Ibu-ibu pasti punya cara tersendiri dalam memastikan ruang di dalam rumah tidak bersepah terutama pakaian. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak ramai. Dari pagi membawa ke malam, urusan rumah tangga takkan pernah habis, esoknya disambung semula rutin yang sama.
Apabila bercakap soal mengemas pakaian, pasti ibu-ibu ada cara tersendiri. Antaranya adalah dengan membuat Wadrobe secara terbuka.
Open wardrobe bajet under rm250 😍💛 💛Saya sakit mata tengok baju bersusun byk camni. Hihi . Jd kita letak curtain kt open wardrobe supaya mata tak sakit. Semua pakai barang IKEA kecuali hanger ja. 🧡Bajet x tinggi plus boleh isi byk baju berbanding letak almari. Actually sy nak tambah lg part atas sekali tu nk letak hanging rack tp tggu next budget plak la. Pastu nk letak box kt lantai tu utk simpan barang2 jarang guna. Tggu nanti lah dh complete semua sy update lg hihi . ⛱ list barang ada pd gambar di bawah
Ads
Saya sakit mata tengok baju bersusun banyak macam ni. Jadi, kita letak curtain kat open wardrobe supaya mata tak sakit. Semua pakai barang IKEA kecuali hanger ja.
Ads
Bajet tak tinggi plus boleh isi banyak baju berbanding letak almari. Actually saya nak tambah lagi part atas sekali tu nak letak hanging rack tapi tunggu next budget plak la.
Pastu nak letak box kat lantai tu untuk simpan barang-barang jarang guna. Tuggu nantilah dah complete semua saya update lagi.
Ini adalah idea ‘open wardrobe’ untuk dikongsikan bersama yang dijadikan rujukan.
Pernah tak anda alami angin dalam badan, rasa kurang selesa dengan perut rasa sebu atau pedih ulu hati? Memang tak selesa dibuatnya kan. Cuba amalkan petua mudah ini.
Assalamualaikum rakan MAHN. Saya cuma nak kongsikan 1 petua yang saya dapat dari seorang pakcik berbangsa India. Petua yang saya dapat ini adalah petua untuk mengurangkan angin dalam badan dan mengurangkan pedih ulu hati.
Saya sekeluarga pernah dijangkiti wabak yang melanda negara kita ni. Antara kesan dari wabak tersebut, suami saya kerap merasa perut sebu dan tak selesa. Dari situ kami dapat petua untuk kurangkan angin dalam badan dan alhamdulillah berkesan dengan izin Allah.
Apa yang kami amalkan, kami akan letak sedikit serbuk kulit kayu manis ‘ceylon’ dalam minuman. Seeloknya pagi masa perut kosong, bancuh serbuk kulit kayu manis ceylon dengan air suam. Kacau dan terus minum.
Saya juga amalkan sarapan pagi segelas susu tepung, letak oat dan sedikit serbuk kulit kayu manis.
Alhamdulillah berat badan pun maintain aje. Apa yang saya kongsikan ini mungkin mengikut keserasian badan masing-masing ya. Kami cuma ikhtiar selepas pulih dari wabak tu. Alhamdulillah, berkesan.
Siapa tak kenal dengan minuman berkultur Yakult, lagi-lagi anak kita. Apa yang pasti, minuman Yakult sememangnya merupakan minuman yang berkualiti hasil penemuan Doktor Minoru Shirota. Pada mulanya, dia ingin melindungi orang ramai daripada penyakit berjangkit yang berleluasa pada masa itu yang melibatkan usus seperti taun dan demam kepialu. Kini, hasil kajiannya ini telah membantu pelbagai lapisan golongan masyarakat untuk kekal sihat.
Tidak dengan itu, turut memberi manfaat kepada pengguna dengan menghasilkan ramuan yang terbaik untuk dijadikan plant booster dengan kadar kos yang rendah namun hasilnya cukup luar biasa. Hal ini telah dikongsikan oleh Puan Suhaili di akaun fbnya. Jom semak.
Kak Eli panggil resepi ini plant booster. Bukan otak aje perlu dibooster pokok pun sama okey. Nak dibelai-belai, ajak bersembang, senyum manis pada dia maka berbunga rianglah mereka.Mengada sangat.
Kosnya murah, tak perlu guna tenaga beria, tak perlu baca jampi serapah. Cuma spray dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, daun bukan main hijau kemudian kalau berbunga tu bukan main meriah lagi.
Bahan-bahan:
2 biji telur
sebotol yakult
Cara Penyediaan :
2. Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
3. Kemudian spray spray spray tanpa was-was. Kita spray ni cuma seminggu sekali ya. Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ini contoh Kak Eli spray pada daun limau purut. Kemudian esok pagi bila Kak Eli tengok semula pokok yang sama,Tadahhhh!
Terus tumbuh anak pucuk baru! Bayangkan kalau kita spray pada tanaman sayuran macam bayam, tomato, kailan dan sawi. Pastilah mereka membesar dan gemuk dengan cemerlang. Dan kita akan makan makanan yang super sihat hasil tanaman sendiri. Mudah bukan?
