Penantian 11 tahun akhirnya berakhir pagi ini. penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi ini.

Isteri kesayangan Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Lebih istimewa lagi, pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

IKLAN
Penantian 11 Tahun Bergelar Ibu Berakhir, Dato’ Sri Siti  Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Perempuan.
gambar gempak.com

Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa dalam pada itu melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

IKLAN

Pasangan ini juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

IKLAN

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, pasangan ini meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.
Sumbner: Rozi Abdul Razak (Pengurus)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI