Pada minggu ke 31 hamil, keadaan fizikal bayi anda juga lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya.
Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat.
Bayi juga mula merasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Dan inilah yang membuatkan ibu semakin merasa tidak selesa dengan pergerakkannya yang kerap dan aktif. Berat bayi anda kini sudah pun menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.
Keadaan tubuh anda pula semakin baik. Sesak nafas dan mudah penat adalah perkara biasa. Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi cara terbaik adalah dengan banyakkan berehat.
Ads
Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas. Dapatkan posisi yang tepat dan selesa.
Ads
Perbanyakkan rehat dihujung-hujung trimester ini agar anda mendapat tenaga sebaiknya untuk bersalin. Sesekali lakukan senaman ringkas untuk mendapatkan kecergasan yang baik. Badan jadi lebih bertenaga.
Jangan lupa pengambilan makanan yang sihat dan segar. Elakkan jenis makanan berminyak, pedas dan berlemak. Ia boleh memudaratkan dan mengganggu anda rasa tidak selesa.
Ads
Dapatkan rehat sebaiknya di waktu malam dan paling penting rehatkan minda dengan perkara-perkara yang menggembirakan.
Kalau difikir-fikir kenapa agaknya setiap kali kita ingin berdiet tapi usaha tersebut gagal, tidak menampakkan menurunan berat badan sebagaimana yang diingini. Sedangkan sentiasa menahan makan hingga menyiksa diri.
Oleh itu, apa kata kita baca terlebih dahulu perkongsian doktor ini berkenaan cara diet yang sihat dan mudah untuk diamalkan.
DIET SIHAT
Saya mencadangkan bagi yang mahu ikut DIET SIHAT saya agar makan hingga kenyang pada waktu makan sahaja. Bukan kekenyangan.
Jarakkan waktu makan 4-6 jam. Di antara waktu makan, jangan mengunyah. Cukup dengan minum air kosong sahaja. Atau kopi dan teh, tiada gula. Inilah yang dikatakan Intermittent Fasting. Biasanya saya amalkan jarak makan malam dan makan tengahari antara 14-16 jam. Jarak masa ini serupa dengan jarak masa makan sahur dan masa berbuka semasa kita berpuasa.
Waktu makan malam terakhir sebelum pukul 8pm dan saya akan makan semula pada pukul 1 tengahari. Tetapi mereka yang mahu bersarapan, boleh mulakan sarapan seperti biasa pada pukul 7-8 pagi dan makan tengahari pada pukul 1 tengahari, makan malam pukul 7 malam. Di antara waktu itu hanya minum air kosong. Cukupkan quota 2.5 L atau lebih dalam sehari.
Kaedah ini bagus untuk cuba menurunkan berat dan bagi mereka yang mengalami penyakit kronik. Banyakkan aktiviti fizikal yang ringan, terutama berjalan kaki.
Saya mencadangkan lakukan 5-10 ribu langkah sehari. Guna app yang banyak di pasaran. Saya gunakan bandfit yang memantau langkah kaki yang saya lakukan dalam sehari.
Kurangkan makan daging merah. Ambil banyak sayuran dalam makanan kita. Tujuannya agar kita merehatkan pankreas. Begitu juga refined karbo seperti gula putih, tepung putih.
Bagi yang ingin BERDIET SIHAT elakkan nasi putih untuk permulaan 3-4 bulan. Gantikan dengan nasi perang, barli atau beras rebus (parboiled rice). Ambil suplemen selepas mendapat nasihat doktor. Saya ambil minyak zaitun sesudu setiap hari.
Periksa gula dalam darah, (selepas bangun tidur-fasting blood sugar) dan 2 jam selepas makan setiap dua minggu di rumah.
Begitu juga dengan pemeriksaan tekanan darah (BP) perlu diperiksa setiap hari terutamanya sebaik sahaja bangun dari tidur dan waktu tengahari. Pemeriksaan tekanan darah tidak menyakitkan seperti pemeriksaan gula dalam darah. Timbang juga berat badan boleh timbang seminggu sekali.
Elok di buat jadual dan tulis dalam satu buku.
.
• Tarikh
• Gula darah puasa
• Tekanan darah
• Bilangan nadi
• Berat badan
Jangan lupa tuliskan tarikh mula berdiet sihat, tarikh ambil suplemen. Juga senaraikan ubat yang diambil dari hospital dan catatkan tarikh turun dos dan tarikh berhenti ubat (jika dinasihatkan doktor). Bila ada jadual begini, mudah kita melihat perubahan yang berlaku pada diri kita.
Apabila puasa, gula dah turun hingga 7 atau tekanan darah sudah mencecah 120/80, boleh kurangkan ubat diabetes dan ubat tekanan darah tinggi (dengan nasihat doktor) dan fokus kepada diet dan suplemen. Suplemen membantu menurunkan gula dalam darah dan bantu menyembuhkan pankreas dan hasilkan insulin dalam kadar yang normal. Selebihnya gula akan turun secara perlahan-lahan apabila pankreas mula pulih dan diet dikekalkan.
