Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video seorang lelaki berang di hadapan kaunter penerbangan gara-gara menunggu terlalu lama hingga berjam-jam untuk menaiki pesawat yang sepatutnya dijadualkan berlepas pada jam 11.35 malam.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai @opmchimmy, dia mengatakan sepatutnya pesawat yang membawa mereka berlepas pada jam 2335 (11.35 malam) 22 Disember 2022 namun ditunda sehingga jam 0740 (7.40 pagi) 23 Disember 2022, tanpa sebarang pengumuman.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

8 Jam Kena Sidai Di KLIA Buat Lelaki Ni Berang. Ramai Setuju & Sokong Dengan Tindakannya!

Dalam video tersebut, jelas terdengar suara tegas seorang lelaki yang sedang marah di kaunter untuk menggesa agar pihak pengurusan bertangungjawab kepada para penumpang yang keletihan lebih-lebih lagi kepada warga emas.

Selepas didesak, pihak pengurusan memberi jawapan bahawa hotel mereka penuh dan tidak dapat berbuat apa-apa.

@opmchimmy Flight delayed 8 hours , supposedly to catch on flight at 2335 hrs @22/12/2022 , but delayed until 0740hrs @ 23/12/2022 without any announcement given to all the passengers:( #malindoair #batikair ♬ original sound – Chimmy

Penjelasan tersebut membuatkan para penumpang semakin naik angin kerana mereka membiarkan penumpang menunggu selama 8 jam tanpa sebarang pengumuman.

IKLAN

 

8 Jam Kena Sidai

Susulan daripada itu, individu yang menengking staf yang bertugas di kaunter tersebut telah tampil menjelaskan keadaan ketika itu yang mana ia berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui ciapannya di twitter.

Firdaus Jailan mengatakan yang dia sepatutnya menaiki pesawat jam 11.35 malam untuk ke Kuching, Sarawak namun penerbangan telah ditunda dan tiada sebarang pengumuman sehingga mereka perlu menanti terlalu lama.

IKLAN

Susulan daripada itu, ramai yang bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh lelaki terbabit dek kerana pernah alami masalah yang sama.

Mereka juga merasakan apa yang dilakukan dengan menunda waktu penerbangan tanpa memberitahu dan terlalu lama sangat keterlaluan memandangkan ia telah menyusahkan penumpang yang tidak membuat persediaan berhubung kejadian seperti itu.

“flight delay xpe ye…penumpang lmbt seminit dua korg reject blh plk ye…..adil ke xadil????”, komen netizen.

“flight lambat 8 jam, ok penumpang lambat 1 minit, tutup gate” ujar salah seorang wargamaya pula. 

“Saya perna delay 8 jam tapi pihak flight bayarkan hotel untuk Saya rehat,pergi balik hotel pun pihak flight tanggung,” komen yang lain pula. 

IKLAN

Sumber : Tiktok opmchimmy & Twitter firdausjailan

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

8 Jam Kena Sidai Di KLIA Buat Lelaki Ni Berang. Ramai Setuju & Sokong Dengan Tindakannya!