Zahirah Macwilson kongsi rasa sedih nenek meninggal dunia, “Terima kasih kerana menjadi peminat saya.” Zahirah Macwilson berkongsi berita sedih apabila memaklumkan bahawa neneknya, Faridah Nyak Mohamad telah menghembuskan nafas terakhir pada Ahad sekitar jam 8:30 malam.
Zahirah Macwilson Kongsi Rasa Sedih Nenek Meninggal Dunia, “Terima Kasih Kerana Menjadi Peminat Saya”
Zahirah memaklumkan pemergian nenda menerusi akaun Instagramnya. Melalui coretan di laman Instagramnya, Zahirah menzahirkan rasa sedih dengan pemergian neneknya itu.
Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson Zainul Macwilson, 29 meninggalkan catatan panjang di ruangan komen Instagramnya.
Betapa bertuahnya saya memiliki nenek seperti awak, bertuahnya saya diberi peluang untuk menjaga dan berada di sisi nenek sehingga nafas terakhir nenek.
Isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu akui pasti akan merindui gelak tawa dan momen-momen bahagia bersama Allahyarhamah.
Saya pasti akan rindu gelak tawa, minat nenek terhadap drama melayu, rutin pagi nenek iaitu baca surat khabar, masakan sedap yang nenek dan hati awak yang sangat luar biasa.
Ads
Terima kasih kerana menjadi peminat saya, insan yang menyimpan semua artikel berkaitan saya.
Selain itu, Zahirah akui kehidupan mereka sekeluarga selepas ini tidak akan sama tanpa kehadiran Allahyarhamah.
Zahirah menitipkan doa agar Allahyarhamah neneknya ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang beriman.
Hantaran Zahirah di laman Instagram dihujani komen-komen daripada warga maya dan juga rakan selebriti.
Ads
Berikut antara komen-komen warga maya dan juga rakan selebriti;
Sebelum ini Zahirah pernah memaklumkan neneknya telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami kegagalan buah pinggang, jantung lemah dan paru-paru berair.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Zahirah sekeluarga. Semoga roh arwah neneknya dicucuri rahmat dan bersama orang-orang beriman.
Kita selalu dengar, barang siapa yang menggembirakan hati orang lain pasti hidupnya juga akan bahagia. Apa yang pasti, menggembirakan itu tidak semestinya perlukan kita untuk berbelanja besar. Lalu cara bagaimana untuk kita menggembirakan hati insan-insan yang kita sayangi dan orang-orang yang berada di sekeliling kita?
Perkongsian daripada saudara Amir Syahir ini semoha dapat memberi idea untuk kita membahagiakan setiap orang disekeliling kita agar tempias bahagia itu juga akan menjadi asbab untuk kita merasa bahagianya hidup ini.
Jom semak.
Gembirakan hati keluarga, kawan, orang sekeliling kita dengan modal yang minima
Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Kuasa memberi dan menderma ini sangat kuat. Ia akan mengajar kita supaya tidak riak, angkuh dan bermegah.
Memberi biar ikhlas. Jangan mengharapkan balasan daripada manusia. Biar Allah saja membalasnya. Secara tidak langsung, dapat mendidik hati kita menjadi seorang yang pemurah. Rezeki pun senang nak masuk.
Rezeki tak semestinya dalam bentuk wang. Allah bagi rezeki dalam pelbagai cara. Contohnya, kereta kita rosak ada orang berhenti tolong. Kita pokai bulan ni ada je kawan ajak belanja makan. Banyak rezeki yang kita tak duga kadang-kadang tu.
Gembirakan hati orang lain. Allah akan gembirakan hati kita. Kita layan mereka macam mana kita nak mereka layan kita. Tak perlu nak tunggu mereka buat baik dengan kita terlebih dahulu, tapi kita perlu buat baik dengan mereka.
Paling penting, bahagiakan keluarga terlebih dahulu. Kadang-kadang kita lupa. Kita layan kawan-kawan dengan baik. Tapi dengan mak, ayah, adik-beradik, suami, isteri, anak-anak, kita layan nak tak nak jer. Kita lupa, mereka inilah yang sentiasa bersama-sama saat susah dan senang.
Kalau kita tak mampu menghulurkan wang ringgit, kita boleh memberi ataupun meringankan tugas orang lain dalam pelbagai cara.
Contohnya:
1. Jika kita makan dekat McD, KFC apa salahnya sekali-sekala tolong buang sisa makanan kita ke dalam tong sampah sendiri. Pekerja itu anak Melayu kita juga. Penat diorang kerja seharian. Kalau tengok kita buat gitu. Rilek sikit dia.
Sekurang-kurangnya kita dah ringankan kerja dia untuk hari tu.
2.Jika kita ingin ke masjid dan nampak orang berjalan kaki dan hendak ke masjid juga, tumpangkanlah mereka sekali. Boleh sembang dan berkenalan dengan kawan baru.
Janganlah bila tahu dia ada adik perempuan yang cun serupa Mira Filzah, baru nak tumpangkan. Ada udang di sebalik batu gitu. Buat baik ada sebab.
3. Jika kita berhenti solat di masjid ataupun surau dekat stesen minyak, apa salahnya kita tinggalkan telekung ataupun kain pelikat kita kat sana. Kalau tinggal yang baru lagi bagus.
Sepanjang orang duk gunakan barang kita tu, selagi tu lah kita dapat pahala.
4. Jika kita tengah makan tengah hari ataupun sedang minum air sejuk dikala cuaca panas ni, ada abang posmen hantar surat, apa salahnya kita ajak dia minum sekali.
Sekurang-kurangnya dapat buatkan dia gembira. Dapat hilangkan penat dia bekerja.
5.Jika ada kawan kita komen dekat FB kita, apa salahnya kita komen dekat status dia balik. Boleh rapatkan ukhuwah sesama kita. Komen yang membina dan membantu meningkatkan motivasi mereka. Barulah kita tahu dia ada dalam frendlist. Ini add saja tapi tak pernah bertegur sapa.
6. Jika kawan kita masuk hospital, sakit, demam eloklah kita melawat mereka. Kehadiran kita boleh buatkan mereka gembira dan cepat sembuh. Apa salahnya jika bawa buah tangan lebih untuk bagi ke pesakit sebelah kawan kita tu.
7.Jika kita tahu ibu bapa kita suka makan sesuatu, apa salahnya kita belikan makanan tersebut setiap bulan kepada mereka. Contohnya pulut bakar atau apa saja yang mereka suka.
Gembirakan hati adik-beradik kita. Kita tahu dia suka baca buku ataupun gemar lakukan hobi apa-apa saja. Kita belikan untuk mereka. Join mereka lakukan aktiviti yang mereka suka.
Dengan kawan-kawan pula, belikan cenderamata jika kita travel. Tak perlu mahal. Tanda ingatan tulus ikhlas. Hadiah tak semestinya mahal.
Menggembirakan hati orang lain adalah perkara yang mulia. Hati kita pun senang. Mereka lagi sayangkan kita. Tapi, ingatlah. Gembirakan hati keluarga terlebih dahulu.
Sebenarnya, tak guna ada kereta mewah, followers beribu, rumah bersepah tapi langsung tak ada sifat nak memberi.
Kebanyakan orang takut miskin kalau memberi. Mereka lupa, rezeki itu daripada Allah. Tak jatuh miskin kalau memberi. Malah, Allah akan tambahkan lagi rezeki.
Tak mampu memberi dengan wang ringgit, kita berilah dengan ilmu, perkongsian pengalaman, tips yang berguna.
Melawak untuk hiburkan hati mereka yang dalam kesedihan pun okay. Kawan kau orang baru putus cinta misalnya. Walaupun lawak kau orang tu hambar tahap cipan, takpa. Usaha itu penting.
Niat memberi itu lebih utama. Bukan memberi sekadar untuk nama ataupun pujian.
Dapat ilmu berharga tak guna jika tak kongsikan. Ilmu datang daripada Nya. Kita kongsi ilmu dengan orang, lagi banyak Allah bagi kefahaman pada kita.
Jangan perkecilkan orang lain. Walaupun kau lepasan universiti tapi kawan kau sekolah setakat SPM je, jangan kau duk hina dia. Biasanya kawan macam ni dia belajar tak tinggi, tapi kalau kau ada masalah minta tolong dia, bergegas dia datang. Tak macam kawan-kawan Phd, Master semua tu. Memanjang je sibuk.
Jangan riak dan bongkak. Semua itu hanyalah pinjaman dan pemberian daripada-Nya. Hidup ini hanya sementara.Ingatlah, jika tak mampu membuat orang lain tersenyum, jangan buat dia mengalirkan air mata. Jika tak mampu buat orang lain bahagia, jangan tambah deritanya. Tak baik.
Rebutlah peluang berbakti kepada orang tua selagi mana Allah izinkan. Memang mudah menyatakan sayangnya kita kepada orang tua namun belum tentu kita dapat melakukan sebagaimana apa yang dilakukan oleh Datuk Chef Wan dalam menyantuni ibu tercinta yang terlantar sakit.
Pelbagai usaha dilakukan olehnya untuk memberi fokus dalam rawatan penyembuhan meskipun menelan belanja yang besar. Bahkan baru-baru ini meninjau perkongsian terkini di Instagram miliknya, Chef Wan berkongsi rasa syukurnya kerana dapat menempatkan ibu tercinta di bilik suite bagi memberikan keselesaan dalam menjalani rawatan.
“Saya mahu ibu dan keluarga serta rakan saya mempunyai detik peribadi dengan ibu pada hari terakhirnya”
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ini sekali gus menjadi saksi betapa anak ini begitu baik dan tetap berusaha untuk melunaskan tanggungjawabnya kepada ibu tercinta hingga ke hujung nyawanya.
Turut dikongsikan keadaan terkini ibunya atau lebih mesra disapa Cik Ani, sudah tiada respon terhadap rawatan yang diberikan. Dalam erti kata lain, Chef Wan memberi gambaran kemungkinan ibunya menunggu masa sebelum dijemput Ilahi.
Meskipun seakan sudah dijangkakan pasti akan berdepan masa untuk melepaskan Cik Ani ‘pergi’, pun begitu Chef Wan tetap menangis setelah doktor memaklumkan perkara tersebut.
Pun begitu, Chef Wan cuba juga untuk berlapang dada dengan ketentuan Allah dan mengucapkan syukur kerana selama ini ibunya merupakan insan yang sangat baik hingga disanjungi ramai.
Meskipun pahit untuk menerima dugaan itu, Chef Wan dilihat terus mahu memberikan khidmatnya dengan menyediakan bilik khas agar dia dan ahli keluarga yang lain dapat menghabiskan masa-masa terakhir dengan Cik Ani.
Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen mendoakan yang baik-baik untuk Cik Ani dan Chef Wan sekeluarga. Bahkan ramai turut berasa bangga dengan Chef Wan yang sanggup lakukan apa sahaja untuk terus berbakti kepada ibu tercinta.
“Bukan sikit2 duit DCW berabis utk cik ani,ur beloved mom..tp duit bkn apa2 dh asalkan ibu tu sgt2 selesa..memikirkan yg Allah akan ambik cik ani bila2 masa je sgt2 myedihkan ati dan perasaan tp DCW,pcaya la..Allah SWT sebaik2 perancang..DIA telah tetapkan yg tbaik utk kita”
“😢 May Allah swt ease this journey for yr mom as well as you & yr family. Ameen. Stay strong – for yourself and yr mom.”
“chef😭😭😭u anak yg sgt baik…sejak dulu i tgk u jaga your mom sgt sempurna…i tau u kuat..this is so heartbreaking 😭😭May Allah ease everything for u chef🤲”
Bilik air adalah antara ruang yang tidak boleh dipandang remeh. Jika orang tua-tua dulu, biasanya nak tahu seseorang itu pembersih atau tidak, selalunya orang akan lihat bilik mandi dulu.
Selain bilik air bersih, sekarang bilik air telah hiasan cantik dengan pelbagai perkakasan.
Sebagaimana bilik air yang dikongsi oleh puan Nur Faiqah Johari kelihatan begitu kemas susun aturnya. Walaupun ruang kecil tetapi beliau berjaya menjadikan bilik air nampak luas.
Tambahan pula kombinasi warna hitam putih wall paper brick menjadikan ruang kelihatan lebih luas.
Ikuti perkongsian beliau.
Ubah suai bilik air yang memang dah terlalu lama berangan nak buat. Takde bajet besar dan masa sangat terhad sebab kami suami isteri bisnes sendiri dengan ada anak kecil. Wallpaper tu kalis air tapi kami tak harap akan tahan lama. Masih mencari solusi terbaik untuk ubah tiles tanpa perlu pecahkan yang lama. Buat sementara okla. Belum cat lagi sebab kami salah beli shower. Sedih sangat tapi suami usaha DIY, dah boleh guna cuma tak kemas. Suami kata nanti dia akan betulkan lagi. Sedikit sebanyak dapat juga ubahsuai tukar angin sebab dah terlalu lama dengan bilik air warna biru. Kalau ada idea penambahbaikan boleh share.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.