Selepas lapan tahun membina nama dan populariti, pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail turut menerima tempias wabak Covid-19. Bisnes fesyennya sejak dua tahun lalu terpaksa bergelut dek pandemik tersebut.

Terkenal dengan tagline atau tanda pagar tukang jahit termahir Malaysia, dia mengakui pernah ‘terduduk’ seketika dek penangan pandemik.“Ada Yang Ingat Sudah Gulung Tikar.” Ezuwan Ismail Jual Makanan Viral Demi Survival, Tak Tinggalkan Kerjaya & Butik“Pandemik yang muncul tiba tiba tanpa diduga pernah hampir buat saya terduduk dan stres. Bayangkan operasi butik di Taman Dagang, Ampang tak boleh dibuka.

“Jualan baju di atas talian pun tak jalan ketika era pandemik.  Tahun lalu masih ada yang nak membeli. Tahun ini lagi ‘sakit’ sebab kuasa membeli tiada walaupun diberi harga promosi.

“Jelas orang tak sanggup habiskan duit untuk tempah baju ‘custom made’ atau beli yang sedia pakai.  Majlis kahwin pun tak boleh dibuat. Jadi baju kahwin pun pernah sampai tak ada permintaan langsung,” katanya yang pernah menjadi eksekutif jualan senior di beberapa buah butik jenama mewah sekitar 2010 sebelum bergelar pereka fesyen.

Dek kerana itu, suami kepada Zahie Omar ini ‘terpaksa’ berjinak jinak dengan dunia perniagaan makanan menjual juadah viral di bawah jenama Mok Neko termasuk karipap mini, ketupat, murtabak dan kek coklat.“Ada Yang Ingat Sudah Gulung Tikar.” Ezuwan Ismail Jual Makanan Viral Demi Survival, Tak Tinggalkan Kerjaya & Butik“Mahu atau tak, saya juga seperti pereka fesyen lain dan juga semua orang terpaksa cari alternatif lain untuk survival. Staf seramai sembilan orang di butik, saya tak buang. Tapi mereka dibayar gaji pokok saja.

“Realitinya, kuasa membeli makanan ada. Jualan aneka makanan dijual  menjadi dan berterusan hingga sekarang. Yang paling laku keras ialah karipap mini.

“Lucunya apabila saya berniaga makanan ada yang sampai tahap anggap saya sudah gulung tikar sebagai pereka fesyen,” katanya.

Begitu pun, bekas graduan bidang Diploma Seni Fesyen dan Rekaan ini optimis setiap yang terjadi pasti ada penyelesaian.

“Ada Yang Ingat Sudah Gulung Tikar.” Ezuwan Ismail Jual Makanan Viral Demi Survival, Tak Tinggalkan Kerjaya & Butik

“Sampai tahap sekarang walau apa terjadi, saya tak pernah terlintas nak tutup butik dan tinggalkan kerjaya pereka fesyen. Itu sudah jadi seperti darah daging dan nyawa saya. Sayang kalau saya mengalah kena fikir positif. Insya-Allah ada jalannya.

“Malah saya menambah cawangan butik yang kedua di negeri kelahiran sejak September tahun lalu. Alhamdulillah sudah setahun lebih beroperasi dan masih ‘survive’.

“Ada Yang Ingat Sudah Gulung Tikar.” Ezuwan Ismail Jual Makanan Viral Demi Survival, Tak Tinggalkan Kerjaya & Butik“Saya beruntung kerana golongan VIP termasuk kerabat Kelantan yang jadi pelanggan tetap. Antaranya isteri Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia (YAM) Che Puan Sofie Louise Johansson,” katanya.

IKLAN

Dalam pada itu,  Ezuwan mengakui ada ketikanya dia pernah rasa mahu berhijrah dengan keluarga tersayang ke luar negara.

“Ada Yang Ingat Sudah Gulung Tikar.” Ezuwan Ismail Jual Makanan Viral Demi Survival, Tak Tinggalkan Kerjaya & Butik

“Kadang kadang fikir kalau segala galanya menjadi semakin teruk termasuk perniagaan butik, saya mahu saja ‘migrate’ ke London dan tinggalkan semua yang ada di sini.

“Saya nak hidup normal di sana. Dapat kerja waktu pejabat pun cukup. Hujung bulan tunggu gaji masuk akaun bank.

“Pernah juga berseloroh dengan Che Ta apabila saya mesej ke telefonnya  ajak buka restoran di sana dan jadi rakan kongsi. Kalau jadi, best juga,” katanya.

Mengulas mengenai kontroversi yang pernah melanda dirinya gara-gara mahu terjun ke bidang nyanyian,  rupa-rupanya  pada 2019, dia pernah muncul dengan projek khas nyanyian bersama E1 Band  di samping Zulyasrani dan Ariff Imran.

“Ada Yang Ingat Sudah Gulung Tikar.” Ezuwan Ismail Jual Makanan Viral Demi Survival, Tak Tinggalkan Kerjaya & ButikDua single, Semalam Sahaja dan Rindu Lebaran menjadi bukti bakat kelahiran Kelantan ini mahu berkongsi bakat yang ada biarpun dikecam hebat. Malah ia juga gagal meninggalkan impak.

Ibarat berlalu sepi, hingga dia kembali fokus sebagai pereka fesyen. Begitu pun,  Ezuwan tetap berdegil mahu menyanyi.

IKLAN

“Ikutkan tahun ini saya muncul dengan single raya solo berjudul Lambaian Pagi Syawal ciptaan S Atan dan lirik Kopratasa.  Sudah rekod pun 10 Mac lalu.

“Tapi saya rasa kena tunda ke tahun hadapan. Kalau tak dipromosikan di arus perdana dan hanya untuk projek koleksi pakaian rekaan sendiri pun okey saja,” katanya.

Ezuwan optimis dan tidak mahu terus terbeban dengan skeptikal dengan pandangan ramai termasuk ‘haters dan netizen.

“Ada Yang Ingat Sudah Gulung Tikar.” Ezuwan Ismail Jual Makanan Viral Demi Survival, Tak Tinggalkan Kerjaya & Butik

“Saya jenis yang tidak cepat mengalah atau ‘tak makan saman’.  Kalau nak buat sesuatu, saya akan pastikan bikin sampai jadi. Ada yang cakap saya tak perlulah menyanyi dan fokus saja kerja hakiki.

“Tapi saya peduli apa. Saya mungkin bukan penyanyi hebat yang ada vokal ‘power’.

“Saya tetap nak nyanyi. Cakap dan kecam apa saja, insya-Allah suara saya tidaklah seteruk pengasas jenama produk lain,” katanya lagi.

IKLAN

ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!

Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

“Ada Yang Ingat Sudah Gulung Tikar.” Ezuwan Ismail Jual Makanan Viral Demi Survival, Tak Tinggalkan Kerjaya & Butik

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI