Amboi sweetnya Haziq Hotfm sewaktu menemani isterinya yang bersalin baru-baru ini.
Haziq memuat naik satu video sebagai memberi semangat kepada isterinya, Ayunda Putri, 26, melahirkan anak kedua mereka seminggu lebih awal daripada jangkaan doktor.
Menurut Haziq, 28, Putri dijangka melahirkan bayi mereka pada 7 September depan, namun doktor menyarankan pembedahan dilakukan pada Khamis lalu.
“Doakan Putri Operate semua okay, baby dan mama selamat. 9 bulan dah berkorban sekarang inilah masanya awak berjuang. u can do it, boleh tak. Takut tak sayang… good luck sayang, i love u.
Selamat datang tahun 2020! Pastinya bila tahun baru, bermakna ada azam baru yang ingin direalisasikan untuk tahun tersebut. Apatah lagi bila bercakap tentang tahun 2020, ianya begitu istimewa dan unik sekali.
Sejak zaman kanak-kanak lagi kita tertunggu-tunggu untuk berada di tahun 2020 ini, dan alhamdulillah hari ini kita direzekikan dengan usia yang panjang hidup bersama pasangan dan keluarga tercinta.
Oleh itu, apa sebenarnya azam anda dan pasangan ye untuk tahun ini?
Andai masih keliru, ini disenaraikan 12 azam yang wajar anda dan pasangan lakukan bersama demi hubungan yang membahagiakan. Nak tahu lanjut, jom hadam perkongsian dari Saudara Akhtar Syamir ini yang dikongsikan baru-baru ini di akaun fbnya.
Jom semak.
2020 hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Pelbagai azam tahun baru kita sudah fikirkan. Banyak juga azam tahun-tahun lepas yang kita gagal tunaikan.
Tapi perasan tak yang kebanyakan azam kita itu bersifat individu? Apa kata tahun 2020 ini kita terbitkan azam untuk tingkatkan kualiti perhubungan suami dan isteri juga?
Pada pendapat saya, segalanya bermula dari rumah. Prestasi kita di luar, di tempat kerja, perniagaan, perhubungan dengan orang lain, saudara-mara, adik beradik dan sebagainya, banyak bergantung kepada betapa harmoni dan gembiranya keluarga kita.
Jadi, tidak keterlaluan jika tahun ini kita berazam untuk perhubungan yang lebih berkualiti. Mari kita lihat, bagaimana pecahan azam perhubungan suami isteri.
Kita mulakan dengan deria yang ada pada diri kita.
1. Mata dan Penglihatan – Berazamlah untuk mula melihat gaya tubuh dan air muka pasangan kita. Jika geraknya longlai dan lemah, dia sedang penat. Kita beri dia rehat. Jika pergerakannya agresif, dia sedang marah dan kita beri dia ruang dan masa. Jika mukanya berkerut, dia sedang risau. Kita peluklah dan serap kerisauannya.
2. Telinga dan Pendengaran – Berazamlah untuk mula mendengar. Sama ada suami atau isteri, ada percakapannya yang jelas dan ada percakapannya yang disebut SEKALI sahaja. Mula fokus pada yang sangat jarang disebut itu kerana besar kebarangkalian, itu hasrat hatinya yang paling utama tetapi disimpan.
Mula mendengar dengan teliti apa yang pasangan ungkapkan supaya tiada maklumat yang tertinggal dan boleh mencetus keadaan tegang yang sia-sia di dalam perhubungan.
3. Hidung dan Bau – Berazamlah untuk sentiasa wangi apabila bersama pasangan. Bau badan, bau mulut dan bau ketiak adalah antara bau yang selalu diabaikan bila berada di rumah. Bau yang menyenangkan bakal membawa lebih kemesraan dan jangan sekali-kali memandang rendah kepentingan kemesraan ini.
4. Kulit dan Sentuhan – Berazamlah untuk selalu menyentuh pasangan. Tidak kira sama ada pegang tangan, pinggang, bahu atau pelukan. Semuanya baik untuk lebih intim. Mulakan di rumah. Sekali sekala apabila berjalan di luar pula, cuba tarik tangan pasangan. Kalau tak boleh lama, sekejap pun sudah mencukupi.
5. Lidah dan Rasa – Berazamlah untuk selalu makan di rumah. Banyak kebaikan makan di rumah sebagai contohnya bahan-bahan yang lebih baik berbanding di luar. Jika anda pandai masak, teruskan memasak. Jika anda kurang pandai, cari inisiatif untuk menambah kemahiran memasak. Terlalu banyak resipi yang mudah untuk dibuat. Saya pasti suami atau isteri akan hargai kesungguhan anda menyediakan makanan buat pasangan.
Selesai bab deria luaran. Kita sentuh pula bab emosi.
6. Tidak kira suami atau isteri, berazamlah untuk mula menjaga emosi pasangan. Jika dia sedang marah, jangan ditambah marahnya. Jika dia sedang sibuk, jangan mengganggunya dengan perkara yang penting. Jika dia terlalu penat, dia perlukan rehat. Jangan dipaksa-paksa.
7. Sebut mengenai rehat, berazamlah untuk mengambil berat masa rehat isteri. Sama ada yang bekerja atau suri rumah. Kedua-duanya penat, penat dan penat. Mereka memang penat dan suami kena mula bantu buat kerja-kerja di rumah. Pilih apa sahaja yang anda boleh biasakan buat dan selalulah buat. Apa sahaja yang boleh memudahkan urusan isteri, itu adalah yang terbaik.
8. Komunikasi yang baik bakal menentukan tahap kualiti perhubungan suami isteri. Berazamlah untuk mula bercakap dengan pasangan. Tanya bagaimana harinya. Tanya apa yang ingin dilakukan nanti. Berbuallah. Berterus teranglah. Berilah teguran dengan baik dan terimalah teguran dengan baik juga. Amalkan komunikasi yang jelas dan tidak disembunyi-sembunyikan.
9. Pujian dan penghargaan adalah elemen penting dalam meningkatkan kualiti perhubungan. Berazamlah untuk memuji pasangan. Dari sekecil-kecil perbuatan, sehinggalah sebesar-besar pengorbanan. Bukan pasangan tidak tahu, tetapi pasangan suka untuk mendengarnya dari mulut orang yang dia cintai sebenarnya. Pujian juga memberi semangat untuk pasangan melakukan sesuatu dengan lebih ikhlas dan gembira.
10. Berazamlah untuk mengendalikan sesuatu isu dengan lebih baik. Kadang-kala, apabila masalah timbul, kita panik dan benda yang kecil boleh jadi pergaduhan yang besar. Fokus pada penyelesaian masalah dan bukannya mencari siapa yang betul dan siapa yang salah. Membincangkan dan membetulkan yang salah bukanlah satu pertengkaran. Tidak perlu anggap ia begitu. Anggaplah ia sebagai suatu perbincangan yang tidak dipengaruhi emosi.
11. Berazamlah untuk menjaga ketrampilan pasangan. Yang suami, pastikan keperluan penjagaan isteri mencukupi dan isteri, sentiasalah menjaga pemakaian dan penampilan suami. Ia perlu seiring.
12. Yang paling penting. Berazamlah untuk menjaga solat dan mementingkan solat berjemaah bersama pasangan. Solat bersama ini terlalu banyak kebaikannya. Jangan amalkan solat berasingan. Jika ada kesempatan bersama di rumah, solatlah bersama.
________________________________
Itulah serba sedikit cadangan azam tahun baru untuk pasangan suami isteri. Semoga tahun baru ini menjadikan ikatan perhubungan kita semua semakin erat. Ikatan yang erat tidak akan terkesan dengan anasir luar yang merosakkan. Jadikan perhubungan dengan pasangan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Bukan mudah untuk seseorang wanita bergelar isteri yang sanggup berkorban, melepaskan suami yang disayangi demi berkhidmat untuk negara.
