Pelakon Ozlynn Wati memuat naik berita duka mengenai kepulangan ibu tersayang ke Rahmatullah.
Dalam perkongsian tersebut, Ozlynn turut berkongsi gambar arwah ibunya, Rozidah Jumari bersama ahli keluarga yang diambil pada awal ramadan yang lalu.
Kepada yg mengenali ibunda kami, Rozidah binti Jumari.. Beliau telah pun kembali ke Rahmatullah dan semoga meninggalnya khusnul khatimah.. Jika ada sesiapa yg pernah terasa hati dgn beliau harap ampunkan dosa2 ibunda kami.
“Jika ada yg berhutang dgn ibunda, kami percaya telah dihalalkan kerana itu adalah sifat beliau, tetapi jika ibunda kami ada terhutang pada kalian sila hubungi kami.
“Dan yang pasti gambar bahagia itu di ambil pada awal ramadhan tahun ni sblm pkp dan pasti bkn gambar terakhir ibunda berjemaah dgn kami.
Biarpun sedih dengan kehilangan tersebut, namun Ozlynn reda dan berterima kasihkepada semua yang menitipkan doa buat mereka sekeluarga.
Ya Allah, kami redha atas pemergian ibunda tercinta dan tempatkanlah beliau di sisi hambamu yg beriman.. Terima kasih pada semua yg x henti2 call text doakan ada yg x kenal pon.. yg dm x henti2 doakan utk ibunda kami.. SubhanAllah Alhamdulillah AllahuAkbar.. hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian..
Famili comes first, itu yang sering ditekankan namun sejauh mana keberkesanannya. Sementelah orang sekarang boleh dikatakan melebihkan kawan dari keluarga dan saudara sendiri.
Jika dilihat dalam beberapa situasi, hal ini ada betulnya. Kawan-kawan selalu lebih di utamakan. Keluarga dan saudara mara ditolak tepi.
Sedangkan sepatutnya kaum keluarga dan sanak saudara yang menjadi keutamaan kita. Itulah yang ingin disampaikan menerusi artikel ini.
Sharing yang sangat bagus dan berkesan kepadaku secara peribadi…. Itu yang dimuat naik oleh MUHAMMAD QARISH FIRQAN di laman facebooknya. Jom baca sama-sama dan semoga bermanfaat!
FAMILY FIRST
Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan saya. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.
Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba2 anak lelaki saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing, hampir saja membuatnya jatuh. “Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!” teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.
Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. “Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu”.
Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga yang tdk memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, ‘Al-Fatihah’ ada yg ‘RIP’.
Kawan sekerja ku dtg, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.
Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan hp ku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering ku herdik & ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku. Oh Tuhan….Maafkan aku.
Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.
Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku….
Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila papa pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku.
Lalu 15 tahun berlalu, kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 bahwa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat.
Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis…. “Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada laki2 yang berani tidak sopan denganku dan aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Oh Tuhan…. Kenapa Kau ambil papaku, aku perlu papaku Ya Allah..” kertas itu basah karena titisan airmatanya.. Ya Allah maafkanlah aku….
Sampai bertahun2 anak2 dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.
Kemudian, aku terbangun….. Oh Tuhan syukur… Ternyata aku cuma bermimpi….
Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka… “Anakku, papa sangat menyesal karena telah berlaku kasar padamu. “Anakku, aku mencintaimu… aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku”. Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya. Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk berbicara. Sering kali aku sengaja berpura2 tidak mendengarnya, bahkan pesan2 darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku.
Air mataku tak dapat ku bendung lagi. Apakah kita menyedari bahawa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita. Teman2 akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan2 kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan. Teman2 dunia maya pun tak pernah membicara lagi, seolah2 aku tidak pernah wujud dalam group mereka.
Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh2 notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hpku dan aku pejamkan mata. Maaf….Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku…. Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak adalah anugerah yang terindah dalam kehidupan berumah tangga. Ada pasangan miliki anak ramai, ada yang sebaliknya.
Kuantiti anak bukan pengukur sama ada keluarga itu bahagia atau tidak. Ada pasangan rezekinya anak ramai dan ada yang anak sikit tapi rezekinya dalam hal lain. Tuhan sebaik-baik perancang dan pasti ada hikmah disebalik kejadian tersebut.
Sebab itu, ibu bapa yang punya anak ramai jangan terlalui berbangga kerana di sebalik anugerah tersebut, anda menggalas tanggung jawab yang cukup berat.
Berikut beberapa faktor yang dikongsikan. Moga kita mendapat manfaat daruipadanya.
KENAPA ANAK TIDAK RAMAI?
Macam aku sendiri alhamdulillah sudah dikurniakan dua orang cahaya mata comel, Maryam Deen dan Aisyah Deen. Setakat ini belum lagi memiliki perancangan untuk tambah anak. Meramaikan anak ialah sesuatu yang dianjurkan sahaja.
Kalau tidak ramai, tiada masalah, dan tidak dicela pun dalam syarak. Tetapi memanusiakan, menginsankan, dan mengkhalifahkan setiap orang anak adalah sesuatu yang wajib. Jika tidak tertunai, ia dicela oleh syarak.
Zaman sekarang sudah tidak sama dengan dulu, aku akan cuba huraikan kenapa tidak perlu ramaikan anak jika tidak boleh bagi yang terbaik kepada setiap daripada mereka.
1. Kualiti lebih utama dari kuantiti
Kita hidup di zaman yang penuh cabaran dan dugaan. Anak-anak perlu dijaga dan dibentuk dengan sebaik mungkin sejak mereka masih kecil. Dikhuatiri dengan bilangan anak yang ramai membuatkan kita gagal memastikan pembentukan (tarbiah) yang baik khususnya dalam hal pendidikan sempurna bagi setiap dari mereka. Kita tidak mahu anak-anak kita sekadar menjadi buih-buih di lautan.
2. Anak yang lebih berjaya
Biarlah anak tidak ramai, tetapi kita akan pastikan satu hari nanti mereka akan ada ribuan orang yang bekerja di bawah mereka. Dengan perhatian dan pembentukan individu lebih sempurna pasti akan membawa impak kepada pembentukan anak yang lebih hebat.
3. Kos yang makin mahal
Tidak dinafikan kos untuk membesarkan seorang anak pun sudah sangat mahal. Apatah lagi buat yang tinggal di kawasan bandar yang mana kos pendidikan, jagaan, perkakasan yang jauh berganda dari harga biasa. Hal ini memang perlu dipandang serius. Kerana kegagalan dalam merancang ekonomi keluarga akan membawa kepada kesan negatif yang lebih teruk kepada pembentukan anak-anak.
4. Masa yang berkualiti
Aku yakin masa ialah antara aspek terpenting dalam pembentukan anak-anak. Masa dan perhatian yang kita berikan kepada mereka ialah sinonim dengan kasih sayang yang dicurahkan. Bahkan tidaklah keterlaluan jika aku katakan, tanpa masa, maka makin kuranglah kasih sayang dan perhatian yang boleh dicurahkan. Jika kedua-dua ibu bapa sibuk bekerja, keadaan pastinya makin tidak baik, dan bayangkan jika anak pula ramai. Pasti tidak terkejar, dan anak yang kehausan kasih sayang cenderung menagihnya dari tempat lain.
5. Isteri bukan kedai makan
Kalau dulu kita boleh suka-suka order anak sampai 11 orang untuk cukupkan satu team bola. Namun apabila memikirkan risiko yang isteri hadapi seperti emboli udara, rahim pecah, pendarahan dan banyak lagi perlu dirisaukan. Pasti membuatkan kita tidak sanggup untuk membebankan isteri tersayang. Bahkan setiap kali mengandung, sebenarnya dua nyawa berhadapan risiko, iaitu nyawa isteri dan juga anak yang dikandung. Belum lagi cerita tentang depresi yang sering terjadi kepada ibu-ibu selepas bersalin.
6. Zaman sudah tidak sama
Kalau dulu, kita kerja mungkin dekat dengan rumah. Saudara mara juga ramai yang tinggal berdekatan untuk membantu sekiranya diperlukan. Zaman sekarang, ramai yang hidup berdikari dengan keluarga yang baru dibina jauh dari ahli keluarga terdekat. Semuanya bergantung pada mereka, jika balik kerja lambat, tiada yang boleh tolong ambilkan anak. Jika ada kecemasan, tiada yang boleh tolong tengokkan anak. Bilangan anak yang ramai ditambah dengan kekangan masa pasti akan memberi kesan negatif kepada pembentukan anak-anak.
7. Suami yang tak rajin bantu isteri
Masih ramai golongan ini (suami) yang masih mempunyai tanggapan bahawa kerja-kerja rumah dan kerja-kerja menguruskan anak ialah kerja isteri sepenuhnya. Membantu isteri jauh sekali, dan ini akan memberi bebanan kepada mental dan fizikal isteri jika memiliki anak yang ramai. Anak ramai bermaksud tanggungjawab yang makin besar dan perlu dipikul bersama suami dan isteri. Jika sikap masih bermalasan dan suka untuk tengelam dalam dunia (game) masih wujud, maka memiliki anak ramai bukanlah pilihan bijak.
Apa-apa pun ini hanya sudut pandang aku yang tinggal di ibu kota dan mempunyai pasangan yang memilih untuk tutut bekerja. Konteksnya mungkin berbeza mengikut keadaan yang berbeza. Apa-apa pun, kita tahu apa yang terbaik untuk keluarga kita masing-masing.
p/s : Biarlah anak tidak ramai yang penting kita mampu beri yang terbaik kepada setiap dari mereka. Kita hidup di zaman orang berlumba-lumba jadikan anak masing-masing terbaik. Sanggupkah kita biarkan anak kita ketinggalan?
Follow dan See First Najmi Nawawi untuk tidak ketinggalan tips kekeluargaan baru yang sering dikongsikan. Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...