Baru nak buat Kari Ikan, baru perasan kelapa parut yang dibeli semalam sudah basi kerana terlupa simpan dalam peti. Mesti kecewakan, sebab kelapa parut tidak tahan lama terdedah pada suhu bilik.
Sebenarnya ada cara yang mudah untuk menyimpan kelapa parut supaya tahan lama.
Jom baca petua yang dikongsikan oleh Niza Hamid
Ads
PETUA SIMPAN KELAPA PARUT TAHAN BERBULAN Yang suka buat kuih berasaskan kelapa parut mesti kene simpan banyak stoc kan? Nak buat inti la, nak campur dalam adunan kuih, nak perah jadi santan, kene la simpan stoc bebanyak.
Kene cuba cara ni nak simpan biar tahan lama tak masam. BAHAN
======
Kelapa parut
Sedikit garam CARANYA
========
Ads
Letakkan kelapa parut dalam loyang.
Taburkan dan gaulkan garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah sebagai anti pereputan, buat tahan lama.
Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.
Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik anggaran sekali masak. Simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku.
Bila nak guna, keluarkan berapa banyak nak guna dan kukus semula.
Cara ni kelapa parut boleh tahan 2-3 bulan.
Tips tambahan:
Kalau nak buat santan pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air sebelum ditapis. Boleh ulang kisar hingga 3 kali.
#Share petua ni biar yang lain pun tahu.
Ads
Nota gambar:
Leka mengukus sambil update status, hangit suda. Huhuhu. Jangan folow yang ni. Folo cara simpan je ok?
Niza Hamid
Kongsi petua mudah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjadi tetamu Allah tentunya menjadi impian kita semua sebagai usaha menyempurnakan tuntutan Rukun Islan yang ke lima.
Apa yang pasti untuk ke sana, pelbagai persiapan dan proses perlu dilakukan dan yang paling utama wang dalam simpanan juga sudah mencukupi untuk kita diterbangkan ke bumi barakah. Bukan sedikit namun mencapai puluhan ribu ringgit.
Meskipun begitu, ada juga kes di mana jemaah haji yang telah pun persiapkan segalanya namun terkandas di tengah jalan angkara menjadi mangsa penipuan. Hal ini pastinya cukup mengecewakan bukan sahaja kepada mangsa malah seisi keluarga turut merasa hampa.
380 Bakal Haji Ditipu
Ini sepertimana memetik laporkan Sinar Metro, di mana kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sejak pagi tadi dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.
Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).
Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.
Dokumen Tak Lengkap
Menurut seorang jemaah yang hanya mahu dikenali sebagai Adi, agensi pelancongan telah meminta semua jemaah di bawah kendaliannya untuk datang ke KLIA hari ini kerana penerbangan dijangka berlepas pada 4.30 petang, namun kemudiannya dimaklumkan telah ditangguh ke 7 malam.
“Semakan kami mendapati penerbangan terakhir ke Jeddah, Arab Saudi adalah pada kira-kira 6 petang tadi dan sehingga saat ini kami tidak dimaklumkan apa-apa oleh wakil agensi pelancongan,” katanya.
Menurutnya, mengikut perancangan awal, mereka sepatutnya ke Jeddah pada Selasa lalu, namun ditangguhkan atas alasan ada dokumen yang masih tidak lengkap.
Beliau berkata, bakal jemaah juga tidak pernah ditunjukkan tiket penerbangan dan visa untuk menunaikan haji.
Seorang lagi jemaah yang dikenali sebagai Jamilah, 59, berkata, beliau reda dengan apa yang berlaku kepada dirinya dan suami, sambil menyifatkan ia sebagai ujian daripada Allah.
“Sehingga ke saat ini kami masih tidak mendapat pasport kami lagi kerana ia dipegang oleh pihak agensi pelancongan,” katanya yang datang dari Terengganu dan telah membayar RM76,000 kepada agensi pelancongan untuk menunaikan haji bersama suaminya.
Jamilah berkata, kakitangan agensi pelancongan itu ada hadir bertemu dengan kumpulan mereka namun mereka tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai masalah itu.
“Kami tidak pernah ditunjukkan tiket kapal terbang dan visa tetapi kami meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada mereka, namun tak sangka kami juga menjadi mangsa penipuan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman ketika dihubungi berkata, pihak polis masih merakamkan keterangan daripada pengendali agensi pelancongan tersebut.
Tanaman dan pokok-pokok yang kita tanam jika hidup subur pasti buat kita rasa senang hati. Berbaloi berpeluh dan patutlah orang kata berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya.
Menuai hasil tanaman sendiri seperti cili, tomato, sawi, terung, bendi dan sebagainya di halaman rumah mahupun pada mini kebun pasti memberikan kepuasan yang tidak ternilai.
Selain menjimatkan belanja dapur, hasil tanaman ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Namun ada kalanya tuaian tanaman tersebut kurang memberikan hasil yang memberangsangkan. Jom ikut petua yang diberikan oleh Sepang Farmville untuk menghasilkan baja organik yang baik sebagai penggalak pokok.
Kita suka kan kalau pokok kita subur dan cantik gebu gebas kan? Hari ni mari kita belajar buat baja organik PSB(photo synthetic bacteria).
Baja ni sgt baik utk pokok. Bahan2 pun mudah ja. Antara faedah PSB ialah untuk kesuburan tanah dan pokok, penggalak bunga. Guna seminggu sekali pada tanaman.
Malah, baja ini juga boleh juga digunakan untuk merawat air dalam kolam/aquarium. Caranya sama dengan merawat tanaan. Hanya tuang masuk dalam kolam atau aquarium.
Resipi:
3 biji telur(hancurkan skali dgn kulit telur)
2 sudu ajinomoto
1 sudu belacan
3 sudu sos ikan
5 liter air tanpa klorin
(boleh tadah air paip dan simpan semalaman sblm guna/air mineral/air telaga/air sungai/air terjun dari 7 gunung)
Tular kini rakaman kamera litar tertutup CCTV di media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar dan digilis oleh van sekolah. Sungguh ianya cukup menyayat hati dan ramai yang mengalirkan air mata melihat insiden tersebut.
Begitu tragis dan sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Memetik berita penuh berkenaan insiden tersebut di Astro Awani, disahkan seorang murid perempuan Tahun Satu maut selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di hadapan sebuah pusat transit di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Supt Azman Shari’at, berkata dalam kejadian jam 12.10 tengah hari itu, mangsa yang berusia tujuh tahun meninggal dunia ketika dirawat di hospital.
Tidak Sedar Telah Melanggar Mangsa
“Hasil siasatan awal mendapati pemandu van iaitu perempuan berusia 31 tahun yang baru selesai menurunkan penumpang, memandu ke hadapan tanpa menyedari telah melanggar mangsa yang juga merupakan penumpang van tersebut.
“Mangsa pada ketika itu sedang melintas di hadapan van yang dipandu oleh pemandu terbabit.
“Sebelum kejadian, mangsa telah diambil oleh pemandu van tersebut dari sebuah sekolah berhampiran dan dihantar ke pusat transit sebelum ke sekolah KAFA,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan pada kepala dihantar ke Unit Kecemasan Nilai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia jam 2.30 petang tadi.
Beliau berkata, pemandu van sekolah tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.