Petua orang dulu-dulu dalam bab memasak diakui memang banyak juga pantang larangnya. Kalau diingat-ingatkan semuanya itu bagi memastikan hidangan yang dimasak sempurna dan menjadi.

Umpamanya jika ingin menyediakan kuih bom bermula daripada bancuhan tepung hingga menggoreng ada tip dan petuanya.

 

 

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh puan Zuhaidar yang bukan sahaja berkongsi resipi untuk menghasilkan kuih bom yang bulat dan cantik, malah turut berkongsi tip dan petua untuk menyediakan menu yang satu ini.

Jadi jom cuba buat resipi ini untuk dijadikan sebagai hidangan sarapan atau minum petang untuk kita seisi keluarga.

Sentiasa Kacau Masa Goreng,Tu Rahsia Dapatkan Kuih Bom Bulat Sempurna, Tak Pecah!

Resepi Bom Bijan

Bahan untuk kulit-

500gm Tepung pulut

1 cawan tepung gandum

*Secubit garam

*Air secukupnya

*Bijan Putih

IKLAN

Cara-caranya:

1.Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Gaul rata kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tak melekat di besen.

Sebelum uli untuk masukkan inti PASTIKAN TANGAN DILUMURKN DENGAN SEDIKIT MINYAK. Ambil doh, masukkn inti kelapa,bulat-bulatkan dan gaulkan dengan bijan.

 

 

Bahan untuk inti-

Kelapa parut

Gula Merah

Gula Pasir

Secubit Garam

IKLAN

Sedikit Air

Sedikit gandum

 

ARTIKEL MENARIK :

 

Cara-cara:

1.Letakkan sedikit air ke dalam kuali,masukkan gula merah, gula pasir dan garam.

2.Kacau hingga gula cair dan kemudian masukkan kelapa parut. Masak hingga warna kelapa menjadi sedikit gelap. Kemudian taburkan 1 sudu besar gandum kemudian tutup api.

3.Ambil adunan tadi bulat-bulatkan bersama inti dan golekkan dalam bijan. Selepas siap letakkan dalam peti ais sekejap. Biasanya 1 jam, kalau lama pun ok je (petua tak nak bagi meletup ketika digoreng)

IKLAN

Cara goreng-

1.Buka api sederhana besar dan kemudian masukkan minyak. Apabila minyak sederhana panas masukkan kuih bom dan kecilkan api. “PASTIKAN MINYAK TIDAK TERLALU PANAS SEBELUM MASUKKAN BOM”

Selepas bom mula mengembang dan bertukar warna kacau kuih sehingga masak.

Sentiasa Kacau Masa Goreng,Tu Rahsia Dapatkan Kuih Bom Bulat Sempurna, Tak Pecah!

(*TIPS UNTUK KUIH TIDAK PECAH:SENTIASA KACAU)

Sumber : Zuhaidar

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sentiasa Kacau Masa Goreng,Tu Rahsia Dapatkan Kuih Bom Bulat Sempurna, Tak Pecah!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI