Wanita Ini Buktikan Kerja ‘Mountain Guide’ Bukan Hanya Untuk Lelaki.

Menceburi bidang kerjaya yang rata-rata dimonopoli kaum lelaki bukanlah semudah yang dijangkakan. Sementelah dia memiliki raut wajah yang manis, pandai bergaya dan juga bertudung.

“Namun minat mengatasi segalanya. Bagi Siti Nur Hidayah Bt Mohd Azlan, segalanya tercetus dek minat usai mengikut bapanya memanjat gunung Tahan tatkala usianya baru menjangkau 13 tahun.

Ubah stigma

Ibu kepada sepasang anak ini kemudiannya nekad untuk menceburi bidang berkenaan biarpun memiliki kelulusan dalam bidang Kewartawanan. Baginya, aktiviti mendaki gunung punya keistimewaan yang tersendiri sesuai dengan jiwanya yang lasak dan sukakan cabaran.

Dia juga  memiliki sebuah syarikat outdoor sendiri yang diberi nama National Outdoor Adventure (NOA) dan merupakan seorang guider bertauliah dengan lesen sah. Syarikat tersebut mengendalikan aktiviti teambuilding, mountain guide, water rafting, wall climbing, Abbselling dan sebagainya.

“Waktu saya memilih untuk menceburi bidang ini, keluarga cukup menyokong dan itu yang menjadi pemangkin semangat untuk saya. Biarpun saya sedar bidang yang saya ceburi ini bukan calang-calang orang yang boleh mengharunginya.

“Sementelah, saya perlu bersaing dengan kaum lelaki yang sememangnya kita sudah tahu gagah dan kuat. Tetapi saya mahu ubah stigma itu dan buktikan wanita juga boleh berbuat demikian.

“Awalnya memang sukar kerana kemudahan yang ada pada waktu itu terhad, tidak seperti sekarang. tetapi saya tidak kisah, saya cuba sedaya upaya. Tahun 2009 saya membuka syarikat sendiri dan bergerak secara solo memandangkan belum mampu mengupah staf.

“Sehinggalah 2013, apabila syarikat saya mula bergerak lancar dan saya mula menambah staf untuk melancarkan urusan kerja. Boleh dikatakan semua staf saya terdiri daripada kaum lelaki dan saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan mereka. Pada saya soal kerja kita kena profesional dan mereka tiada masalah untuk menerima arahan daripada seorang wanita.

“Saya jenis yang suka berdikari dan tidak suka mencari masalah, dalam masa yang sama saya akan pastikan jika ada perkara berbangkit akan segera diselesaikan. Saya tidak suka bersikap seperti ‘ladyboss’ kerana dalam soal kerja kena lakukan bersungguh-sungguh walaupun sebagai bos kena tunjukkan teladan yang baik barulah anak buah akan hormat kita.

“Kena banyak tolak ansur dan perbincangan antara staf dan ketua penting dan saya sendiri jenis yang tak suka besarkan benda remeh dan ‘outspoken’,”Ujar Siti Nur Hidayah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Ana.

IKLAN

10 tahun dalam bidang yang dimonopoli ‘Orang Jantan’, Ana mengakui  benda yang buat dengan ‘jiwa’ hasilnya sedikit berbeza. Untuk pandai sukar tetapi segalanya bergantung kepada pengalaman.

“Persaingan dengan pendaki lelaki agak hebat kerana kerjaya ‘mountain guide’ ini adalah kerja orang lelaki. jadi bukan mudah untuk menjadi setaraf dengan mereka. Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan kepercayaan dan kerjasama dengan kaum lelaki lebih-lebih lagi untuk handle ego mereka.

“Namun semuanya bergantung kepada bagaimana kita ‘tackle’ hati mereka. Mungkin mereka melihat kerja keras, usaha dan selalu berbincang dan itu menyebabkan jurang antara kami tidak terlalu jauh.

“Selain itu, kena menjalinkan hubungan yang baik memandangkan saya seorang wanita dan terpaksa berhadapan dengan lelaki.

“Tetapi dari semasa ke semasa saya mampu melaksanakannya.  Dengan usaha gigih Alhamdulillah saya boleh bertahan. Saya suka mencabar diri sendiri dan mahu bantu orang lain untuk merealisasikan impian mereka itu dua faktor yang saya pegang untuk berjaya dalam bidang ini.

