Saban tahun secara tradisinya, Acer pasti akan mengadakan pelbagai tawaran dan jualan promosi istimewa untuk diberikan kepada pelanggan setianya.  Ia seakan satu simbolik buat Acer untuk menghargai pelanggannya sama ada daripada golongan pelajar, profesional dan sebagainya.

Lantaran itu pada tahun ini Acer Malaysia membawakan Acer Day 2023 dengan lebih istimewa apabila turut menganjurkan karnival yang  diadakan di kedai-kedai Konsep Acer terpilih pada setiap hujung minggu bermula 19 & 20 Ogos yang lalu dan berakhir pada 9 & 10 September 2023 ini.

Jom Serbu Ke Lokasi Terpilih!

Sebenarnya terdapat 16 lokasi akan berlangsungnya karnival Acer Day 2023 yang boleh anda kunjungi bersama seisi keluarga antaranya adalah dengan singgah di Karamunsing Mall, Setia City 2 Mall, Digital Mall, Aman Central, KB Mall, Mid Valley, Pavilion 2, Sunway Piramid, Ict Komtar Digital Mall dan beberapa lokasi yang lainnya seperti  disenaraikan di bawah ini.

ACER Day 2023,  Tawar Pelbagai Promosi Istimewa.  Rugi Jika Dilepaskan Begitu Sahaja!

IKLAN

Pastinya kemeriahan Karnival Acer Day 2023  yang dianjurkan ini  menjanjikan keterujaan yang tersendiri dan rugi sekiranya dilepaskan begitu sahaja oleh orang ramai.

Boleh Menang Hadiah!

Tidak dengan itu, pelanggan yang membeli produk di tempat berlangsungnya karnival ini juga akan dapat peluang untuk memutar roda sekali gus memenangi rebat tunai sehingga RM3,000 berdasarkan pembelian mereka. Memang Wow!

IKLAN

ACER Day 2023,  Tawar Pelbagai Promosi Istimewa.  Rugi Jika Dilepaskan Begitu Sahaja!

Bahkan turut diadakan jualan kilat pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang pada hari Sabtu di lokasi karnival Acer Day 2023 dengan menawarkan lebih daripada 90% diskaun untuk produk terpilih antaranya  seperti komputer riba, desktop, monitor dan beberapa produk lainnya.

IKLAN

Manakala buat pelanggan yang membeli produk terpilih sama ada di dalam talian atau di kedai Acer terpilih, layak untuk menebus kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai sehingga RM250 melalui a-redemption.com dan layak mengambil bahagian di dalam cabutan bertuah dengan tawaran hadiah bulanan bernilai sehingga RM100,000. Hadiahnya itu termasuk Swift Edge, Acer Porsche Mouse, kerusi permainan Predator, meja WoodyLab dengan ketinggian boleh laras, beg bagasi Acer Melbourne dan aksesori Predator.

Begitu juga buat pelanggan yang membeli komputer riba atau desktop permainan Predator dan Nitro terpilih dalam bulan Ogos ini akan dapat peluang tambahan untuk memenangi  tiket ke Sydney untuk Intel Extreme Masters (IEM) bernilai USD4,000 sepasang.

Jadi usah tunggu lagi, jom jadikan hujung minggu lebih bermakna dan meriah bersama  keluarga dengan turut serta di karnival Acer Day 2023.  Siapa tahu, mungkin anda adalah pemenang yang bertuah!

#MyAcer #AcerDay2023 #AceYourWorld

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI