Tidak dinafikan resipi masakan berasaskan ayam memang menjadi hidangan wajib seisi keluarga. Boleh dikatakan hari-hari mesti ada menu berasaskan ayam.
Lazimnya menu, ayam masak kicap, ayam masak merah, ayam masak cili api, sup ayam dan ayam masak kunyit adalah hidangan yang popular. Memang bertambah anak-anak makan.
Selain resipi yang biasa kita masak, apa kata cuba resipi ayam ala Thai ni. Malah resipi viral ini mendapat perhatian ramai apabila resipinya memang istimewa dan resipi asli dari ibunyang yang merupakan warga Thailand.
Ikuti resipi ibu Nur Asyikin yang menetap di Malaysia hampir 55 tahun. Sempena perkongsiannya, beliau juga mengharapkan warganet mendoakan moga ibunya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
Ikuti perkongsian ini.
Ads
AYAM PADPHEK ( Masakan Thai Original ) resepi ibu warganegara Thailand yang menetap di Malaysia hampir 55 Tahun Doakan ibu saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Ads
Bahan-bahannya
Bahan blend Kunyit Hidup – 3 Bawang Merah – 4 Biji Bawang Putih – 4 Biji Serai – 2 Batang Daun Limau Purut – 4 Helai ( blend ) Daun Limau Purut – 3 Helai ( Potong ) Lada kering – 1 Biji Cili api – 5 Halia Belacan Asam keping – 1 ( Masa Tumis )
Ads
Bahan Perap Ayam Kunyit
Nota: Selain Ayam bahan-bahan diatas boleh diolah pelbagai lauk Ikan Keli,Sotong,Udang.
Cara – Cara 1.Goreng ayam sederhana masak angkat dan asingkan. 2.Panaskan minyak ( minyak lebih lagi sedap ) masukkan bahan2 blend tumis sampai wangi. 3.Masukkan Ayam yang digoreng separuh masak kemudian masukkan Daun Limau Purut tumis sampai Daun Limau Purut layu dan sedia untuk dimakan ( Tunggu berbuka yer ) 4.Anak2 yang xmakan pedas blh asingkan lauk yang dah masak letakkan cili api ( tumbuk ) kemudian..
Sumber: Nur Asyikin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebenarnya nak buat cocktail ada cara rahsia supaya ia menjadi lebih sedap. Tidak dinafikan semua tahu cara membuatnya amat mudah, namun penyediaan bahan-bahan itu adalah rahsia menjadikan cocktail itu rasa lain dari yang lain.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini mengunakan bahan-bahan ini supaya rasa cocktail lebih enak untuk dihidangkan.
Resepi rahsia ni dah hampir 7 keturunan dalam simpanan. Hari ni saya berbesar hati nak bongkarkan rahsia resepi cocktail ni untuk ahli group Masakan Berpuaka.
Cocktail 7 keturunan. Bahan dan cara cara baca dan tengok sendiri. Sila focus. Susah nak buat ni. Nota kaki Ni sebenarnya resepi kawan saya Linda martopo
Bahan-bahan
Ni bahan bahannya. Yang takde cuma ais. Takkan ais pun tak tahu kan.
Tapis dan buang semua air buah dalam tin tu. Air dia tak sedap. Nanti jadi masam. Ntah ye ntah tidak aku ni haha
7 keturunan saya memang guna susu cap Carnation ni je kalau nak buat cocktail ni. Tuang habis. Nak banyak kuah buh 2 tin.
Whipping cream kotak kecik je. Kawan saya ajar buh semua 1 kotak. Ni penting. Kalau tak ada ni memang kurang kick dia kata.
Susu pekat setengah tin. Rasa la sendiri ikut selera kemanisan wajah masing masing.
Nata de coco. Guna air dia jangan buang. Ni bekas sedang je. Saya guna semua.
Lupa nak ambil gambo laici. Air laici kalau nak guna buh sikit je. Jangan buh semua. Tapi buah laici guna semua. Ceduk masuk cawan buh ais, siap la.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Menyenaraikan antara menu special untuk berbuka sepanjang Ramadan ini, tentunya menu nan satu ini pasti ada dalam senari pendik ibu-ibu untuk dimasak. Ikan Siakap 3 Rasa, keenakan rasaya semua sudah sedia maklum dan menyediakannya pula tidaklah renyah berbanding menu-menu yang lainnya. Jadi tidak hairanlah, menu ini antara menu popular di bulan Puasa.
Pun begitu, melalui perkongsian resipi oleh Sofia Sarlinie Shukri, ada istimewanya dengan resipi Ikan Siakap 3 Rasa yang disediakannnya. Menurutnya, ikan Siakap yang digoreng terlebih dahulu tidak dilimur dengan tepung jagung tetapi ada bahan yang lebih istimewa digunakannya untuk pastikan ikan terasa lebih ranggup dan berasa. Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
RESEPI SIAKAP 3 RASA KAP PUN KAPPPP
Bukan nama dia je 3 rasa, Mek Opie sendiri dah guna resepi ni lebih 3 tahun dah. Sebab?Simple dan di jamin sedappppppp! Resepi ni biasa biasa je kalau tengok bahan dia. Tapi #RAHSIA dia tang ikan tu. Ikan tu tak kan sama macam siakap 3 rasa yang biasanya dilumur dengan tepung jagung.
Hat ni, ikannya di luar rangup dan pedas bila dicubit masuk ke mulut.Tus tusss tussss,berjejes air lior.Wahhhhh gitchewww uollss! Sebab ianya ada RAHSIA, jadi bahan bahan dan cara sila tengok dekat gambor yang ada bahan bahan ya.
2 ekor ikan siakap Tepung Rangup serbaguna BESTARI (amek yang pedas tau) Yeahhhhhh.Di sini lah rahsia ikan siakap 3 rasa Mek Opie sedap luar biasa!Hahaha
Siyess,gunalah tepung Bestari pedas ni untuk goreng ikan siakap 3 rasa. Lumur je terus tepung kat ikan tu.Tapayah nak garam atau nak kunyit bagai. Keje lebih cepat siap, rasa lebih letopssss!
Hasil nya,luar ikan tu jadi rangup krup krappp dan rasa pedas.Kombinasi dengan sos 3 rasa tu nanti,perghhhh. Memang terangkat uiiii!
Nak goreng ikan,pastikan guna minyak yang banyak ya.Dan pastikan minyak sudah betul betul cukup panas. Gunakan teknik deep frying. Ikan kena tenggelam dalam minyak.
Dah siap goreng,angkat dan letak dulu kat tepi. Sementara siapkan sos ikan pulak.
P/s : Sila jangan tanya tepung jenama lain ya.Sebab so far jenama bestari dan perisa pedas ni je yang paling sedap untuk goreng ikan siakap 3 rasa ni.
BAHAN BAHAN UNTUK SOS IKAN
Bahan tumisan
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
6 ulas bawang putih (diketuk)
Halia 2 inci (dihiris nipis)
10-15 tangkai cili api merah (dihiris atau diketuk)
5 sudu sos cili
5 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
3 sudu sos ikan
2 biji tomato ( dipotong dadu)
1 tin cube nenas (ambik dengan airnya sekali)
1 batang saderi (potong ½ inci)
Daun ketumbar (potong ½ inci)
1 batang serai (diketuk)
Cara cara masak sos 3 rasa
1. Panaskan sikit minyak dalam kuali
2. Tumis bahan-bahan tumisan
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau sebati
4. Masukkan tomato dan kiub nenas dengan air sekali. Air nenas tu untuk effect rasa manis kuah sos.
5. Masukkan batang saderi, daun ketumbar dan serai. Kemudian perasakan dengan garam. Siap!
Boleh terus siramkan atas ikan siakap yang sudah digoreng tadi. Last boleh tabur lebihan daun ketumbar atas ikan sebagai hiasan.
Daikui ramai yang suka makan limau mandarin apatah lagi bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina ketika ini, harga yang ditawarkan adalah pelbagai. Ada yang murah dan tidak kurang yang mahal, jadi mudahlah untuk kita sebagai pengguna membuat pilihan.
Bila mudah dan banyak buah limau mandarin boleh didapati, tidak hairanlah kita akan makan buah tersebut lebih banyak dan sekali gus hingga ada yang membawa kepada kesan pada kesihatan.
Kadang-kadang pelik juga kita rasakan, kenapa ada yang lepas makan mula rasa batuk-batuk namun ada orang lain sedikit pun tidak terkesan.
Ini turut menimbulkan tanda tanya, adakah buah limau mandarin yang dimakan itu sebenarnya berkhasiat atau tidak. Mungkinkah penggunaan bahan kimia pengawet yang merbahaya atau apa sebenarnya?
Menjawab persoalan ini dan untuk mengetahui cara bagaimana untuk menikmati buah mandarin jom kita baca perkongsian Dr Fatimah Salim ini.
BENARKAH LIMAU MANDARIN MENGANDUNGI BAHAN KIMIA PENGAWET?
Benar. Kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan, juga menghalang pertumbuhan kulat. Namun, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.
SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau, tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detox secara semulajadi. Ianya selamat, sebab itu ianya dibenarkan sebagai pengawet pada makanan.
Cuma mungkin sebab limau Mandarin biasanya banyak dijual dengan harga yang murah semasa Tahun Baru Cina, belum lagi yang dapat berkotak-kotak secara percuma. Sudahnya buah limau yang dimakan juga mungkin berlebihan. Jadi tidak hairan jika ada individu yang berasa sakit tekak, batuk, sakit dada atau kesukaran bernafas apabila mengambil limau Mandarin ini.
Sebenarnya selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam buah kering seperti kismis, prune, juga dalam minuman berkarbonat dan beralkohol. Namun, apa-apa produk makanan yang mengandungi bahan kimia SO2 wajib meletakkannya pada label sebagai panduan untuk individu yang sensetif.
Ini kerana individu yang sangat sensetif kepada SO2 terutamanya mereka yang mempunyai penyakit asthma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.
Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini. Maka, cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan. Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah.
SO2(g) + H2O(l) –> H2SO3(aq)
Merendam seketika (10 minit) dengan air garam/ baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.
Untuk individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Di sinilah perlunya kita memerhati dan ambil tahu tindakbalas badan sendiri terhadap apa juga jenis makanan yang dimakan. Ingat, tidak semestinya jika anda terkesan dengan SO2, orang lain juga akan mengalami kesan yang sama. Juga tidak semestinya anda yang tidak terkesan, mentidakkan kesannya kepada individu sensetif lain. Usah pukul rata ya.
Musim perayaan ini, berpada-padalah ya. Jika badan sudah mula memberikan maklumbalas, maka sedarlah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Fakta menarik mengenai bahan kimia semulajadi dalam limau Mandarin:
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang meraikan.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.