Bila berkahwin, tentu segala kelengkapan dan keperluan rumah dikongsi bersama pasangan termasuk soal perbelanjaan. Apabila mempunyai anak pula. perbelanjaan pasti akan meningkat. Namun, apabila mempunyai ahli keluarga, sudah pasti perbelanjaan harus dilakukan secara berhemah supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan.
Lantaran itu, perlunya ada pengurusan kewangaan yang betul supaya mempunyai kelebihan wang untuk simpanan buat ahli keluarga masa hadapan. Oleh itu, tidak mustahil ada yang mewujudkan beberapa tabungan agar perbelanjaan lebih sistematik.
Begitulah perkongsian yang dipaparkan oleh lelaki ini mengenai kepentingang tabungan bagi yang berumahtangga. Panduan ini boleh follow buat yang baru atau sudah lama berkahwin. Ikuti perkongsian saudara Mohammad Arymin mengenai 5 tabungan ini.
Petang tadi sempat ke Majlis Kahwin member, itu yang tetiba rasa nak menulis pasal kahwin ni. Bukan apa, sebagai panduan untuk diri Abam juga…hehehe.
Berkahwin ni memang impian setiap insan sebab rasa ingin berpasangan tu memang lumrah manusia. Jalan yang terbaik untuk mereka berpasangan pula adalah melalui ikatan perkahwinan yang sah.
Tapi, bersediakah korang untuk melalui alam perkahwinan ni? Yang pasti ia bukan mudah.
Bila dah berumah tangga, korang kena pastikan yang diri sendiri tu bersedia dalam dua perkara penting ni dulu ye.
Ads
Pertama, bersedia dalam segi mental. Sebaik sahaja akad nikah dilafazkan dan sah, maka pasangan suami isteri ni kenalah saling memainkan peranan masing-masing. Mindset kedua-duanya pun harus selari dan sekufu.
Segala tabiat buruk masa bujang dulu harus ditinggalkan jauh-jauh. Yelah, fasa pertama kahwin ni memang mencabar tapi juga membahagiakan sebab masa ni la korang nak berkenalan dengan pasangan sendiri mahupun dengan keluarga mertua. Kenal perangai dan tabiat dia macam mana.
Kedua, bersedia dalam segi kewangan. Sebagai satu pasangan, korang kena mula merancang untuk masa depan. Masa majlis kahwin haritu mesti dah guna banyak duit kan?.
Jadi selepas kahwin ni, korang boleh mulakan dengan cipta 5 tabung penting ni.
1. Tabung Keperluan Asas
Ads
Tabung ni berfungsi sebagai dana untuk korang membeli barang keperluan bulanan seperti barang dapur, keperluan rumah, bayaran bil utiliti, bayaran komitmen seperti kereta dan motor, ataupun perkhidmatan berkaitan.
2. Tabung Kecemasan
Setiap orang dinasihatkan untuk menyediakan dana kecemasan minimum sebanyak 3 bulan gaji dan maksimum 6 bulan gaji. Ia penting untuk kegunaan bila musibah berlaku secara tiba-tiba, contohnya dibuang kerja ataupun kenderaan rosak.
3. Tabung Perlindungan
Dalam tabung ni korang kena ada takaful hayat (Hibah) atau Medical card. Lagi bagus kalau korang ada kedua-duanya sekali. Ajal maut, sakit dan eksiden ni kita tak boleh nak jangka akan berlaku bila. Sebab tu kena selalu bersedia. Kos perubatan makin lama makin tinggi pula.
Ads
4. Tabung Simpanan Jangka Masa Pendek
Simpanan ni berguna untuk korang bila nak balik kampung, nak pergi bercuti, nak renew roadtax kenderaan atau lesen memandu dan juga perbelanjaan ketika musim perayaan.
5. Tabung Simpanan Jangka Masa Panjang
Tabung ni bertujuan untuk menyimpan duit bagi membeli rumah sendiri atau menaiktaraf rumah sedia ada, beli kereta baru dek ahli keluarga makin bertambah, dan juga untuk menunaikan Haji atau Umrah.
Korang boleh simpan di tempat yang memberi hasil pelaburan seperti Tabung Haji, PublicGold, Amanah Saham Bumiputra (ASB), Dana Unit Amanah, Saham dan banyak lagi.
***
Kehidupan selepas kahwin ni mungkin tak seindah ketika korang bercinta. Lagi-lagi nak susah senang bersama membina satu keluarga bahagia. Tanggungjawab Suami sebagai ketua keluarga harus dilaksana, isteri pula sebagai penyokong setia. Kan dulu berjanji sumpah setia dan sama-sama nak ke Syurga 😁.
Ibu ayah mana yang tidak mahu berikan yang terbaik buat anak-anaknya. Serangan HFMD yang semakin meningkat dari hari ke hari buat ibu ayah sanggup buat apa sahaja untuk mencegahnya.
Terbaru, produk anti HFMD yang berleluasa di pasaran dikatakan habis terjual. Semuanya gara-gara ingin mencegah anak daripada serangan penyakit berjangkit ini. Produk yang dijual dengan harga sekitar RM60 itu dikatakan dapat mencegah anak daripada HFMD.
Soalnya benarkah seperti yang didakwa? Kementerian Kesihatan Malaysia, menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan perihal produk ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima aduan mengenai produk Anti HFMD/Flu Spray yang berada di pasaran iaitu produk penyahjangkitan atau pembunuh kuman (disinfectant) yang mendakwa dapat memberi pertahanan sepenuhnya daripada virus Hand Foot and Mouth Disease (HFMD) dan Influenza A.
Produk ini diperbuat daripada mineral yang diaktifkan (activated minerals) dan syarikat pengeluar telah dengan jelas melabelkan bahawa ianya boleh membunuh dengan serta merta 99.99% virus-virus HFMD dan Influenza A. Produk ini adalah untuk kegunaan luaran dan kaedah penggunaan adalah dengan menyembur produk ini pada baju, permukaan, permainan dan juga topeng (mask).
Buat masa ini, pihak syarikat didapati membuat tuntutan anti HFMD yang tidak berasas kerana tiada bukti yang kukuh menunjukkan tuntutan tersebut adalah berkesan seperti dilabelkan. Namun begitu, memandangkan produk ini tidak digunakan secara langsung pada manusia, maka produk ini bukanlah di bawah kawalan KKM dan tiada keperluan untuk pendaftaran di bawah agensi berkaitan di bawah KKM.
Atas keperluan untuk memastikan masyarakat tidak keliru terutama ketika penularan jangkitan HFMD yang melanda negara, pihak syarikat telah dinasihatkan untuk mengeluarkan tuntutan Anti HFMD/Flu bagi pasaran di Malaysia dan menggantikan dengan tuntutan yang lebih umum serta bersesuaian di label produk bagi mengelakkan kekeliruan kepada orang awam.
KKM ingin mengingatkan orang awam agar tidak mudah percaya dengan tuntutan perubatan yang dibuat pada produk ini. Orang awam disarankan untuk mengamalkan lima (5) perkara utama dalam pencegahan dan kawalan HFMD, iaitu:
Penjagaan kebersihan diri:
* Amalan cuci tangan yang betul * Penjagaan kebersihan persekitaran * Pemeriksaan/saringan di pintu masuk (gatekeeping screening) *Taska/tabika/tadika/pra-sekolah * Disinfeksi atau nyahkuman permukaan-permukaan yang tercemar.
Selalu kita dengar, selagi orang kita sayang masih ada, hargai mereka sebelum mereka pergi selama-lamanya..
Baik ayah atau ibu, kedua-dua mereka merupakan orang pertama yang memberi kasih sayang yang tiada tandingi kepada anak-anak. Bukan itu sahaja, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi membahagiakan anak tercinta.
Pemergian insan tersayang ini amat memberi kesan kepada kita yang masih hidup, malah barangan peninggalan mereka menjadi mengganti diri di kala rindu menyapa.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh Tuan Syed Azmi tentang tiga beradik ini mengundang sebak ramai orang apabila mereka tetap mengguna barangan arwah ayah mereka kerana menganggap perbuatan tersebut dapat rasa dekat dengan ayah yang sudah meninggal dunia.
Rumah ni ada seorang ibu tunggal dan 3 anak. Tapi kat pintu bilik air ada 5 tuala.
Saya pun tanyalah kenapa ada 5 tuala sedangkan ada 4 orang dalam rumah ni.
Yang tuala tengah tu ayah mereka punya yang dah meninggal dunia. Dan itu memang tuala ayah.
Setiap anak ada tuala masing-masing dan tuala ayah ni anak anak ni gilir gilir guna (ikut mingguan) sebab nak tetap kongsi dengan ayah. Saya suruh si ibu ni ulang balik cerita ni.
Katanya sekali lagi. Barang ayah mereka macam tuala, kain selimut dan bantal semua anak pakat guna gilir gilir sebab masing-masing nak rasa dekat dengan ayah.
Sayangnya mereka pada ayah mereka.Semua anak masih bersekolah.Tapi satu hari nanti kena letgo jugak.Untuk kita, hargai mereka yang masih ada.
Perkongsian ini mengundang sebak pengikutnya dan rata-rata bercerita kisah yang sama yang dilalui oleh anak-anak.
Apabila seseorang itu mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, ia akan cemerlang dalam mata pelajaran itu. Ibu bapa tentunya bangga jika anak fasih berbahasa Inggeris. Malah ada yang sanggup membayar tuisyen dan program-program untuk memastikan anak boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan sempurna.
Namun, untuk berjaya tentu ada rahsia yang perlu dipraktiks. Setiap kejayaan itu perlu ada latihan yang mantap dan konsisten. Caranya mudah aje, kena praktiks 20 tip ini.
1.Jangan takut membuat kesilapan.
Yakin. Orang hanya boleh membetulkan kesilapan anda apabila mereka mendengar anda menyebutnya.
2.Lengkapkan diri dalam bahasa Inggeris.
Letakkan diri anda dalam semua persekitaran berbahasa Inggeris di mana anda boleh belajar secara pasif. Cara terbaik untuk belajar adalah melalui bercakap.
3.Amalkan setiap hari.
Jadikan diri anda pelan kajian. Tentukan berapa banyak masa seminggu anda akan menghabiskan masa belajar dan berpegang kepadanya. Mewujudkan rutin.
4.Beritahu keluarga dan rakan anda mengenai rancangan pembelajaran anda.
Dapatkan mereka untuk mendorong anda untuk belajar dan juga jangan biarkan mereka mengganggu anda.
5.Mengamalkan 4 kemahiran teras
Membaca, menulis, bercakap dan mendengar. Mereka semua perlu bekerja untuk anda untuk memperbaiki.
6.Simpan buku catatan baru yang anda pelajari.
Gunakan mereka dalam ayat dan cuba untuk mengatakan mereka sekurang-kurangnya 3 kali apabila anda bercakap.
7.Lakukan pelajaran sekurang-kurangnya sekali sehari.
Memori senarai adalah salah satu cara yang paling umum untuk mempelajari perbendaharaan kata untuk ujian. Ia hanya latihan yang baik untuk belajar jangka pendek kerana anda sering tidak menyimpan maklumat yang telah anda pelajari untuk ujian.
8. Suasana baru
Buat suasana di mana anda ingin belajar, bukan kerana anda perlu. Anda akan belajar lebih banyak apabila anda belajar kerana anda mahu.
9.Perhatikan bagaimana anda belajar.
Ia boleh dengan menghafal, membaca, bercakap, meringkaskan atau kaedah lain. Ketahui cara anda belajar yang terbaik. Ia boleh berada di tempat yang tenang dengan diri sendiri atau dengan kumpulan.
10.Dapatkan bantuan!
Sekiranya anda tidak memahami sesuatu, anda perlu bertanya kepada seseorang. Tanya guru, rakan sekelas atau rakan anda untuk mendapatkan bantuan.
11. Semak dan semak semula dan semak semula!
Pastikan anda meluangkan masa untuk meninjau perkara yang telah anda pelajari pada masa lalu.
12. Buku kanak-kanak
Baca buku kanak-kanak mempunyai kata-kata yang lebih mudah dan merupakan alternatif yang baik untuk pembaca yang dinilai.
13. Media cetak
Akhbar adalah tempat yang baik untuk mencari pembinaan pasif. Baca melalui artikel dan lihat jika anda boleh mencari ayat pasif.
14. Cuba bercakap bahasa Inggeris walaupun teruk!
Jangan terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris ke bahasa anda. Fikirkan Bahasa Inggeris untuk meningkatkan kelancaran anda. Bercakap bercakap sendiri tetapi tidak di dalam bas ye. Nanti ada yang cakap anda gila!
15. Bercakap
Cara yang paling semula jadi untuk mempelajari tatabahasa adalah melalui bercakap.
16.Simpan diari atau jurnal bahasa Inggeris.
Mulakan dengan menulis beberapa ayat setiap hari dan kemudian masuk ke dalam kebiasaan menulis lebih lanjut.
17. Lagu Inggeris
Belajar lagu bahasa Inggeris dan bernyanyi bersama dengan mereka untuk meningkatkan kefasihan dan intonasi Apa lagi jom karaoke!
18. Jangan berputus asa!
Kekal positif! Kadang-kadang anda akan merasa bahawa anda tidak belajar dengan cepat. Semua orang berasa seperti ini, jangan risau. Anda akan sampai di sana pada akhirnya.
19. Belajar bahasa Inggeris dengan rakan.
Anda akan mempunyai seseorang yang boleh anda praktikkan dan anda boleh memotivasi satu sama lain untuk belajar.
20. Pusat pembelajaran yang diiktiraf
Cari tempat yang selesa dan damai untuk belajar tenang. Anda memerlukan tempat di mana anda boleh memberi tumpuan 100%. Salah satu pusat pembelajaran Bahasa Inggeris adalah di Modern English di Bandar Puteri Puchong dan Kota Kemuning, Shah Alam Selangor. Mempunyai lebih 400 pelajar, Modern English, sejak penubuhannnya telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang fasih berbahasa Inggeris.
Menarik perkongsian ini. Kepada adik-adik yang nak belajar bahasa Inggeris ni, cuti sekolah dah boleh mula lah tip yang diberi ni. Boleh guna sebagai panduan.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di