Boleh meleleh air liur dibuatnya bila membayangkan kesedapan saat menikmati mangga muda bersama asamnya.
Bulan puasa begini, mungkin ada yang mengidam untuk menjamahnya. Ayuh tunaikan keinginan selera anda dan tidak salah kiranya kali ini, anda sendiri hasilkan serbuk coleknya. Baru puas hati!
Oleh itu, dikongsikan bersama resipi serbuk colek untuk anda nikmati. Semoga perkongsian ini memberi satu lagi ilmu masakan buat anda semua. Selamat mencuba.
Serbuk colek
Bahan-bahan:
Segenggam udang kering
10 tangkai cili kering
3 inci belacan
2 cawan gula pasir
Cara Buat:
1. Sangai cili kering, udang kering dan belacan.
2. Setelah sejuk, kisar halus bahan yang telah disangai bersama dengan gula.
3. Sedia untuk dimakan.
sumber :Siti Haidah Binti Berahim via MAHN
Resipi Bawal 3 Rasa Yang Mudah & Sedap. Wanita Ni Kongsi Cara Masak Kuah Tanpa Guna Perencah Segera!
Ini antara menu yang digemari sekeluarga. Tak kisah apa jua jenis ikan yang digunakan, tetapi rasanya yang lengkap ada masam, manis dan pedas buat sekeluarga berselera makan.
Hari ini admin kongsikan resipi Bawal 3 Rasa air tangan dari SuiSan Aliezsha
Menu hari ni “Bawal 3 Rasa” sy share resepi utk korg mencuba,nk mkn kedai mahal..kita biase² masak jela sendiri kos ikan bru rm15 jer sekor..part nenas tu seeloknya guna nenas fresh ye,aroma dia yg bt masakkn 3 rasa korg brtambah sedap..
Resepi..
1. Ikan Bawal, (tak kisah ikan pape pon boleh) cuci gaul garam goreng sampai garing..dah masak ketepikan dalam bekas hidangan.
Untuk kuah:
1. Cili kering dikisar (sikit je dlm 2 sudu besar camtu)
2.Sos cili,Sos tomato,Sos tiram,Sos Ikan,Jus limau ( semua tiada sukatan agak² je)
3.Bawang putih ketuk²
4. Bawang besar@holand (potong dadu)
5.Nenas & tomato (di potong²)
6. Cili api (dipotong²)
7. Serai (dihiris)
8.Daun ketumbar (hiasan)
Cara masak:
- Panaskan minyak,pastikan minyak tak terlalu banyak.
- Masukkan bawang putih,cili kering & segala sos diatas.
- Masukkan sedikit air, kemudian masukkan jus limau,pastikan gula garam.
- Tambahkan sedikit serbuk perasa, last masukkan bawang besar,nenas,cili api & serai.
- Kacau dalam beberape minit tutup api.
- Kemudian masukkan kuah ke dalam ikan yang disediakan..hias dengan daun ketumbar.
- Siap
selamat mencuba.
Bahaya Darah Tinggi Ketika Hamil, Ramai Wanita Tak Ambil Kisah, Dengar Apa Kata Doktor Ini!
Selepas disahkan mengandung, kebanyakkan wanita sentiasa memperkatakan mengenai ketakutan untuk melalui proses bersalin. Tak ramai yang membincangkan mengenai proses kehamilan yang membimbangkan.
Sedangkan mereka terpaksa melaluinya pada tempoh waktu yang lama iaitu selama sembilan bulan. Bukankah ini lebih merisaukan?
Menurut Doktor Norintan Zainal Shah daripada Hospital Colombia Asia, dianggarkan lebih 8 peratus wanita hamil mengalami masalah penyakit darah tinggi ketika bersalin. Dan lebih bertambah buruk lagi, jika tekanan darah tidak dikawal, boleh menyebabkan masalah sawan.
Sawan inilah yang kita namakan sebagai eklampsia. Wanita yang mengandungkan anak pertama lebih berisiko untuk mengalaminya.
“Tak ramai wanita hamil terfikir untuk berbincang mengenai masalah darah tinggi ketika mereka hamil sedangkan hakikatnya mereka sangat cenderung untuk mengalami masalah ini. Lebih buruk lagi masalah yang dianggap biasa ini boleh mengundang risiko paling berbahaya, hingga menggadaikan nyawa.
“Eklampsia merupakan masalah yang sangat serius. Ia berlaku selepas usia kehamilan mencecah 20 minggu. Sawan yang dinamakan sebagai eklampsia ini merupakan kekejangan otot diluar kawalan dan tanpa disedari oleh pesakit. Sawan yang dikenali sebagai ‘kejang tonik-klonik’ ini, jika tidak dikawal dengan segera, pesakit boleh berisiko untuk mengalami koma.
Sebelum berlakunya eklampsia, pesakit selalunya mengalami pre eklampsia. Pre-eklampsia adalah keadaan di mana tekanan darah seseorang wanita hamil didapati meningkat dengan tinggi dan air kencingnya juga mengandungi protein.
Kedua-dua masalah ini tidak harus dipandang ringan kerana wanita hamil yang mengalami masalah ini perlu dirujuk sesegera mungkin ke hospital, bagi menstabilkan tekanan darahnya. Apabila pesakit menjadi stabil, doktor kemudiannya akan berbincang untuk melakukan proses melahirkan bayi pesakit pre – eklampsia ini walaupun bayi belum mencapai tempoh matang.”
Menurut Doktor Norintan, wanita yang menghidap penyakit darah tinggi sebelum hamil dinasihatkan untuk menstabilkan tekanan darah mereka terlebih dahulu dengan kawalan ubat dan pemakanan yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk hamil.
Mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi sebelum hamil lebih berisiko untuk mengalami pre eklampsia dan eklampsia.
Faktor-Faktor Eklampsia
Bagi wanita yang mengalami tekanan darah tinggi sewaktu hamil ( usia kehamilan 20 miggu ke atas) tetapi ujian air kencing adalah normal ( tanpa kehadiran protin), golongan ini lebih dikenali sebagai ‘pregnancy induced hypertension’ atau ringkasnya PIH.
Pesakit PIH selalunya boleh mengawal tekanan darah tinggi dengan memakan ubat dan boleh menunggu hingga bayi matang sebelum bayi tersebut dilahirkan.
Faktor-faktor terjadinya PIH, pre-eklampsia dan juga eklampsia dilihat masih samar dan masih belum diketahui punca sepenuhnya terjadi masalah ini. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tekanan darah akan mula menurun dan kembali ke tahap normal.
Daripada sinilah timbulnya teori bahawa bayi dan uri di dalam pesakit PIH dan pre eklampsia menghasilkan bahan toksin yang mencetus kenaikan tekanan darah tinggi. Setelah kelahiran bayi dan uri, serta keluarnya bahan toksin, tekanan darah secara automatik akan kembali stabil.
“Tanda-tanda para ibu hamil yang mengalami pre-eklampsia ini di antaranya adalah kenaikan tekanan darah, berat badan naik mendadak, pengeluaran protein dalam air kencing, bengkak di kaki dan wajah, gangguan atau penglihatan sedikit kabur, pandangan silau dan juga masalah sakit kepala seperti pening, mual, muntah dan juga sakit ulu hati.
Kebiasaannya gejala dan tanda ini muncul pada kehamilan trimester kedua. Jika mengalami masalah ini, wanita hamil dinasihatkan untuk segera ke klinik dan mendapatkan bacaan tekanan darah atau terus merujuk masalah ini kepada hospital.”
Kesan Eklampsia
- Menjadi koma atau maut akibat pendarahan dalam otak.
- Setelah sedar dari koma, berkemungkinan buta atau lemah anggota seperti pesakit angin ahmar.
- Bayi dalam kandungan menjadi kecil dari segi perkembangannnya.
- Berlaku pendarahan dalam uri (Abruptio placenta)
- Bayi terpaksa dilahirkan pra-matang bagi menyelamatkan nyawa ibu.
Ibu hamil dinasihatkan sentiasa mengambil ubat-ubatan pada kadar yang disyorkan dan teratur seperti yang disyorkan oleh doktor untuk mengawal tekanan darah ini. Walaupun setelah melahirkan anak, bacaan tekanan darah juga hendaklah sentiasa dipantau kerana eklampsia masih boleh berlaku di dalam tempoh berpantang.
Pikat Selera Keluarga Dengan Resipi Ayam Goreng Berempah Rangup Di luar, Lembut Di dalam. Wow, Patut Cuba Ni!
Meskipun hanya menu ayam goreng, ia sering menjadi pilihan dan kegemaran buat seisi keluarga terutamanya buat anak-anak kecil. Sementelah menu ayam goreng ini cukup mudah disediakan dan aromanya mampu membuka selera jika dihidangkan ketika masih panas.
Tapi bagi menghasilkan ayam goreng yang enak, ranggup di luar tapi lembut di dalam ada caranya. Langkah menghasilkannya dikongsi oleh Najwa Romli dari laman Facebook beliau. Jom cuba petang ini untuk berbuka atau ketika bersahur nanti!
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam.
1 labu bawang putih
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Hiris semua bahan tersebut kecuali daun kari.
2. Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu. Boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan dua sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
4. Sambil menunggu perapan ayam susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam di dalam loyang kukus dan kukuskan selama 20 minit.
6. Setelah dikukus, biarkan sejuk, lalu digoreng dalam masa 5 minit..
Jika ingin disimpan di dalam simpan chiller masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia mampu bertahan sehingga 3 atau 4 hari.