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.
sumber : Suhaili Baharudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Arrgghh… Stresnya aku tengok anak-anak lipas yang berkeliaran dalam kereta ni. Manalah agaknya sarang dia. Tak boleh jadi, nanti dibiarkan makin seronok dia beranak-pinak. Apa cara halau lipas dan kaum kerabat dia semua sekaligus ya?”
Bila anak-anak duduk dalam kereta, biasanya mesti ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal, bukan? Jadi, tak hairanlah kereta mudah menjadi tempat pembiakan lipas.
Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah kereta yang bersih dan masih menjadi kegemaran lipas. Puas kita halau, masih muncul lagi lepas beberapa hari.
Tapi, kalau asyik ‘spray’ berkali-kali, takut kita pula yang pening. Kesan bahan kimianya pula dikhuatiri membahayakan anak kecil. Jadi, apa yang patut buat?
Jangan risau, di sini kami senaraikan 9 petua menghalau lipas secara semulajadi. Tentu selamat dan sesuai bagi anda yang ada anak kecil.
9 CARA HALAU LIPAS DALAM KERETA GUNA BAHAN SEMULAJADI
Berikut adalah 9 petua dan cara halau lipas dengan menggunakan bahan semulajadi. Mudah, tapi amat berkesan!
1. DAUN PANDAN
Salah satu cara paling mudah dan berkesan adalah menggunakan daun pandan. Baunya yang kuat dan wangi ini amat dibenci oleh lipas.
Caranya mudah, cuci terlebih dahulu dan hiriskan daun ini untuk mengeluarkan baunya. Kemudian, isikan dalam beg kain yang berjaring halus.
Kalau nak ikatkan dan letak terus dalam kereta pun boleh, tapi jangan biarkan sampai terlalu kering dan reput kerana nanti susah mencucinya. Malah, mungkin boleh menarik serangga lain pula.
2. DAUN DURIAN BELANDA
Daun durian belanda juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Caranya hampir sama dengan daun pandan di atas. Tapi, ada yang mengatakan ianya lebih berkesan apabila digunakan apabila daunnya telah kering.
Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda, anda boleh cuba meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta.
3. SEMBURAN SERAI WANGI
Semburan serai wangi adalah salah satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang dalam kereta anda.
Patinya boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan di seluruh kereta, terutamanya pada bahagian karpet.
Ada juga yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan.
4. BAKING SODA
Salah satu petua menghalau lipas yang berkesan adalah menggunakan baking soda. Ia bukan saja toksik terhadap lipas, tetapi ia boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda.
Taburkan selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda memvakumkannya semula.
5. ‘GLUE TRAP’
Perangkap gam atau ‘glue trap’ banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Seeloknya, cari yang berlabel anti-toksik atau semulajadi.
Letakkan perangkap ini pada waktu malam kerana waktu inilah lipas-lipas sedang aktif. Ia perlu digunakan dan ditukar dengan kerap sehinggalah lipas-lipas ini hilang sepenuhnya.
6. PERANGKAP BOTOL MINUMAN
Salah satu perangkap yang paling mudah dibuat adalah perangkap botol minuman seperti yang dibuat oleh Puan Sharifah.
Ambil botol air minuman dan tinggalkan sedikit sisa di dalamnya. Kemudian, biarkan botolnya terbuka dan selitkan botol pada tepi seat kereta dalam keadaan menegak. Dalam posisi ini, barulah lipas akan susah untuk memanjat keluar.
Biarkan semalaman atau 2-3 hari dan anda pasti akan mendapati ada banyak lipas yang terperangkap di dalamnya.
Anda juga boleh mencampurkan sisa makanan dengan sedikit larutan baking soda untuk membunuh lipas tersebut.
7. LISTERINE
Salah satu petua menghalau lipas yang boleh anda cuba adalah menggunakan Listerine.
Penyegar mulut dan nafas ini boleh digunakan sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Sebaiknya, pilih bau pudina yang paling kuat. Semburkan dalam kereta anda termasuklah di bahagian tersembunyi.
8. MINYAK AROMATERAPI
Bagi anda yang mempunyai koleksi minyak aromaterapi, bolehlah menggunakan wangian tea tree oil, peppermint atau lemongrass untuk menghalau lipas-lipas ini daripada terus bersarang dalam kereta anda.
Namun, jika masih ada telur-telurnya, mungkin ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan berkesan.
9. VAKUM BAWAH KARPET
Kebanyakan lipas ini bersarang di dalam rangka kereta kerana ianya sukar dicapai oleh manusia. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan semakin teruk, cuba bawa kereta anda ke carwash untuk cuci bahagian karpet kereta atau bahagian-bahagian tersorok di bawahnya.
Mereka juga mungkin mempunyai solusi lain dan teknik tersendiri untuk membunuh lipas ini dengan pantas dan berkesan.
JAGA KEBERSIHAN DALAM KERETA JUGA OK!
Dalam tempoh membunuh dan menghalau lipas ini, cuba elakkan daripada makan di dalam kereta. Jika ada sisa makanan, cepat-cepat bersihkan dan jangan tinggalkannya semalaman kerana lipas-lipas kereta ini dapat membiak dengan cepat ya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di