Mengimpikan kediaman yang selesa untuk keluarga dengan turut mewujudkan sudut santai pastinya memberi makna pada seisi keluarga.
Umpamanya apa yang telah dilakukan oleh Puan Emma ini dengan menggunakan secara maksima ruangan balkoni kediamannya.
Di ruangan itu dia dapat lakukan aktiviti bercucuk tanam dan di sana jugalah dijadikan ruang santai untuk keluarganya yang digarab cukup menarik dan sempurna.
Ads
Mengetahui lanjut tentang ruang balkoni keluarga ini, dan ini perkongsiannya.
Nak share balcony bohemian saya yang menjadi kontroversi hujan panas basah kering ni.
Ads
Props-prop dari fabrik semua saya simpan kalau tak guna balcony. Hanya keluarkan bila nak lepak je.
Saya ada cerita sikit dekat video dan juga penggunaan hook hammock saya. Ada banyak lagi gambar tapi dah delete. Boleh tengok di ig saya @faheema.farid
Daun sireh memang banyak kegunaannya dalam kehidupan kita. Jika dahulu sireh hanya dimakan oleh nenek-nenek kita sambil duduk bersantai, tanpa kita tahu akan kelebihannya.
Jangan menidakkan kelebihan petua tradisional dalam kehidupan harian kita. Sepuluh masalah ini boleh diredakan dengan hanya air rebusan sireh ini.
Banyak manfaatnya buat tubuh kita semua. Lebih-lebih lagi bagi wanita. Wanita beranak ramai sangat disyorkan.
1. Bantu Masalah Wanita
Ambil daun sirih secukupnya dan rebus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat basuhan atau membersihkan alat sulit. Pastikan masih suam.
2. Ubati Keputihan
Ambil lima helai daun sirih bersama tiga kuntum bunga cengkih. Didihkan bersama tiga gelas air. Biarkan mendidih hingga menjadi sedikit pekat. Amalkan minum ketika masih suam.
3. Segar & Cegah Bau Badan
Rebus daun sirih secukupnya dan buat mandian. Pastikan ia masih suam.
4. Tangas Sirih
Tangas memang hebat kesannya bagi wanita beranak ramai. Rebus daun sirih bersama asam gelugor, garam dan manjakani. Ketika mendidih, angkat dan jadikan tangas. Buat langkah ini dengan kerap.
5. Cegah Bau Ketiak
Rendam 2 hingga 3 helai daun sirih dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam. Asingkan daun sirih kemudian diminum. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu.
6. Pulihkan Resdung
Sedut air rebusan sirih perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.
7. Pencuci Muka
Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan masalah jerawat.
8. Kegatalan Vagina
Rebus daun sireh bersama asam keping dan ketika airnya suam, buatkan basuhan pada kawasan sulit. Lakukan beberapa kali sehingga pulih. Masalah bau pun hilang.
9. Sakit Gusi Dan Bau Mulut
Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur sehingga bersih dari sisa-sisa sirih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
10. Masalah Batuk
Minum setengah cawan air rebusan sirih setiap malam sehingga masalah batuk berkurangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah sampai masanya kita mempunyai ilmu dalam pembelian emas. Jika selama ini kita hanya membeli emas dan mempercayai penjual sahaja, sekarang kita akan lebih yakin dengan pembelian.
Mentaliti kedai itu murah, kedai ini bagus, kedai itu bagi diskaun banyak, kedai ini upah sikit, kedai itu harga emas rendah dan sebagainya, sebenarnya tidak memberi apa-apa erti selagi kita tidak kira.
Ada yang rasa “apa susahnya kira?” Tak susah mana pun jika tahu. Ini yang saya senaraikan khas buat yang belum tahu supaya sekarang, lebih ramai lagi yang berilmu dan tidak diambil kesempatan sewenang-wenangnya.
1. Formula kira upah yang kedai kenakan (jika tidak diberitahu).
Jumlah perlu dibayar – (berat emas x harga emas kedai)
Contoh
Berat emas : 10 gram
Harga emas kedai : RM259
Jumlah perlu dibayar : RM2835
= RM2835 – (10 x 259)
= RM2835 – RM2590
= RM245 ialah upah yang diambil.
Nota : Ada kedai yang tidak bertanggungjawab dan menyembunyikan caj upah. Ada yang langsung tidak tunjuk di resit. Yang ada hanya berat x harga emas dan jumlah perlu dibayar. Ini pentingnya guna formula ini supaya tidak diambil kesempatan.
2. Formula kira harga emas SEBENAR selepas dikira upah.
(Berat emas x harga emas kedai + upah) ÷ berat emas
Contoh
Berat emas : 10 gram
Harga emas kedai : RM259/g
Jumlah upah : RM245
= (10 x 259 + 245) ÷ 10
= (2590 + 245) ÷ 10
= 2895 ÷ 10
= RM289.50 ialah harga SEBENAR emas kedai tersebut selepas dikira upah.
Nota : Jangan terpedaya dengan harga emas kedai yang diberitahu selagi tidak menggunakan formula ini.
3. Formula kira upah setiap gram yang kedai kenakan.
Ikut langkah formula 1 untuk jumlah upah jika tidak dimaklumkan. Kemudian bahagikan dengan berat.
Contoh
Berat emas : 10 gram
Jumlah upah : RM245
= 245 ÷ 10
= RM24.50 ialah amaun upah yang dikenakan pada setiap gram.
Nota : Ada kedai yang mengenakan upah setiap gram yang mahal. Yang paling utama ialah untuk tahu nilai emas per gram yang sebenar selepas upah di formula nombor 2 di atas.
4. Formula kira beli emas baru dengan trade in emas lama.
(Berat emas baru x harga emas kedai + upah) – (Berat emas lama x harga trade in kedai)
Contoh
Berat emas baru : 10 gram
Berat emas lama : 5 gram
Harga emas kedai : RM259/g
Harga trade in kedai : RM230/g
Jumlah upah : RM245
= (10 x 259 + 245) – (5 x 230)
= (2590 + 245) – 1150
= 2835 – 1150
= RM1685 ialah amaun yang perlu ditambah untuk beli 10g emas baru setelah trade in 5g emas lama.
Nota : Sudah hampir tiada istilah susut nilai 25% dari harga emas masa beli. Semuanya bergantung kepada harga emas trade in bagi kedai itu.
5. Formula perbandingan kedai ADA UPAH vs kedai FREE UPAH.
Ada 2 formula dalam kategori ini. Formula pertama yang paling ringkas iaitu bandingkan jumlah kena bayar kedua-dua kedai jika berat emas yang ingin dibeli sama.
Formula kedua yang lebih terperinci dalam kategori ini ialah dengan membandingkan harga untuk 1 gram kedua-dua kedai.
Ikut langkah Formula kira harga emas sebenar selepas dikira upah dan bandingkan dengan berat x harga emas kedai FREE UPAH seperti Gull Jewellery.
Contoh
Kedai Emas A ADA UPAH
Kedai Emas B FREE UPAH
Berat emas : 10 gram
Harga emas Kedai A : RM259/g
Harga emas Kedai B : RM270/g
Jumlah upah Kedai A : RM245
Jumlah upah Kedai B : FREE UPAH
Kira harga emas sebenar Kedai A ADA UPAH
(Berat emas x harga emas kedai + upah) ÷ berat emas
Kedai A ADA UPAH lebih mahal RM19.50 untuk setiap gram berbanding Kedai B FREE UPAH.
Nota : Jangan buat kesimpulan awal dengan membandingkan harga emas kedai sebelum dikira bersama upah. Gunakan formula ini dan jika kedai dengan upah hasilnya murah dari kedai yang FREE UPAH, bermakna kedai itu upahnya murah dan belilah di kedai itu. Yang penting, WAJIB TAWAR UPAH. Jika tidak tawar, anda akan membayar lebih.
6. Formula bandingkan yang mana lebih untung trade in di kedai atau simpan di Ar Rahnu.
(Berat emas x harga trade in kedai) – (berat emas x harga Ar Rahnu x 70%)
Berat emas : 10 gram
Harga trade in Kedai emas : RM230/g
Harga emas Ar Rahnu : RM272/g
Kadar peratus pinjaman : 70%
= (10 x 230) – (10 x 272 x 70%)
= 2300 – (2720 x 70%)
= 2300 – 1904
= RM396 ialah lebihan nilai yang dapat jika trade in di kedai berbanding simpan di Ar Rahnu (Ar Rahnu belum masuk upah simpan).
Nota : Jika masih sayang emas yang lama, simpanlah di Ar Rahnu. Jika memang sudah bosan atau mahukan rekaan yang baru, trade in sahaja di kedai. Tetapi pastikan kira dahulu. Ambil tahu harga emas Ar Rahnu dan harga Trade In kedai.
Semoga dimanfaatkan ilmu ini sebaiknya. Silakan tekan butang share buat manfaat semua. Dilarang copy paste ye.
#CabaranRM3 masuk hari ke 74 hari ini (17 Ogos 2020) dan jumlah terkumpul yang anda perlu ada dalam tabungan ialah RM222.
Cabaran ini adalah untuk menggalakkan semua menyimpan atau menabung untuk membeli emas dengan menyimpan RM3 setiap hari selama 180 hari. Selepas sampai sasaran hari, kita akan ada cukup duit untuk beli sekurang-kurangnya 2 gram emas. Menabung sendiri dan beli sendiri nanti. Saya hanya memberi motivasi dengan membuat post peringatan setiap hari untuk #CabaranRM3 ini.
Ilmu yang amat berguna jika memilih emas sebagai aset pelaburan jangka masa panjang Selamat merancang simpanan buat keluarga!
Hakikatnya dalam rumahtangga ini untuk kekal bahagia hingga hujung nyawa perlu sama-sama perjuangkannya. Baik isteri mahu pun suami, perlu ada matlamat yang sama dalam menjaga kerukunan rumahtangga.
Pun begitu, tidak dinafikan umumnya isteri lebih dilihat selalu berjuang untuk mempertahankan perkahwinan.
Kenapa ini boleh berlaku?
Memahami keadaan ini, ikuti perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin ini.
5 sebab kenapa isteri selalu berjuang untuk mempertahankan perkahwinan :
1. Orang perempuan ni, kalau boleh, sekali kawin cukup dan biarlah perkahwinan tu kekal sehingga maut yang memisahkan.
Sebelum dia pilih lelaki tu jadi pasangan hidupnya, dia dah fikir masak-masak, 2, 3 kali pkir dah…baik buruk selepas dia buat keputusan utk jadikan lelaki tu teman hidupnya, dia kena hadapi, dia kena terima, dia kena tabah, dia kena redha…itu pilihan dia dan dia harap pilihannya itu tidak menyakiti dia, mengecewakan dia dan membuatkan dia terluka…
Andai terjadi sebaliknya, maka masa tu, dia akan menilai semula…kebiasaannya, dia akan bagi peluang dan tempoh masa yang panjang sebelum dia buat pilihan yang baru…
2. Kalau dah sayang, bukan senang nak benci dan pergi.
Standard orang pompuan, kalau sayang, dia sayang sungguh2…kalau benci, maka nothing can make her happy…bila dia sayang pasangannya, maka dia akan sentiasa cuba buat yang terbaik untuk pasangannya…ada jugak yang smpai dah tak pikir diri sendiri, pikir pasangan sahaja…hidup dia tu macam untuk orang yang dia sayang saja…all out betul-betul untuk pasangannya…
Pe’el orang pompuan, fitrah org pompuan…susah nak hilangkan perasaan sayang bila dah sayang…nak berpaling ketika hati masih sayang tu bukan senang…dia boleh sengaja tenangkan perasaan dia, letak harapan dan pikir yang baik-baik hanya kerana masih sayang…
Selagi dia masih ada perasaan terhadap pasangannya, maka InsyaAllah dia tak akan pergi…
3. Nak tukar pasangan hidup, untuk orang pompuan ni tak mudah.
Ketika nak tukar pasangan hidup atau terima pasangan baru, mungkin dia dah ada 2,3 orang anak…ramai lelaki yang mungkin boleh terima dia, jadi pasangan dia…tapi dalam ramai-ramai tu, berapa pulak yang boleh terima anak-anak dia, jadi ayah yang baik untuk anak-anak dia…
Atas alasan itu, adakalanya mereka memilih untuk meletakkan diri mereka dalam penderitaan asalkan anak-anak masih dengan ayah kandung mereka walaupun ayah kandung mereka itu tidak memperlakukan dan melayan ibu mereka sebaik yang ibu mereka inginkan…
4. Sentiasa berharap.
Makhluk yang banyak berharap ialah orang perempuan…berharap untuk perkara yang baik2, berharap untuk kehidupan yang tenang dan tenteram, berharap untuk sebuah kebahagiaan, berharap untuk perubahan yang lebih baik…tak pernah lekang untuk berharap, tak pernah putus asa untuk berharap…
Berharap dengan usaha…berharap dengan doa…berharap dengan tawakal kepada Allah s.w.t…dlm menunggu Allah memakbulkan apa yang diminta, dia akan bersabar untuk seberapa banyak yang dia boleh terima…
5. Dia dah buat yang terbaik, maka dia ada hak untuk bertahan.
Dia dah all out sepanjang perkahwinan…bebanan yang ditanggung adakalanya melebihi bebanan pasangannya…sebut apa yang dia tak buat dalam tempoh perkahwinan tu…semua dia dah buat, semua dia dah korbankan…
Apa yang pasangan nak, smua dia dah tunaikan…dia dah jalankan kewajipan dia dengan cukup-cukup baik…walaupun tak sesempurna orang lain, but at least dia dah buat sedaya upaya yang dia ada…
For this reason, tak kan dengan semudahnya dia berputus asa untuk perkahwinan dia?tak kan dengan sesenangnya dia nak membiarkan hubungan itu hancur? Mempertahankan itu perlu, berjuang untuk hubungan itu juga perlu…
Cukup sekadar “jika diperlukan”…andai dah tak lagi diperlukan, maka tiada apa yg perlu dia perjuang dan pertahankan…dirinya dah tak lagi diinginkan pasangan, maka dia kena terima hakikat bahawa dia perlu pergi walaupun dia tak ingin pun untuk pergi…
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.