Bagi anda yang suka bau-bauan harum tetapi tidak mahu terlalu banyak bahan kimia digunakan, apa kata buat  sendiri pelembut kain. Lebih istimewa lagi, anda  boleh memilih haruman yang bagaimana malah ia juga mudah dihasilkan.

Dalam masa yang sama, anda boleh menjimatkan kos memandangkan bahan-bahan yang digunakan ada di dapur anda. Jom cuba!

  1.  Baking soda

Ambil ½ cawan baking soda dan cuci pakaian seperti biasa. Baking soda bukan sahaja menjadikan pakaian lebih bersih malah turut menjadi agen pelembut fabrik.  Anda juga boleh tambahkan minyak essential bagi memberi aroma yang lebih harum.

  1.  Cuka

Cuka juga boleh dijadikan pilihan untuk digunakan sebagai pelembut pakaian. Caranya cukup mudah, ambil ½ cawan cuka dan masukkan ke dalam air bilasan. Cara yang sama campurkan juga dengan minyak assential untuk memberi aroma yang lebih wangi.

IKLAN
  1.  Baking soda + cuka

Kombinasi kedua bahan ini juga boleh digunakan dan kesannya kain lebih lembut dan lebih bersih daripada biasa. Ambil ¼ cawan baking soda dan campurkan dengan ¼ cawan cuka. Jangan lupa menambah minyak essential untuk aroama yanglebih harum.

  1.  Perapi Rambut

Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil 6 cawan air panas, 3 cawan cuka dan 2 cawan perapi rambut. Campur rata semua bahan dan ia boleh disimpan.  Semasa membilas pakaian campurkan bersama bahan ini.

IKLAN

Antara Pilihan Minyak Esensi Yang Boleh Digunakan :

  1.  Minyak Tea Tree
  2.   Minyak esensi Rosemary
  3.  Minyak esensi mint.
  4.  Minyak esensi lemon
  5.  Minyak esensi lavender

Tip tambahan:

IKLAN

JANGAN gunakan bahan pelembut ini ketika di awal peringkat cucian kerana ia akan bertindak balas dengan bahan pencuci yang digunakan. Sebaiknya bahan pelembut ini dimasukkan ketika waktu bilasan terakhir.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI