Penyusuan susu ibu itu adalah semula jadi dan mudah, tetapi ia satu kemahiran yang perlu dipelajari. Begitu juga bagi ibu angkat yang mahu menyusukan bayi angkatnya.
Perkara yang lebih penting adalah ibu perlu bersedia dari segi psikologi dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah ketika menyusukan bayi
Menurut kaunselor Lektasi Puan Ida Kamilia Mudzakir, “Ada 4 fasa untuk “meniru” hormon iaitu dengan mengambil pil perancang.
Suka Kak Ida maklumkan disini, pengambilan pil perancang MESTILAH mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi dari doktor terlebih dahulu.
Manakala tugas kaunselor laktasi adalah membantu ibu menjalani proses tersebut. Kecuali kaunselor laktasi tersebut adalah doktor ya.”
Fasa pertama
Ibu angkat perlu mengambil pil perancang dan Domperidone untuk membolehkan badan “meniru” proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan.
Fasa kedua
Ibu angkat perlu berhenti mengambil pil perancang tetapi meneruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu.
Fasa ketiga
Ibu angkat perlu memerah susu untuk meransang dan menggalakkan penghasilan serta pengeluaran susu ibu.
Fasa keempat
Memberi bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara bagi menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.
sumber : Ida Kamilia Mudzakir
“Comel Nak Suap Sendiri, Habis Dengan Mangkuk Digigitnya.” Gelagat Anak Fazura Pertama Kali Makan Cuit Hati Ramai!
apex celik, tak sedar rupanya si comel kesayangan ramai ini sudah 6 bulan usianya.
Buah hati pengarang jantung, Fattah Amin dan Fazura ini sering mendapat perhatian ramai dengan gelagat nya.
Si kecil yang diberi nama Nur Fatima Aisya ini mula menjadi tumpuan sejak wajahnya dikongsikan kepada umum.
Terbaru, akaun Instagram Fattzuralovelife, berkongsi video Fazura membuat persediaan makanan untuk Fatima.
Menerusi video tersebut, Fatima yang diriba oleh Fattah nampak teruja untuk makan apabila Fazura suakan sudu ke arahnya.
Reaksi wajah Fatima ketika merasai makanan itu juga comel. Tidak cukup dengan mummy suap, Fatima turut memegang sudu dan menarik mangkuk makanan lagi. Wah kali pertama sudah pandai makan, lepas ini lagi tembam lah Fatima.
Gelagat Fatima ini menghiburkan dan menarik perhatian peminat. Muka tak sabar nak makan tu cute sangatlah Fatima.
“Luluhnya Perasaan Kami Semua Anak ‘Pergi’ Sekali Gus.” Percutian Berakhir Tragedi, Bapa 3 Beradik Mati Lemas Kongsi Kisah Sedih.
Tiada kata yang mampu diungkapkan buat keluarga ini bila anak yang disayangi hilang sekelip mata. Kepiluan dan luluh hati seorang ibu, sedih dan parah jiwa seorang bapa bila mana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah kembali kepada Sang Pencipta.
Hari ini sepatutnya ketiga-tiga beradik ini melangkah kaki ke sekolah, namun kini mereka sedang bergembira di ‘sana’.
Luahan si ayah tatkala mayat anak ditemui semalam begitu memilukan. Manakala si ibu yang tidak berdaya beberapa kali pengsan selepas melihat wajah anak mereka.
“Mereka sepatutnya ke sekolah esok tetapi ketiga-tiga anak kami telah ‘pergi’ sekelip mata”. Itu luahan Zawawi Abd Wahad, 42, si ayah yang berdepan dengan insiden menyedihkan apabila ketiga-tiga anaknya Nurain Fatma Zawawi, 10, Nurain Sofia, 8, dan Nurain Sasabila, 6, ditemukan lemas pagi Isnin di Pantai Sura Tengah di sini.
Menurut Zawawi, kali terakhir dia menatap wajah anak-anak kesayangan itu adalah pada pagi Ahad selepas menghantar mereka mengambil buku teks di Sekolah Kebangsaan Perol, Kelantan.
Mereka sekeluarga baru sahaja pulang daripada bercuti di Hatyai, Thailand Sabtu lalu sebelum ketiga-tiga anaknya itu mengikut ibu saudara mereka, Suriani Abdullah, 41, serta beberapa anggota keluarga lain bercuti di Dungun.
Namun, dia kemudiannya menerima perkhabaran sedih itu menerusi panggilan telefon daripada anggota keluarganya pada kira-kira pukul 7 malam hari yang sama dan bergegas ke tempat kejadian bersama isterinya, Nur Syahida Abdullah, 36.
“Saya serta isteri tidak turut serta kerana kepenatan dan menguruskan beberapa urusan kerja serta persekolahan anak-anak memandangkan sesi persekolahan Pantai Timur bakal bermula esok. Semua kelengkapan persekolahan telah disiapkan.
“Tak dapat digambarkan betapa hancur dan luluhnya perasaan kami apabila semua anak ‘pergi’ sekali gus,” katanya dalam keadaan sugul.
Suasana sedih dan pilu itu bukan sahaja menyelubungi anggota keluarga tetapi juga pihak media yang turut sama berada di situ terutama apabila melihat ibu kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya dan terpaksa dipapah oleh keluarga.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6.40 petang Ahad, ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Peringat, Kelantan dihanyutkan setelah dipukul ombak besar ketika bermain di pesisir pantai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata mayat Nurain Sofia ditemukan pada pukul 7.48 pagi lima kilometer dari lokasi kejadian manakala adiknya Nurain Sasabila dijumpai kira-kira pukul 9.40 pagi, satu kilometer dari tempat kejadian.
Mayat kakak mereka, Nurain Fatma dijumpai oleh orang awam terdampar di pesisir pantai pada kira-kira 11.03 pagi, lebih kurang lima kilometer dari lokasi kejadian.
Salam takziah buat Zawawi dan isterinya. Al-Fatihah buat ketiga-tiga kanak-kanak ini. Semoga ibu bapa arwah tabah menghadapi dugaan yang hebat ini.
Ini 22 Perkara Kena Buat Bila Ada Anak Lelaki Usia 9 Hingga 12 Tahun, Ikuti Nasihat Pakar Motivasi. Take Note Semua!
Cara mendidik anak dengan betul adalah menjadi ibu yang garang dan tegas supaya anak lebih bertanggungjawab dan berdisiplin apabila dewasa nanti.
Tapi dalam sibuk mendidik anak, kita mungkin terlepas pandang 22 perkara yanga perlu buat untuk anak-anak lelaki.
22 PERKARA KENA BUAT BILA ANAK LELAKI USIA SEMBILAN HINGGA 12 TAHUN.
- Tolong sangat-sangat untuk jelaskan kepada mereka tentang akil baligh. Ilmu yang mereka pelajari di sekolah tak mencukupi sebagai bekalan menempuhi alam remaja.
- Akil baligh dikupas dengan baik dalam subjek Pendidikan Islam/ KAFA. Namun, ada anak-anak kita yang tak dapat relate dengan realiti yang bakal berlaku kepada mereka.
- Contoh yang pertama, mereka masih samar-samar memahami bagaimana proses akil baligh itu terjadi. Yang mereka faham, air mani akan keluar setelah berlakunya mimpi basah. Mimpi basah pula sering dinisbahkan sebagai mimpi yang menyeronokkan, malam pertama dan lain-lain.
- Oleh yang demikian, ada kalangan remaja lelaki sekolah menengah mengaku tak mandi wajib bila keluarkan air mani sendiri dengan cara melakukan onani. Puncanya, beliau hanya ‘beriman’ perlu mandi wajib bila air mani keluar melalui mimpi basah sahaja.
- Inilah masalah terbesar hari ini Tuan Puan. Ada dikalangan anak-anak kita ‘akil baligh’ sebelum akil baligh yang sebenar. Bukan sebab mimpi basah, tetapi mengeluarkan air maninya sendiri.
- Setakat pengalaman saya bersama pelajar sekolah, adik-adik ini telah peroleh rangsangan seksual lebih awal melalui drama, filem, pembacaan sehinggalah terjebak dengan pornografi.
- Istilah melancap, toceng, bukan lagi asing dalam kalangan anak-anak lelaki di sekolah rendah. Bagi mereka, perkataan itu melucukan hingga dijadikan bahan gurauan. Mereka tahu ada dikalangan rakan-rakannya yang sudah buat benda itu.
- Kesian mereka, sungguh naif sekali! Sudahlah akil baligh seawal usia 9 tahun, menonton video lucah dan melakukan onani, bahkan tak tahu menahu itu yang dirinya telah akil baligh!
- Hal bagaimana terjebak dengan video lucah dan onani saya telah sentuh sebelum ini. Pornografi sangat mudah diperolehi oleh mereka. Samada dari handphone yang Tuan Puan berikan atau menjadi mangsa sex grooming di media sosial atau rasa ingin tahu melalui pop up perempuan tak berpakaian yang berlegar di internet atau melalui kawan sekolah atau juga video lucah yang disimpan dalam handphone ayahnya sendiri.
- Mak ayah, please ingatkan anak-anak akan hal ini. Anak-anak perlu tahu kesan dari menonton pornografi. Ia akan mendorong individu merangsang diri sendiri dengan melakukan onani. Mereka juga perlu tahu air mani itu anugerah yang Tuhan berikan kepada lelaki, penerus generasi ke generasi. Ia amanah dan tanggungjawab! Ajar mereka secara praktikal cara mandi wajib yang sebenar.
- Mungkin ada lelaki di luar sana yang skeptikal dengan isu melancap ni. Bagi mereka biasalah budak lelaki buat onani. Eh! Come on! Yang saya cerita ni kes budak sekolah rendah seawal 7 8 tahun yang beronani. Bayangkan apa yang boleh berlaku kepada mereka 2 ke 3 tahun akan datang. Melakukan onani dan menonton pornografi berkait antara satu sama lain. Bermula dari ingin tahu, akhirnya ketagih. Akhirnya, anak-anak ini memahami seks dari sumber yang salah dan bakal merosakkan dirinya dan orang lain.
- Baik, cukup hal berkaitan akil baligh dan mandi wajib. Sekarang, saya nak huraikan pula tentang perubahan fizikal dan emosi anak-anak.
- Tuan Puan, perkara yang sering saya ingatkan kepada adik-adik di sekolah adalah tentang bau badan. Kadang-kadang ada pelajar yang dipulau oleh kawan-kawan dek bau ketiak yang busuk ya ampun.
- Kita sebagai mak ayah tolonglah ingatkan pasal hal ini. Kata pada mereka, lepas akil baligh, bau badan muncul. Paling ketara, di ketiak. Maka, belilah deodarant untuk mereka gunakan.
- Beli sahaja tak cukup, Tuan Puan kena tunjukkan pula cara nak guna dan berapa kali sehari nak kena sental ketiak tu. Seterusnya, kena pantau.
- Untuk pengetahuan Tuan Puan, ramai budak lelaki di luar sana yang pandang ringan penggunaan deodarant. Mereka lebih selesa tepek bedak pada ketiak. Biasalah, budak lelaki, benda macam ni dia anggap tak penting, leceh dan menyusahkan.
- Selain dari itu, Tuan Puan kena tekankan mengenai perubahan fizikal pada tubuh badan. Suara semakin garau, ketinggian, badan makin sasa, bulu tumbuh serta rasa tertarik kepada lain jantina.
- Tuan Puan tahu tak ada pelajar di sekolah menengah yang payah gila nak cukur bulu ari-ari di bahagian zakar dan ketiaknya? Benda macam ni kita kena sebut dan ajar. Jangan anggap anak kita tahu semua benda. Atau jangan anggap anak kita akan tahu sendiri. Ini mindset yang salah!
- Dalam Islam, bulu-bulu ini perlu dicukur atau digunting dalam tempoh masa 40 hari. Sebut pada anak, ini sunnah Nabi. Kalau sahabat non muslim ada baca post ni, lakukan juga hal yang sama. Ia ilmu universal. Dah panjang, cukurlah kan. Takkan nak biar panjang sampai boleh diletakkan pomade? Huhu
- Sekarang, bab penampilan pula. Tuan Puan, ajarlah anak kita nampak menarik sikit bila berpakaian. Nak jaga penampilan, tak semestinya perlu pakai dan beli pakaian yang mahal. Cukuplah sekadar kemas dan bersesuaian dengan aktiviti yang anak kita lakukan. Jadi, tak adalah anak kita selekeh je sepanjang masa.
- Paling penting adalah, Tuan Puan wajib ingatkan soal dosa dan pahala. Terangkan dengan jelas segala perbuatan mereka akan dikira sebagai amal soleh atau dosa. Kita dah mendidik mereka dengan baik, maka menjadi tanggungjawab mereka menghindar diri dari dari menjadi hamba Tuhan yang engkar dengan perintahNya.
- Sebab itu Islam menyarankan mak ayah mengajar anak solat ketika umurnya 7 tahun dan rotan (niat mendidik dan bukan untuk mencederakan) ketika berusia 10 tahun. Cara paling mudah mendidik anak solat adalah melalui perbuatan kita sendiri. Hidupkanlah solat jemaah di rumah. Masa kecil, memang depa akan main-main atas badan kita, panjatlah, jadikan kudalah, tapi lama-lama mereka akan ok. Jangan lupa sekali sekala bawa ke masjid.
- Beli bahan bacaan yang terbaik buat anak. Seperti yang termaklum, siri Teroka Sains 3 baru sahaja release jam 3 petang tadi. Kali ini, penulis Dr Wan Fahmi dan isteri menghurai fakta sains berkaitan tubuh badan kita sendiri. Bacaan wajib untuk anak tuan puan ni. Klik je link ni untuk dapatkan :
Sumber: Akhi Fairuz