Apabila menjelang hari raya, memang tak sah jika tak mencari resepi kuih muih raya. Semua anak-anak menyuruh ibu-ibu buat kuih raya. Barulah mood raya mari kan.
Namun, kita masih lagi dibulan ramadan. Masak menu ramadan tetap keutamaan juga. Ikan bakar salah satu menu yang tambah selera. Dan rahsia sedapnya ikan bakar terletak pada pesnya. Ikuti perkongsian Puan Harmizie.
Berikut cara membuatnya.
Ads
Ads
Ads
Selamat mencuba! Sedap ni buat menu berbuka hari ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pun begitu, andai tidak ke sana dan masih mahu menikmati hidangan yang enak seperti itu, apa kata anda cuba sajikan menu nan satu ini; Ikan Stim Limau. Menyediakannya juga tidak susah malah bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati. Jadi usah tunggu lagi, ayuh kita rai selera keluarga dengan menu Thai yang enak ini sepertimana yang dikongsikan di akaun fb Zafirah Zawawi ini.
Selamat menjamu selera semua HAHN Hari ni kita masak Ikan Stim Limau bahan yang simple tapi rasa sebijik kat kedai Thai memang menambah nasi la jawabnya sape suka ikan stim limau ni silakan masak.
Bahan-bahan: Ikan siakap Bawang putih cincang/potong dadu Halia hiris Serai 1batang untuk hiris & 2 batang untuk letak dalam ikan Cili padi merah dan hijau Asam Limau Daun ketumbar- akarnya jangan buang,rebus sekali dengan ikan Garam @ sos ikan untuk perasa.
Cara-cara masak
1. Bersihkan ikan siakap, kalau tak nak bau hanyir cuci dengan asam limau atau lemon. Letak 1 kiub pati ayam di seluruh ikan dan serai di celah ikan.
2.Rebus pakai kuali jer letak la akar daun ketumbar@daun ketumbar sekali. Rebus dalam 10 minit kita letak bahan-bahan yang kita sedia tadi sehingga masak. Untuk perasa saya letak sos ikan. nak letak garam pon boleh. cili padi saya letak last skali takut pedas sangat.
Bosan kan kalau asyik makan ayam goreng jer. Dengan kreativiti boleh pelbagaikan jenis resipi bagi memberikan kepelbagaian rasa. Lagi-lagi anak muda zaman sekarang yang cukup gemar dengan makanan ala-ala Korea.
Jadi ibu-ibu apa kata tunjukkan bakat anda di rumah untuk menyediakan menu Korean Spicy Cheese Chicken.
Tak ada resipi jangan bimbang. Jom cuba yang dikongsikan oleh Shacha Munieyra. Confirm anak-anak excited nanti dan paling penting mesti lagi puas nak makan!
Kalau beli komfem tak cukup, anak buah dalam rumah ni memang suka bebenor ayam goreng korean hot spicy cheese nie. So untuk jimatkan, kitaa ketung ketang la kat dapur aini. Sangat mudah , bahan pun tak banyak 😬
Jom buatt !
So perap ayam dengan bawang putih, lada hitam dan sedikit halia. Semua ni ditumbuk ya. Perapkan ayam selama 30 minit!
Kemudian, bila dah siap perap, masukkan sebiji telur.
1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung jagung Sedikit serbuk cili (babas) nak pedas lagi boleh tambah ikut suka hati.
Kemudian goreng ayam tadi tapi pastikan api slow ya.
Dalam kuali lain, tumiskan 4 ulas bawang putih dengan sedikit minyak jagung. Masukkan lada kering yang dah dikisar dan masukkan sedikit garam.
Masukkan 2 sudu madu, 2 sudu brown sugar dan 1 sudu serbuk cili babas.
2 sudu sos tomato 3 sudu sos cili 2 sudu bijan Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
Kemudian ambil cheese, jika ada. Nak letak mayonis ke apa pun boleh, tapi Muni letak cheese leleh ni. Yang ni Muni beli yang dah siap.
P/s: Jika tak suka pedas boleh kurang kan serbuk pedas dan tambah pulak dengan cheese. Sedap!
So tuang jelaa atas ayam tadi , siap ! Boleh ngap 😋
Kek coklat Moist versi kukus, mudah dan sedap. Anak-anak pasti sukakannya. Buat untuk hidangan minum petang nanti memang sesuai ni.
Jom admin kongsikan resipi kek kegemaran ramai ini. Resipi asal adalah daripada puan Nora Syikin
Bahan-bahan:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
– semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalam periuk kukusan.
Bahan ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
– adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang(sapu dlu minyak@marjerin keliling acuan@loyang). Kukus 45 minit dgn api sederhana. Nak tau masak cucuk ngan garfu kalau tak melekat dh masak.
Topping
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1/4 cwn susu cair
2 sdb butter/majerin/minyak masak
Masukkan dalam periuk
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.
Cuti Tambahan Aidilfitri 2026 diumumkan oleh KPM menerusi Kalendar Akademik 2026 melibatkan sekolah Kumpulan A dan B. Semak tarikh cuti sekolah dan tempoh cuti penggal Aidilfitri.