Anak ketiga memang lain sikit perangainya berbanding dengan adik beradik yang lain. Dialah yang suka berahsia dan agak keras kepala.
Ada kalanya dialah yang selalu tidak pedulikan kata orang lain malah dia juga suka mengusik adik-beradik yang lain.
Ini dia beberapa sifat yang ada pada anak ketiga! Beruntung jika anda dapat mengenali lelaki seperti ini.
1. Mudah Tersentuh
Anak ketiga ini walaupun dia nampak ceria tetapi sebenarnya dialah yang paling kerap menangis. Keadaannya yang terlalu peka dengan persekitarannya membuatkan hatinya mudah tersentuh.
2. Kuat Mengusik Adik Beradik
Jika dinilai dari keakraban kekeluargaan anak ketigalah yang paling nakal dan kuat mengusik. Dia memang jarang ada dirumah, tetapi sekali dia ada habis semua yang dikacaunya.
Ads
3. Rapat Dengan Kawan-Kawan Berbanding Keluarga
Jika diberi pilihan anak ketiga selalunya akan memilih kawan berbanding keluarga. Tetapi itu tidak bermaksud dia tidak ambil kisah tentang keluarganya ya!. Cuma dia lebih banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawannya.
4. Dalam Hati Ada Taman
Sekali imbas, dia kelihatan garang orangnya, tetapi percaya atau tidak sebenarnya dalam hati anak ketiga punyai ‘taman’?
Ads
5. Suka Pendam Marah Dan Perahsia
Jika dihadapan orang ramai, dia akan kelihatan sungguh tenang dan ceria, tetapi disebaliknya dia menyimpan perasaan marah dan agak perahsia orangnya.
6. Sifat Yang Manja
Walaupun dia sering kali memendam perasaan amarahnya, tetapi sebenarnya dia amatlah manja dan perlukan sedikit perhatian. Maklumlah orang yang hidup di tengah tengah ni selalunya dahagakan kasih sayang dan perhatian.
7. Paling Berdikari
Anak ketiga adalah anak yang paling berdikari berbanding adik beradik yang lain. Kerana dia telah dilatih dari kecil untuk hidup di sendiri dan jangan harapkan orang lain.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, terlalu ramai yang terkesan dengan keadaan banjir di Lembah Klang yang disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air secara tiba-tiba.
Dapat kita lihat juga betapa sukarnya mereka semua menempuh banjir apabila ramai yang turut berkongsi situasi semasa di media sosial. Kita dapat lihat bukan sahaja jalan dan penempatan di Selangor ditenggelami air malah ada juga dikongsikan suara-suara meminta bantuan dalan keadaan bergelap daripada individu yang terperangkap akibat banjir. Hal ini cukup menyentuh hati!
Menghadapi keadaan banjir yang cukup sukar dan bagi meringankan beban yang ditanggung, menyebabkan kerajaan bersetuju memberi bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir. Ini sepertimana memetik berita yang dikongsikan BERNAMA.
“Esok Isnin bermula hari kerja, jadi mereka perlu bekerja walaupun terpaksa berpindah (ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Kita faham kesusahan mereka, maka kerajaan setuju memberi cuti kecemasan akibat bencana ini.
“Kepada kakitangan awam yang terkesan akibat banjir, bila masuk kerja semula, bolehlah berbincang dengan ketua jabatan masing-masing untuk menentukan (cuti), saya harap bila dah balik rumah, selesaikan cuci rumah dan sebagainya, bolehlah bekerja semula. Untuk setakat ini, kita bagi cuti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan banjir di sini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga menyeru majikan-majikan swasta supaya mengambil inisiatif sama sebagaimana dilakukan oleh kerajaan dengan memberikan cuti kecemasan kepada pekerja mereka yang terkesan akibat banjir.
“Kalau mereka setuju beri (cuti), dua perkara kita syaratkan iaitu tidak boleh ditolak daripada cuti tahunan dan tidak boleh dipotong gaji…kalau cutinya lima hari, tak boleh potong gaji, (ia) cuti berbayar,” kata beliau.
Selain itu, kerajaan turut bersetuju menyediakan peruntukan awal sebanyak RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.
Beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir.
“Seperti sedia maklum, kerajaan pada September 2021 telah meningkatkan kadar bantuan wang ihsan iaitu RM1,000 bagi setiap isi rumah, dan kita akan mempercepatkan bayaran kepada kawasan terlibat banjir seperti Selangor dan enam negeri yang lain,” kata beliau.
Dalam masa sama, Ismail Sabri berkata syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan dan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan secara geran padanan bersama-sama dengan pihak kerajaan.
Pada peringkat awal ini, masing-masing bersetuju untuk menyediakan peruntukan RM20 juta, kata perdana menteri.
“Maknanya kalau RM20 juta (masing-masing dari kerajaan dan GLIC/GLC, (keseluruhannya) RM40 juta, kita ada ‘back to back’ geran padanan dari kerajaan dan GLC. Ini adalah antara bantuan yang diberikan secara segera bagi membantu mengurangkan bebanan mangsa-mangsa banjir,” kata beliau.
Ismail Sabri berkata sehingga hari ini, sebanyak 103 pusat pemindahan sementara (PPS) disediakan di lapan daerah di seluruh Selangor, yang meningkat daripada 48 PPS semalam.
“Di dalam PPS, semua isu berbangkit seperti ketiadaan makanan akan diselesaikan hari ini…makan malam dan sarapan esok akan disediakan oleh kerajaan negeri Selangor dan bermula esok makan tengah hari disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” kata beliau.
Selain itu, Kementerian Kesihatan akan menyediakan jururawat, doktor serta peralatan perubatan seperti pelitup separuh muka, pensanitasi tangan dan bekalan ubat-ubatan di semua PPS.
“Saringan Covid-19 melalui RTK Antigen juga akan dilakukan di setiap PPS untuk memastikan semua mangsa banjir selamat daripada jangkitan Covid-19,” kata perdana menteri.
Tujuh tahun menjalin cinta, akhirnya pasangan sama cantik sama padan ini disatukan dalam satu majlis sederhana tapi meriah. Dengan sekali lafaz, Pelakon Titian Cinta, Farah Nabilah kini sah bergelar isteri kepada juruterbang Mohammed Amirul Yunus, kira-kira jam 9.04 malam semalam.
Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1000, tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama dan wang hantaran bernilai RM77,777.77.
Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Saipuddin Ahmad, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Daerah Petaling,
Terdahulu pada majlis sama, pasangan ini turut melangsungkan pertunangan.
“Alhamdulillah permulaan fasa dan tanggungjawab baru untuk saya dan suami. Moga semuanya dapat dipermudahkan.
“Saya mengambil angka tujuh untuk nilai wang hantaran itu kerana ia nombor kegemaran. Tak sangka, nombor tujuh itu juga simbolik tempoh percintaan kami,” kata Farah usai selesai majlis nikah.
Pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31berkata sepanjang tempoh bercinta, suami cekal dalam usaha memenangi hatinya.
“Hubungan saya dan Amirul sebenarnya dijalin secara jarak jauh kerana komitmen kerjaya. Saya sibuk dengan komitmen seni, manakala dia pula memenuhi tuntutan tugasnya sebagai juruterbang termasuk yang memerlukan dia selalu berada di luar negara.
“Maka, apa yang boleh mengikatkan kami untuk terus yakin dan setia pada hubungan percintaan dibina adalah kepercayaan antara satu sama lain.
“Satu perkara yang menyenangkan saya ialah sikapnya yang pandai mengambil hati,” katanya.
Pasangan itu bakal diraikan dalam dua majlis resepsi iaitu sebelah pengantin perempuan pada 21 Disember, disusuli 28 Disember untuk sebelah pengantin lelaki. Mereka juga bakal diraikan dalam satu lagi majlis pada 5 Januari depan.
Pasangan ini juga menjadi artis pertama yang kisah perkahwinan mereka dipaparkan di portal Mahligai Cinta.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon cantik manis ini sering berkongsi gambar dan kisah anak-anaknya di laman instagram. Terbaru, Rita Rudaini memuat naik gambar dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang selesai menunaikan solat sunat terawih pertama malam tadi.
Di dalam perkongsian tersebut, anak kelahiran Perlis ini memanjatkan kesyukuran kerana masih berpeluang menyambut ramadan dan berharap mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Imam terawikh kami mlm ni ajak selfie 😂 alhamdulillah..mlm ramadhan pertama utk kita smua moga di beri keberkatan…di setiap kejadian ada hikmah…selamat berpuasa smua…jgn lupa baca niat posa 😊❤️
Perkongsian Rita Rudaini itu mendapat pujian netizen. Rata-rata mengakui terharu dan gembira melihat anak-anak pelakon tersebut sudah menampakkan minat mempelajari al-Quran.
Malah, ada yang mengakui walaupun bergelar ibu tunggal, namun Rita Rudaini berjaya mendidik zuriatnya menjadi anak-anak soleh.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.