Aaisyah Dhia Rana, Siapa yang tak kenal dengan si kecil yang cantik molek ini. Persis seorang puteri, wajahnya yang ditata rias baru-baru ini membuatkan ramai terpaku.Bukan tidak pernah anak perempuan kesayangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini memakai mekap, namun kali ini tampilannya cukup berbeza. Rupa-rupanya itu adalah untuk sambutan hari lahirnya yang ke tujuh tahun.7 taun 7 bday kek ! pengsan mak hang 😝 @aaisyahdhiarana111.
Itu kapsyen yang dimuat naik Che Ta bersempena hari kelahiran anak perempuannya semalam.
Perkongsian tersebut dimuat naik beserta beberapa keping gambar anaknya serta kek yang diperoleh pada majlis sambutan hari lahir Aaisyah yang bertemakan biru pink.
Rata-rata warga maya terhibur dengan perkongsian Che Ta mengenai permintaan anak perempuan tunggalnya itu.
i.n._syuhada ❤️❤️❤️ canteq aisyah lawan n mak dia pas ni..
Ada orang risau betul bila dijamu daging kepadanya, bukan sebab tak boleh makan tapi bimbang kalau terlalu banyak makan daging boleh menyebabkan kolesterol naik, darah tinggi dan pelbagai lagi penyakit lain. Maklumlah, macam-macam resipi enak berasaskan daging disediakan sepanjang Ramadan ini.
Daging bila dimasak sama ada dibuat sup, dibakar, digoreng, digulai dan sebagainya. Semuannya memang nampak cukup menyelerakan!
Berdasarkan perkongsian saintis Dr Suri Roowi berkenaan Daging: Apa Yang Anda Perlu Tahu? Rupanya ada tips dan cara untuk pesakit gout menikmati daging dengan selamat. Begitu juga buat pengidap asma dan animea, ada juga disentuh tentang pemakanan daging buat mereka.
Nak lagi detail,jom baca perkongsian ini.
Daging: Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Bulan puasa ini rasanya ramai antara kita lebih selera memakan daging berbanding ikan. Disertakan di sini info tentang daging dan semoga ianya bermanfaat kepada semua.
1. Bagi pesakit asma, daging terproses seperti burger dan sosej kurang elok dimakan berlebihan. Kajian ke atas 971 orang selama 7 tahun mendapati memakan daging terproses berlebihan memburukkan lagi gejala asma
2. Bagi pesakit gout, daging seeloknya dipotong kecil-kecil, dibasuh seterusnya direbus terlebih dahulu.Ini akan turunkan kandungan purine sebanyak 25%.
Daging pula, jangan dimasak terlalu lama kerana memasak pada masa lama akan hasilkan purine yang lebih banyak. Kurangkan juga memakan daging merah. Ini kerana daging merah tinggi purine berbanding daging putih. Semasa makan, kurangkan ambil kuah kerana bahan purine banyak dalam kuah.
Bagi pesakit gout juga elakkan memakan hati ayam dan kurangkan penggunaan ikan bilis dalam masakan. Ini kerana kandungan purine dalam hati ayam dan bilis adalah tinggi.
3. Bagi pesakit anemia, daging merah terutama organ dalaman tinggi zat besi dan bagus untuk dimakan. Memasak menggunakan minyak kelapa sawit merah lebih elok kerana minyak ini kaya β-karoten dan bantu leraikan zat besi dari diikat.
4. Untuk mereka yang mengalami masalah kolesterol, ambil makanan tinggi fiber seperti oat dan barli, minum jus oren, minum air halia, bawang putih selepas memakan daging
Perkongsian daripada ibu kepada 7 orang anak perempuan ini boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa, bagaimana dia mengajar membiasakan dari kecil untuk menutup aurat. Sangat berinspirasi.
Yang penting kena lakukan dengan lembut bukannya cara yang ‘keras’. Barulah mereka tidak rasa seperti dipaksa.
Tipyang dikongsikan oleh puan Shaeriani A Hamat sangat berinspirasi dan wajar dijadikan panduan buat ibu bapa yang ingin mendidik anak-anak dalam menutup aurat.
TIPS MENGAJAR 7 ANAK PEREMPUAN PAKAI TUDUNG DARI KECIL
Sebenarnya tiada tips gempak mana pun. Saya cuma nak kongsi sedikit sebanyak dari pengalaman saya mama kepada 7 anak perempuan..
Jom kongsi untuk yg ada anak perempuan..
PERTAMA:
Pakaikan tudung seawal umur mereka. Beli la saiz yang bersesuaian dengan mereka. Tapi saya beli saiz sama jer untuk 6 orang anak sy ..sebb beza umur diaorg lbh kurang jer …
KEDUA
Paling penting Konsisten suruh pakai setiap kali keluar rumah. Konsisten sangat penting. Lagi-lagi masa awal nak ajar mereka . Biasanya anak Keluar jek wajib pakai. Jangan onn off pulak. Ahamdulilah mesti boleh punya..
KETIGA
Time ajar tu bgtau mereka pakai tudung bukan mama dan papa yg suruh pakai, tapi Allah SWT yang suruh pakai.
KEEMPAT
Untuk yg dah besar terapkan n terangkan dengan siapa kena tutup aurat. Lau yg no 6 tu xpaham sangat sbb masih kecik ..Pening pulak lau diterangkan bnyk2 pada dia nanti. Yang penting keluar rumah kena sarung tudung. Yg dh besar boleh dah ajar. Dengan sepupu kena tutup aurat dll.
KELIMA
Time nak shopping tudung untk ank7 saya akan tanya diaorg jenis mana n color apa yg mereka suka …tapi perangai saya mmg saya suka beli sama jer sedondon..hehehehhee
Ajarilah anak-anak anda dari dorang kecil. Dari umur mereka tak pandai argue lagi kenapa kena pakai tudung. Bila dah tahap dorang banyak persoalkan macam-macam, masa tu dah mencabar untuk dorang konsisten pakai.
Serius cakap bila sesuatu perkara sudah sebati dengan mereka. Kita tak perlu nak suruh dan paksa-paksa dah.
Sekarang semua anak perempuan sy semua dah lekat berTUDUNG..alhamdulilah
Nanti ada rezeki BOBOI ke 8,9,10 pakai kopiah pulak ..heheheh
Perkahwinan adalah satu ikatan suci menggabungkan dua hati. Namun, kadangkala dua hati tersebut susah untuk bersetuju tentang sesuatu perkara. Pergaduhan berlaku dan mulalah operasi bermasam muka.
Sebenarnya, anda boleh menjadikan rumah anda syurga di dunia jika anda mengamalkan lapan tip rumah tangga bahagia seperti dokongsi dibawah.
1. Honeymoon atau bulan madu
Usah spektikal dengan percutian honeymoon atau bulan madu. Ia tidak semestinya dilakukan selepas pasangan sah diijabkabul sebagai suami-isteri atau ketika inai masih merah dijari.
Akan tetapi harus dijadikan acara wajib sempena sambutan ulang tahun perkahwinan untuk mengembalikan semula memori indah pengantin baru sekaligus kehangatan dalam rumah tangga.
Maklumlah bila sudah ada zuriat, tumpuan isteri terutamanya beralih fokus kepada anak-anak sehinggakan tanpa sedar telah mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri. Ruang kosong yang ditinggalkan itulah, yang membuatkan lelaki suka ‘makan luar’ sekaligus mendorong kewujudan orang ketiga mahupun kekasih gelap.
2. Selalu ungkapkan kata-kata cinta dan kasih sayang
Ingat tak zaman kita berkenalan dahulu? Kita saling mengucapkan kata-kata yang baik dan indah kepada satu sama lain. “Saya rindu awak” atau “saya tidak sabar untuk berjumpa awak” selalu disebut-sebut.
Untuk memastikan ikatan cinta masih utuh antara anda dan pasangan, pastikan anda terus memberi kata-kata cinta dan kasih sayang, walaupun anak sudah berderet!
“Saya sayang awak”, “selamat pagi sayang” atau “semoga awak seronok di tempat kerja hari ini” sudah cukup untuk buat si dia tersenyum simpul sendirian dalam kereta sewaktu memandu ke pejabat!
3. Jadi pendamai ketika pasangan sedang emosi
Bila pasangan marah, anda pun nak melentinng sama. Hal ini perlu dielakkan ya. Peraturan mudah, jia pasangan anda sedang marah atau tidak berpuas hati akan sesuatu, jangan turut sama melenting atau melakukan sebarang provokasi.
Anda harus menjadi ‘penyelamat dunia’. Anda mulakan bicara secara lembut kemudian mulakan perbincangan seterusnya memujuk. Kalau isteri kena peluk atau dapat bunga daripada suami tu, mesti senyumnya sampai ke telinga, nak marah pun tak jadi!
4. Jangan lokek berikan pujian kepada pasangan
Kadangkala, kita sangat cepat untuk mengkritik kesilapan pasangan kita tetapi lambat atau lebih teruk, langsung tidak memuji, kebaikannya.
Anda inginkan rumah tangga yang bahagia dan menyeronokkan? Banyakkan berkata “Terima kasih sebab tolong buangkan sampah”, “Baiknya suami saya ini…dia belanja makan!”, atau “Bagusnya isteri saya tolong masakkan sarapan pagi ini. Sedap sangat.”
Anda akan perasan yang kata-kata pujian ini akan mendorong mereka untuk berbuat lebih banyak lagi perkara baik dalam perkahwinan anda.
5. Selesaikan masalah sebelum masuk ke kamar
Sebelum masuk tidur, pastikan apa saja perkara yang mengganggu fikiran atau perasaan anda diluahkan terlebih kepada pasangan supaya dia tahu di mana salah dan silapnya.
Ia akan memupuk kemahiran komunikasi dan yang paling penting, menambah persefahaman antara satu sama lain. Malah, menyimpan perasaan semata-mata untuk menjaga perasaan adalah tidak bagus untuk kesihatan.
6. Jangan sesekali ungkit cerita lama
Jika kita ada tabiat suka mengungkit kisah atau perkara lama, mungkin telah tiba masanya untuk membuang tabiat buruk tersebut. Kata-kata seperti “hari itu pun awak buat lagi” atau “kalau awak tidak buat benda ini dulu..” tidak sepatutnya diucapkan.
Pergaduhan dan pertengkaran adalah lumrah dalam perkahwinan. Cumanya, jangan biarkan pergaduhan lama yang
telah pun selesai memburukkan lagi keadaan pada masa sekarang.
Fokus kepada masalah semasa dan kunci mulut anda daripada mengungkit kesalahan lama. Percayalah, ia akan membantu rumahtangga anda.
7. Kerap bersentuhan
Bila bercakap tentang sentuhan fizikal, ia bukan sahaja melibatkan sentuhan sewaktu di kamar. Sebenarnya banyak lagi cara fizikal lain untuk menunjukkan kasih sayang kepada suami atau isteri kita.
Sumber: www.hijabnheels.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.