Meskipun bertambahnya umur, kita orang perempuan sebolehnya tidak mahu wajah terlihat tua. Jika boleh biarlah sentiasa awet muda.
Berharap sahaja mana mungkin boleh terjadi, tapi perlu ada usaha bagi melengahkan kesan penuaan terlihat diwajah.
Jika diikutkan petua orang dulu-dulu umpamanya, memang banyak. Sama ada secara luaran hinggalah melalui pemakanan. Dan semua itu, 5 yang mudah untuk dilakukan kami sediakan untuk anda amalkan. Jom semak apakah cara terbaik tersebut untuk kekal muda.
Guna air basuhan beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
Basuh muka dengan air kelapa
Seminggu sekali, cuci muka dengan air kelapa,biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
Guna air mawar sebagai toner
Ads
Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.
Selain perawatan dari luaran, amalan minum air herba tertentu juga dapat membantu wanita untuk kekal muda.
Antaranya seperti mengamalkan minum air rebusan serai. Penyediaannya cukup mudah, ambil 10-15 batang serai, kemudian di rebus dengan air 10 liter selama 2 jam atau hingga pekat dan keluar bau harumnya. Amalkan selalu dan akan nampak kesannya pada wajah dan tubuh badan.
Selain itu, minuma air halba yang dicampur dengan kurma juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri disamping mambantu untuk kekal muda.
Ads
Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Dr Malinda.
Bahan-bahan:
1 sudu halba (Fenugreek)
7 biji kurma (saya prefer guna Kurma Mariami sebab tak manis, kalu tak just guna kurma biasa yang tak manis )
Air – setengah cerek
Ads
Caranya:
1. Masukkan air dalam cerek untuk merebus.
2. Masukkan halba dan kurma tadi.
3. Rebus sampai warna air kelihatan seperti teh.
4. Siap! Ambil airnya dan minum seperti teh biasa.
Anda tak perlu tambah gula sebab manisan dari kurma tu dah cukup. Minum 2 kali sehari untuk kesihatan yang lebih baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kejayaan takkan datang bergolek tanpa diiringi usaha gigih dan doa. Itu yang dilakukan oleh anak muda bernama Luqman Suhaimi ini.
Lahir dalam keluarga susah menyebabkan dia nekad untuk mengubah nasib mereka. Anak ke 8 dari 11 beradik ini tidak bersandarkan omongan kosong semata-mata. Sebaliknya, dia mahu membuktikan kejayaan akan dikecapi jika disusuli dengan kesungguhan.
Tidak hairanlah dia bukan hanya cemerlang dalam pelajaran, tetapi berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkenal di London dalam bidang kejuruteraan dengan mendapat tajaan penuh.
Menerusi catatannya di laman instagram, Luqman berkongsi kehidupan mereka adik-beradik.
Mengakui kesusahan ibu ayah antara penguat semangatnya untuk berjaya, Luqman memberitahu ibunya seorang penjual kuih manakala ayahnya bekerja sendiri mengambil upah membuat papan tanda. Hasil pendapatan tersebut digunakan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.
Justeru, dia mahu buktikan anak golongan susah boleh berjaya jika mengutamakan pelajaran kerana itu yang akan mengubah nasib keluarga.
“Bukan mudah berada dalam keluarga besar yang mempunyai 11 orang adik beradik. Ketika rakan-rakan lain pergi bercuti, saya pula hanya mampu berharap dapat mengunjungi pasaraya terdekat semasa cuti hujung minggu.
“Tetapi saya sangat teruja bila ayah belanja kami adik-beradik makan KFC, itupun sekali dalam tempoh beberapa bulan,”ujar Luqman menerusi kapsyennya.
Malah menurut Luqman lagi, keluarganya juga sering berpindah-randah dari satu rumah ke satu rumah disebabkan ibu ayah yang terpaksa bekerja keras untuk menyara kami sekeluarga.
“Jadi masa kanak-kanak saya banyak dihabiskan dalam kejiranan yang berbeza. Saya selalu sahaja terlambat pergi ke sekolah kerana ayah terpaksa menghantar kami adik-beradik ke 3-4 sekolah yang berlainan.
“Sebagai seorang kanak-kanak, saya mempunyai keinginan dan selalu merasa cemburu apabila orang lain mudah mendapatkan apa yang mereka inginkan. ”Best haritu mak aku bagi aku phone baru sbb dpt 6A untuk PMR. Hg dapat 8A PMR mesti hadiah lagi best kan?” Saya hanya tersenyum tanpa menjawab soalan tersebut.
“Saya terpaksa bekerja keras dalam subjek biologi sewaktu di sekolah menengah dan selalu berharap untuk bertanya pada ayah jika saya boleh mengikuti kelas tambahan. Tetapi, saya tidak sampai hati untuk bertanya padanya kerana saya tahu duit yang ada perlu digunakan untuk menyara adik-adik yang masih kecil,”jelasnya lagi.
Maish segar diingatannya bila mana suatu pagi semasa dalam kelas bahasa Inggeris, cikgu bertanya soalan yang sememangnya dia sudah dapat menjangkanya. “Luqman, cuma tinggal kamu sorang je belum bayar yuran sekolah. Bila boleh bayar eh?”
Ketika itu, Luqman tahu dia tidak boleh minta dari ibu ayah kerana adik-adik yang lain juga memerlukannya untuk perbelanjaan yuran sekolah mereka.
“Jadi saya perlu mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan wang. mula-mula saya menjual t-shirt sewaktu di sekolah. Dari situlah, saya mula mengumpul wang bagi menampung perbelanjaan semasa di sekolah.
“Sehingga usia saya menginjak ke 16 tahun, kehidupan saya mula berubah. Saya mula benci untuk bangun pagi ke sekolah tetapi saya tersedar bahawa masih ramai lagi di luar sana yang tak bernasib baik dan tidak berpeluang untuk belajar.
“Pernah saya menangis kerana terlalu ingin memakan KFC, tetapi tetapi apabila melihat nasi + telur + kicap pada pinggan, saya rasa beryukur kerana masih mendapat makanan. Saya selalu merungut kerana tidak pernah mempunyai bilik sendiri tetapi apabila melihat bumbung di atas kepala, saya rasa bersyukur mempunyai tempat berteduh.
Hasil daripada rasa bersyukur walau hidup serba kekurangan, sekarang saya dalam perjalanan ke London, mengejar impian segulung ijazah di bawah biasiswa Petronas. Sekarang bukan sahaja saya mempunyai duit yang lebih dari cukup untuk diri sendiri, tetapi juga saya dapat menghulurkan sedikit bagi membantu keluarga.
Alhamdulillah. Terima kasih Petronas kerana memberikan saya peluang menyambung pelajaran. Paling penting, terima kasih kedua-dua ibu ayah yang telah banyak berjasa. Jika mereka memberikan apa yang saya mahukan dulu, mungkin saya tidak dapat mempunyai apa yang saya ada sekarang.
Bagi rumah teres kebiasaannya akan ada ruang tanah 3 kaki atau 5 kaki di dalam pagar, dan kebiasaanya akan dijadikan ruang untuk bercucuk tanam seperti serai, kunyit dan sebagainya.
Pun begitu ada juga yang lebih selesa untuk simen sahaja bahagian tersebut agar lebih kemas dan tidak terbiar begitu sahaja dengan ditumbuhi rumput atau pun lalang.
Memandangkan ruang pun tidak luas mana, ada juga antara kita akan melakukan DIY menyimen sendiri agar dapat berjimat.
Untuk anda yang pertama kali melakukan kerja tersebut, bolehlah jadikan panduan daripada perkongsian daripada Ahmad Saif ini. Menurutnya dengan kaedah yang dikongsikan berkenaan cara untuk membancuh simen akan menjadi kerja-kerja menyimen lebih mudah dilakukan.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
DIY: Tips melapis lantai konkrit batu mudah (tanpa besi).
Saja nak berkongsi tips konkrit simen mudah, tak sakit pinggang, ringan. Saya buat dengan anak saudara (budak darjah 6 je), dia yang gaul simen dan ratakan, selamber je.
Ratio konkrit:
1 beg simen
2½ kereta sorong pasir
1 kerata sorong batu
Langkah 1 : Letak simen atas bukit pasir
Langkah 2 : Pecahkan beg simen
Langkah 3 : Cedok pindah ke sebelah..cedok bahagian bawah agar mudah simen dan pasir cepat bercampur.
Langkah 4 : Pindah sekali lagi, cedok bawah
Langkah 5 : Dah sekata pun, buat lah kawah
Langkah 6 : Tabur batu di tebing kawah
Langkah 7 : Isi air sampai hampir limpah kawah dan biarkan 10 min untuk resapan.
Langkah 8 : Anda akan rasa tebing tu sangat lembut..sangat mudah dan ringan..tarik dan ratakan je..sambil tarik akan rata dengan sendiri
Langkah 9 : Ratakan lah dengan senduk /trowel simen. pastikan air tak bertakung. Done
Ini adalah layer konkrit kasar yer..licin tak DIy lagi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.