Bila lihat kediaman yang cantik dengan susun atur kemas dan menarik, membuatkan hati teringin untuk berbuat demikian. Tetapi ada banyak hal yang membatasi untuk berbuat demikian. Termasuklah modal, masa dan sebagainya.
Bagi puan Raja Nor Fauzura menerusi satu perkongsian memberitahu, dia mengambil masa lebih kurang 12 tahun mendiami kediaman tersebut. Ternyata penantian sangat berbaloi kerana sangat menarik mata memandang.
Keluarga ini hanya mengeluarkan modal bernilai RM 35 ribu untuk mengubah suai kediaman tersebut untuk tampak lebih fresh dan baru. Tempoh ubah suai tersebut hanya mengambil masa sebulan untuk menyempurnakan rumah idaman wanita ini.
Pilihan perabot yang minimalis namun eksklusif ditambah pilihan warna cat membuatkan rumah teres dua tingkat itu tampak moden dan mewah. Jom ibu-ibu kita cuci mata, mana tahu dapat ilham untuk kediaman kita sendiri nanti.
Alhamdulillah transform rumah selepas 12 tahun mendiami.
Rumah Teres Low Cost 2 tingkat.
Dapur sempit sebab kami berniaga kek di rumah, Ada 1 oven industry, 1 peti ais kaca 2 pintu, 1 freezer, 1 fridge, 1 mixer.
Renovation major bahagian dapur, pecah semula dan naik slab, pecah table top dapur asal, pecah pembahagi ruang tamu & dapur agar lebih luas pandangan, tambah 4 kaki ke belakang untuk tempat oven & peti ais kaca, pasang sliding door di belakang. Lain lain tukar plaster siling Dari dapur hingga ke ruang tamu.
Tempoh renovation : 1 bulan (5.1.20 – 5.2.20) Cost renovation : 35k
Ads
Selain ruang tamu yang berubah wajah dengan garapan dekorasi moden, dapur juga turut dibuat pengubahsuaian.
Ads
Wajah dapur sebelum ubah suai
Ads
Dapur yang mendapat sentuhan baru
Susun atur ruang dapur yang ringkas namun kemas dipandang.
Cuti lama buat kita makin seronok nak masak buat anak-anak.
Asam Pedas antara makanan yang cukup disukai suami dan anak-anak. Ambil masa cuti panjang ni untuk sediakan Asam Pedas terbaik buat keluarga.
Nak sedap lagi, tip ni wajib ada.
Perkongsian daripada yang pakar dalam bidang masakan kita kena ambil dan jadikan ilmu. Pemilik katering di sebuah kampung di Batu Pahat ini berkongsi rahsia masak asam pedas super power. Bagaimana? Cuba buat ikut cara yang disyorkannya, confirm mak mentua tabik dan makan nasi bertambah.
Isi Kelapa
Ini petua orang-orang lama katanya. Setiap kali memasak Asam Pedas ambillah sedikit isi kelapa tua (yang dikorek daripada tempurung kelapa) dan bakar isinya hingga garing. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk dan didihkan bersama bahan lain hingga masak. Lebih lemak katanya. Jadi kena cuba!
Kerisik
Guna isi kelapa memang power tapi kalau nak gunakan kerisik pun boleh juga. Tapi kerisik lebih sesuai dimasukkan pada asam pedas ayam atau daging sahaja. Bila dimasukkan pada ikan rasanya sedikit lain. Tapi tak salah juga kalau anda nak cuba. Masukkan kerisik pada waktu akhir sekali, iaitu selepas bahan kisar dan kuahnya sudah mendidih.
Cili Kering
Kalau masak asam pedas jangan sesekali guna cili boh kisar yang dijual di pasaran. Cili kering yang dikisar adalah penyedap kepada semua asam pedas. Rasanya sangatlah berbeza. Cili kering yang dikisar sendiri rasanya lebih segar dan sedap. Pastikan cili ditumis lama hingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan air asam jawa.
Daun Limau Purut & Serai
Selain menggunakan isi kelapa tua yang dibakar, menggunakan daun limau purut dan serai sebagai penaik aroma tambahan juga membantu asam pedas rasa lebih power. Masukkan di akhir sekali dan biarkan kuahnya mendidih. Angkatlah sebaik mendidih.
Berikut merupakan resipi yang dikongsikan sebagai panduan untuk semua. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS IKAN MAYONG
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan mayong
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
3sm isi kelapa bakar (isi kelapa tua yang dibakar)
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan ikan mayong dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian tuangkan pula air asam jawa dan masukkan kelapa bakar, daun limau purut dan juga serai. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Selamat mencuba!
Foto: thehalalfoodblog.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tidak bahagia bila mana anak yang dikandung, diasuh dan dididik sejak kecil, cemerlang dalam berbagai bidang. Malah diangkat menjadi Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat negeri Terengganu pada tahun 2016 adalah satu perkara yang cukup membanggakan hati seorang ibu.
Bagi Hajah Dahliana Mohd Dagang dan suaminya, Hj Mohd Fauzi Ibrahim, kejayaan anak kedua mereka, Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi yang dianugerahkan Pelajar Terbaik SPM Negeri Terengganu 2016 serta memperolehi 11A+ ini adalah satu pemberian dari Allah.
“ Saya amat bersyukur kerana Allah makbulkan doa dan pengharapan saya untuk membawa satu lagi bukti kepada masyarakat bahawa pelajar yang menghafaz dan memartabatkan Al Quran, mempunyai peluang cerah untuk cemerlang dalam akademik,” luahnya di atas kejayaan Husna.
Tidak hanya Husna, malah kesemua adik beradiknya yang lain turut sama cemerlang dalam pelajaran dan ilmu agama. Anak sulung kepada pasangan ini, Muhammad Shakir, telah khatam hafazan di usia 17 tahun, dan bakal melanjutkan pelajaran ke Australia pada Februari ini. Turut sama cemerlang dengan memperolehi 11A dalam SPM 2014.
Manakala anak ketiganya, Muhammad Nuruddin, merupakan peserta daurah pertama yang berjaya khatam hafazan 30 juzuk dalam masa kurang dari 4 bulan. Sarah Mursyidah,14, pula merupakan pelajar tingkatan dua Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Kedah. Sementara anak bongsu pasangan ini, Muhammad Luqmanul Hakim, 7, masih lagi bersekolah di Tahun 1, Sekolah Rendah Islam Al Maarif, Sg Petani.
Kongsi Tip Amalan Sejak Kecil
Kejayaan tak datang dalam sekelip mata pada tempoh yang singkat. Bagi pendidik ini, asuhan untuk kesemua anak-anaknya sudah bermula semenjak dalam
kandungan. Ini yang dikongsikannya.
“Sebenarnya sebelum kahwin lagi kita kena niatkan nak bina baitul muslim, baitul mu’min dan baitul da’wah lillahi taala. Nak lahirkan generasi soleh dan solehah yang boleh menyampaikan Islam kepada yang lain. Seboleh-bolehnya pilih pasangan yang kita rasakan boleh saling lengkap melengkapi ke arah itu.
Amalkan juga tiga surah ini daripada awal kehamilan lagi iaitu Surah Maryam, Luqman dan Yusuf. Sentiasa berzikir dan baca Al Quran kepada anak-anak dari
sejak lahir lagi.
Kalau tak sempat , pasanglah tape-tape mengaji. Permainan perlu berunsur pendidikan, kurangkan lagu-lagu dan hiburan yang sia-sia. Solat berjemaah amat penting supaya rahmat dan barokah lebih melimpah ruah.
Kami ibu bapa Husna tak mampu nak melengkapkan diri anak-anak dengan ilmu agama yang mendalam kerana kami bukan dari aliran agama. Saya bekas pelajar MRSM Kuala Terengganu; graduan TESL ITM/UKM manakala suami pula bekas pelajar MRSM Kulim dan berlulusan Professional Accounting dari UK.
Jadi Husna adik beradik kami hantar bersekolah rendah di Sekolah Rendah Al Islah; sebuah sekolah agama swasta yang menggunakan kurikulum MUSLEH, yang
menekankan keseimbangan dari segi akademik, akhlak dan pemantapan rohani. Memang agak perit dari segi perbelanjaan bulanan tapi itulah namanya
pengorbanan.
Bercerita soal pemilihan makanan, saya biasanya pastikan makanan yang halal dan baik, periksa dahulu bahannya untuk pastikan kandungan terjamin halal.
Pastikan membeli dari penjual yang menjaga syariat Islam misalnya penjual menutup aurat dengan sempurna.
Kalau makanan sunnah memang kami amalkan, cuma agak kurang berdisiplin tetapi Husna memang sentiasa dibekalkan dengan susu, kismis dan kurma setiap hari oleh pihak sekolah.
Selalu bawa anak-anak ke majlis-majlis ilmu dari kecil lagi. Sentiasa berpesan pada anak-anak supaya menjaga hubungan dengan Allah dan orang sekeliling.
Sentiasa tolong kawan-kawan dan baik pada guru-guru.
Dalam mendidik anak, kita perlu jadi role model. Contoh kalau nak anak yang solat di awal waktu, kita sendiri kena istiqamah. Kita nak anak yang positif & mengamalkn segala sifat-sifat mahmudah, kita sediri kena terlebih dulu mengamalkannya.
Sentiasa niatkan segala apa yang kita lakukan sebagai ibadah, ikhlas kerana Allah. Makan pun ibadah jika niatnya untuk menguatkan diri bagi meningkatkan ibadah dan kita tidak makan makanan yang haram.
Apatah lagi usaha untuk mendidik dan membesarkan anak untuk melahirkan generasi yang berguna kepada aummah.
Paling penting kita sebagai ibubapa tunjukkan contoh yang baik dan perlu sentiasa doakan anak-anak dalam sujud terakhir solat.
Saya amalkan doa yang dikongsi Ustaz Kazim Elias iaitu ayat 82 dalam Surah Yasin,” katanya berkongsi serba sedikit amalan yang dilakukannya pada anak-anak.
Bagi ibu ini, besar harapannya untuk melihat Husna dan adik beradiknya menjadi hafiz hafizah yang masyi dan mengamalkan ajaran Al Quran demi menjadi insan
yang bermanfaat kepada orang lain; berbakti kepada ummah demi meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengambilan nasi yang berlebihan sememangnya tidak sihat bagi penghidap kencing manis. Kandungan karbohidrat (gula) yang tinggi dalam nasi membuatkan penghidap diabetes takut untuk makan nasi.
Nasi sebenarnya taklah salah, malah janganlah gerun nak ambil nasi. Apa yang penting kenalah tahu nasi bagaimana yang selamat untuk di makan. Kalau mak mentua atau bapa mentua alami masalah ni, anda bolehlah lakukan seperti yang disarankan oleh Saintis dari Mardi, Dr Suri Roowi.
NASI DAN DIABETIS – APA YANG ANDA PERLU TAHU?
GI merujuk kepada nilai gula dalam darah.
2. Nasi keras mempunyai nilai GI yang rendah. Jadi, nasi keras lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi lembik.
3. Nasi sejuk yang disimpan pada suhu 4 darjah Celcius selama 24 jam lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana GI yang rendah berbanding nasi panas.
4. Nasi dari beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86) dan kurang sesuai untuk pesakit diabetis. Nasi biasa mempunyai GI (83).
5. Nasi yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetis, kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
6. Nasi goreng pula lebih sesuai untuk pesakit diabetis, berbanding nasi putih kerana mempunyai nilai GI yang lebih rendah.
Perjalanan TTC Taufik Batisah dan Sheena Akbal menyentuh hati ramai apabila pasangan ini berkongsi usaha IVF, pengalaman keguguran dan sokongan penuh seorang suami sepanjang ikhtiar mendapatkan zuriat.