Cantik dengan solekan hanya bersifat sementara sahaja. Bila solekan di tanggalkan barulah rupa sebenar yang terlihat. Masa tu barulah boleh lihat kecantikan sebenar seorang wanita.
Selain mengamalkan penjagaan kulit wajah dan secara keseluruhannya dengan menjaga pemakanan dan pengambilan makanan tambahan, tak salah juga kalau kita nak cuba pelbagai petua. Biarlah seiring petua dan pemakanan. Baru hasil nampak lagi mantap!
Dua kaedah guna bahan semulajadi ini boleh kekalkan kecantikan sebenar kulit kita. Malah paling penting membantu mengatasi pelbagai masalah lain. Jom amalkan sama-sama.
Betik Rawat Kulit Mati
Macam tak percaya dengan kuasa betik ni. Tapi itulah hakikatnya. Kalau nak tahu, betik adalah antara bahan alami yang digunakan untuk mencantikan kulit. Ia boleh menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan masalah jerawat. Tapi macam mana nak cantikkan kulit dengan betik ni? Ikut petua ini.
Bahan-Bahan:
Betik
Air mawar
Ads
1. Pilih betik yang masak ranum.
2. Lenyek betik sehingga halus.
3. Tuangkan sedikit air mawar dan gaulkan lagi hingga sebati.
4. Kemudian lumurkan dan gosok perlahan pada wajah. Lakukan amalan ini setiap hari.
Ads
Rawat Mata Sembab
Tak hanya betik, kentang yang selalu kita gunakan dalam masakan pun ada banyak kelebihannya. Kentang paling berkesan merawat masa sembap. Nak rawat macam mana?
Bahan-Bahan:
Kentang
1. Gunakan ubi kentang yang segar.
Ads
2. Hiris nipis ubi kentang dan letakkan potongan tersebut di atas mata selama beberapa minit.
4. Lakukan proses ini berkali-kali hingga mata kembali pulih.
Tak susah bukan? Kalau kita perasan memang banyak produk kecantikan menggunakan dua bahan ini sebagai bahan utama. Itu membuktikan kedua bahan ini memang terbaik dan mujarab. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke sampai lengan. Dia tekad untuk keluar dari kepompong kehidupan yang serba sederhana. Pendapatan suami yang hanya cukup-cukup makan.
Ditambah anak-anak kian bertambah, membuatkan empunya diri yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Zaza, mahu mencari alternatif lain.
“Saya terinspirasi dengan Cik Yana yang wanita yang kuat dan tabah. Sendirian membesarkan anak dengan status ibu tunggal ketika itu, namun akhirnya berjaya dalam dunia bisnes.
“Waktu itu saya, saya hanya sekadar dropship. Awal permulaan saya mendapat RM600 seminggu dan bertatih sedikit demi sedikit, daripada ejen kemudian bertukar stokis.
“Hubungan dengan Cik Yana juga sekadar mengenali dan mengikuti kisahnya di media sosial. Daripada sebuah kereta sewa akhirnya kini, Cik Yana berjaya sehingga sekarang. Bahkan, saya terharu apabila dilantik untuk menjadi pengasas bersama Cik Yana.
“Awalnya, Cik Yana bermula dengan produk bayi, kemudian mendapat idea untuk mengeluarkan produk berempah Oden terinspirasi daripada sebuah restoran.
“Sambutan cukup menggalakkan. Awalnya kami fokus melalui online dengan membuat live. Kebetulan kami baru bermula dan memerlukan modal yang banyak.
“Tak sangka daripada situ ramai berminat dan akhirnya daripada situ dapat peniaga baru termasuklah pelanggan yang bertambah.
“Alhamdulillah, kami juga menggunakan selebriti untuk membantu melariskan lagi jualan produk Oden. Kebetulan produk ini tidak mempunyai pesaing yang kuat dibandingkan produk lain,” ujar Cik Zaza sambil memberitahu sehingga kini sudah ada enam perisa produk Oden dan terbaru BBQ Dan kari.
Berniaga tanpa modal takkan berjaya
Berasal dari perkampungan nelayan di Pulau Langkawi. Sehingga umur 18 tahun, dia kemudiannya mengambil keputusan keluar daripada kampung untuk mencari pekerjaan. Selepas berkahwin, Cik Zaza kemudiannya mengikut suami ke Nilai, Negeri Sembilan.
“Ketika itu saya rasa sudah sampai masanya untuk mengubah kehidupan sekeluarga. Mentaliti sesetengah orang, berniaga tanpa modal takkan berjaya.
“Sebenarnya persepsi ini patut dibuang jauh-jauh kena disusuli dengan usaha yang gigih. Gunakan sepenuhnya media sosial yang pada saya percuma sahaja.
“Buang rasa malu dan gunakan dengan usaha yang ada. Dengan mudah kita akan dapat pelanggan. Sebagai contoh penggunaan tiktok.
“Kalau dulu selebriti sahaja terkenal, tetapi kini sudah berubah. Orang biasa pun boleh terkenal menerusi media sosial asalkan bijak dan tahu menggunakan peluang yang ada.
Kegagalan ‘guru’ terbaik untuk berjaya
Mengulas mengenai perancangan akan datang, Cik Zaza bersama Cik Yana bakal mengadakan roadtour di seluruh negara.
Tidak sekadar itu, bagi menghargai pelanggan, pihaknya mengadakan peraduan beli & menang dengan menyediakan hadiah berupa kereta termasuklah Proton Iris, Proton X70 dan juga Perodua Myvi.
“Kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin mencuba dalam bidang bisnes bagi menjana pendapatan dengan menjadi ejen mahupun stokis untuk produk Oden Cik Yana.
“Sejujurnya, saya tak terbayang akan sampai ke tahap ini. Kalau dulu tak mampu nak bagi duit kepada keluarga, tetapi hari ini apa yang saya inginkan sudah diperoleh.
“Saya kena fikir jalan dan berniaga adalah cara terbaik. Dan ramai yang keluar dari masalah kewangan adalah melalui berniaga.
“Bahkan ramai yang saya bantu terutama surirumah untuk menjana pendapatan sendiri di mana boleh lahirkan usahawan yang mempunyai pendapat sekurang-kurangnya RM50K sebulan selain ada aset dan simpanan.
“Dalam masa yang sama saya nak tunjukkan pada orang diluar sana, kalau saya boleh lakukan kenapa mereka tak boleh.
“Jangan takut dengan kegagalan kerana ia ‘guru’ paling terbaik, jangan cepat putus asa sebelum mencuba.
“Alhamdulillah setakat ini, ejen dan stokis di bawah jenama Oden Cik Yana sudah menjangkau 15 ribu di seluruh Malaysia serta memasuki lebih kurang 1000 kedai.
“Akan datang, pihak kami merancang untuk mengeluarkan produk stimbot pula,” ujar Cik Zaza lagi.
Kena bijak ‘curi’ masa
Biarpun sibuk dengan urusan bisnes yang memerlukan dia ke sana ke mari selain terlibat dengan pelbagai program bagi mempromosikan produk Oden, namun Cik Zaza tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan anak-anak.
“Saya punya tiga orang cahaya mata. Memang saya akui terlalu sibuk dan ‘kekangan’ masa untuk anak-anak dan keluarga kena bijak ‘curi masa’. Kalau dulu saya masuk dalam dunia bisnes sebab nak ubah kehidupan kami sekeluarga.
“Namun kini apa yang saya hajati sudah tercapai, begitupun saya tak mahu duduk dan goyang kaki sahaja. Sebaliknya, kerja tetap kerja.
“Cumanya saya kena bijak membahagikan masa. Mujurlah anak-anak sudah bersekolah dari pagi hingga petang. Jadi waktu itu fokus saya kepada bisnes dan tugas di pejabat.
“Manakala malam saya akan beri keutamaan kepada anak-anak. Selain itu, kalau ada waktu kelapangan, saya akan membawa anak-anak keluar jalan-jalan,” ulas Cik Zaza sebelum menutup perbualan bersama penulis ketika berkunjung ke pejabatnya baru-baru ini.
Dianugerahkan kulit wajah yang putih bersih itu bonus, namun untuk mengekalkan keserian dan kesihatan wajah itu memang memerlukan usaha yang berterusan. Banyak perkara perlu diberi perhatian dan salah satunya dalah dengan melakukan teknik skrub pada wajah.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Puan Ika Mat Bakhir, dan menariknya wanita ini turut menghasilkan sendiri skincare daripada bahan yang sedia ada di rumah untuk dijadikan skrub agar wajahnya kekal berseri-seri.
Nak tahu lanjut, apa yang diamalkannya itu, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Petua Cantik Cepat & Mudah Sepanjang Hayat Dengan Bahan Masakan ( Buat Skincare Sendiri Di Rumah )
“Ni ha akak share petua gojes dengan kos tak sampai RM10 je sayang-sayang. Tahan sebulan okay..pada yang nak follow hakak bebas kimia sebulan dan cantik menjelang raya ni kan..so niadalah bahan-bahan yang perlu ada yang hakak rasa kat umah pun dah ada kot..”Ika Mat Bakhir
Bahan-bahan :
Barli, kunyit hidup, tomato dan sodium bicarbonate
Cara membuatnya :
1.Goreng biji barli dan sodium bikar tanpa minyak dengan api yang perlahan.
2.Masuk dalam blender kering dan blend sampai jadi serbuk. Hakak suka tak lumat sangat..korang nak lumat pun boleh and then simpan dalam bekas kedap udara. Tahan berbulan tak basi.
3.Ni haaa nak guna ambil sikit campur dengan air. Pada anda yang punya masalah whitehead blackhead boleh lah campur sikit lagi sodium time nak bancuh tu okay.
4. Ambil kunyit dan buang dulu kulitnya, kemudian hiris sikit sebelum tonyoh muka. Pada yang ada masalah jerawat/jeragat sila sental tempat bermasalah tu lelama sikit ye. Kunyit ni antiseptik dan antikuman.
5. Kemudian sental pula dengan tomato di seluruh muka.
6. Ni part last. Serbuk barli yang dah bancuh dengan sodium tu buatlah skrub ye, tenyeh-tenyeh and then terus tepek buat mask satu muka. Barli ni gunanya sebagai lembabkan kulit selain membantu putihkan kulit. Biarkan kering kemudian barulah basuh dan lap. Boleh ulang semua step ni setiap hari.
Sering kali kita mendengar atau membaca kisah bomba membantu kes menanggalkan cincin tersekat pada jari. Terbaru penyanyi Ning Baizura berkongsi momen mencemaskan apabila cincin berbentuk ikan yang dipakainya ketika membuat persembahan tersekat di jari tengah tangan kirinya.
Disebabkan itu, jarinya membengkak hingga ibu kepada Ryan Sky Dalton itu mendapatkan rawatan di klinik dan balai bomba berdekatan kediamannya.
“Saya ingin berkongsi kepada semua, hari ini merupakan hari yang traumatik dalam hidup saya. Ketika mahu membuat persembahan semalam, saya dalam keadaan sangat tergesa-gesa memaksa diri untuk memakai sebentuk cincin. Namun, ia sukar untuk ditanggalkan.
“Jadi, saya biarkan semalaman sehingga ibu dan suami saya menyuruh saya berjumpa dengan doktor untuk rawatan sewajarnya.
“Saya mencari pelbagai solusi di Internet untuk menanggalkan cincin. Saya cuba menanggalkan ia dengan sabun dan minyak tetapi tidak berjaya.
“Kemudian, doktor menyarankan saya ke balai bomba kerana pihaknya tidak mempunyai kelengkapan yang sepatutnya untuk menanggalkan cincin terbabit,” kata Ning menerusi Instagram TV.
Ning kemudiannya bergegas ke Balai Bomba Jalan Pantai untuk mendapatkan tindakan lanjut. Dalam video terbabit, Ning dibantu oleh sepasukan anggota bomba menggunakan beberapa peralatan memotong logam bagi menanggalkan cincin terbabit.
Dengan perasaan gemuruh dan gementar, selepas melalui beberapa peringkat akhirnya cincin tersebut berjaya ditanggalkan.
Dalam sebak, Ning turut berterima kasih kepada pasukan bomba yang profesional dan bertindak pantas untuk membantunya mengeluarkan cincin di jarinya.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.