Bukan mudah sebenarnya nak dapatkan bancuhan goreng celup tepung yang betul-betul melekat dan rangup walaupun sudah sejuk.
Rupanya ada teknik untuk hasilkan Ikan Celup Tepung yang rangup. Jom cuba resipi yang dikongsikan ini. Mudah, sedap dan yang penting menjadi. Air tangan daripada puan Nana Sabrina Sarsan menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
“Ikan tamban Celup Tepung Kegemaran Ibu Mertuaku”
Panjanggggg namanya,anak ikan tamban hasil pancing mggu lalu dgn family mertua…
Jgn nak tukar2 nama resepi pula 😂 sbb ni resepi saya olah sendiri, rangup tak ikan celup tepung saya, klu ada yg sudi nak resepi, nanti saya up kan k, itupun klu ada yg nak la…k la nak sambung menggoreng jap, siapa2 nak bole komen, saya bukan gila like 👍 tapi saya suka share resepi jer😍😍😍
TAK LETAK TELUR MENJADI JUGA KE? JAWAPANNYA TAK BOLE ❌❌❌❌😂😂😂😂
#RESEPI
Baca sampai habis k
“Ikan celup tepung kegemaran ibu mertuaku”
Ads
Bahan2-Bahan
Anak ikan tamban
3 senduk tepung beras
Sedikit kapur makan
1 biji telur A
Daun bwg hiris kasar
Daun sup hiris kasar
1 sudu serbuk cili
Cili padi hiris (klu nak pedas)
1 sudu serbuk kunyit
Ads
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara membuat:
Campur semua bahan-bahan kecuali ikan, bancuhan tu agak2 mcm bancuhan pisang goreng.
Celupkan ikan, goreng dlm minyak yg banyak,pastikan minyak tu betul2 panas, goreng sehingga garing.
Siap!
*Ikan tak perlu rebus dulu. Jangan tanya saya resepi ni guna ikan berapa kilo, sebab saya masak main agak2 jer, lagipun ikan ni kita pancing so saya tak tau ada berapa kilo.
Bubur Krong Krang. Manisan Thailand Sekali Pandang Macam Kuih Siput, Rasa Sedap Sangat!
Ada yang pernah cuba ke Bubur Krong Krang ni? Mungkin tidak semua tahu tentang manisan ini apatah lagi ia merupakan hidangan daripada negara Thailand. Bubur Krong Krang, dibuat daripada tepung ubi kayu dan sekali pandang bentuknya seperti kuih siput. tapi sebenarnya manisan yang dimakan bersama kuah dan enak sekali rasanya.
Bagi yang belum pernah mencuba rasa, bolehlah buat sendiri memandangkan mudah sahaja untuk disediakan.
Bubur Krong krang
Bahan:
1 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan air panas mendidih
kuantiti di atas ditambah sehingga adunan jadi kenyal dan boleh ditekan pada acuan.
Ibu ibu engkaulah ratu hatiku… Ibu adalah insan yang penting dalam kehidupan anak-anak. Inilah insan yang menjadi idola, pemberi semangat dan juga orang yang bertanggung jawab dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak mereka.
Part membebel dan menegur itu lumrah, kalau tidak anak-anak tidak menjadi ‘orang’. Ada baiknya apa yang ibu-ibu lakukan, bukan semata-mata mahu mendera tetapi mahu mengajar supaya menjadi insan yang berguna.
Satu perkongsian oleh saudari Nurlia Mohd Nor di laman facebooknya cukup menyentuh hati. Bercerita tentang rutin arwah ibunya yang sehingga kini dipraktikkan olehnya terutama dalam bab penjagaan rumah dan disiplin. Saya senaraikan beberapa perkara yang semasa hidupnya Mak dah tunjuk contoh tauladan yang baik dalam bab penjagaan/ mengemas rumah:-
1) Bangun pagi perkara pertama Mak buat adalah kemas tempat tidur, dan katil tu takkan ada siapa berani landing untuk bersantai- santai / berehat. Nak landing sila ke sofa/ruang tamu tengah. Sampai malam katil tu cadarnya tetap ‘tegang’. Hehehe.
2)Mak akan basuh baju di awal pagi selepas solat Subuh. Sesiapa lepas solat Subuh tidur balik dan bangun lambat silalah basuh baju sendiri. Kalau taknak basuh sendiri, mandi dulu kemudian sambunglah tidur semula. Hahaha. Dalam baldi memang takkan ada pakaian kotor.
3) Mak akan sidai pakaian sebaik sahaja siap cuci. Takde tangguh-tangguh. Kadang- kadang Abah perli,
” Matahari pun tak muncui lagi. Awei beno pun sidainya..”
4) Selepas sidai pakaian di ampaian luar Mak akan ambil penyapu luar. Mak sapu halaman dan sapu dalam longkang. Buang daun kering etc. Kemudian Mak masuk rumah semula, ambil penyapu di dalam dan sapu dalam rumah pula.
5) Mak akan breakfast. Lepas makan terus basuh pinggan, cawan. Rumah kami takkan ada pinggan mangkuk dalam sinki. Abah pun basuh pinggan dan cawan sendiri walaupun dia seorang guru besar, ketua di sekolah dan juga ketua keluarga. Abah pun tunjuk contoh tauladan yang baik. Kerja rumah mesti sama-sama buat. Bukan harap Mak semua. Settle breakfast kemudian Mak akan berehat sambil baca surat khabar.
6) Tepat pukul 10 pagi Mak akan masuk dapur untuk masak. Settle masak Mak akan siap hidang semua. Pinggan, gelas, periuk nasi semua dah ada atas meja. Dapur pula Mak akan lap, kemudian Mak akan sapu semula ruang dapur.
7) Selesai masak dalam pukul 12 tengahari Mak akan angkat pakaian di ampaian dan terus lipat. Dalam rumah kami memang takkan ada longgokan baju yang belum dilipat. Mak pantang tengok benda berlonggok.
8) Kemudian Mak akan terus mandi, pakai telekung dan menunggu waktu solat Zohor.
9) Lepas Zohor Mak akan makan dan berehat sehinggalah pukul 4 Mak dah siap mandi dan stand by untuk Asar.
10) Waktu petang aktiviti santai. Ada masa sambil bersih halaman Mak bersembang dengan jiran, ada masa Mak dok rumah menonton tv. Kalau ada kelas mengaji biasanya lepas Asar Mak akan pergi sampailah pukul 6.30 petang.
11) Nak masuk Maghrib Mak akan mandi lagi sekali. Waktu ni Mak akan make sure semua orang dah rendam pakaian dalam baldi untuk dibasuh keesokkan hari. Bagusnya Mak ni setiap kali nak menghadap Allah dia akan make sure mandi dan badan dalam keadaan bersih. Sehari Mak mandi 4 kali. Sebab tu kalau nak tahu kulit badan Mak cantik. Tiap kali mandi dia akan gosok daki di badan, sabun. Bila Mak sakit setiap kali mandikan dia saya memang suka tengok kulit Mak. Mak dah la putih, kulit pulak bersih, halus walaupun dah berumur 70++.
12) Selepas solat Maghrib ada masa Mak akan makan dulu, ada masa Mak akan tunggu Isyak.
13) Settle dinner Mak akan bersihkan semua meja makan. Sampah kalau dah penuh Mak akan buang di tong sampah luar.
Selain itu:-
1) Towel, telekung, selimut, sarung bantal, cadar, Mak ada jadual berkala untuk basuh. Sebab tu kalau tengok semua telekung Mak takkan ada kotoron contoh kuning di dagu, tahi lalat etc. Sampai reput kain tu tetap bersih. Sama juga dengan towel, selimut. Dah bertahun- tahun pun masih elok.
2) Bilik air bukan tunggu kotor baru cuci. Sambil mandi pun kadang-kadang dengarlah Mak memberus.
3) Buku cerita/mainan selepas baca/main silalah simpan di tempatnya. Bukan suka hati nak selit sana sini. Kalau tak letak di tempat yang sepatutnya Mak akan ambil.
Habit ni saya dah perhati dari kecil lagi. Imagine hari-hari tengok rutin yang sama. Memang ‘meresap’ masuk dalam otak dah. Hehehe. Ia bukan soal kemas, bersih semata- mata sebenarnya, tapi ia berkaitan dengan DISIPLIN. Mak ni tambahan masa muda orangnya lemah lembut je. Saya pun tak ingat bila mak pernah marah. Mak tak pernah pun bagi arahan/ marah kami untuk ikut rules dia. Mak bukan jenis pot pet, pung pang marah. Bukan.
Tapi..
Saya belajar dari PEMERHATIAN. Bila dah biasa dengan keadaan begitu, sebagai anak kita pun dah terikut habit Mak. Sebab tu kalau nak anak- anak buat sesuatu, kita mesti buat dulu dan tunjuk contoh tauladan yang baik.
Percayalah..
Terima kasih Mak sebab dah didik satu perkara yang baik untuk kami ikut. Bila terkenang rutin harian Mak ni rasa rindunya Ya Allah. Rindu pada susuk tubuh itu.
Al fatihah Mak..
*Dalam gambar ini adalah bilik Mak Abah di sini. Semua dah tinggal kenangan. Walaupun dah berumur, tapi sebab dah biasa kemas tetap akan kemas juga kan. Dan gambat yang lagi satu adalah ‘rumah’ baru Mak. Mudah- mudahan rumah baru Mak ini Allah gantikan yang lebih baik dari apa yang ada di sini. Aaminnn..
Nota: Habit Mak ni saya perhati dari KECIL. So bila dah berakal, dah faham pelan-pelan kami pun ikut habit Mak dan bantu Mak buat kerja rumah sama. Umur 4, 5 tahun dah boleh bantu Mak buang sampah, umur 6 tahun basuh pinggan mangkuk, sapu sampah dan sebagainya. Tugasan ikut kesesuaian umur. Bukanlah Mak buat semua ni seorang sampai tua. Jangan salah faham. Mak dan Abah saya bawa tinggal bersama sejak 7 tahun lalu. Bila Mak tak sihat saya yang jaga Mak, mandikan dia hari-hari, sediakan makan minum, cuci najis Mak dan sebagainya sehinggalah Mak menghembuskan nafas terakhirnya di sini. Jasad Mak pun bersemadi di sini bukan di kampung. Mak dah takde, sekarang Abah tetap tinggal bersama kami. Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk berbakti pada orang tua walaupun saya tahu sampai bila-bila pun jasa mereka membesarkan saya takkan terbalas..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Siapa sangka, anak yang dahulunya sihat kini terlantar sakit tidak bermaya.
Luluh perasaan ibu dan ayah bila mengetahui anaknya menghidap Kanser Limfoma tahap empat. Kehidupan yang serba kekurangan menyebabkan keluarga ini semakin dihimpit kesusahan.
Kisah gadis ini dimuat naik di facebook oleh Noorhafizah Ramli yang merupakan sepupunya.
Itulah situasi yang dihadapi ibu dan bapa kepada gadis berusia 21 tahun ini, Nur Farahannis Hasdee, namun mereka tidak putus asa dan berhempas pulas bekerja memastikan rawatan terbaik kepada anak gadisnya itu.
Mungkin ini merupakan dugaan terbesar buat ibu dan bapa Farahannis yang perlu ditempuh dalam meneruskan kehidupan. Ibunya hanyalah seorang cleaner manakala bapanya seorang penoreh getah.
Jarak rumah dan hospital kira-kira 70 Kilometer menyebabkan suami isteri ini terpaksa berulang alik dari rumah mereka di Sik ke hospital di Alor Setar. Allahu hebatnya dugaan buat mereka.
Meskipun mereka menaiki kereta untuk ke hospital namun kenderaan tersebut sentiasa mengalami masalah selain sejak kebelakangan ini kesihatan ayah Farahannis juga terjejas sekaligus pendapatan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada si ibu
Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu kini sedang tenat dan terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah. Malah ketika ini dikhabarkan Farahannis memerlukan darah jenis B+ atau jenis O kerana palet darah nya kembali 0.
Difahamkan Nur Farahannis dibantu oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dari sudut kos perubatan. Bagaimanapun ibu ayahnya masih perlu menanggung beban membaiki kos kereta yang sering kerosakan, kos sara hidup sekeluarga selain juga kos minyak kereta untuk berulang alik dari Sik ke Alor Setar.
Atas rasa simpati dan perikemanusiaan, Noorhafizah Ramli di facebook telah memuatnaik perkongsian ini bertujuan meringankan beban keluarga Farahannis. Selain memaklumkan keadaan Nurfarahannis yang sedikit sebanyak menyukarkan lagi ibu dan ayah gadis tersebut untuk menjalani kehidupan
Bagi anda yang ingin meringankan beban keluarga ini boleh lah berbuat demikian di Bank Simpanan Nasional ini : 02115-4100011046-5 atas nama Shaharom Bt Che Amin (Ibu).