Bukan sedikit pengorbanan dan kepayahan yang terpaksa dilalui ayah dan ibu tatkala si kecil ini diberi ujian cukup besar.
Berat mata memandang,berat lagi bahu mereka memikul. Bayi sulung tanda kasih sayang di nanti penuh sabar dan debar. Namun percaturan Sang Pencipta tak siapa boleh menduga.
Keluarga kecil ini diuji dengan dugaan apabila bidadari kecil ini menghidap ketumbuhan dalam mulut.
Isteri melahirkan puteri sulung ketika kandungannya, bayi di dalam perut sihat walafiat. Tapi apabila anak ini keluar melihat dunia (hari pertama), kami terima satu tamparan yang sangat hebat.
Dilahirkan pada usia kandungan 31 minggu, berat hanya 1.3kg dan memiliki ujian kesihatan setelah keluar dari rahim mamanya.
Semasa melahirkan pun, mama tak sempat nak peluk. Team di Labour room terus bawa ainul ke satu bilik (emergency) untuk beri bantuan pernafasan.
45 minit pertama hidup ainul yang begitu struggle, ainul cuba bernafas tapi tidak boleh sebab ketumbuhan sudah menyekat salur pernafasannya di mulut. Ketangkasan para doktor di Hospital Besar Melaka, akhirnya dapat memberi peluang ainul bernafas dengan menebuk lehernya (Trachea).
Kelas Ahmad Safiuddin lagi, hanya selepas tiga bulan barulah dia dan isteri berpeluang buat kali pertama memegang dan memeluk Ainul.
Ads
Usia Ainul 3 bulan baru kami dapat angkat, peluk dan cium Ainul. Gambar mama tengah kendong ainul, itu lah kali pertama mama dapat sentuh kulit ke kulit. Iya, selepas 3 bulan.
Sepanjang 3 bulan itu kami hanya mampu tengok dari luar inkubator saja. 3 bulan Ainul dalam NICU. Tiub-tiub sangat banyak waktu itu. Hampir keseluruhan tubuh badannya dipenuhi tiub dan wayar.
Jujur mengakui sudah ‘berputus asa’ pada awalnya, namun kekuatan Ainul akhirnya membuatkan Jadi kuat
Apa pun ujian datang ketika itu, Ainul sentiasa senyum. Maaf Ainul jika dahulu walid pernah berputus asa. Walid terlalu memandang rendah terhadap ainul yang sangat kecil ketika itu.
Walid rasa ainul terlalu kecil dan lemah untuk harungi ujian tersebut. Rupanya bukan Ainul yang Allah nak uji.
Ads
Tetapi Allah swt nak uji walid dan mama. Sebenarnya yang paling lemah ketika itu adalah walid. Ainul sangat kuat. Walid yakin, walaupun Ainul sakit ketika itu, Allah swt dah angkat rasa sakit tu sejak ainul keluar lihat dunia.
Cuma Allah swt tinggalkan kebesarannya untuk walid melihat keadaan anak walid ni untuk meminta pertolonganNya.Alhamdulillah. Saya lebih bersyukur pada hari ini.
Semasa Ainul tengah struggle dahulu, Ainul tak pernah sekali pun merengek-rengek atau menangis sebab sakit. Ini lah kebesaran Allah swt.
Tarikh 13 Ogos pastinya mmeninggalkan seribu satu memori buat Ahmad Safiuddin dan isteri. Ainul adalah anugerah terindah dari Yang Esa buat mereka suami isteri.
Tarikh hari ini, pada 3 tahun lepas telah mengubah banyak perkara dalam hidup saya dan isteri.
Ads
Alhamdulillah, perjalanan dan pengalaman yang mematangkan kami. Dibantu pula oleh Doktor-doktor yang sangat hebat menyelamatkan nyawa anak kami ketika itu. Alhamdulillah.
Hari ini, 13 Aug 21 anak ini sudah membesar bak juara. Walaupun perkembangannya tidak sama seperti rakan-rakannya yang lain, tapi kami sangat berbangga dengan progressnya pada hari ini.
Terima kasih Ainul Mardhiah. Walid, Mama, dan semua orang sayang kakak.
Happy birthday permata hati walid! Walid lelaki pertama yang akan sentiasa lindungi dan sayangi kakak sampai hujung nyawa.
Cukup cerita sampai sini sahaja.
Banyak lagi “peperangan” lain yang ainul lalui selepas itu.
Cukup walid katakan, Ainul ini punya semangat juang yang sangat tinggi. Walid pernah mengalah, walid pernah give up, walid pernah putus asa, apabila diberi ujian bertimpa-timpa. Lepas satu perkara, datang lagi perkara lain, tapi waktu itu Ainul tetap bersemangat. Walid fikir Ainul akan tewas, tetapi tidak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suatu ketika dahulu, namnya pernah terpalit dengan kontroversi apabila dia meluahkan rasa kurang senang dengan layanan yang diberikan sekumpulan jururawat di sebuah hospital terhadap arwah ibunya.
Terbaru,bersempena hari lahirnya,pelakon dan penyanyi Linda Rafar berkongsi rezeki dengan fronliner di hospital berkenaan. Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Linda memberi sumbangan kepada fronliner di Hospital Shah Alam (HSA).
Perjalanan hidup ni.. setiap hari ini la tempat yg linda serta adik bradik dtg setiap hari utk jaga arwah mak..
Sempena hari kelahiran linda 11/2/1978 linda dgn rasa rendah hati ingin memberi tahu kepada semua masyarakat serta nitizen kat luar sana yg linda tidak pernah ada apa2 masalah dgn pihak hospital sec7 Shah Alam..
kami tidak pernah bergaduh atau saman Menyaman.. apa yg berlaku Di luar sana adalah pihak yg menanguk Di air yg keruh.. (cukup la itu yg linda ingin jelas kan) .. Syukur alhamdulilah kedatangan linda pada ptg tadi Di sambut dgn penuh keceriaan..
Dalam video yang dimuat naik itu, Linda dilihat membawa beberapa bungkusan makanan yang dipercayai untuk diberikan kepada ‘frontliners’ HSA.
Selain itu, dia meluahkan tujuan kedatangannya itu kerana ingin sedekahkan pahala buat arwah ibu tersayang, Allahyarhamah Rasimah Abd Rahman.
“Segala keikhlasan, tujuan serta niat adalah untuk disedekahkan pahala ini khas untuk arwah mak (Rasimah binti Abd rahman).”tulisnya di ruangan kapsyen.
Tuala antara barangan yang penting kerana digunakan setiap hari. Disebabkan itulah tuala tidak harus dipandang mudah penjagaannya terutama daripada aspek kebersihan diri dan anak-anak.
Mengajar anak menyidai tuala setiap hari digunakan sebenarnya adalah perkara asas yang perlu diberikan keutamaan.
Selain menjaga daripada aspek kebersihan, menjaga tuala yang tepat juga dapat memastikan tuala lebih tahan lama. Tip penjagaan ini perlu anda berikan perhatian.
Tip Penjagaan Tuala Mandi
1. Tukar tuala setiap tiga hari supaya jauh daripada bakteria.
2. Penting untuk anda membiarkan tuala anda sepenuhnya sebelum menggunakannya semula.
3. Jika boleh basuh tuala selepas menggunakannya.
4. Tuala perlu dikeringkan di kawasan yang kering dan mempunyai pengudaraan yang baik.
5. Basuh tuala anda dengan menggunakan air panas 60 darjah celcius untuk membunuh semua mikooraganisma.
6. Gunakan sabun pencuci yang berasaskan oksigen.
7. Untuk hilangkan bau hapak, gunakan cuka putih semasa membasuh tuala.
8. Adalah lebih baik sekiranya anda membasuh tuala dengan kerap.
9. Jangan kongsi tuala mandi atau item kebersihan yang lain dengan orang lain.
10. Paling penting, sidai tuala setiap kali selepas digunakan. Kenakan pada cahaya matahari bagi membunuh bakteria dan lebih tahan lama. Petua Mencuci Tuala
#Petua 1
Untuk membasuh tuala, rendamlah tuala dengan sabun pencuci selama 30 minit bersama air suam untuk membunuh bakteria. Sebaiknya, rendamkan tuala berasingan
dengan pakaian lain.
#Petua 2
Untuk bersihkan tuala yang baru beli, rendamkan tuala selama 1 jam bersama air suam, ½ cawan cuka dan ½ sudu garam halus dan bilas hingga warna dari tuala
hilang sepenuhnya.
#Petua 3
Bagi melembutkan tuala, gunakan 1 cawan cuka atau ½ cawan soda bikarbonat ketika melakukan bilasan terakhir ketika membasuh tuala. Langkah ini akan
menyegarkan tuala yang kelihatan kusam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
3 jun yang lalu genap usianya 5 tahun, seorang anak yang baik dan cukup sopan santun. Perwatakannya yang penyayang lebih-lebih lagi pada adiknya membuatkan ramai kagum dengan cara didikan ibu bapanya.
Yusuf Iskandar, anak sulung kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini sememangnya anak yang baik dan nampak matang dari usia sebenarnya.
Dalam perkongsian ayahnya semalam, Yusuf diraikan dalam suasana yang cukup sederhana. Namun apa yang menyentuh hati, sikapnya yang tidak memberontak apabila tiada kek mahupun hadiah cukup membuatkan ramai kagum dengannya.
Hampir seharian menunggu, namun ‘hadiah’ yang diberikan si ayah jelas membuatkan Yusuf kecewa, namun dia tetap cuba menyembunyikan rasa kecewa itu dan masih selamba melayan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Menurut Hairul, kejutan itu sengaja dibuat untuk melihat reaksi anak sulungnya itu. Dalam video yang dimuat naik menerusi instagram, Hairul menghampiri Yusuf sambil menyanyikan lagu hari jadi dengan membawa satu kotak hadiah.
Rupa-rupanya di dalam kotak itu hanya mengandungi lilin dan pemetik api. Walaupun nampak perubahan pada wajah Yusuf tetapi dia masih tersenyum dan menyucapkan terima kasih kepada ayahnya, siap meminta ayahnya menyanyikan lagi sekali lagu hari jadi buatnya.
Sikap matang dan tenang Yusuf membautkan ramai tersentuh hati. Bahkan, memuji cara Hairul dan Hanis mendidik anaknya itu menjadi seorang anak yang penyabar dan tidak meminta-minta.
Rupa-rupanya itu bukanlah kali pertama hairul berbuat demikian, bahkan sebelum ini dia pernah ‘mengenakan’ isterinya ketika sambutan hari lahir Hanis. Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Hairul di ruangan komen.
hairulazreen Dulu birthday mommy first time pun daddy buat mcm ni, mommy pun muka redho sama macam awk 🤣 cc @haniszalikha
Dalam pada itu, Hanis turut memuat naik ucapan hari jadi yang cukup menyentuh hati sambil menitipkan doa buat anak sulungnya itu.
MasyaAllah Yusuf Iskandar bin Hairul Azreen, lima tahun dah hadir dalam hidup Mommy Daddy. Anak soleh yang sentiasa menyejukkan hati, kami sangat cinta dan kasih akan mu sayang @theyusufiskandar ♥️
Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.