Kita mesti serius dalam menjaga kesihatan pemakanan masing-masing.
Usus yang tidak sihat boleh jadi penyebab anxiety. Tahukah anda bahawa kesihatan mental, termasuk anxiety atau kebimbangan, mungkin berkait rapat dengan kesihatan usus anda?
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, para saintis dan pakar kesihatan telah menemui kaitan yang kuat antara kesihatan usus dengan kesihatan mental melalui apa yang dikenali sebagai paksi usus-otak (gut-brain axis).
Paksi usus-otak ialah saluran komunikasi dua hala antara usus dan otak yang dikawal oleh sistem saraf autonomi, hormon, dan mikrobiota usus. Usus kita mengandungi jutaan mikroorganisma, termasuk bakteria baik dan buruk, yang memainkan peranan penting dalam pencernaan, imuniti, dan juga fungsi otak. Apabila keseimbangan bakteria ini terganggu, ia boleh mempengaruhi otak dan menyebabkan gejala seperti anxiety.
Usus yang tidak sihat sering dikaitkan dengan keradangan kronik. Keradangan ini menghasilkan bahan kimia seperti sitokin (cytokines) yang boleh memberi kesan negatif kepada fungsi otak. Sitokin yang berlebihan boleh mencetuskan perasaan gelisah dan tekanan.
Mikrobiota baik membantu menghasilkan bahan kimia penting seperti serotonin, yang dikenali sebagai “hormon gembira.” Menariknya, lebih daripada 90% serotonin badan dihasilkan dalam usus. Apabila bakteria baik tidak mencukupi, pengeluaran serotonin terganggu, yang boleh membawa kepada anxiety dan mood yang tidak stabil.
Stres kronik boleh melemahkan dinding usus, menyebabkan kebocoran usus (leaky gut). Apabila usus bocor, toksin boleh masuk ke dalam aliran darah dan mencetuskan tindak balas imun, yang seterusnya boleh mempengaruhi otak dan menyebabkan anxiety.
Usus sering disebut sebagai “otak kedua” kerana ia mengandungi sistem saraf enterik yang berhubung langsung dengan otak melalui saraf vagus. Gangguan pada usus boleh mengganggu komunikasi ini, meningkatkan risiko anxiety dan kemurungan.
Perut kembung, sembelit, atau cirit-birit.
Alahan makanan atau intoleransi makanan.
Rasa letih berterusan tanpa sebab yang jelas.
Kerap sakit kepala atau migrain.
Mood swings atau perubahan emosi secara tiba-tiba.
Amalkan Pemakanan Probiotik dan Prebiotik
Probiotik (seperti yogurt, kimchi, dan tempe) membantu menambah bakteria baik dalam usus, manakala prebiotik (seperti pisang, bawang putih, dan asparagus) memberi makanan kepada bakteria baik.
Elakkan makanan yang tinggi gula, makanan segera, dan makanan yang diproses kerana ia boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria buruk dalam usus.
Serat membantu menjaga sistem pencernaan berfungsi dengan baik. Makanan seperti sayur-sayuran, bijirin penuh, dan buah-buahan kaya dengan serat.
Amalkan teknik relaksasi seperti yoga, meditasi, dan senaman ringan untuk mengurangkan kesan stres terhadap usus.
Kurang tidur boleh mengganggu keseimbangan mikrobiota usus. Pastikan anda mendapat tidur berkualiti selama 7-9 jam setiap malam.
Kesihatan mental dan kesihatan usus adalah saling berkait rapat. Jika anda mengalami anxiety yang berpanjangan, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai kesihatan usus anda.
Dengan menjaga usus melalui pemakanan yang sihat, pengurusan stres, dan gaya hidup seimbang, anda bukan sahaja boleh meningkatkan kesihatan fizikal tetapi juga mengurangkan risiko anxiety dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan. Ingatlah, usus yang sihat adalah asas kepada minda yang sihat!
Tugas menguruskan rumah tangga dan membesarkan anak tidak pernah berhenti. Satu kepenatan yang tak termampu dizahirkan dengan kata-kata.
Bila terasa penat melampau, selain merehatkan diri atau me time bersama kawan-kawan, jangan lupa amalkan Zikir Fatimah untuk menghilangkan rasa kepenatan ini.
Mudah sahaja untuk dihafal, berikut merupakan perkongsian zikir yang boleh diamalkan serta kisah dari Rasulullah SAW dan puterinya.
Dalam Islam sendiri telah tersedia penawar kepenatan untuk ibu-ibu melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah s.a.w kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah SAW, Saidatina Fatimah RA mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib RA tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah SAW dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu baginda bersabda; “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta?
Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Jadi amalkanlah zikir ini jika rasa terlampau penat melakukan tugas-tugas harian. Lakukan setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali Subhanallah – 33 kali Alhamdulillah – 33 kali
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.