada Allah yang sangat sayang kita. Tak pernah lupakan kita. Dia Maha Berkuasa. Anak-anak semua menangis kata. Kasihan anak Palestin ayah. Nanti ayah balik kita jumpa ye. Nanti ayah cerita semua ye.
Selamat hari lahir bidadariku. I love you.
Meninjau di ruangan komen rata-rata mengucapkan ucapan selamat hari lahir buat isteri ustaz Ebit Lew dan mendoakan agar kekal hidup bahagia.
Memilih konsep dekorasi untuk kediaman kadang-kadang membuatkan ada yang buntu. Terasa setiap konsep nampak semuanya cukup menarik dan tidak tahu mana satu yang menepati citarasa sendiri.
Salah satunya apabila melihat rumah yang dihias indah dengan konsep farmhouse ini. Siapa sangka ia adalah ilham peribadi pemilik kediaman ini yang dikongsikan di akaun fb Asri Meris Anthony.
Nyata, ianya nampak cukup sempurna dan boleh membuatkan sesiapa sahaja ‘jatuh cinta’ melihat keindahan dekorasinya.
Konsep Farmhouse
Ramai tanya kenapa kami pilih konsep rumah farmhouse, sedangkan duduk di Malaysia ni kan cuaca panas dan kurang sesuai untuk apply elemen-elemen farmhouse, especially part tanam-tanam pokok bunga dan pemilihan material kayu yang agak susah untuk dijumpai.
Ala, tiada yang mustahil kalau betul minat dan berusaha gigih
Ya, memang tidak dinafikan, untuk mendapatkan barang deco konsep farmhouse di Malaysia agak sukar ditemui.. Kalau ada pun memang kena pilih betul-betul ikut kesesuaian.
Bukan semua barang deco putih sahaja yang perlu untuk deco jenis farmhouse ni, tapi elemen rustic, fresh, nature dan unik juga perlu ada dalam sentuhan deco.
Sebenarnya, memang kita kena “choosy” sikit bila nak cari barang deco untuk konsep farmhouse ni. Sebab hampir 60% barang deco jenis farmhouse perlu dibeli dari luar negara kerana di Malaysia jarang ditemui atau perlu gigih mencari merata tempat.. (hanya yang meminati konsep farmhouse sahaja yang tau..hehe)
So hopefully perkongsian kami ni akan memberi sedikit inspirasi kepada semua yang meminati konsep rumah jenis farmhouse.. Jangan putus asa, jadikan gambar-gambar di pinterest, google dan instagram sebagai panduan serta pembakar semangat.. Tidak ada benda yang mustahil kalau betul-betul berusaha.
View di waktu pagi..dari depan teratak kami yang kecil tapi sarat dengan kasih sayang, Alhamdulillah.
Ni ruang balcony. Walaupun kecil, bukan alasan untuk kami gunakan sepenuhnya ruang ni sebagai tempat anak-anak bermain dan beristirehat bersama keluarga.. syokkk oooo pagi-pagi dengar bunyi burung (ada burung dalam sangkar) dan petang-petang angin kuat sambil menghirup teh panas.
Memang kecil tapi luas pada pandangan mata hati kami, cewah! Siap boleh bela dua ekor biri-biri lagi.. lengkap dengan rumput utk biri-biri tu makan..hahaha.. Siap gemok dan sihat lagi.
Tak lengkap tema farmhouse kalau tak ada pokok-pokok bunga.. Alhamdulillah, kena rajin luangkan masa dengan pokok-pokok ni sebab dorang pun nak kasih sayang macam manusia juga. Yup memang kena ada cctv untuk keselamatan.. tak ada kaitan dengan konsep farmhouse ok.
Tak lengkap konsep farmhouse kalau tak ada labu.. Salah satu character rumah farmhouse adalah labu.. so kami pun DIY sendiri knitted pumpkin ni.. hehehe comel kan?
Bila buka pintu utama terus nampak ruang dining.. Ala rumah kecik ja.. pusing2, tempat sama juga hehehe
Nampak tak tuan rumah kt situ tgh gigih ambil gambar? hahaha.. ramai yg kata gambar2 rumah kami dari google & pinterest, tapi ni buktinya.. ada tuan rumah terkantoi kat situ tengah gigih ambil gambar..hahaha
Ruang dining.. Tempat berkumpul keluarga kecil kami.. Alhamdulillah sangat-sangat suka ruang ni.
Permata hati kami.. Pelengkap hidup kami dunia akhirat.. Dua orang puteri yang sentiasa memberikan kami rasa lengkap dengan kasih sayang..
Ruang tamu yang sekangkang kuman.
Meninjau perkongsian terkini berkenaan dekorasi kediamannya, nyata telah dilakukan beberapa perubahan, pun begitu pemilik tetap mengekalkan konsep kediaman farmhouse. Terbukti cukup memukau dan bolehlah dijadikan inspirasi!
Tidak dinafikan mendidikan anak-anak merupakan cabaran besar buat ibu bapa. Jika salah didikan ia akan memberi impak kepada sahsiah anak-anak.
Jadi setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak. Anak ramai atau tidak, semua itu bergantung kepada ibu bapa itu untuk mendidik anak-anaknya. Usah mempertikai cara kita dengan cara orang lain didik anak. Masing-masing ada cara tersendiri.
Sebagaimana perkongsian ini.
Aku baca la Kaka Ashraf kata dia penat sampai menangis jaga anak.
Tu takpa lah. Biasa.
Yang luar biasanya orang yang komen. “Baru jaga satu anak dah nangis”. “Baru sorang anak dah komplen penat”. “Orang dulu 10 anak elok je”.
Pada aku begini je. Tengok lah.
Memang ada orang anak dia 10, tapi dia okay je. Dia lebih suka biarkan anak dia belajar untuk urus masa dan diri. Tu pilihan peribadi.
Mungkin dia nak biar anak dia lasak dan memenuhi waktu dengan cara berdikari. Nak anak belajar dari pengalaman sendiri dan tegur bila dia nampak ada perkara yang kena perbaiki.
Tapi, bukan kata tak penat.Penat juga. Penat cara dia.
Ada juga orang anak cuma 1-2. Tapi penat dia tu tak boleh nak kata.
Sebab apa? Sebab dia ambik kira. Setiap satu benda.
Ada waktu bangun. Ada waktu makan. Ada waktu main. Ada waktu membaca. Ada waktu untuk semua perkara. Dan untuk setiap satu perkara tu, dia pastikan dia berada di sana. Bersama-sama.
Tu belum kira yang jenis nak full breastfeed. Pam 3-4 kali sehari. Simpan susu. Panaskan susu. Sterile bekas susu.
Tak campur lagi jenis yang semua benda nak sihat. Makanan sihat. Udara sihat. Puri buat sendiri. Bubur buat sendiri. Roti buat sendiri. Menyapu mop rumah 3-4 kali sehari.
Lagi pulak jadi mak buat pertama kali.
Ada orang tak pertama kali pun tapi kalau setiap anak dia komit benda yang sama, sentiasalah penatnya serupa seperti kali pertama kekdahnya.
Kadang bukan pasal penat. Pasal kita rasa kita tak beri secukupnya. Pun boleh trigger juga.
Tak pun kita biasa aktif dan lasak ke sini sana. Bila pertama kali dapat anak, banyak aktiviti kena bertukar warna. Tu pun boleh menyentuh rasa.
Bukanlah maksudnya orang tu tak bersyukur dapat zuriat. Tapi, biasalah. Perkara baru. Banyak nak belajar ubah segala minat dan tabiat.
Kisah apa. Dia menangis pun kat bahu suami dia. Bukannya di bahu suami kita.
Apa pun, untuk membina keluarga bahagia, hargai setiap detik bersama anak-anak dan pasangan. Pastinya setiap yang kita rasa susah itu akan bertukar menjadi momen indah. Semoga muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang dapat mendidikan anak-anak dengan baik.
Siapa tidak suka jika sayur yang ditanam gemok merimbun kan? Nak hasilkan pokok sayur yang sebegini jika tahu teknik dan cara penjagaannya memang tidak mustahil.
Melalui perkongsian Cikgu Kebun yang viral ini, beliau berkongsi di facebook cara nak hasilkan pokok daun sup giant. Jom kita ikuti langkah demi langkah teknik Cikgu Kebun ini.
Ini antara tips dari CK yang hangpa boleh cuba semai daun sup dari biji benih supaya berjaya tanam.
Tips tanam pokok Daun Sup dari biji benih ni mudah sahaja.
Ramai orang gagal tanam pokok daun sup tapi pokok ni ramai orang suka sebenarnya.
CK juga ada kongsikan tips mudah secara LIVE bagaimana nak tanam pokok ni. Pokok daun sup untuk bagi tahan lama dan subur gebu kita kena semai dia dengan biji benih.
Selalunya orang akan beli pokok sup di pasar dan tanam dia semula. Tapi pokok tak dapat hidup lama. Last2 kita kecewa..
Jadi CK cuba bantu hangpa bagi berjaya tanam pokok daun sup.. raya korban dah dekat ni..hangpa mesti nak masak sup daging kan nanti ..hehe
Ada 9 teknik mudah yang hangpa boleh cuba dengan step yang CK nak ajar ini.
Insya allah inilah teknik mudah yang CK gunakan untuk kaedah penanaman daun sup giant.
Kalau hangpa nak belajar cara tanam pokok-pokok ni bagi berjaya subur cantik, Macam mana cara pembajaan, kawalan serangga dan teknik tanaman yang betul supaya hangpa tak “give up”, Insya allah hangpa boleh belajar bersama cikgu kebun di TikTok cikgu kebun, page Gardening by Cikgu Kebun dan YouTube channel Cikgu Kebun.
Moga perkongsian dari saudara Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kebun dapat membantu mereka yang berminat bercucuk tanam dan berkebun. Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.