Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) kembali membimbangkan ibu dan ayah terutama bagi anak-anak di tadika dan taska. Bagi negeri Terengganu, kes ini dilihat semakin meruncing dimana sebanyak 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negeri bagi tempoh Januari hingga Sabtu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata daerah Kuala Terengganu mencatatkan kes tertinggi iaitu 198 kes, diikuti Kuala Nerus 66 kes.
Katanya, Setiu mencatatkan 57 kes, Dungun (55), Marang (47), Hulu Terengganu (45) dan Kemaman (38) serta Besut (27).
“Kluster HFMD dikira apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan ianya mempunyai kaitan epidemiologi serta berlakunya penyakit berkenaan dalam tempoh inkubasi.
Ads
“Sehingga kini sebanyak 10 kluster dilaporkan iaitu sembilan kes berlaku di taska manakala satu lagi di tabika,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian selepas tular di media sosial kebimbangan ibu bapa mengenai kesihatan anak mereka berikutan terdapat jangkitan HFMD di negeri ini.
Ads
Elak bawa anak keluar tempat awam
Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah pencegahan bagi mengawal dan menangani peningkatan kes HFMD, terutama tidak membawa kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan di tempat awam.
Ads
Antaranya elak daripada membawa kanak-kanak yang mempunyai tanda jangkitan ke tempat awam dan mengamalkan langkah kebersihan di premis seperti taska dan tabika.
“Orang ramai juga diminta mengamalkan langkah kebersihan seperti mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin atau selepas merawat pesakit,” katanya.
Wan Sukairi berkata, pengusaha dan pengasuh di taska dan tadika serta tabika diminta sentiasa memastikan kebersihan premis serta membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rambut tumbuh dalam kilang telur? Adakah harapan untuk hamil? Itu mungkin persoalan yang menjadi tanda tanya terutama kaum ibu.
Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat mengakui kes sebegini berlaku ke atas wanita tanpa disedari. Namun, ketumbuhan begini sebenarnya tidaklah bahaya jika dirawat lebih awal.
Justeru, beliau menyarankan mereka yang mempunyai masalah ini menukar gaya hidup yang lebih sihat.
Berikut beberapa tip gaya pemakanan selepas pembedahan cyst yang perlu ibu-ibu tahu.
DERMOID CYST PADA OVARI KIRI
Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut. Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telor.
Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut boleh tumbuh dalam ovari. Kejadian Allah, apa-apa boleh berlaku atas KehendakNya. Masih ada peluang hamil, ovary kanan dan tiub kanan masih normal. Lepas bedah perlu amalkan cara hidup sihat.
MAKANAN UNTUK LEPAS BEDAH
1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.
2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari. Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.
3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain. Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.
4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dan lain-laian. Saya galakkan makan ulam , sayur bayam, bendi, terong, kangkung, cekur manis, daun turi dan keledek merah.
5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery . Atau 1/4 buah papaya dan ¼ Nenas (khas sminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.
6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara. Makan 2 biji telor separuh masak dan oat atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.
7. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah-buah atau segenggam campuran kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
8. Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat.
9. Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sudu . Masak sup sayur kobis, karot, brokoli dan cendawan. Atau buat rojak/pecal dari sayur kankung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada brown rice.
10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.
Menurunkan berat badan secara alami mungkin mengambil masa tetapi hasilnya cukup menakjubkan dan yang penting selamat dari sebarang implikasi.
Bagi ibu-ibu yang nak singkirkan lemak-lemak dalam badan yang cukup degil, apa kata cuba resipi detox yang dikongsikan oleh Zamira Mohammad Ali.
Selain membuang lemak, kaedah ini juga membantu untuk anda yang mempunyai masalah pencernaan selain mendapatkan kulit yang glowing supaya awet muda.
Caranya cukup ringkas, dan bahannya juga mudah didapati. Malah, resipi ini juga sesuai bagi ibu-ibu yang tengah hamil sebagai suplemen tambahan.
Jom baca ini, semoga bermanfaat untuk semua.
Nak rasa kenyang berpanjangan? ~ Nak pelawasan lancar ibarat makan 10 biji betik? ~ Nak kulit glowing mowing berkaca macam makan 10 biji oren sehari? ~ Nak sentiasa muda jelita walaupun dah 4/5 series tanpa botox? ~ Nak gigi cantik dan tulang kuat macam kanak – kanak ribena? ~ Nak miliki rambut beralun bersinar boleh libas – libas macam model? ~ Nak kurus baju saiz S?
Boleh cuba resepi ni. Murah je kosnya. Jadikan menu sarapan pun hokkay.
Kak Migha amalkan sebagai suplemen tambahan untuk preggy mommy.
Bahan-bahan
Chia Seed
Kurma
Cara membuat:
Resepi ni buat malam tau. Sebelum tidur. Lepas tu letak dalam fridge. Ala – ala detox jugakla.
Chia Seed ni boleh beli di Cosway. Kat tesco pun ada rasanya. Kak Migha selalu beli kat Cosway ja. Kurma boleh guna hat yusof taiyoob dalam kotak tu. Tapi jangan banyak tau. Muak nak ngabihkan. Letak dalam 3 biji pun dah cukup mengenyangkan. Tapi feveret Kak Migha kurma ajwa. Letak 7 biji. Sedaaappp. Yummy.
Air kosong dalam 250 ml. Antara bahan wajib ada di dalam resipi ini.
Siat-siatkan kurma tu jadi keping kecik kecik. Masukkan dalam air. Rendam sekali dengan biji kurma tu. Jangan buang pula.
Masukkan Chia Seed dalam anggaran 10gram. Saya sukat pakai pencedok susu tu. Boleh ngam la 10gram.
Kacau bagi rata chia seed tu. Supaya tak bergentel. Nak senang tutup je tupperware tu dan goncang bagi dia berenang-renang secara solo. Ok dah siap. Simpan dalam fridge.
Sejak sebulan ini cuaca panas terik sangat sehinggakan setiap saat kita perlukan air sejuk untuk menghilangkan dahaga.
Bila dah selalu minum air ais, ditambah pula dengan persekitaran yang tak menentu (cuaca luar panas, pejabat sejuk dengan pendingin hawa) menjadikan suhu badan kita juga tak menentu menyebabkan sakit tekak dan batuk berlaku.
Jika mengalami masalah batuk berpanjangan, apa kata cuba 9 sumber alam yang bagus untuk hilangkan batuk seperti perkongsian Dr Suri Roowi di laman Facebooknya.
SUMBER ALAMI untuk BANTU atau ATASI MASALAH BATUK
Memandangkan sekarang ini agak panas, ramai antara kita mungkin mengalami masalah batuk. Disertakan disini sumber alami untuk bantu atasi masalah batuk:
1. Minum air serbuk halia
Apabila halia dikeringkan dan dikisar jadi halia serbuk, bahan khasiat (gingerol) akan bertukar kepada shogaol. Shogaol adalah 2 kali lebih pedas berbanding gingerol. Bahan shogaol boleh bertindak sebagai ubat batuk.
2. Makan nanas
Nanas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.
3. Minum madu asli
Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.
4. Minum yoghurt atau madu kelulut
Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.
5. Minum air limau nipis bersama madu
Limau nipis membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau nipis tinggi bahan berkhasiat (neohesperidin) berbanding jus. Caranya adalah dengan tambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.
6.Hidu bawang merah
Bawang Merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.
7. Minum air kunyit
Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu, ditambah air dan diminum.
8. Minum air kayu manis
Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis
9. Kumur-kumur dengan air garam
Disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam.
Selamat mencuba. Jika batuk berpanjangan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...