Itulah pengorbanan seorang isteri anggota beruniform terpaksa berjauhan dengan suami tersayang yang terpaksa bertugas di kejauhan.
Itulah yang dihadapi oleh pengacara, Dayah Bakar apabila suaminya ditugaskan ke Australia. Selama lebih kurang setahun pasangan ini terpaksa berjauhan. Sehinggakan waktu melahirkan bayi sulung mereka, suami Dayah iaitu Muhammad Hanif Hamidi tiada di sisi.
Malah, dia hanya mampu melihat anak mereka membesar menerusi panggilan video sahaja. Kapten Hanif kini bertugas di Australia sejak Januari yang lalu.
Terbaru, Dayah berkongsi dengan pengikut di laman instagramnya yang dia bakal bercuti untuk bertemu dengan suaminya.
Siaran terakhir Dayah di Borak Kopitiam 2020 💙😢
Semenjak Dayah mula mengacara, Dayah tak pernah ada satu cuti yang panjang . I love what I’m doing and I just don’t know how to stop. I give all my heart for the audience each and everytime I’m on screen .
Sekarang , izinkan Dayah dan Achbar Muhammad Fahri, untuk berehat sebentar untuk disatukan kembali bersama suami. In sha Allah, I’ll come back stronger. Thank you for all the love , warm wishes dan doa yang baik-baik untuk Dayah dan keluarga . Dayah terima message tak henti-henti , masha Allah . I feel loved and appreciated alhamdulillah ❤️
Don’t worry. I’m still here ! I’ll be working ONLINE ! 😊 Always stay connected ok ?
Situasi pandemik Covid-19 membataskan ibu bapa membawa anak-anak keluar bercuti atau berjalan-jalan seperti dahulu.
Namun, itu tidak bermakna anak-anak hanya terkurung sahaja di dalam rumah. Sebagai ibu bapa kena kreatif bagi memastikan anak-anak sentiasa gembira dan tidak tertekan kerana tidak boleh keluar bebas seperti sebelum ini.
Cara yang dikongsikan oleh pelakon dan usahawan Tya Ariffin ini cukup menarik dan kreatif. Apa tidaknya, dia dan suami telah menyiapkan khemah yang menjadi impian anak sulung mereka yang mahu tidur di dalam khemah.
Dalam perkongsian tersebut, Tya memuat naik gambar khemah yang siap digunakan oleh anak-anaknya yang terhias cantik dan selesa untuk digunakan anak-anak. Khemah tersebut dibina di halaman rumah mereka.
Memang menarik, bukan sahaja anak-anak suka bahkan orang dewasa pun teruja untuk mencuba. hebat betul idea isteri kesayangan Asyraf Khalid ini untuk mengambil hati sekali gus memenuhi impian anak sulung mereka, Arif.
Jom kita cuci mata, mana tahu nanti ibu-ibu dapat idea untuk buat sendiri di rumah bagi anak-anak.
Malam ini kita tidur di kemah ya ⛺️ sahut cabaran Arif untuk tidur, seru juga sebenarnya..
Jadi rencana malam ini, nonton kartun- bakar mashmallow- pizza dan makan popcorn 🍿 🥩😍
Kreativiti Tya dalam menyiapkan khemah mendapat pujian ramai. Rata-rata mengatakan inilah antara cara ibu bapa untuk mengambil hati anak-anak yang kebosanan di rumah.
hanisnbilah Ni bukan khemahhhh😂😂😂😂😂😂😂 ni hotel ni!!! 😍😍😍😍
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Kemenangan Foziya Abdullahi sebagai Miss World Somalia 2026 bukan sekadar menambah satu lagi nama baharu dalam dunia ratu cantik antarabangsa, sebaliknya membawa bersama naratif...