Walaupun baru berumur 8 tahun, anak kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Putri Raysha Jemyma telah menunjukkan bakat lakonannya dengan menyertai persembahan di sekolah. Ye lah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ye dak?
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh pelakon yang terkenal dengan scene air mata ini di laman Instagram miliknya sedikit sedutan video pementasan teater anak perempuannya itu.
Namun, bakat Jemyma hanya boleh sekadar minat sahaja apabila bekas suami Fasha, Jejai tidak mengizinkan puteri mereka itu menjadi pelakon di televisyen/filem.
“My eight year old daughter dah tunjuk minat nak jadi pelakon.
“Unfortunately, Dada (bekas suami Fasha) tak izinkan jadi pelakon TV/filem,” tulis Fasha di ruangan kapsyen hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Walaubagaimanapun, Fasha tetap memuji bakat anak-anaknya itu dan turut menyatakan rasa bangga dengan kebolehan mereka itu.
Ads
“Jemyma dan Rayfal hanya boleh berlakon untuk school project je. Takpe sayang! Good job Jemyma!
“lbu, Dada dan Ayah (Aidil Aziz) proud of you!” tulis Fasha lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji gaya lakonan puterinya itu dan tumpang bangga melihat hubungan profesional Fasha dan Jejai.
Walaupun sudah berpisah, mereka tetap berkawan baik demi cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8. Fasha turut mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Aisha Amaira, 3, hasil perkongsian hidup dengan pelakon Aidil Aziz, 36, yang dinikahinya pada 30 Mac 2019.
Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ia telah menjadi salah satu kemahiran utama yang perlu dimiliki oleh semua golongan termasuk kanak-kanak untuk melengkapkan potensi diri anak.
Kemahiran berfikir dikalangan kanak-kanak dapat dilihat apabila mempunyai ciri-ciri seperti boleh dan dapat bekerjasama secara koloboratif, boleh mengemukakan cadangan, memberi pelbagai idea, menerima pendapat orang lain, berkeyakinan dalam memberikan pendapat dan sentiasa kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil tahu oleh ibu bapa atau guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti bercerita ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut.
1.Cerita semula
Sentiasa galak kanak-kanak bercerita semula apa yang didengari dalam bentuk perkataannya sendiri. Aktiviti ini akan membantunya membuat rumusan atau kesimpulan atas apa yang telah didengarinya. Bukan sekadar hanya memberi respon terhadap soalan yang berdasarkan fakta yang didengarinya.
Bertanya kepada kanak-kanak soalan yang tidak mempunyai jawapannya dalam cerita yang telah dibaca atau dengari. Menanyakan persoalan merupakan salah satu daripada elemen yang sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mampu meningkatkan kemampuan berfikir dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep baru. Situasi ini akan menggalakkan kanak-kanak mencari jawapan dengan mengimbas kembali cerita tersebut dan membuat rumusan berdasarkan kepada kefahamannya terhadap cerita yang didengarinya tadi.
3.Analisis watak
Selepas aktiviti bercerita sentiasa minta kanak-kanak menganalisis watak dan juga tempat yang ada dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membanding dan membezakan antara cerita yang didengar dengan keadaan sebenar di luar cerita.
Selain itu, lakukan aktiviti seperti meminta kanak-kanak untuk mengaitkan cerita yang di dengar dengan kehidupan sebenar dirinya atau apa sahaja peristiwa yang pernah dilalui atau diketahuinya. Aktiviti ini sebenarnya adalah langkah permulaan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran berfikir aras tinggi yang dinamakan aras sentesis iaitu apabila kanak mula menggunakan maklumat yang diperolehi dalam situasi yang baru dan berbeza dengan cara yang berlainan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Diuji dengan anak yang disahkan menghidap sakit jantung bukan semudah yang disangka. Namun inilah yang perlu dilalui oleh pempengaruh, Khairul Abdullah atau Superdaddy.
Anaknya sulungnya, Khaleef disahkan menghidap masalah jantung iaitu Coarctation of the aorta, iaitu masalah salur darah utama yang sempit dan juga injap Bicuspid aortic valve di mana injap jantungnya tak cukup macam orang normal.
Malah anak kuat Khaleef juga didiagnos sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD) dan juga Attention Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) pada usia 6 tahun dan diberikan kad OKU. Bukan satu ujian kecil yang dilalui oleh keduanya.
Atas dasar rasa tanggungjawab sebagai seorang bapa dan prihatin, melalui Facebooknya, bapa penyayang dan kental ini berkongsi simptom atau petanda anak berkemungkinan sakit jantung. Cuba periksa ini untuk panduan kita semua.
Nak share dengan mak ayah simptom-simptom sekiranya anak kita berkemungkinan ada sakit jantung macam anak aku ni.
Anak aku Khaleef ada dua isu jantung yang ia hanya dikesan bila dia dah umur 8 tahun. Masalah jantung ni memang ada sejak lahir tetapi sebab masih belum fully developed maka ia tak dapat di kesan.
Isu pertama ialah saluran aorta sempit (Coarctation of the aorta). Ini salur utama yang menghantar darah dari jantung ke seluruh anggota badan.
Bila ada isu ini, akan pasti ada isu lain yang wujud bersama iaitu flap injap yang tak cukup (Bicuspid aortic valve) yang mana orang normal ada 3 flap (kelopak) injap tapi dia ada 2 sahaja.
Isu ni kita semua tak akan perasan sebab simptom dia akan cuma nampak bila anak semakin membesar.
So, mak ayah perhati tanda-tanda ini yer:
1. Anak cepat penat. Bila berjalan lama atau jauh, bila bermain, dia lebih slow dari budak lain sebaya dia.
2. Selalu mengadu sakit kaki, lenguh kaki. Berjalan jauh sikit dah sakit kaki dan lenguh. Bermain lebih sikit pun akan mengadu sakit, tak larat. Kadang-kadang kaki cramp.
3. Kaki kerap sejuk. Tengahari panas pun kita pegang kaki dia sejuk. Waktu dia aktif ke hulu hilir pun kita pegang kaki dia sejuk. Seluruh kaki atau bahagian bawah kaki sentiasa sejuk tak kira masa.
4. Pucat. Muka pucat, bibir pucat, badan pucat, kuku pucat.
5. Bernafas laju, dan jantung dia pun laju. Bila dia aktif, boleh rasa kat dada dia tu macam nak meletup.
6. Kerap mengadu sakit kepala. Ini disebabkan tekanan darah dia tak stabil dan setiasa tinggi. Cuma kita tak perasan sebab jaranglah mak ayah nak check blood pressure anak.
7. Kerap mengadu pening (dizzy), rasa nak tumbang, tak boleh berdiri lama.
8. Kerap hidung berdarah.
9. Kerap pengsan.
So, kalau anak-anak ada simptom seperti di atas, jangan ambil ringan. Jangan jadi macam aku, simptom anak dah muncul 2-3 tahun sebelum itu lagi.
Khaleef selalu mengadu sakit kepala, dia akan selalu di belakang ketika berjalan, bermain sebab dia tak larat. Selalu suruh aku dukung. Paling obvious kaki dia sentiasa sejuk. Malam sejuk, tengahari panas pun sejuk, duduk main buaian kat taman pun sejuk.
Tak pernah tahu itu simptom sakit jantung. Tak pernah terfikir nak check blood pressure anak pun setiap kali anak mengadu sakit kepala. Rupanya bila check, nohh aihhh mencanak tinggi bacaannya. Pergi ke hospital, doktor dah marah aku dah.
Doktor atau pihak hospital kena buat echo, kalau just check biasa memang takkan jumpa apa-apa. Kalau hospital takde kemudahan atau pakar maka kena refer anak ke hospital yang ada pakar untuk check.
So mak ayah, kalau anak ada simptom macam aku cerita kat atas, tolong bawa anak ke hospital. Kalau doktor cakap takde apa, minta doktor refer ke pakar jantung. Biar pakar jantung check, dan buat echo scan. Kalau memang betul takde apa, Alhamdulillah.
Tapi kalau memang ada something, at least kita dah ambil langkah awal. Takde rasa ralat sangat. Aku share semua ni based on pengalaman aku, pembacaan aku dan of course dari doktor-doktor pakar yang merawat anak aku ni. Kalau ada info yang aku salah, mohon betulkan.
Alhamdulillah, semalam Khaleef dah selesai prosedur besarkan stent di aorta dia. Prosedur ni akan kena buat lagi lepas ni. Akan ada isu injap juga dan isu lain yang akan muncul semasa dia sedang membesar ni. Akan banyak kali lagi tidur di IJN ni nanti.
Tetapi aku bersyukur sebab aku dah bagi yang terbaik, doktor-doktor juga dah buat yang terbaik, nurse-nurse juga jaga dia dengan sangat baik.
Selebihnya aku berserah. Semoga pengalaman aku dan Khaleef ni ada pengajaran dan manfaat buat semua mak ayah di luar sana.
Tular rakaman video menunjukkan seorang anak kecil sedang duduk di ruang gerai seakan bilik kecil yang diperbuat daripada papan.
Rakaman tersebut dimuatnaik oleh ibunya, Deanna Erlyssa menerusi media tiktok.
“Saya saja share video tu untuk kenangan tapi tak sangka pula boleh viral. Saya nak tunjuk dekat mereka nanti sebab ikut saya dan suami pergi berniaga.
” Rupa-rupanya ramai orang yang kongsi cerita mereka pun dulu ikut mak ayah pergi berniaga sama macam anak saya sekarang.
“Apa-apa pun saya bersyukur dengan semua yang Allah dah aturkan. Dapat anak yang sihat dan baik juga satu anugerah dan nikmat Allah pinjamkan untuk kami sekeluarga,” ujar Deanna lagi.
Jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, disebabkan tidak menghantar anaknya Nuramira Dylaina, 3, dan Amir Dylan yang baru berusia enam bulan ke rumah pengasuh, dia terpaksa membawa anak-anaknya pergi berniaga.
“Saya memang bawa dua-dua anak ikut pergi berniaga. Saya pernah cuba hantar di rumah pengasuh supaya lebih selamat tapi dia (Amira) tak nak duduk situ pula. Bila bawa berniaga ni risiko, dia main merata.
“Tapi ada baiknya juga sebab saya boleh pantau pergerakan dia sebab ada depan mata. Lagipun saya berniaga pukul 4 petang sampai 10 malam saja.
“Saya kesian tengok anak tak bebas bergerak sedangkan memang usia dia ni tengah seronok bermain. Jadi saya sediakan ruang kat bawah meja berniaga tu sebagai ruang bermain,” ujarnya.
Dia yang menetap di Taman Jasmin, Senawang, Negeri Sembilan ini berkata antara tujuannya membuat ruangan kecil khas di bawah meja berniaga tersebut adalah untuk mengelakkan anaknya bermain di sekitar kawasan gerainya yang terletak depan sebuah kedai mainan di Senawang.
Menurut Deanna lagi, dia dan suaminya, Amyzan Syafiqi, 28, sudah lama berniaga laksa tempurung, corndog, jagung susu serta kentang goreng di situ.
Malah, ujar Deanna lagi, ini bukanlah kali pertama mereka membawa anak ke tempat berniaga.
“Saya memang akan bawa dia dan adiknya pergi berniaga. Setiap kali nak pergi tempat berniaga, dia akan pilih siap-siap nak bawa mainan apa untuk main di bawah meja nanti.
“Biasanya dia akan bawa mainan dan pensil warna. Ikut mood dia nak main apa nanti. Dia memang selesa duduk bawah tu sebab suami dah sediakan kipas jadi memang tak panas pun.
“Dari segi keselamatan saya dah ambil kira juga. Sebelum anak nak keluar, saya akan suruh dia panggil sebab saya akan pantau dulu jadi tak ada masalah pun.
“Ramai yang puji anak saya baik sebab dia siap tolong berniaga. Dari dia kecil lagi kami dah bawa berniaga jadi memang dah terbiasa dengan rutin macam ni.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.