Memahami keperitan hidup masyarakat terutama golongan B40 yang bergelut ujian hidup selepas berdepan era pasca COVID-19 dan sambutan Syawal tidak lama lagi, tercetuslah kolaborasi Seikhlas Hati antara TV9 dan ST Rosyam Mart ini.

Ia direalisasikan menerusi tawaran ayam segar berharga RM1.49 seekor sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia TV9 baru-baru ini.

“Yang Pakai Selipar Gerun Nak Masuk Ingat Mahal.” Rosyam Nor Dedah Pasar Raya Tak Guna Orang Tengah & Bantu Golongan B40

“Bukanlah nak kata harga seekor ayam ditawarkan ini boleh meningkatkan ekonomi. Tapi setidak-tidaknya ia buka mata ramai pihak untuk beri sumbangan kepada masyarakat.”

Demikian luahan Datuk Rosyam Nor tatkala membuka bicara bersama media ketika ditemui Di St Rosyam Mart baru-baru ini.

Berlangsung selama dua malam berturut-turut pada 26 dan 27 April lalu, sebanyak 2,000 ekor ayam segar ‘laku keras’ di dua cawangan pasar raya diusahakan Datuk Rosyam Nor itu di Setiawangsa dan Shah Alam.

Kata Rosyam, 1000 ekor ayam ‘licin’ dalam tempoh dua jam pada malam pertama (di cawangan Setiawangsa). Begitu juga pada malam kedua, sebanyak 1000 ekor ayam lagi habis terjual.

“Yang Pakai Selipar Gerun Nak Masuk Ingat Mahal.” Rosyam Nor Dedah Pasar Raya Tak Guna Orang Tengah & Bantu Golongan B40

“Saya jadi wajah wakilan TV9 sejak mengendalikan program bual bicara berbentuk kapsul 10 minit dipanggil Sembang Viral. Kemudian pada bulan Ramadan ini diterbitkan Sembang Viral Mega sebanyak lima episod berdurasi sejam setiap satu.

“Seterusnya TV9 angkat saya sebagai salah seorang wajah kempen raya mereka. Dari situlah tercetus idea kolaborasi ini. Ia kolaborasi yang bagus kerana selepas menuju fasa endemik, tentunya ramai yang terasa keperitan ekonomi. Ini juga kerjasama sulung pasaraya dengan stesen TV.

IKLAN

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 2002 itu berterima kasih kepada TV9 kerana sudi bekerjasama dengan pasaraya diusahakannya.

“Walaupun pasar raya ini tidak ‘besar’ dan meluas seperti jenama lain, tapi penjenamaan kami cukup beri makna kepada masyarakat. Terima kasih TV9 kerana memilih kami yang menjual dengan harga borong.

“Harga RM1.49 itu merupakan simbolik kepada TV9 yang melalui penjenamaan semula program baharu dan boleh ditonton di platform Astro menerusi saluran 149.

“Harap kolaborasi ini akan berpanjangan. Kos kolaborasi ini ditanggung TV9 dan pasar raya saya ada ‘top up’ serba sedikit,” katanya.

Anak kelahiran Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur ini juga berbangga kerana selepas lima tahun, pengaruh dan jenama pasar raya berkenaan mula menjadi sebutan.

“Yang Pakai Selipar Gerun Nak Masuk Ingat Mahal.” Rosyam Nor Dedah Pasar Raya Tak Guna Orang Tengah & Bantu Golongan B40

“Sekitar bulan Jun depan kita akan lancarkan cawangan kelima dan keenam masing-masing di Taman Ehsan Kepong dan Sungai Buloh.

IKLAN

“Dalam masa sama, aplikasi dalam talian, Harimau Fresh juga akan dilancarkan tak lama lagi. Aplikasi ini sudah boleh dimuat naik dan sebagai persediaan ke arah digital.

“Tujuan asal kewujudan pasar raya ini nak membantu golongan B40. Kita nak beri kesaksamaan kepada pengguna tanpa ada orang pembabitan orang tengah atau pengedar. Urusan dibuat terus termasuk daripada penternak dan nelayan dengan harga murah serta berpatutan,” katanya.

Rosyam berkata bukan mudah untuk berada pada tahap sekarang.

“Yang Pakai Selipar Gerun Nak Masuk Ingat Mahal.” Rosyam Nor Dedah Pasar Raya Tak Guna Orang Tengah & Bantu Golongan B40

“Cabaran untuk mengekalkan perniagaan dan harga murah sebenarnya bukan perkara mudah. Malah pernah pada satu tahap ada yang memakai selipar jadi gerun nak masuk ke pasar raya ini kerana menyangkakan ia bersifat ‘mahal’,” katanya.

Ditanya sambutan Syawal tahun ini, akuinya mereka sekeluarga beraya di Kuala Lumpur.

IKLAN

“Tiada persiapan beria untuk Syawal ini,kami sambut Secara ala kadar. Cuma tahun ini sedikit meriah dengan kehadiran cucu baru,” jelas Rosyam lagi.

 

ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak

ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak

Wow! Durian Runtuh Menanti Pendeposit Simpan SSPN Sempena Sambutan Jubli Perak PTPTN!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI