Buat penggemar kuih-kuih tradisional tentu suka menikmati kuih yang dipanggil dengan nama Kuih Kasturi, Kuih Kacang Hijau atau juga dikenali sebagai Kuih Rengas di sesetengah tempat. Sekali sekala dapat menikmati kuih ini, tentu ada yang terkenang zaman kecil-kecil dulu saat ibu menyediakan menu ini sebagai sajian sarapan sebelum pergi ke sekolah.

 

 

Betapa rasa intinya yang lembut dengan rasa lemak kacang hijau bersatu dengan kelapa parut dan kemudian celupan tepung yang ranggup setelah digoreng, menjadikan Kuih Kasturi ini digemari ramai dari dulu hingga kini.

Pun begitu, jika membeli kuih ini di kedai mungkin rasanya tidak seperti yang kita harapkan. Terkadang keras disebabkan peniaga terlebih bancuhan tepung berbanding jika buat sendiri kita pasti akan menggunakan 100% kacang hijau bersama kelapa parut untuk menghasilkan inti yang lembut dan berasa seperti mak-mak kita buat.

Jadi apa kata kali ini anda sediakan sendiri Kuih Kasturi ini memandangkan Ramadan pun sudah hampir tiba. Jadi bolehlah kuih ini difrozenkan untuk memudahkan digoreng ketika hendak berbuka mahupun bersahur kelak.

Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Puan Zunaidah Hamid. Selamat mencuba!

IKLAN

Kuih Kasturi Menu Legend, Terasa Lembut Di Dalam & Rangup Di Luar!

KUIH KASTURI

Bahan-bahan:

250gm kacang hijau

2 senduk kelapa parut

IKLAN

3 senduk gula ikut manis yg kita suka

untuk salutan celup tepung:

1 cwn tepung beras cap teratai

1 sudu tpg jagung (optional)

1 sudu air kapur.makan

IKLAN

garam secukup rasa

sedikit kunyit

 

ARTIKEL MENARIK :

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rendam kacang hijau 1-2 jam. kemudian rebus.Kuih Kasturi Menu Legend, Terasa Lembut Di Dalam & Rangup Di Luar!
  2. Apabila air agak kering, letak gula dan gaul sampai kering dengan api perlahan. Pastikan air betul-betul kering sewaktu masukkan gula, jika tidak kuih akan berair.Kuih Kasturi Menu Legend, Terasa Lembut Di Dalam & Rangup Di Luar!
  3. Selepas itu masukkan kelapa dan gaul sebentar dengan api perlahan. Tutup api dan biarkan sejuk. Boleh masukkan dalam peti sejuk.
  4. Bentukkan seperti di dalam gambar dan pastikan padat agar tidak berderai sewaktu digoreng.Kuih Kasturi Menu Legend, Terasa Lembut Di Dalam & Rangup Di Luar!
  5. Buat bancuhan tepung seperti goreng pisang.Kuih Kasturi Menu Legend, Terasa Lembut Di Dalam & Rangup Di Luar!
  6. Celup dan goreng. 

     

    Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

    Kuih Kasturi Menu Legend, Terasa Lembut Di Dalam & Rangup Di Luar!

     

     

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI