
Selepas melahirkan anak, semua wanita mahu lekas kembali langsing dan memiliki perut yang rata. Pun begitu bukannya mudah untuk dapatkan perut rata seperti zaman anak dara.
Bukan hanya mengambil masa namun aturan pemakanan dan cara berpantang juga harus tepat. Namun ini yang boleh wanita berpantang lakukan ketika sedang menjalani proses berpantang.
Jangan sesekali abaikan pantang dan ikut rutin wajibnya. Petua tradisional ini harus anda cuba untuk membantu anda kembali langsing.

Santan Kelapa
Tanak santan kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut dan biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Jadam
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.Bagi yang tidak tahu, jadam merupakan satu bahan yang diproses dari daun lidah buaya. Biasanya dalam setiap ubat periuk dimasukkan jadam tetapi kerana rasanya yang pahit dan tak disukai, jadam tidak lagi digunakan.

Nasi Tanpa Air
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam hingga 3 jam kemudiannya.
Campuran Herba
Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.

Buah Delima
Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Amal 7 Nasihat Dari Pakar Sakit Puan Ini Jika Mahu Rumah Tangga Kekal Bahagia.

Luhur dari hati seorang suami. Demikian yang boleh diungkapkan dengan perkongsian dari, Pakar Sakit puan Terkenal, Dr Hamid Arshat di laman facebooknya baru-baru ini.
Selama 47 tahun bergelar suami isteri, ini antara nasihat dan pedoman yang dikongsikan oleh Dr Hamid dan baik untuk dipraktikkan oleh setiap pasangan lain jika mahu rumah tangga kekal bahagia.
“Alhamdulillah kita berdua capai umur 72 tahun, dikurniakan kesihatan, keimanan dan kebahagiaan hidup bahagia bersama selama 47 tahun. Semoga terus dirahmati dan diberkati Allah.
- Bila sudah berumur, kita semakin sensitif dan mudah tersinggung, mudah marah dan konflik mudah timbul. Ini boleh mengancam kehormonian dan keutuhan hubungan suami isteri. Sedangkan lidah mudah tergigit, ini pula suami isteri.
- Jangan suka mengungkit hal-hal yang lepas, khususnya yang negatif, tak sedap didengar, mengguris perasaan serta menimbulkan kemarahan.
- Bila pasangan kita naik suara, birang, tak mahu mengalah, lari keluar, elakkan perang mulut, jauhkan diri agar sejuk hati. Begitu juga bila isteri berleter, larikan diri. Saya mengalah, surrender. No argument. Ha, ha, ha. Laugh it off.
- Makanlah saja yang isteri masak, kalau sedap puji dia. Kalau tak sedap telan saja, buat tak tahu. Jangan bersuara. Tak guna bertengkar. Life too short.
- Kalau pasangan kita tidur berdengkur, jawa kata ngorok dan ganggu kita nak tidur, lari pergi tidur diatas sofa. Ha, ha ha. Bila dia terkejut dan tengok pasangan tiada sebelah, paniklah dia mencari2. Lawak saja.
- Saya lihat orang perempuan tak jemu-jemu membeli belah, kalau untuk beli keperluan dapur saya faham, tapi untuk beli lain-lain saya pun tak faham. Tak apalah biar dia pergi shopping till she drops, saya tunggu sambil minum kopi dan baca newspaper atau lainlain. Tak boleh komen apa dia beli. Ha, ha, ha……
- Sebenarnya dalam umur macam kita, yang penting ialah companionship. Teman sejati, sehidup dan semati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang mengetahui. Dulu sudah sibuk bela dan besarkan anak-anak, sekarang kita perlukan privacy pula. Walau macam mana keadaan, hidup berdua dirumah sendiri tetap seronok dan menggembirakan. Tapi suka anak-anak dan cucu-cucu datang kerumah untuk makan bersama. Sukar dibayangkan bila pasangan menemui Allah dulu, yang tinggal tentu kesunyian.
sumber: Dr Hamid Arshat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apa Ibu Bapa Patut Buat Apabila Anak Dalam Dewan Peperiksaan? Ini Yang Diajarkan Oleh Ustaz Don Daniyal!

Minggu depan bermulanya peperiksaan UPSR, pasti anak-anak takut atau gementar kan. Jangankan anak, ibu bapa pun tak senang duduk, rasa resah gelisah dan bimbang sama ada anak boleh menjawab dengan baik atau tidak. Sebenarnya, duduk sahaja tanpa berbuat sesuatu adalah langkah yang tidak bijak.
Apa mak ayah boleh buat ketika anak-anak sedang menduduki peperiksaan, atau berada di dalam dewan peperiksaan? Ini yang diajarkan oleh Ustaz Don Daniyal.

Berpuasa Sunat
Antara doa yang paling mustajab dan dimakbulkan oleh Allah ialah doa mak ayah. Doa orang yang berpuasa juga amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Jadi tibanya hari anak menduduki peperiksaan, mak ayah berpuasalah sambil doakan anak-anak agar dapat jawab semua soalan. Doa sentiasa!
Solat Taubat dan Hajat
Lakukan solat sunat taubat dan solat hajat memohon agar anak tenang serta dapat jawab semua soalan peperiksaan dengan cemerlang. Seminggu sebelum periksa lagi mak ayah dah boleh mula lakukan. Jika boleh ajarlah anak sekali turut serta.

Baca Quran
Ketika anak berada di dewan peperiksaan, pagi itu mak ayah bacalah Quran sepanjang masa dan niatkan pahala bacaan kepada anak yang sedang menjawab soalan. Mohon dia sentiasa terang hati dan tenang ketika menjawab. Berdoalah mohon pada Allah agar anak dapat menjawab dengan lancar.
Lakukan Solat Dhuha
Mak ayah juga boleh lakukan solat dhuha sambil berdoa sentiasa untuk anak yang bergelut menjawab soalan. Kalau bekerja pun, mak ayah boleh ambil masa sekejap dan lakukanlah di pejabat. Doakan untuk kejayaan anak-anak.

Bersedekah
Bersedekah mampu meluaskan rezeki. Begitu juga dengan rezeki anak-anak pagi itu, ketika menjawab soalan. Bersedekah ke masjid atau pada sesiapa sahaja dan niatkan pahala buat anak kita. Insyaallah Allah bukakan rezeki anak kita untuk mudah menjawab ketika itu. Insyaallah!
Berterusan Zikir dan Doa
Tak kira di mana pun mak dan ayah berada waktu itu, sentiasalah berzikir di mulut dan tidak putus-putus doa pada anak-anak yang menjawab soalan. Walaupun ketika bekerja atau menungguh anak di luar sekolah, teruskan berzikir sebanyak-banyaknya. Mak ayah boleh membaca Al Fatihah 7 kali, Selawat Nabi 7 kali, Subhanaallah 44 kali, alhamdulillah 44 kali, Allahuakhbar 44 kali, Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali dan teruskan disambung dengan doa untuk anak.

Hantar Gelombang Positif
Sentiasa membayangkan muka anak dan sentiasa berfikir positif dan yakin anak kita dapat menjawab dengan lancar dan tenang. Kuatkan hati dan sentiasa positif. Insyaallah anak kita juga positif dan mampu menjawab dengan baik.
Tawakal Pada Allah
Setelah segala usaha kita dan anak kita buat sepanjang tahun sebagai usaha untuk menghadapi peperiksaan ini, inilah masanya kita bertawakal dan menyerahkan segalanya kepada Allah, kerana Dialah yang maha mengetahui. Apa yang penting kita telah pun berusaha dengan belajar dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa padaNya. Selebihnya biar Allah yang menentukannya.
Teruslah melakukan kesemua perkara di atas dan teruslah memberi kata-kata semangat dan positif buat anak kita. Insyallah semuanya dipermudahkan Allah SWT.Yakin dan percayalah bahawa Allah ada untuk membantu kita dan anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Kalau Mak Ada Sahih Mak Jerit, ” Sudah Tidur Semua…”- Grup Whatsapp Adik Beradik Tersangat Aktif, Lelaki Ni Kongsi Rahsianya!

Adanya aplikasi Whatsapp di dalam telefon seakan suatu yang penting dan telah pun diterima semua sebagai medium untuk berhubung. Malah tak dinafikan, dalam telefom kita akan ada macam-macam group Whatsapp dan kadang-kadang membuatkan kita boleh tersenyum sepanjang hari. Ada sahaja cerita dan gambar-gambar lawak untuk dijadikan bahan ketawa.
Begitulah perkongsian pengalaman Khairul Hakimin Muhammad mengenai group Whatsapp mereka tujuh beradik di status facebooknya baru-baru ini dan telah menarik perhatian ramai warganet untuk turut berkongsi cerita berkenaan group whatsapp keluarga masing-masing.

Memberi maklum balas pada hantarannya yang terdahulu di facebook, Khairul Hakimin Abdullah telah berkongsi cara didikan ibu ayahnya hingga membuatkan hubungan mereka tujuh beradik sangat rapat dan mesra. Bolehlah dijadikan panduan dan info bermanfaat.
Didikan Dari Kecil
Jika kalian baca posting saya tentang group whatsapp adik beradik kami malam tadi, kalian akan baca ada komen-komen tentang hubungan adik beradik. Kami 7 beradik, emak abah dah didik dari kecil:
1. Sesiapa yang meminta bantuan, kena minta. Tak minta tak ada siapa tahu. Duk diamkan diri takkan merubah apa-apa. Tak boleh letak dalam kepala kita susah, kena semua orang ambil tahu. Mesti kena kasi tahu. Semua orang ada kehidupan dan tak sempat nak sentiasa fikir tentang kehidupan orang lain.
Apabila beritahu, akan sampai pertolongannya. Tak beritahu mereputlah hanggggg. Apa ingat kami ada kuasa membaca fikiran orang ke nyehhhhh. Tak adanya. Kena kasi tau okeh.
2. Sesiapa yang kaya raya, biasanya akan belanja makan, hahahahahaha. Benda ini benda biasa sahaja. Tak ada apapun. Biasanya kami akan makan sate atau belilah KFC atau patin tempoyak. Hanya untuk memeriahkan suasana.
3. Kalau bergaduh, biasanya emak abah tak campur. Lantak hang. Cuma emak abah akan nasihat semua orang. Walaupun kita tahu emak abah akan menangkan yang disayang sayang yihhhhh. Namun sebagai anak, tak boleh sesekali memikirkan tentang emak abah pilih kasih.
Tak adanya menda itu. Normal sebagai ibu bapa, dia tahu anak yang mana boleh tahan tekanan, anak yang mana tak boleh. Emak ayah jauh lebih tahu tentang anak-anak.
4. Tak ada siapa paling pandai, tak ada siapa paling bodoh. Tak ada siapa paling senang, tak ada siapa paling susah. Semua sama ikut apa yang Allah kasi. Walau ada yang belajar sampai ke luar negara, sama je semuanya. Semua boleh duduk sekali burukkan menteri, gosip artis dan sebagainya. Astaghfirullah hal azim hahaha.
Fokus kami ialah semua kena senang. Tak pernah sesekali kami zikirkan “dalam keluarga kita ni akan ada yang senang, akan ada yang susah.” No way. Kami akan sentiasa cakap “kita nak senang semua sama-sama, semua akan senang! Amin!”
5. Tak berharap langsung tentang kelebihan masing-masing. Semuanya fokus kepada kehidupan masing-masing. Kalau dia kaya, doakan dia lagi kaya. Kalau dia susah, doakan dia semakin senang.
6. Kami tak peduli pun tentang orang lain. Kami fokus kami sahaja.
Siapa pandai masak, pergi masak.
Siapa malas, suka tengok tv, lantak dia.
Siapa suka membeli, bolehlah kita pau.
Siapa suka mengemas, kemas.
Siapa suka share gambar hantu kat group, kasi tau bini dia suruh lepuk.
Siapa suka melepak kat bilik, kita marah dia. Hahaha
Siapa suka mandi lama, marah dia jugak.
Hahahaha semua benda ini tak ada siapa pun ambil hati.
7. Gaduh memang ada. Yang perempuan akan mudah menangis. Namun kami lepas 5-10 minit akan bertegur macam biasa. Kahkahkahkahkah. Entahlah dulu ada jugalah tak bertegur gitu gini, namun sekarang dah tua belaka, kalau bergaduh habis situ sahaja.
8. Ipar duai langsung tak masuk campur. Lantak je kami adik beradik. Lagi senang dan happy semua orang.
Ha gitulah kami.
Tak ada benda yang istimewa pun. Pusing-pusing didikan itulah yang paling utama.
Merepek semua ada. Kena marah sokmo. Namun itulah penguat antara satu sama lain.
Kami adik beradik tak ada panggil abang kakak. Kami panggil nama manja je semua. Tak tahu emak abah dapat mana nama-nama kami. Ada 2 orang sahaja dari 7 dapat guna nama dia sendiri. Yang lain hauk nama apa entah. Mungkin guna kitab lama Mastika agaknya hahahahaha.
Kawan-kawan,
Nak happy, nak bahagia, senang sangat. Jangan bersaing dengan adik beradik. Jangan sesekali rasa diri lebih hebat. Jangan sesekali rasa diri rendah sangat. Terus rasa macam biasa sahaja.
Orang bahagia ialah orang yang bahagia yang melihat orang lain bahagia.Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Saya anak ke-5 dari 7. Alhamdulillah.
Sumber : Khairul Hakimin Muhammad
ARTIKEL MENARIK: Bila Buat Air Kopi Guna Susu Full Cream Lagi Sedap Rasanya, Nak Cuba Ni Resipinya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

