Allah berikan hidayah kepada hambaNya dalam pelbagai cara. Umum mengetahui sebelum ini Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 50 pernah berpisah dengan adik lelakinya Shahrizah Hussein kerana dia dipelihara oleh keluarga Melayu.
Selepas 36 tahun terpisah, hanya 10 tahun lalu mereka diketemukan semula. Lebih membahagiakan Adam Corrie kerana adiknya itu juga muslim.
“Ini adik lelaki saya, Shah. Kami terpisah selama 36tahun .. sejak beliau dilahirkan. Jumpa semula 10tahun lalu. Alhamdulillah Shah dibesarkan keluarga muslim sebagai muslim.
“Alhamdulillah sekarang beliau Sudah berusia 46thn. Masih bujang. Jadi dalam keluarga saya, saya dan adik saya, Shah sahaja yang muslim. Allah berikan hidayah Islam kepada hambaNya dalam pelbagai cara. .
Ads
“Ada yang bertuah, lahir dalam keluarga Islam. Ada yang perlu menjadi cahaya Islam bertahun-tahun baru dapat cahaya Islam Ada yang dihujung nyawa Allah campakkan hidayah Islam pada diri mereka.
“Walau bagaimana cara pun kita menerima hidayah.. yang penting kita istiqamah dalam hidup ini sebar kebaikan pada semua.
Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang
Sudah tentu ramai mengenali nama Hairul Azreen, seorang pelakon ‘Hero Malaya’ yang sering membintangi filem-filem aksi tempatan iaitu Paskal, Polis Evo 2 dan Wira.
Tidak dinafikan lagi, lakonan aksi oleh Hairul Azreen di layar perak sememangnya begitu hebat.
Namun pada masa yang sama kisah keluargannya turut mendapat perhatian peminatnya. Sejak kebelakangan ini, keluarga bahagia ini sering dilihat bersama orang kaya di Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan.
Ramai yang tahu bahawa mereka telah mendapat jemputan menaiki kapal mewah dan jet peribadi yang mendapat tajaan percutian mewah daripada Tan Sri Vincent Tan.
Terbaru Hairul memuat naik beberapa keping gambar dan video yang memaparkan dia dan ibu ayahnya dijemput menghadiri jamuan makan bersama hartawan itu.
Momen manis itu, bukan sahaja membuatkan peminat teruja, namun paling mengejutkan bahawa wajah ayah Hairul dikatakan mirip pengasas Berjaya Corporation Berhad.
Dengan kapsyen ringkas Hairul memperkenalkan ayahnya dan Vincent Tan disertakan usia mereka.
“Saya kenalkan Tan Sri Vincent Tan & abah saya Idris Ali @eddyris”
Abah 71 tahun. Tan Sri 70 tahun. This year.”- Hairul Azreen
Melihat gambar dan video yang dikongsikan di akaun media sosial pelakon aksi lasak itu, ramai pengguna sosial media memberi komen mengakui bahawa ayahnya dan jutawan berkenaan mempunyai wajah yang sama.
Namanya pernah gah suatu ketika dahulu namun selepas berkahwin, sedikit tenggelam ditambah dengan kehadiran muka-muka baru yang tak kurang hebatnya.
Biarpun kelibatnya jarang muncul di kaca tv, namun tawaran menyanyi tidak terhenti malah dia tetap aktif di luar sana.
Terbaru, Ayu menyertai program Gegar Vaganza (GV) yang membuka pentas persaingan bermula 11 Oktober lalu bersama 13 lagi peserta lain.
“Sejak program ini diperkenalkan, saya tidak pernah ketinggalan untuk menyertai sesi ujibakat dengan harapan terpilih menjadi salah seorang peserta. Alhamdulillah kali ini rezeki menyebelahi saya sehinggalah dipanggil untuk beraksi dalam GV7.
“Sebelum ini, saya tetap aktif cuma orang jarang nampak. Malah ada yang beranggapan tak keluar tv, show merudum kerana orang tak panggil. Sebenarnya itu semua atas diri sendiri.
“Kalau kita tak aktif dan keluar depan khalayak orang takkan tahu saya masih ada di dalam industri ini. Populariti atau keluar atau tidak di kaca tv itu bergantung pada diri kalau di tv tetapi tak ada show tak berbaloi juga kan.
“Alhamdulillah rezeki saya tiba pada musim ketujuh ini dan ia cukup bermakna buat saya kerana penantian saya selama ini berbaloi.
“Terus-terang saya cakap, walaupun beberapa kali gagal tersenarai sebelum ini, saya tidak pernah berputus asa, malah sentiasa ada keinginan untuk cuba lagi dan lagi sehingga saya dapat,” ujar Ayu tanpa berselindung.
Menurut Ayu, dia tekad untuk mencuba nasib di pentas GV kerana percaya ia merupakan satu platform yang mampu memberikan impak positif dalam kerjaya seninya selepas ini.
“Bagi saya, GV satu-satunya pentas yang memberi peluang kepada seseorang penyanyi untuk menunjukkan kebolehan mereka menyanyi pelbagai genre lagu dan dinilai.
“Itu antara sebab kenapa saya nak sangat masuk GV dan beraksi di pentas itu kerana saya mahu mencari apa sebenarnya yang saya ada.
Suara asli hilang lepas bersalin
Mengakui suaranya sedikit hilang ‘original’ usai melahirkan anak, Ayu Damit yang juga dipanggil Ayu One In A Million tidak menyesal dengan keputusan mendirikan rumah tangga.
“Saya menyanyi kerana minat dan tak penat walaupun terpaksa struggle. Saya pernah ‘stop’ jadi suara asal tu dah ‘hilang’ jadi saya kena selalu berlatih untuk dapat kembali suara asal. Sebab itu saya terima semua tawaran tak kisah berapa yang diberi asalkan saya boleh berlatih menyanyi.
“Kalau sebut bab kahwin dan dapat anak antara sebab saya hilang suara original, memang kadang rasa rugi tapi bila difikirkan kelebihan lain yang diperoleh saya rasa keputusan saya ambil tepat. Saya boleh pelbagaikan range, mungkin sekarang kekuatan saya di bawah low note. Saya kena berlatih lagi jika mahu dapat kembali original note.
“Soal takut tu tak timbul cuma mungkin tanggapan orang bahawa saya boleh menyanyi note tinggi. Tapi sekarang mereka kena tahu saya juga boleh nyanyi low note.
“Kalau lepas ini diberikan lagi rezeki mengandung anak keempat saya tetap terima cuma buat masa sekarang fokus lebih kepada kerjaya,” ujar Ayu Damit atau nama sebenarnya Norayu Damit.
Pernah tukar 16 pembantu
Ditanya mengenai pengurusan anak-anak, Ayu mengakui dia dan suami menguruskan sendiri memandangkan tiada pembantu.
“Dua tahun kami asyik bertukar pembantu kerana tak serasi, jadi lebih baik kami uruskan sendiri. Setakat ini 16 pembantu asyik bertukar dalam setahun lebih. Pengalaman itu mematangkan kami kerana pembantu yang di ambil ini ada yang lari dan ada yang tidak sesuai dan tak boleh buat kerja. Pengalaman mematangkan kami.
“Nasihat kami kalau nak ambil ejen, pilih yang betul-betul kerana bila diberi pembantu yang tidak tahu buat kerja atau terlatih atau jaga budak misalnya. Jangan yang asyik malas buat kerja, asyik main telefon dan sebagainya. Biasa kami akan bergilir-gilir untuk menguruskan anak jika terpaksa outstation. Memang agak susah bila terpaksa uruskan sendiri anak-anak tetapi kami dah biasa.
“Memang anak-anak selalu ikut kalau kami outstation dan cikgu sekolah sudah sedia maklum. Biasanya saya akan beri surat awal untuk minta pelepasan anak. Mungkin nampak macam mengganggu anak-anak sekolah, tetapi kami pastikan dia tetap belajar walaupun tak pergi sekolah. Yang kecil pun kami sudah masukkan dia ke taska untuk memudahkannya dikemudian hari,”ulas Ayu lagi.
Bisnes tanam cili
sebagai pengusaha tanaman cili yang berasaskan fertigasi sejak tahun lalu, perusahaan tersebut dilakukan bersama suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin. Ternyata pilihannya memilih sektor pertanian tidak salah kerana usahanya semakin berbaloi.
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan walaupun pun pada peringkat awalnya, saya ingat konsep fertigasi ini senang nak diusahakan. Tapi konsep fertigasi ini berbeza dengan cara penanaman biasa,” katanya.
Tambah Ayu lagi, tanaman itu senang diusahakan berbanding jenis tanaman lain dan hasilnya juga singkat selain boleh dikomersialkan untuk mendapat lebih keuntungan.
“Kita semua tahu rakyat Malaysia suka menu pedas dan tentunya, permintaan untuk lada khususnya adalah tinggi. Kerana itulah kami sepakat melakukan perusahaan ini dan Alhamdulillah setelah hampir beberapa bulan dah dapat tengok hasilnya,” katanya menanam nenas dan kelapa sebelum ini.
Suami stylist tudung
Mengambil keputusan berhijab pada 2015, akui Ayu semuanya bermula dengan suaminya sendiri.
“Tiga empat tahun baru memakai tudung. Kebetulan suami suruh jadi saya cakap boleh pakai tudung tapi daddy kena beri pada saya. Lebih bermakna kalau daddy belikan dan beri saya pakai. Waktu itu kami baru habis pantang anak ketiga. Tiga tahun yang lalu.
“Awalnya memang saya ragu-ragu dan berfikiran negatif takut pakai tudung ada lagi ke tawaran, orang kenal ke nanti dan macam-macam soalan lain. Tapi suami cakap jangan takut kalau ada rezeki adalah. Jadi suami belikan tudung dan terus saya pakai. Dan kekal sehingga sekarang alhamdulilah.
“Tapi yang lebih bermakna adalah suami saya sendiri yang pakaikan atau style kan untuk saya. Dia rajin lihat cara pemakaian artis lain yang bertudung. Dia selalu ikut saya ke mana sahaja show memandangkan kami tak ada pembantu rumah. Jadi sama-sama uruskan.
Cuaca yang panas ketika ini bukan sahaja kita terasa teriknya malah tanaman yang kita tanam pun akan nampak kering dan layu. Apatah lagi jika tidak disiram berhari-hari dek kerana kita pergi bercuti.
Bimbang tanaman mati kerana kering kontang, apa kata lakukan seperti yang dilakukan oleh Wan Zul Azri ini.
“Musim panas ni..kalau nak travel..boleh try cara ni…insyallah…cukup untuk 4 hari…”-Wan Zul Azri
Bahan-bahan yang diperlukan :
Botol minuman dan tali
Langkah demi langkah :
1. Tebuk lubang pada bahagian botol.
2. Tali dipotong.
3. Masukkan tali ke dalam botol.
4. Isikan botol dengan air dan letakkan di sisi tanaman dan pastikan tali ditenam berdekatan batang pokok seperti di dalam gambar.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.