“Warga Emas Dah, Masih Konsep Dapurku Syurgaku.” Sambut Hari Lahir Ke 50 Tahun, Amy Mastura Dipuji Tetap Comel & Awet Muda!

Share

Tanggal 10 Mei yang lalu merupakan ulang tahun kelahirannya yang ke 50 tahun. Namun wajah dan penampilannya tidak menunjukkan penyanyi kecil molek ini sudah memasuki separuh abad.

Menerusi perkongsiannya yang terbaru di laman Instagram, Amy Mastura menyambut ulangtahun kelahirannya dengan memuat naik gambar bersama kek yang diberikan oleh anak-anaknya dengan 5 batang lilin di atas.

Kata Amy, dengan 5 batang lilin tersebut, dia kini boleh digelar warga emas.

Alhamdulillah. Lima lilin 🎂Warga emas dah Masih konsep dapurku syurgaku. Akk nk ucap teima kaseh pd semua yg bagi ucapan, hadiah dan doa utk akk semalam yer.

Semoga allah membalas kebaikan semua. Aminn #kektutajaananak2 🥰

Meninjau ke ruangan komen, pelbagai ucapan diberikan. Bahkan ada yang memuji penyanyi ini tidka dimamah usia.

therealfafau happyyy birthdayyy “adikkkk” @amymasturalerr 😂😂😂 sbb kakak nampak lebih adik dari fara ni mcmanaaaaa 😂😂😂❤️❤️❤️❤️
is_faiq77 Tak nampak macam 50 pun kak, nampak macam 19 je kak
syazamunira Tak macam warga emas pun. Muka teenager je lagi. Happy birthday Kak Amy. Selamat hari raya 😍
Sentiasa comel walau dah masuk angka 5
erynzakaria Comel mcm dlu jgk kak amy ni, x gaya 50 pun.. Happy birthday kak😍😍
june_ismuki Sannah helwah Amy…kekal awet muda…sweet 50…sebaya la kita….😍
khaylasofya Always look sweet sis @amymasturalerr & diberikn kesihatan yg lebih baik..aamiinn
sharifahzarina_official Tak di mamah usia.. selamat hari lahir kakak @amymasturalerr
lynntasha_insta sentiasa comel walau dah masuk angka 5 .. stay young n gorgeous Amy ❤️

Sumber: amymasturalerr

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
IKLAN