Kadang-kadang boleh habis idea dibuatnya dalam menentukan menu yang ingin dihidang kepada ahli keluarga ketika sesi minum petang. Jadi apa kata kali sediakan menyediakan pelbagai menu berasaskan cucur untuk dijadikan pilihan. Pasti tiap satunya menepati selera anda sekeluarga.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saudari Norhamidah Abdul Hamid, berkongsi bukan satu resipi malah dikatakan menghimpunkan lebih 30 resipi cucur.

Ini perkongsiannya.

“Petang-petang ni uolss buat apa… dah minum petang ke.. yang dok pikir lagi nak buat apa ni akak ada share kan resepi aneka cucur… nak buat minum petang boleh, nak buat sarapan pagi pun boleh.. ada 30jenis cucur ni…boleh la cuba ye…semoga bermanfaat”-Norhamidah Abdul Hamid 

Cucur ikan bilis

Wanita Ni Kongsikan 30 Jenis Cucur, Memang Banyak & Bolehlah Dicuba!

IKLAN

Bahan-bahan: 

2 cawan tepung gandum
Segengam ikan bilis(cuci pastu tumbuk kasar)
Secubit garam
Kiub pati ayam(Saya guna separuh saja)
Daun bawang@kucai(ikot selera masing2)
Sebiji bawang besar
2 cawan air panas(kena betol2 panas okey)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan2 dalam bekas..gaul sebati..masukkan air panas..pastu gaul..gaul pakai senduk ye..jangan guna tangan pulak nnti melecur tak tau haa..😂..bancuhan memang agak melekit sikit..letak minyak masak kat tapak tangan uli bulat2 dan goreng..siap..selamat mencuba..😊

IKLAN

Sumbe : irhana canella

Cekodok sosej dan isi ketam
Wanita Ni Kongsikan 30 Jenis Cucur, Memang Banyak & Bolehlah Dicuba!

Bahan potong…potongannya ikut kesukaan anda…kalau ros suka potong besar-besar terasa sikit…
5 batang sosej
7 batang isi ketam
sebiji bawang besar
2 biji cili merah besar
kucai/ daun sup..ikutlaaa

Bahan lain
4 cawan tepung gandum
4 cwn air panas ( kalau suka cair sikit tambah jer air biasa) ni saya tambah air biasa sikit
Satu sudu besar pati ayam
Garam secukupnya
Gula satu sudu besar .atau ikutle

IKLAN

Caranya….
Masukkan tepung dan semua bhn dalam bekas.. curah air panas…
Gaul dengan sodep kayu..gaul sebati..biarkan sejuk kejap..
Dah sejuk sikit.. gaul sebati dgn tgn.rasakan…goreng dlm minyak yg byk… siap

Kredit Resepi :rosma ros@DapurBidadari

Cucur Telur Sedap
Wanita Ni Kongsikan 30 Jenis Cucur, Memang Banyak & Bolehlah Dicuba!
200gm tepung gandum
25gm mentega
1bj telur
Secubit garam
1/4cawan air
Gaul tpg,mntega,telur,garam sebati.masukkn air sdkt2 uli hgga tak melekat di tangan. Bahagikan doh kepada 8biji dan bulat-bulatkan doh. Sapukan mentega dan rehatkan doh.Inti
2biji telur
2biji bawang besar dhiris*
2biji cili merah dihiris*
Secukup daun kucai/daun bawang dipotong*
Sedikit garam

Panaskan kuali goreng bahan-bahan bertanda* tanpa minyak hingga layu masukkan garam dan telur kacau hingga masak biar sejuk.
Leperkan doh letak inti dan lipat sapu sekali lagi mntega…masa nak mngoreng tarik dan leperkan sedikit doh..dah boleh goreng.

Sumber : Raja Zulaida Raja Kamal

Cucur Nasi Lembut Gebu Simple
Wanita Ni Kongsikan 30 Jenis Cucur, Memang Banyak & Bolehlah Dicuba!
Bahan-bahan:
Nasi 1 cawan
Tepung gandum 1 1/2 cawan*
Air 1 cawan
Ikan bilis
Bawang besar separuh biji
Daun sup
Lobak disagat
Garam
Cara-cara:
Blend nasi, tepung, air, ikan bilis dan bawang.
*kalau adunan cair boleh tambah tepung lagi
Campurkan daun sup dan lobak. Masukkan garam secukup rasa. Sedia untuk digoreng!
sumber : Noor Fathiah
Malah banyak lagi resipi cucur yang dikongsikan oleh Norhamidah hasil kompilasi yang dibuat olehnya.
“Petang-petang ni uolss buat apa… dah minum petang ke.. yang dok pikir lagi nak buat apa ni akak ada share kan resepi aneka cucur… nak buat minum petang boleh, nak buat sarapan pagi pun boleh.. ada 30jenis cucur ni…boleh la cuba ye…semoga bermanfaat”-Norhamidah Abdul Hamid via MAHN 
Jadi bolehlah dicuba empat menu ini terlebih dahulu untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta. selamat mencuba.
sumber : Norhamidah Abdul Hamid via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI