Di sebalik senyuman manisnya siapa sangka wanita ini pernah dihujani ujian yang cukup berat. Bukan calang-calang orang yang boleh bertahan. Namun wanita yang dikenali dengan nama Zeeda Aziz mungkin cukup ‘istimewa’ sehinggakan terpilih oleh Dia.
Dilahirkan pada tahun 1979 di Kampar, Perak, Zeeda, 38 tahun yang kini menetap di Sungai Petani bersama suami dan anak-anaknya merupakan aktivis sosial yang banyak bergerak di sekitar kawasan utara semenanjung untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan tidak bernasib baik.
Selain dari melakukan kerja lawatan sosial, dia juga dijemput ke sekolah dan juga program anjuran universiti, untuk memberi ceramah tentang masalah sosial dan juga slot motivasi.
“Projek terkini saya ialah mewujudkan program kumpulan sokongan tertutup untuk mangsa penderaan mental, fizikal dan seksual. Program ini memberi peluang kepada mangsa untuk mencari sokongan moral dan emosi dari aktivis dan juga sesama mangsa.
“Sebelum saya bergiat aktif dalam bidang sosial dan kemasyarakatan ini, saya pernah diuji hebat apabila disahkan menghidap kanser tulang selepas melahirkan anak yang kedua. Saya perlu melalui rawatan kemoterapi dan pembedahan membuang tulang yang rosak.
“Cabaran ini bermula pada tahun 2007 dan saya segera mendapatkan rawatan di hospital dengan lebih dari 10 kali pembedahan major. Akhirnya pada bulan Mei 2013 saya nekad untuk membuang sebahagian dari kaki kiri dan kini saya cacat fizikal kekal.
Alhamdulillah, setelah beberapa ujian klinikal dan imbasan dibuat, saya disahkan bebas kanser dan kini menjalani hidup yang aktif dengan memberi khidmat kepada masyarakat dan negara.
Ads
Saya mula berminat untuk menjadi seorang aktivis sejak saya menjalani rawatan di hospital. Sepanjang saya berada di wad, begitu ramai orang yang saya tak kenali menghulurkan bantuan tanpa diminta.
“Mereka ini membantu tanpa mengharapkan balasan. Niat mereka adalah untuk menggembirakan hati dan memudahkan urusan pesakit. Dari sinilah saya belajar bagaimana untuk memberi dengan ikhlas dan membentuk empati yang tinggi dalam diri.
Walaupun berada di dalam situasi yang tidak menyenangkan, saya sentiasa cuba berfikiran positif. Untuk menjadi seseorang yang positif, letakkan sahaja Allah di hadapan sebagai penunjuk jalan.
“InsyaAllah tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Dan di setiap kesulitan, ada kemudahannya. Itu janji Allah kepada semua hambaNya di dalam Surah Al Insyirah,” ujar Zeeda yang suka membaca dan menonton video yang memberi motivasi dan inspirasi.
Ads
Menurut Zeeda lagi, menerusi pengisian beginilah dia belajar mengawal emosi dan pemikiran supaya setiap ujian yang dihadapi dapat dilalui dengan tabah, redha dengan apa yang dihamparkan, dan yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk memudahkan jalan atau cara.
“Alhamdulillah setiap cabaran yang diberikan saya terima dengan rasa syukur kerana, tanpa ujian berat sebegini saya mungkin akan menjadi manusia yang khufur, iaitu tidak mensyukuri setiap nikmat kecil yang diberi olehNya.
“Cabaran hidup saya yang terbesar bukanlah kecacatan fizikal yang saya ada. Malah ianya menjadi perangsang untuk saya lebih berusaha mencapai matlamat yang disasarkan. Apa yang menguji kekuatan emosi saya buat masa ini ialah bagaimana untuk mendidik masyarakat supaya sedar bahawa masalah sosial adalah masalah semua, dan bukan lagi hal keluarga. Memecahkan stigma dan persepsi konservatif agak rumit kerana ianya sudah didoktrinkan sekian lama.
“Dalam usaha ini, saya mendapat sokongan penuh dari suami dan anak-anak. Sahabat aktivis dan juga rakan-rakan yang lain turut memberi semangat dan berkongsi idea sepanjang menjalankan misi fisabilillah ini.
Ads
‘Oleh kerana kerja yang saya usahakan ini menggunakan banyak masa di luar kawasan, urusan di rumah dipermudahkan oleh pembantu saya. Ada masanya saya akan bawa anak-anak ke lapangan untuk memahami kerja yang saya lakukan supaya mereka lebih faham tujuan kenapa usaha ini perlu dilakukan,”ujarnya lagi.
“Selain aktivis sosial, saya juga penulis di media sosial. Jadi saya kerap kali menaikkan status berunsur nasihat. Pada saya, jika kita rasa tidak berdaya, carilah kekuatan dari sumber yang baik contohnya bahan bacaan, video yang memberikan inspirasi atau merujuk hal yang berkaitan pada individu yang berilmu.
“Elakkan dari membuat keputusan sewaktu emosi mendahului akal. Wanita juga perlu persiapkan diri dengan ilmu pelbagai cabang supaya diri lebih matang dan sentiasa bersedia untuk cabaran akan datang,”ungkapnya lagi.
Terbaru Zaeda turut dijemput sebagai panelis di program Sembang Santai di Simpang Renggam
Malah baru-baru ini, dia membawa anak-anak yatim dari Rumah Perlindungan Al Haq bercuti di Langkawi sempena cuti sekolah.
“InsyaAllah cuti akhir tahun saya akan bawa anak² yatim dari rumah lain pula. Dalam perancangan.
“Dalam masa yang sama, saya akan meneruskan program Jualan Amal Al Haq untuk meraih dana bagi meneruskan kerja kebajikan. Selain itu, saya juga bakal mengendalikan program Aku Ingin Hidup anjuran kumpulan Cancer Survivors Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Amalan makan jamu memang amat disarankan oleh nenek-nenek kita pada zaman dahulu. Namun membiasakannya dengan masyarakat kita hari ini agak sukar dilakukan oleh wanita zaman sekarang.
Boleh dikatakan amalan makan jamu hanya diamalkan oleh wanita selepas bersalin sahaja, kemudiannya selepas habis satu botol, mereka tidak kembali mengambilnya.
Hal ini salah sama sekali kerana wanita amat memerlukan jamu untuk menjaga kecantikan dalaman wanita, lebih-lebih lagi membuang angin yang tersekat dalam badan.
Bukan hal itu sahaja bahkan kandungan sesetengah jamu juga besar manfaatnya terutama untuk kecantikkan tubuh dan kekuatan dalaman wanita. Jamu homemade yang dihasilkan sendiri oleh wanita bernama Suziana Sz ini memang mengancam!
Penggunan halba sebagai bahan utama dalam jamu yang dihasilkannya bukan hanya baik untuk tubuh bahkan khasiat halba itu sendiri, baik untuk merawat pelbagai penyakit dalaman wanita.
Malah halba juga digunakan sebagai bahan pemulih rahim, menguatkan fungsi dan menyuburkan rahim.
Paling penting kata Suziana, jamu homemade yang dihasilkannya sendiri ini mampu menurunkan berat badannya. Wow hebat! Jadi tak salah kalau kita cuba buat jamu sendiri berasaskan halba, seperti yang disarankan oleh wanita ini. Jom cuba.
Hai semua, oleh kerana ramai pulak tegur saya nampak dah kurus sikit, saya share lah petua. Padahal saya baru je try jamu homemade ni, angin keluar berebut-rebut.. Bagi yang rajin boleh cuba ye.
Kredit Foto: Suziana SZ
Bahan-bahan:
7 sb halba
7 inci halia
7 ulas bawang putih
1 1/2 sb lada hitam
Caranya:
1. Sangai (masak tanpa minyak) halba dan lada hitam.
2. Tumbuk halia dan bawang putih.
3. Kemudian kisar kering semua bahan dan gentelkan menjadi bulat-bulat. Tambahkan sedikit air. Simpan di dalam peti ais.
Saya makan 1 biji pagi, 1 biji malam sebab besar, nak lebih pun boleh. Telan guna air je sebab jamu ni lembut.
Ekstra Info
– merangsang penghasilan hormon estrogen
– mencuci perut dan darah kotor
– menguatkan fungsi jantung
– merawat sembelit dan buasir
– mengetat dan meremajakan rahim
– membantu kecerdasan tumbesaran kanak-kanak
– memperbanyakkan susu ibu
– mengaktifkan kelenjar susu ibu
– menjaga, memulih dan menambah tenaga seksual lelaki dan & wanita
Selamat mencuba!
Kredit : Suziana SZ
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak kenal dengan pelakon Lana Nodin yang sering membawakan watak antagonis. Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin juga antara artis Malaysia yang bernikah dengan ‘Mat Salleh’.
Dikurniakan dua orang cahaya mata, Gia Quinn dan Daud William McKienzie, pelakon berusia 40 tahun itu kelihatan begitu bahagia dengan suami tersayang iaitu Mohd Daud McKienzie.
Biarpun bersuamikan ‘mat saleh’ namun Lana tidak melupakan peganan agama. Lana sebelum ini pernah berkongsi beberapa video suami dan anak sulungnya Gia Quinn McKienzie mengikuti kelas agama yang dikendalikan oleh seorang ustazah.
Terbaru , laman instagram ayuputeh yang dimiliki oleh Datuk Normashayu Puteh, seorang penerbit drama yang memuji Lana Nordin yang tetap menjaga ibadahnya.
Datuk, Minta maaf ya. Lana nak wuduk Boleh? Masyallah..yang ada laki melayu pun tak tau nak didik Isteri ..isteri pandai2 lah bawak diri 😬ni hah Isteri look mat salleh sebab laki dia mat salleh Amerika..Tapi, Subbhanallah.
Bukan saya Gayat atau nak judge.. erm Fakta kan? Cuma nak share Rasa hati ni bahgia bangga.. semoga Lana di lindungi dan di sayang Allah @lananodinmckienzie
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai, rata-rata memuji akan sikap Lana Nordin dan mendoakan semoga pelakon berkenaan terus mendidik keluarganya supaya terus mengenali agama Islam.
Kekalkan budaya melayu
selcouthwardrobe_ Rasanya tak kisah la suami mat salleh ke apa ke tetap wajib solat . Means yg suami melayu tak solat ke apa
ephiananaSuami dia seniri azankan anak2 dia.. Mmg bagus Lana ni
nour_hidayuSy ingt dlu dia kuat juga kena kecam ,sbb pemakaian dia,tp dia bgs ,dlm ig dia masih kekalkan budaya melayu👏😁
zaiton.mat.10Alhamdulillah…yang celaru tu suami isteri org melayu tapi gaya hidup lebih dr mat saleh..
You are the best
sherryali39Allhamdullilah , Aamiin itu lah dont judge a book by its cover , terbaik ❤️❤️❤️🌹
abumuadz12Beza orang yg spiritual dan religious. Spiritual terkadang nampak mcm tak kisah dgn imej luaran, tapi hati dia sangat tunduk dgn agama. Orang religious terkadang hanya nampak dari segi pakaian Islamik end up bahasa sangat kasar dan berakhlak buruk.
lindapatahahisteri tu sendiri… takkan la nak nanti suami suruh solat baru nak solat. for lana, you are the best
Malaysia mencatatkan dua kematian akibat Coronavirus baharu (Covid-19) hari ini. Dalam satu kenyataan, pihak Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19) menjadikan dua kematian akibat virus itu dalam negara hari ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pesakit kes ke-178 membabitkan lelaki warga Malaysia berusia 34 tahun yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur dan mengalami demam pada 5 Mac lalu.
“Pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dan disahkan positif Covid-19.
“Lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod kesihatan dan kesihatan mangsa mula merosot sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan disahkan meninggal dunia hari ini,” katanya dalam sidang media hari ini.
Dr Adham berkata, pesakit kedua meninggal dunia adalah kes ke-138 iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 60 tahun.
“Pesakit mempunyai sejarah penyakit kronik termasuk kencing manis dan dikesan mempunyai gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas.
“Mangsa dirawat di Hospital Umum Sarawak sebelum disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Insentif).
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pagi tadi di hospital berkenaan,” katanya.
Hari ini, sebanyak 120 kes baharu dicatatkan menjadikan keseluruhan kes di Malaysia berjumlah 673 kes.
Beliau berkata, daripada jumlah itu 95 kes positif berkaitan kluster tabligh di Masjid Sri Petaling.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan, Jabatan Kesihatan Negeri dalam proses mengenalpasti kontak rapat mangsa setakat hari ini.
“Seramai 193 kontak rapat mangsa sedang dikesan dan diarahkan menjalani kuarantin.
“Sarawak merekodkan 11 kes baharu hari ini dan enam daripadanya dari Kuching, tiga dari Limbang dan masing-masing seorang dari Betong dan Lawas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, kesemua mereka kini dirawat di Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu dan Hospital Miri.
“Sebanyak 35 orang diletakkan di bawah pesakit pengesanan kes yang disyaki (PUI) manakala 204 pesakit masih lagi menunggu keputusan ujian darah.
“Setakat ini, 45 kes Covid-19 di Sarawak di kesan di bawah empat kluster iaitu kluster Sri Petaling, Gereja Kuching, Sarikei dan satu di Kuching,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di