Yatie Kamarzaman bila bersama dua anak dara, nampak macam kakak dan adik, semua cantik-cantik. Bagi mereka yang kurang mengikuti perkembangan mengenai Yatie Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Yatie Sendayu Tinggi, anda mungkin beranggapan bahawa dua gadis yang sering muncul di media sosialnya adalah adik-adiknya.
Yatie Kamarzaman Bila Bersama Dua Anak Dara, Nampak Macam Kakak & Adik, Semua Cantik-cantik
Ads
Ads
Namun sebenarnya dua gadis tersebut adalah anak-anak perempuannya. Tanpa kita sedari, anak-anak gadisnya ini semakin meningkat dewasa, semakin cantik, dan semakin pandai bergaya seperti ibunya.
Kakak sulung kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya bersama suami tercinta, Mohamad Zaidi.
Dua anak kesayangan mereka itu ialah Noor Uzma Raisah yang kini berusia 16 tahun dan Noor Aleya Baheerah, 13 tahun.
Noor Uzma Raisah dikatakan lebih mirip dengan bapanya, manakala Noor Aleya Baheerah pula lebih mengikuti wajah ibunya.
Jika anda perhatikan, apabila Yatie dan anak-anak gadisnya bergambar bersama, mereka kelihatan seperti adik-beradik dan bukannya ibu dan anak.
Eizlan Yusof sambut anak kelima pada usia 54 tahun apabila selamat menerima kehadiran cahaya mata terbaharu yang diberikan nama Zareen Rosa. Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon dan penerbit terkenal tersebut menerusi laman Instagram miliknya, sekali gus mengundang ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.
Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md. Yusof menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki yang cukup bermakna buat keluarganya. Luahan ringkasnya jelas menggambarkan penghargaan besar terhadap pengorbanan isterinya, Datin Seri Sasha Boudville, yang selamat melahirkan zuriat mereka.
“Assalamualaikum Zareen Rosa. Alhamdulillah & syukur kepada Allah SWT atas segala limpah kurnia-Nya. Terima kasih yayang (isteri),” tulis Eizlan dalam satu hantaran yang turut memaparkan foto isterinya bersama doktor di hospital.
Kata-kata itu nyata menyentuh hati ramai, apatah lagi apabila Eizlan Yusof sambut anak kelima pada usia 54 tahun, satu fasa kehidupan yang biasanya dikaitkan dengan kematangan dan ketenangan dalam membina keluarga.
Dalam beberapa perkongsian lain, Eizlan turut memuat naik foto bersama puteri kesayangannya itu. Namun, wajah Zareen Rosa ditutup dengan emoji hati sebagai tanda menjaga privasi si kecil daripada pendedahan berlebihan di media sosial.
Tindakan tersebut mendapat respon positif daripada netizen, khususnya dalam kalangan ibu bapa yang memahami kepentingan melindungi anak-anak daripada perhatian umum sejak usia awal.
Untuk rekod, Eizlan Yusof sambut anak kelima hasil perkahwinannya bersama Datin Seri Sasha Boudville, yang didirikan pada tahun 2019. Pasangan ini sebelum ini dikurniakan seorang puteri sulung, Zaelynn Rosa, yang kini berusia lima tahun.
Kehadiran Zareen Rosa menjadikan keluarga kecil ini semakin lengkap dan ceria, sekali gus menguatkan lagi ikatan kekeluargaan mereka.
Sebelum mendirikan rumah tangga bersama Sasha, Eizlan turut memiliki tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya bersama usahawan, Vie Shantie Haroon Khan. Pengalaman membesarkan anak-anak terdahulu menjadikan Eizlan seorang bapa yang lebih matang dan bersedia, meskipun kembali menimang cahaya mata pada usia 50-an.
Situasi ini membuktikan bahawa Eizlan Yusof sambut anak kelima bukan sekadar berita gembira, malah satu fasa baharu yang penuh makna dalam kehidupannya sebagai seorang ayah.
Kisah Eizlan Yusof ini secara tidak langsung menjadi inspirasi bahawa anak adalah rezeki Allah yang hadir pada waktu terbaik menurut ketentuan-Nya. Usia bukan penghalang untuk bergelar ibu bapa, sebaliknya kematangan sering menjadikan seseorang lebih bersedia dari segi emosi, tanggungjawab dan kasih sayang.
Majalah Keluarga mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Eizlan Yusof dan Datin Seri Sasha Boudville atas kelahiran Zareen Rosa. Semoga si kecil membesar dengan sihat, menjadi anak solehah dan membawa kebahagiaan berpanjangan buat seluruh keluarga.
Memilih 2 September 2022 untuk majlis akad nikah, pasangan penyanyi Shahir Zawawi selamat diijabkabulkan bersama pasangan, Jaskin Jaludin, 30, pada jam 9.10 malam di Bizmilla Wedding Centre, Subang Jaya.
Perkenalan yang bermula menerusi laman sosial Instagram sekitar Mei lalu, Shahir atau nama sebenar, Ahmad Shahir Zawawi, 34, dia terlebih dahulu mendekati (approach) isterinya di laman sosial tersebut dengan tujuan untuk mencari pasangan hidup.
Menariknya, Jaskin tidak mengetahui Shahir yang merupakan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu seorang selebriti yang dikenali ramai.
“Saya kenal isteri pada bulan Mei tahun ini, lepas raya menerusi laman Instagram. Saya mengaku yang saya tegur dia dulu (di Instagram). Masa itu memang kami dua-dua dalam fasa nak cari pasangan untuk settle down.
“Kami kenal, borak-borak dan dua minggu selepas itu kami ambil keputusan untuk jalani kursus kahwin secara online. Hanya selepas itu baharu kami keluar bertemu janji dan Alhamdulillah dari situ saya lihat kami ada keserasian dan keselesaan apabila bersama.
“Saya terpaut pada hati isteri, dia seorang yang suci hatinya. Kalau siapa kenal dia, tahu dia macam mana orangnya. Lagi satu dia pun lucu orangnya.
“Kita nak pasangan yang bukan sekadar isteri tapi dia juga sahabat, dia juga teman gelak ketawa, Alhamdulillah semua ciri-ciri itu ada pada dia.
“lsteri tidak tahu saya seorang artis sebab dia tidak tengok AF” kata Shahir.
Berkongsi lanjut mengenai pernikahan mereka, Jaskin yang merupakan seorang pemilik butik di Puchong, Selangor ini berkata, dia mengalirkan air mata sebaik mereka sah bergelar suami isteri kerana terlalu sebak dan tidak menyangka bahagia akhirnya datang menyapa dirinya.
“Saya menangis sebab saya tak rasa pun saya akan berkahwin dan akan dapat merasai momen seperti ini. Tentang kisah perkenalan kami, memang saya tak tahu pada mulanya yang Shahir seorang artis. Lepas saya dapat tahu, saya terus bertanya pada dia betulkah awak ini artis? sebab saya memang tidak menonton program AF.
“InsyaAllah, saya sudah bersedia dengan liku-liku bergelar isteri kepada seorang selebriti dan saya tiada halangan untuk Shahir berduet atau berpasangan dengan mana-mana artis wanita untuk perkembangan kerjayanya,” kata wanita kelahiran Tawau, Sabah itu.
Merancang untuk melakukan ibadah umrah pada hujung tahun ini, Shahir berkata isterinya ada memohon doa ketika awal tahun lalu di Mekah, sekiranya dipertemukan jodoh, dia ingin kembali ke Tanah Suci dengan membawa suaminya sekali.
“Kiranya dia ingin menunaikan janji selepas segala doanya dimakbulkan Tuhan. Untuk perancangan bulan madu lain, kami dua-dua suka pulau dan laut, mungkin kami akan ke destinasi sebegitu tapi tak tahu di mana lagi.
“Bercakap mengenai perancangan anak pula, kami tidak merancang. Sekiranya Allah kurniakarn rezeki awal, kami terima,” kata Shahir lagi.
Shahir dan Jaskin atau lebih mesra disapa Ekin bakal diraikan dalam majlis resepsi pada malam ini bertempat di lokasi sama.
Menariknya, Shahir bakal mempersembahkan lagu baharu nyanyiannya, Halal yang diciptakan khas buat suri hatinya itu di hadapan tetamu dalam maj|lis itu nanti.
Sumber : Media Hiburan
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan me time bersama suami itu penting untuk bahagia rumahtangga.
Ini apa yang patut kita lakukan supaya hubungan suami isteri sentiasa rasa mahal.
Lakukan teknik ini
Physical Touch
1.Peluk pasangan dari belakang.
2.Pegang tangan dia dengan penuh kasih sayang.
3. Picit hidung,gosok pipi dia zahirkan kemesraan.
4. Cium dahi dia dengan cinta setiap kali pergi dan pulang dari kerja.
5. Doa kebaikan dihadapan dia,biarkan dia dengar setiap doa kita .
6. Ketika pegang tangan,tatap wajah dia dan katakan kepada dia kita terlalu sayangkan dia,sayang hingga ke syurga.
Break the routine
1.Cuba lakukan yang lebih dari biasa.
Jika sebelum ini isteri siapkan sarapan,apa kata esok pagi kita pula sediakan sarapan.
2. Jika sebelum ini isteri kejutkan kita solat subuh. Apa kata esok kita pula yang kejutkan isteri dan keluarga solat subuh.
3.Jika sebelum ini isteri setiap hari basuh dan jemur pakaian. Apa kata esok kita pula buatkan. Malam ini masukkan ke dalam mesin,esok selepas subuh jemurkan .
4. Jika sebelum ini tak pernah picit urut kaki isteri,cuba selepas solat nanti minta isteri hulurkan kaki,picit picitkan kaki dia.
5. Sebelum ini tak pernah makan bersuap,minum air satu gelas. Cuba makan malam nanti suapkan pasangan,minum satu gelas yang sama dan tempat yang sama.
6. Jika sebelum ini dah lama tak ajak isteri makan tengah hari cuba esok ajak isteri makan di luar,pilih tempat yang dia sukai.
7. Cipta masa untuk bawa isteri dan keluarga jalan jalan. Pusing kampung,pusing taman pun dah cukup melegakan.
Nak tahu kesan dia?
Cuba buat sekarang tengok dalam beberapa hari. Pasti pasangan kita sangat teruja dengan teknik ini. Hubungan makin baik,isteri mula merasai dirinya dihargai,suami akan makin jatuh cinta.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.