Bertukar pencuci muka hingga menemui pencuci yang benar-benar sesuai dengan kulit muka kita memang rumit.
Adakalanya jika tidak sesuai, kulit jadi berminyak dan tak kurang juga muncul jerawat-jerawat kecil.
Langkah paling selamat buat jenis muka ini adalah cuba melakukan pencuci muka sendiri di rumah. Menggunakan bahan alami? Itulah yang sebaiknya kerana tiada risiko atau keradangan yang boleh menjejaskan kulit muka kita.
Wanita bernama Kamilia Razmiza Kamaruddin ini antara yang berjaya menghasilkan sendiri pencuci muka. Memang hebat! Jom ikut caranya.
Haa ni dia pencuci muka homemade tapi Lia tak pakai buah-buahan yang Lia janjikan hari tu sebab terlupa nak beli. So Lia guna bahan ni saja.
Ads
Bahan-bahan:
Tepung beras (2 cawan)
Timun
Tomato
Lobak merah
Limau kasturi (boleh gantikan dengan lemon atau oren)
Air secukupnya
Caranya:
1. Kisarkan semua bahan tadi.
2. Air jangan pula terlalu banyak, anggarkan sahaja agar jangan terlalu cair.
Ads
3. Kalau adunan cair boleh tambahkan sedikit tepung.
4. Tuangkan ke dalam bekas kecil supaya senang hendak digunakan.
Lia pakai dua cawan tepung untuk cucian muka 1 hingga 2 minggu. Cara nak pakai pula ikut suka. Kalau nak cuci muka macam biasa pun okei, nak sapu dan keringkan dulu kemudian baru bilas, pun okei.
Ads
Pesanan Untuk Kulit Kering Dan Sensitif
Kalau untuk kulit jenis ini, kurangkan buah-buahan citrus seperti limau, oren, lemon), takut kulit makin kering atau jadi radang kulit bagi yang terlalu sensitif. Kalau lepas pakai kulit rasa sakit atau ada kesan, berhenti dahulu.
Boleh lebihkan tomato dan timun. Nak lagi best boleh juga tambahkan madu dan susu tepung. Pencuci ni boleh buat masker muka juga tau. Sesuai sangat untuk kombinasi kulit berminyak dan berjerawat.
Selamat mencuba!
Sumber: Kamilia Razmiza Kamaruddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan tahniah buat pnyanyi, Ezlynn yang selamat bergelar isteri baru-baru ini.
Selepas lebih empat tahun hidup solo, Ezlynn akhirnya bertemu jodoh dengan Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45. Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 11 September yang lalu.
Memandangkan masih dalam PKP, Ezlynn atau nama penuhnya, Azline Ariffin melangsungkan pernikahan dengan Wan Hafizam yang juga penderma hati pertama negara secara atas talian.
“Alhamdulilah majlis nikah kami sangat ringkas seiring dengan norma baharu di era pandemik COVID-19 ini. Memang tak ada sebarang majlis keraian.
“Jadi memang tak ada gambar kahwin pun. Nak bergambar sekali pun sebab jauh. Saya dan dia (suami) di Perlis manakala keluarga pula di KL.
“Cukup semua dipermudahkan. Sudah termaktub ikatan rasmi hubungan kami dan semoga berpanjangan sampai ke jannah,” katanya.
Kata penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu, dia mula mengenali suami ketika sama sama terbabit dengan kerja amal untuk sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
“Perkenalan kami berputik begitu saja. Tiada isyarat tertentu. Saya paling tertarik kepada ketulusan hatinya.
“Dia juga sangat menjaga solat, tak lokek membantu orang dan amanah dalam kerjanya,” katanya.
Mengenai status suami, Ezlynn tidak mahu mengulas.
“Saya juga tak mahu nak ulas status suami kerana apa yang lebih utama, kami tak menyembunyikan perkahwinan ini,” katanya.
Ezlynn sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin pada 20 November 2011.
Mereka bercerai pada Oktober 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara Wan Hafizam pula mempunyai tiga anak menerusi perkahwinan terdahulu.
Semenjak dua menjak ini ramai juga yang bercadang memiliki emas sama ada sebagai pelaburan, simpanan atau pun untuk dipakai sebagai perhiasan diri. Apatah lagi dikatakan harga emas turun, namun tetap mahal juga harganya.
Jika ada lebihan wang, bolehlah memilikinya pun begitu jangan sampai membeli emas dengan cara berhutang dan membayarnya secara ansuran.
Kenapa dikatakan tidak boleh berhutang untuk membeli emas?
Ini dijelaskan secara detail berkenaan hukumnya dan bersamalah kita fahaminya untuk kebaikan bersama dan tidak terjerumus kepada melakukan perkara-perkara yang haram.
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah dibenarkan untuk membeli emas dengan cara hutang? Maksudnya emas tersebut saya ambil dan pakai dahulu, kemudian baru buat pembayaran.
Ringkasan Jawapan
Jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Asalnya, hukum berjual beli suatu barang adalah diharuskan sama ada hendak membeli secara tunai mahupun hutang.
Namun begitu, apabila suatu urusniaga tersebut melibatkan item ribawi (barang-barang yang terpalit hukum-hakam riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak terjerumus dalam kancah riba.
Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.
Hadis Muslim (1587)
Berdasarkan hadis di atas, jual beli item ribawi seperti emas perhiasan mestilah dilakukan secara lani (serta-merta) bukan bertangguh.
Huraiannya, jual beli hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu.
(Rujuk: Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, m/s 81)
Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah; iaitu riba yang berlaku disebabkan tempoh bayaran bertangguh. Bahkan, lebih dahsyat pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj tambahan.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/110-111)
Oleh itu, jual beli emas secara ansuran seperti isu di atas adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.
Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada pihak yang sama yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.
Ini bersandarkan kepada hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”.
Musnad Ahmad (10/120)
Sebahagian ulama antaranya Ibn al-Qayyim Rhm. mengulas hadis di atas bahawa ia menjadi tunjang utama dalam mualamat yang melarang umat Islam daripada berbuat helah untuk melakukan riba dalam jual beli. Hal ini walaupun tidak disebutkan secara jelas namun dapat difahami berdasarkan senario yang berlaku bahawa terdapat dua hasrat yang ingin dicapai oleh kedua-dua penjual dan pembeli, iaitu:
1) Penjual emas meminjamkan duit mereka bertujuan agar emasnya dapat terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak mahu membeli emas tersebut, nescaya penjual tidak meminjamkan duitnya.
2) Pembeli pula sekiranya tidak diberi pinjaman wang kepadanya oleh penjual, nescaya dia tidak akan membeli emas tersebut.
(Lihat: Tahzib Sunan Abi Daud, 2/190)
Akhir kata, kami menasihatkan agar para pembeli tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mendesak sahaja. Adapun sekiranya mempunyai lebihan wang selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan hart lain seperti emas dengan syarat pembayaran mestilah dilakukan secara tunai.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520