“Cuma untuk standing dengan lelaki, semangat dari seorang wanita itu banyak membantu saya,” jelas Ana yang mahu jadi role model buat penggemar aktiviti lasak, terutamanya kepada kaum wanita.

Petua orang lama

IKLAN

Akuinya lagi, bukan mudah untuk berjaya macam-macam ujian, halangan yang perlu ditempuhi, Justeru, dia kena sentiasa positif diri dan niatkan yang baik-baik.

“Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan apabila saya mengalami kecederaan di kepala dan memerlukan ia dijahit. Tetapi dalam masa yang sama, saya harus meneruskan pendakian memandangkan saya ketua untuk ekspedisi berkenaan.

“Mahu tak mahu saya terpaksa teruskan dan berlagak seolah-olah kecederaan saya itu tidak serius. Sedangkan hanya Tuhan yang tahu kesakitan yang harus  saya lalui. Alhamdulillah pendakian berjaya dan selepas itu baru saya mendapat rawatan.

“Selain itu, saya pernah mengalami situasi di mana seorang peserta dipatuk ular. Jadi, saya terpaksa menjadi ‘doktor’ untuknya dengan membuang bisa ular tersebut.  Waktu itu saya cuba berlagak biasa dan tidak mahu nampak panik kerana bimbang ia boleh membuatkan peserta lain cemas.

“Saya kena selamatkan dia dalam tempoh enam jam jika tidak mahu nyawanya dalam bahaya. Saya teringatkan petua orang lama iaitu menggunakan rambut untuk membedah buang bisa ular. Itulah yang saya praktik dan ia berjaya. Peserta itu selamat dan dihantar ke  hospital.

“Dalam situasi begini kena bertenang, fikir apa yang saya perlu buat dan yakin dengan apa yang saya lakukan. pengalaman banyak membantu saya terutama mengendalikan peserta. Setakat ini paling ramai yang pernah saya bawa adalah 200 orang dan paling sedikit 24 orang.

“Saya akan dibantu oleh 10 orang staf sekiranya peserta ramai.  Selain mendaki gunung, ada juga yang meminta khidmat saya untuk melihat air terjun, wall climbing dan sebagainya,”ujar Ana yang akan melakukan latihan dan persiapan sebulan lebih awal dengan peserta.

IKLAN

Wanita Ini Buktikan Kerja ‘Mountain Guide’ Bukan Hanya Untuk Lelaki.

Anak Ikut Jejak

Penerimaan anak-anak awalnya tidak mudah, dan mereka selalu bertanyakan kenapa selalu masuk hutan. Namun, semakin membesar lama-kelamaan anak-anak mula faham. Bahkan, anak keduanya menampakkan minat untuk mengikut jejak langkah dalam bidang tersebut.

“Kalau diikutkan saya tidak suka memaksa mereka sebaliknya anak kedua saya yang juga perempuan menampakkan minat berbanding anak lelaki sulung saya.  Anak saya ini suka benda lasak berbanding abangnya. Cuma saya tidak suka dedahkan anak-anak dengan benda lasak dalam usia mereka sekarang.

“Secara jujurnya, pekerjaan mountain guide  outdoor recreation di luar negara sangat profesional dibandingkan di negara kita. Dalam Children Education  Outdoor,  anak-anak akan diberi  pendedahan dengan aktiviti lasak apabila akil baligh.

Wanita Ini Buktikan Kerja ‘Mountain Guide’ Bukan Hanya Untuk Lelaki.

“Maksudnya abdomen dalaman mental dan fizikal sudah bersedia untuk berhadapan dengan cabaran.

“Sekarang ini saya hanya mendedahkan pada benda-benda yang tidak terlalu lasak, risau sebab mereka terlalu berani. Sekarang anak saya yang sulung berumur 12 tahun dan yang kedua 11 tahun.

“Selain habiskan masa mereka di rumah waktu cuti, kami juga rajin keluar bersama dan melakukan aktiviti yang mereka sukai,” ujar Ana yang merancang untuk mencapai misi untuk menawan 7 puncak benua suatu hari kelak.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI