Nedim Nazri menerusi laman Instagramnya mengimbau momen tahun 2018 ketika membantu menanggung kos rawatan seorang bayi.
Dia yang juga suami kesayangan Nora Danish memberitahu, bayi tersebut mengidap penyakit kulit, Ekzema tahap kritikal.
Malah, sejak daripada itu, hubungan mereka bersama keluarga bayi bernama Adriana itu bertambah akrab dan saling berhubung antara satu sama lain.
“This is Adriana now. Pada 2018 saya berkesempatan untuk membantu seorang anak comel yang mempunyai masalah kulit yang kritikal.
“Saya dan isteri mengambil keputusan pada waktu itu untuk menampung kos perubatan si comel ini sepenuhnya dan semenjak itu ayahnya sering memberi update tentang perkembangan Andriana,” ujar Nedim lagi
Bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut menzahirkan rasa teruja dan gembira apabila mengetahui Adriana kini telah pun memulakan sesi persekolahannya.
Ads
Malah dia sentiasa menitipkan doa semoga Adriana dipermudahkan segala urusan.
“Alhamdulillah after 4 years this beautiful girl is starting her 1st day of school. Syukur Alhamdulillah, uncle Du’aa kan semua di permudahkan untuk Adriana sekeluarga,” kongsinya lagi.
noradanish Alhamdullilah sayang. Im so so proud of u. Semoga Allah murahkan lagi rezeki u sekeluarga , semoga kita sama sama dapat membantu ramai lagi yg memerlukan sayang❤️
cathydanish Ya Allah 4 tahun dah . Rasa kejap je ❤️❤️❤️ Alhamdulilah
yatie2281 👏👏👏 comelnye.. cantik. Tahniah n alhamdullilah buat u n nora. Moga rezeki terbuka ngan luas seluas lautan
wahida.hussain Semoga terus dimurahkan rezeki & kehidupan sekeluarga dirahmati Allah ﷻ
lukmanibrahim Semoga menjadi asbab saham pahala boss ned dan keluarga di akhirat kelak insyaaAllah. Keep it up boss🤍🔥
mamzainoraAllah, dah sihat adik adriana. Tq Bossned kerana sudi membantu
natashanordean Syukur alhamdulillah. May Allah bless u ned and family.
Sekadar info, Nedim dan Nora mendirikan rumah tangga pada tanggal 30 Mac 2017.Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohamed Neqayl Nazri Aziz.
Supaya rumahtangga bahagia dan disayangi, hubungan suami isteri dan mertua perlu dijaga dengan harmoni. Dalam kehidupan berumah tangga penting menjaga aib pasangannya terutama dihadapan mertua.
Sikap menghormati pasangan, memuji dan tidak memburukkan pasangan adalah salah satu cara yang dapat menjamin keharmonian rumahtangga. Pasangan anda akan berasa dihargai jika dirinya dipuji dihadapan mertua. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi pasangan yang terbaik dalam menjalani bahtera bersama orang yang tersayang.Barulah sweet!
Begitulah dengan perkongsian Puan Intan Dzulkefli di laman facebooknya mengenai hubungan suami isteri dan mertua begitu manfaat untuk dijadikan panduan bersama.
Berikut perkongsiannya:
Saya teringat ibrah dari video Prof Muhaya & beberapa talk Baitul Muslim. Ada share tips bahagia rumahtangga untuk suami isteri & mertua.
Antaranya,
1) Pasangan perlu rajin puji pasangannya di hadapan ibubapanya.
Maksud saya, bila depan mak ayah kita, puji suami. Yang suami pula balik jumpa mak dia, puji isteri.
Sebagai contoh,
– Suami puji isteri pandai masak, sabar jaga anak-anak di depan ibu bapanya. – Isteri puji suami rajin mengasuh anak, masak, kemas dapur di depan ibubapanya.
Hal ini untuk menimbulkan persepsi positif mertua terhadap menantu. Walau kadang ibubapa taklah tunjuk reaksi obvious, tetapi kalau setiap kali balik kampung kita cerita yang baik, asyik puji pasangan, mestilah lama-lama ibubapa kita pun makin hormat & sayang pasangan kita. Sebaiknya dilakukan semasa pasangan tiada. Niatkan untuk memperbaiki hubungan antara mereka.
2) Begitu juga, di depan pasangan kita rajin puji ibubapa.
Puji kebaikan ibubapa kita, contohnya kisah-kisah kenapa membuatkan orang kampung respect kepadanya, atau ramai orang kampung puji mutu masakannya, jahitannya atau apa-apa.
Hal ini untuk membuatkan pasangan kita menjadi hormat kepada ibubapa kita.
BIG NO : Jangan sesekali cerita masalah rumahtangga ibubapa yang sudah terkubur menjadi sejarah. Bimbang pelbagai persepsi timbul dalam fikiran pasangan tentang keluarga kita & diri kita sendiri.
3) Sebaiknya jangan sesekali bercerita keburukan pasangan kepada ibubapa, juga sebaliknya.
Untuk mengelakkan persepsi buruk kepada mereka. Anggaplah kita sebagai orang tengah yang menjadi pendamai.
Jika ada masalah dengan pasangan, jangan kita pergi buka aibnya kepada ibubapa.
“Mak tahu, isteri saya tu bangun lambat, pemalas masak, kerja rumah tak buat, baju tak lipat, keja ngadap fon je.”
Mak mesti berapi dengar anak lelaki kesayangannya mengadu sebegitu. Lalu, hilanglah rasa kasih & hormat kepada menantu. Walaupun mungkin sebenarnya menantu tu seller online, duit hasil bisnes tulah yang beli barang dapur & pampers anak-anak.
Kita ketua keluarga, aib isteri aib kita juga. Masalah akan berlalu, kita akan berbaik dengan pasangan, tetapi aib yang kita buka tetap terkesan di minda ibubapa kita.
Aib itu mungkin akan disebut, atau diungkit pada kemudian hari. & apabila ia disebut semula, pasti akan melukakan hati pasangan kita.
4) Kalau pun nak menjaga hati, jangan sesekali condemn pasangan di depan keluarga.
“Ni sayang tengok kari mak ni, punyalah sedap. Macam ni baru kari, bukan macam yang sayang buat tu, kucing pun tak selera nak makan.”
Ada ramai suami cenderung condemn isteri depan-depan keluarga, depan mak ayahnya. Mungkin niat kita nak bagi pasangan improve, atau nak jaga hati mak, tapi maaf, cara ni tak berapa santun, tuan-tuan.
Nak puji masakan mak depan isteri boleh, silakan. Tetapi jangan condemn & banding dengan masakan isteri pula. Pandai-pandailah tackle hati kedua-dua wanita ini. Jangan sampai silap pilih kata.
Isteri kalian dibesarkan oleh ibunya, diajar cara masak oleh ibunya. Tentu caranya sedikit berlainan. Bukan tak boleh diperbaiki, insyaAllah boleh. Berilah masa & sokongan.
Perkahwinan yang sukses bukan hanya melibatkan suami & isteri sahaja, namun ia juga melibatkan ibubapa & keluarga dua belah pihak.
Hubungan yang harmoni antara kedua buah keluarga & antara anak menantu akan menautkan kasih sayang kerana Allah, tidak dibuat-buat.
Semoga kita sentiasa dapat memperbaiki hubungan sedia ada & berbahagia hingga ke syurga sana. Amiin.
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati lebih-lebih lagi ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata ibu-ibu cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman.
Cara membuatnya cukup ringkas dengan bahan pun tak banyak .Tunggu apa lagi, jom cuba petang ni.
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bunga dan wanita memang begitu sinonim dikaitkan bersama. Malah wanita juga sering dikaitkan cantik seperti bunga. Dan apabila ditanya antara banyak-banyak bunga, bunga apa yang paling digemari oleh wanita? Pelbagai jawapannya.
Mungkin ada yang sukakan bunga matahari, bunga kekwa dan macam-macam lagilah. Pun begitu pilihan bunga ros adalah yang paling biasa dan popular menjadi pilihan bunga yang digemari oleh wanita.
Disebalik warna-warni kelopak bunga mawar atau ros ini yang cukup indah dilihat, jadi tidak hairanlah ramai wanita teruja untuk menanam pokok bunga ros di laman rumah. Apa yang pasti, bila ditanam dan berbuna lebat dengan semulajadinya lanskap laman rumah akan terlihat berseri dan indah.
Pun begitu, sering juga ramai antara kita kecewa setiap kali cuba menanam pokok ros ini dek kerana bunga yang didambakan tidak juga berkembang mekar. Entah apa silapnya elok kiranya kita baca perkongsian daripada Nisa Azni Helmi Kasman ini apabila berkongsi tip bagaimana nak pastikan bunga ros berkembang mekar. Ini sebagaimana yang diamalkan oleh ibunya dan terbukti berkesan. Jom semak.
1.Guna kulit telur sebagai rutin baja harian.
Kering kan kulit telur, blender kering. Setiap pagi, tabur sesudu teh di keliling pokok. Ini untuk subur. Sukatan rakyat Malaysia ialah. agak².
Kalau tak buat setiap hari, buat lah selang-selang hari. Sikit sudah.
2.Untuk cegah serangga kecil.
Gunakan cuka kayu. Masa beli cuka kayu tu, tanya bagaimana cara penggunaanya. Cara bancuh dan cara sembur.
3.Untuk bunuh kulat putih² bawah daun ( bena ke namanya)
Guna bawang putih, sebuku bawang putih, blender dengan 4 tangkai cili kering. Sembur ke pokok seminggu sekali. Air 1 lit.
4. Untuk fungus. Daun hitam-hitam tu.
Guna racun fungus. Beli di nursery.
Fungus ini terjadi sebab lembab. Terlebih air. Mungkin sebab hujan. Atau cuaca.
Beli dan tanya penjual itu cara guna, jangan tanya saya. Sebab brand kita tak sama.
Dan saya tiada brand. Just beli di nursery dan tanya cara bancuhan dan penggunaanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.