Jika dulu dari kecil hingga dah meningkat besar ibu bapa tidak pernah berkira menjaga kita. Bila dah ada kehidupan sendiri, mampu untuk berbakti semula pada orang tua kita, ambillah kesempatan itu kerana kita tidak tahu sampai bila kita mampu berbakti pada mereka.
Malah, rezeki anak-anak yang menjaga ibu bapa ini juga tidak akan putus berkat doa dari orang tua dan orang yang datang ke rumah untuk menziarah. Itulah yang dirasai oleh penyanyi, Nora Ariffin semenjak dia memilih untuk menjaga ibunya.
“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, semenjak Ma tinggal dirumah bersama kami, rezeki tak pernah putus, ada saja anak menantu cucu, adik beradik,saudara mara jauh & dekat bertanya kabar dan datang berkunjung ziarah ma. Seronok sgt.
“Terima kasih buat semua ye sudi dtg jengok ma😍 Makanya kita sebagai anak, jgn sekali – kali merungut & terlalu berkira bab menjaga IBU. Harta lain boleh cari tapi ibu kandung hanya satu saja.” tulisnya.
Malah, pelantun lagu ‘Hanyalah Satu’ itu sempat memetik kata-kata daripada Ustaz Rushdi bahawa menjaga ibu ini besar pahala dan ada barakahnya, walaupun ada sukarnya tetapi sentiasa dipermudahkan.
Ads
Dalam perkongsian tersebut, Nora juga berterima kasih buat suami dan rakan-rakan yang membantu sepanjang ibunya ada di rumah.
“Terima kasih buat suami yg dikasihi kerana memberi izin, support saya menjaga ibu & tinggal bersama.
Ads
“Juga buat sahabat & jiran saya. Dato Khairul & eja sayang😍 @yayakitchen2020 , terima kasih kerana hampir tiap hari sedekah makanan pada kami.
“Juga kpd caretaker saya, terima kasih menyantuni ibu saya dgn baik. Allah saja yg membalas jasa baik kalian. Moga Allah memberkati hidup kita semua.” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan penulisan Nora dan ada yang berkongsi pengalaman sendiri menjaga orang tua mereka.
Tersalah beli rumah, ini nasihat apa kena buat oleh perunding hartanah. Membeli rumah adalah salah satu keputusan kewangan paling besar dalam kehidupan.
Namun, tidak dinafikan ramai pembeli rumah, terutama yang pertama kali, terjerat dalam kesilapan yang akhirnya membuatkan mereka “tersalah beli rumah.”
Kurang Penyelidikan
Ramai pembeli terlalu bergantung pada maklumat daripada ejen hartanah atau iklan tanpa melakukan penyelidikan sendiri. Ini menyebabkan mereka tidak memahami nilai pasaran sebenar rumah yang dibeli.
Lokasi Tidak Sesuai
Lokasi memainkan peranan besar dalam nilai dan keselesaan sesebuah rumah. Membeli rumah di lokasi yang jauh daripada tempat kerja, sekolah anak-anak, atau kemudahan asas boleh menjadi beban jangka panjang.
Tidak Memeriksa Keadaan Rumah
Rumah yang kelihatan cantik di luar mungkin mempunyai masalah tersembunyi seperti kerosakan struktur atau kebocoran. Membeli tanpa pemeriksaan menyeluruh boleh membawa kepada kos pembaikan yang tinggi.
Tidak Mengukur Kemampuan Kewangan
Ada yang membeli rumah di luar kemampuan kewangan mereka, terutamanya apabila tergoda dengan promosi atau diskaun. Ini boleh menyebabkan tekanan kewangan yang berpanjangan.
Tidak Memahami Perjanjian Pinjaman
Kesilapan dalam memahami syarat pinjaman seperti kadar faedah, tempoh pembayaran, dan penalti boleh menyebabkan pembeli terikat dengan beban hutang yang tinggi.
Lakukan Penyelidikan Mendalam
Sebelum membeli rumah, kaji nilai pasaran hartanah di kawasan pilihan. Gunakan laman web hartanah dan rujukan daripada pakar untuk mendapatkan maklumat terkini.
Pilih Lokasi Yang Strategik
Fikirkan tentang keperluan harian anda, termasuk jarak ke tempat kerja, akses ke pengangkutan awam, dan kemudahan seperti sekolah, kedai, dan hospital.
Lakukan Pemeriksaan Rumah
Sebelum menandatangani perjanjian pembelian, pastikan rumah diperiksa oleh pakar untuk mengesan sebarang kerosakan atau masalah.
Tentukan Bajet Realistik
Buat kira-kira kewangan dengan teliti dan tetapkan bajet yang sesuai. Pastikan ansuran pinjaman tidak melebihi 30-40% daripada pendapatan bulanan anda.
Baca Dan Fahami Dokumen Perjanjian
Luangkan masa untuk membaca dan memahami semua dokumen perjanjian, termasuk syarat pinjaman. Jika perlu, dapatkan nasihat daripada peguam atau pakar kewangan.
Berikut nasihat daripada pakar perunding hartanah, Azizul Azli Ahmad:
Jika anda tersalah beli rumah di kawasan yang padat dengan jiran yang mungkin kurang menyenangkan, berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda pertimbangkan:
1. Cuba Menyesuaikan Diri
Berikan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Kadangkala, persepsi awal kita terhadap sesuatu tempat atau jiran boleh berubah seiring masa.
2. Komunikasi Dengan Jiran
CUbalah untuk berkomunikasi dan membina hubungan baik dengan jiran. Kadang-kadang, hubungan yang baik boleh mengurangkan ketegangan atau salah faham.
3. Perbaiki Keadaan Rumah
Jika rumah anda mempunyai kekurangan yang membuatkan anda kurang selesa, pertimbangkan untuk membuat renovasi atau penambahbaikan kecil untuk meningkatkan keselesaan anda.
4. Cari Aktiviti di Luar Rumah
Libatkan diri dalam komuniti setempat atau aktiviti luar rumah yang dapat mengurangkan masa anda di rumah dan membantu anda merasa lebih terhubung dengan kawasan tersebut.
5. Pertimbangkan Penyewaan Atau Penjualan
Jika keadaan tidak dapat diperbaiki dan anda merasa tidak selesa tinggal di situ, pertimbangkan untuk menyewakan rumah tersebut dan berpindah ke tempat lain yang lebih sesuai. Jika keadaan benar-benar tidak sesuai, anda boleh mempertimbangkan untuk menjual rumah tersebut.
6. Buat Kajian Kawasan Baru
Jika anda bercadang untuk berpindah, pastikan anda melakukan kajian menyeluruh tentang kawasan baru yang ingin anda pindah sebelum membuat keputusan.
7. Rujuk Orang Lama
Dapatkan nasihat daripada ejen hartanah untuk mengetahui pilihan terbaik berdasarkan situasi pasaran semasa.
Pendekatan ini boleh membantu anda menyesuaikan diri atau membuat keputusan yang lebih baik untuk masa depan anda dan keluarga.
Bakteria dan kuman berkembang di celah kuku. Oleh itu, ibu ayah awasi anak yang suka gigit kuku. Memang kebiasaan seperti menggigit kuku sering kali dipandang remeh. Namun, semua itu salah! Ternyata, kebiasaan menggigit kuku merupakan suatu kebiasaan yang negatif yang dapat memberikan kesan yang buruk pula terhadap kesihatan seseorang kanak-kanak.
Tabiat ini jika sering dilakukannya boleh membuatkan kulit jarinya terkelupas atau berdarah. Selain itu, anak-anak akan berisiko besar mengalami keracunan, ekoran kotoran yang melekat pada kuku ketika anak-anak bermain di dalam rumah ataupun di luar rumah.
Hakikatnya kuku, merupakan tempat berkumpulnya pelbagai kuman dan bakteria. Bakteria yang sering terdapat pada lapisan kuku merupakan bakteria keluarga ‘enterobacteriaceae’ yang merangkumi bakteria E coli mahupun bakteria salmonela. Bakteria dan kuman tersebut akan berkembang dengan baik di celah-celah kuku.
Ketika seseorang kanak-kanak menggigit kuku, maka bakteria-bakteria berbahaya tersebut akan berpindah dari kuku ke mulut dan akan menuju ke usus. Bakteria yang menyebar sampai ke usus akan menyebabkan infeksi yang biasanya menyebabkan terjadinya penyakit seperti sakit perut serta cirit-birit.
Selain itu, menggigit kuku dapat meningkatkan pendedahan kepada penyakit seperti flu kerana tangan yang kotor masuk ke dalam mulut.
Malah, ia juga dapat meningkatkan risiko ‘paronychia’ atau infeksi kulit di sekitar kuku. Hal ini ditunjukkan dengan adanya warna kemerahan atau pembengkakan serta rasa sakit di bahagian kulit kuku.
Kebiasaan menggigit kuku juga akan mengganggu kepada kesihatan gigi. Gigi akan bergeser dari tempat semulanya dan juga dapat berpotensi menyebabkan gigi patah atau merosak lapisan gigi.
Pakar kanak-kanak beranggapan tabiat menggigit kuku ini dicetuskan oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan psikologi seperti kebosanan, tekanan, kegelisahan, rasa tidak selesa atau hanya sekadar kebiasaan. Kebiasaan menggigit kuku ini sama juga dengan kebiasaan mengigit-gigit rambut, menggaru hidung atau melagakan gigi.
Semasa ibu bapa mendapati anak mulai menggigit kuku, langkah pertama yang harus dilakukan adalah mengenal pasti punca ia berlaku. Pelbagai situasi boleh dikenal pasti, yang mungkin menjadi punca pencetus tabiat ini termasuk mengikuti ‘playgroup’, adanya haiwan peliharaan baru di rumah atau lahirnya adik baru.
Kebanyakan ibu bapa secara spontan akan berusaha menghentikan kebiasaan tersebut dengan pelbagai cara termasuk memarahinya. Masalahnya si kecil sendiri pun tidak memahami kenapa dirinya melakukan kebiasaan itu.
Dorongan untuk menggigit kuku boleh berlaku begitu saja tanpa disedari misalnya semasa dimarahi. Malah, pakar pendidikan awal kanak-kanak cenderung mencadangkan ibu bapa membiarkan ia berlaku kerana akan kebiasaan tersebut akan hilang dengan sendirinya.
Tips mengatasi kebiasaan menggigit kuku si kecil
Bagaimanapun, jika sikap kebiasaan tersebut dibiarkan berlarutan, ia boleh mengganggu aktiviti makanan atau boleh menimbulkan luka pada jari tangan si manja. Terdapat beberapa tip yang dapat dilakukan untuk mengurangi atau bahkan menghilangkan kebiasaannya tersebut.
1.Beri amaran secara lembut. Semasa si kecil mulai menggigit kukunya, ibu bapa perlu memberi amaran dengan lembut untuk menghentikan aktivitinya, atau berikan isyarat khusus misalnya dengan geleng kepala supaya si manja tidak rasa seperti dimalukan. Mengherdik atau menarik tangan si kecil dengan kasar terutama di tempat umum adalah cara yang kurang bijak.
2.Alih perhatian. Memberikan si kecil objek untuk alih perhatiannya daripada perbuatan kebiasaannya itu. Berikan benda ‘pengalih’ untuk dipegang seperti bola kecil, gelung, permainan doh atau mainan kecil. Secara umumnya objek tersebut dapat mengurangi kebiasaan mereka menggigit kukunya. Teknik ini juga sering diterapkan pada anak remaja atau dewasa yang mengalami situasi yang sama.
3.Potong kuku. Menjaga agar kuku si kecil selalu pendek. Kuku akan dipotong untuk mengelak menjadi panjang bagi mengurangi kebiasaan menggigit kukunya.
4.Pakaikan sarung tangan. Mengenakan sarung tangan kain yang bersih dapat menghalang si kecil menggigit kukunya dengan harapan dapat mengurangi kebiasaan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa mana yang tidak gembira dan bersyukur melihat pencapaian hebat anak-anak mereka dalam pelajaran. Pun begitu, apabila mendapati anak memiliki kelebihan luar biasa, tidak seiring dengan usianya, tidak dinafikan timbul juga kerisauan di hati ibu bapa bagi memastikan anak yang pintar ini tidak berasa bosan dengan pembelajaran di sekolah.
Ini seperti mana perkongsian ibu Mira Nabila yang dahulunya pernah viral berkongsi kelebihan anak sulungnya yang hebat menghafal dan pantas buat kira-kira.
Difahamkan juga kelebihan anak lelakinya Noah itu telah dikesan oleh ibunya sejak usia 3 tahun lagi. Apabila usia anaknya lima tahun, sudah pun khatam sifir 1 hingga 12.
Manakala kini anak pintar Noah ini telah pun bersekolah darjah satu dan menerima pendidikan sama seperti kanak-kanak seusianya. Pun begitu, nyata guru-guru mendapati tahap intelek Noah mengatasi tahap intelek rakan sebayanya.
“Actually sebelum dia masuk darjah satu memang Mummy dah risau. Sebab ini lah. Memang pernah cakap dulu, Noah nanti mesti cepat boring sebab banyak yang dia dah tau. Tapi kita ambik pendekatan, takpe, biar dia belajar macam biasa je. Mummy berbesar hati sangat bila teacher sendiri yang approach. Touchingnya. ,” tulisnya di entri facebook baru-baru ini.
Turut dikongsikan oleh Mira Nabila, tangkap layar whatsapp perbualan antaranya dengan guru tersebut.
Hafal Sampai Sifir 100
“Teacher dia tanya, Noah boleh sampai sifir berapa? Mummy pun cakap sampai sifir 13-14. Pastu balik sekolah agama tadi saja tanya dia random questions. Pastu tanya dia ”Noah boleh sampai sifir berapa? Dia cakap 100.”
Ye ye je Noah ni. Apa lagi, Mummy standby calculator, nak tengok betul ke tak.
Memang betul sampai sifir 100 dia boleh jawab. Sorry Noah, Mummy underestimate kebolehan Noah.
Selalunya kalau dalam kereta, suka buat maths quiz. Dia battle dengan Dadda dia. Otak dia memang laju. Mummy bab mencongak memang surrender dulu. Mummy & Orchid jadi tukang sorak je.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warganet kagum dengan kebolehan anak kecil ini dan tidak kurang juga yang mendoakan agar anak genius ini terus berjaya dalam hidup.
Masyaallah.. hebatnya noahhhh .. aunty tahu sifir 9 je noah tu pon kena guna jari tengok hahahhaha
Terbaik noah.. senang je tgk dia jawab tu.. sampai 100 tu.. hebat noah..
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.