Wanita Usia 50 tahun timang anak ketiga- “Sudah 22 tahun saya menanti kehadiran cahaya mata ini.” Bagi Rostalela Sidi Ahmad, kehamilannya merupakan sesuatu yang tidak disangka-sangka dan sangat dinanti-nantikan oleh dirinya dan juga suami yang kini berusia 53 tahun.
Wanita Usia 50 Tahun Timang Anak Ketiga
Menerusi Kosmo yang menghubungi Rostalela , ujar wanita ini, Allah SWT mempermudahkan urusannya sejak hamil hingga berpantang. Malah dia tidak menyangka pada usia lanjut, boleh melahirkan bayi perempuan yang sihat.
Menurut Rostalela yang lebih mesra disapa sebagai Lela, dia selamat melahirkan cahaya matanya pada 20 April lalu dan kini sudah hampir habis berpantang.
“Sudah 22 Tahun Saya Menanti Kehadiran Cahaya Mata Ini”
“Sudah 22 tahun saya menanti kehadiran cahaya mata ini. Selepas kali terakhir bersalin anak kedua pada 22 tahun lalu. Anak sulung pula sudah berusia 26 tahun. Pada awalnya, saya ingat dapat anak lelaki. Selepas beberapa bulan, doktor cakap anak saya perempuan,” katanya.
Lela berkata, anak-anak juga sangat gembira dan banyak membantu dengan membelikan barang-barang keperluan asas untuknya.
Malah, keterujaan tersebut turut dikongsi bersama petugas-petugas hospital yang kebanyakannya tidak lokek membantu dan memberi semangat kepanjang proses kehamilan.
Ads
“Anak-anak semua teruja. Mereka semua belikan baju warna biru sebab ingatkan anak lelaki. Malah, doktor di hospital juga tumpang gembira sehingga ramai beri semangat kepada saya.
“Selepas melahirkan anak, saya terus tanya doktor apa jantina anak saya. Doktor beritahu saya, anak saya perempuan. Alhamdulillah saya bersyukur.
“Tetapi itulah, barang-barang semuanya sudah beli wana biru,” katanya.
Tambah Lela, sejak tularnya video tersebut, ramai orang bertindak menghantar mesej kepadanya di laman TikTok untuk meminta tip-tip memudahkan kehamilan, terutamanya daripada wanita berusia 40 tahun ke atas.
“Saya tidak ada tip istimewa. Cuma sepanjang kehamilan, saya menjaga pemakanan saya.
“Saya banyak makan buah, ulam-ulaman dan kurangkan gula dalam makanan. Segala ubat yang dibekalkan oleh klinik saya ambil ikut jadual.
Ads
“Syukur, sepanjang kehamilan saya tidak alami sebarang komplikasi. Cuma pada akhirnya saya minta agar melahirkan anak secara pembedahan kerana alami kesukaran sewaktu ingin melahirkan anak,” jelasnya.
Kes penderaan remaja sindrom down, Bella yang didakwa menjadi mangsa dera oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali semakin hangat dan menjadi bualan di kalangan warganet.
Malah, ia turut mengundang perhatian YAM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam iaitu isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor. Menerusi InstaStorynya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam turut tampil memberi reaksi berhubung kes berkenaan.
Menurut Che’ Puan Khaleeda, melalui kuasa yang dimiliki, beliau berhasrat untuk membantu dengan melakukan apa sahaja demi menegakkan keadilan bagi pihak remaja berusia 13 tahun itu.
Malah, beliau mengakui turut terkesan dengan kes berkenaan apatah lagi terdapat segelintir pihak yang disifatkan ‘pengecut’ mahu ‘melarikan diri’ atas kesalahan dilakukan.
“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya,” tulisnya.
Bahkan Dalam perkongsian tersebut, Che’ Puan Khaleeda juga memberi pesanan kepada pihak terbabit mengenai karma yang akan menyusul dalam kehidupan mereka sama ada di dunia atau akhirat nanti.
“Kamu boleh bersembunyi di sebalik tentera peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” ujarnya.
Terdahulu, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Sedangkan bermain pun kita latih anak-anak agar mahir dan cekap inikan pula dalam menunaikan tanggungjawab besar, iaitu mendirikan solat lima waktu.
Apa yang utama, ketika melatih dan membiasakan anak-anak untuk menunaikan solat, kita sebagai ibu ayah perlu mengajar anak-anak sedari awal. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya!
Lalu pendekatan bagaimana untuk ibu ayah memulakan cara untuk mengajar anak dalam hal bacaan dan perbuatan dalam solat sehinggalah mereka faham sepenuhnya dan dengan sendirinya tanpa disuruh sudah mengerti kewajipan menunaikan solat?
Menurut perkongsian Firdaus Mokhtar, ramai ustaz ustazah pesan, “Apa pun jadi, solat jangan tinggal. Buat lah walau macam mana pun.”
Betul kawan-kawan. Sungguh sebab daripada solat lah menjadi titik tolak hidup kita akan Tuhan betulkan segalanya.
Solat itu penghubung antara kita dengan Allah.
Jadi siapa yang tidak menunaikan solat bererti dia telah memutuskan hubungan dengan Allah.
Begitu juga bila kita tidak mendidik anak-anak mengutamakan solat, bermakna kita telah mengajar anak-anak untuk tidak mengutamakan Allah dalam kehidupan.
Berat!
Maka ajarlah anak-anak tentang solat sampai anak-anak tahu, faham dan ada rasa pentingnya solat untuk diri dan hidup dia.
Hinggakan kalau kita tak ada pun, anak-anak tahu bila waktu dia kena solat, dan dia sendiri yang akan tunaikan solat.
Ajar dan perhatikan solat anak kita. Cukupkan solat dia 5 waktu, semuanya di hadapan kita. Luangkan masa kita untuk duduk dan tengok solat anak-anak.
Tengok semua rukun solat. Dengarkan semua bacaan solat dia. Mana yang tak tahu kita ajarkan. Mana yang tak tepat kita betulkan.
Begitulah. Akhirnya pesan juga ke anak pesanan yang sama. Apa pun jadi dalam hidup, solat jangan sekali-kali kita tinggalkan.
Di celah-celah kisah penceraian dan perpisahan selebriti lain, penyanyi dan pelakon, Amy Mastura pula bersyukur mengecapi hidup bahagia bersama suami dan anak-anak tersayang.
Dalam satu perkongsian, dia memuat naik foto lamanya yang diabadikan kira-kira 19 tahun lalu sewaktu diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri dengan pujaan hatinya, Alvin Tham Suffian.
Foto yang menjadi simbolik kepada ulang tahun perkahwinan yang hampir menjelang usia dua dekad itu.
Untuk rekod, Amy dan Alvin mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan hasil perkongsian hidup, rumah tangga pasangan berkenaan diserikan kehadiran dua puteri, Adriana, 18, dan Adalia, 15.
Berkongsi entri bersama kapsyen yang ringkas dan padat, ia bagaimanapun sudah jelas untuk menggambarkan kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga penyanyi yang tampak awet muda biarpun sudah menjangkau usia 48 tahun itu.
republic_shades muka kak amy sama je, moga sentiasa dalam keberkatan Allah
muhammad.najib.abdul.razak Semoga Kak @amymasturalerr ❤️ Abang @op388472 Berbahagia di Samping Keluarga yang Tercinta Hingga ke Jannah dan Terpelihara Kesihatan yang Baik Sihat Sejahtera Sentiasa serta Dimurahkan Keberkatan Rezeki Seluas Lautan.
nurulnufail Happy anniversary kak amy my idol. Akak ni maintain je muda ❤️