Luaran yang nampak cantik bukan sahaja memerlukan penjagaan wajah dan penggunaan solekan semata-mata. Tetapi adalah juga dengan gabungan penjagaan kesihatan dan kecantikan dari dalam.
Umpamanya dengan mengamalkan petua orang lama sebagai salah satu cara alternatif disamping pengambilan pemakanan sihat untuk kekal cantik dan sihat.
Ini sebagaimana perkongsian tentang Air Sihat Cantik yang diamalkan oleh pasangan suami isteri ini. Nak tahu lanjut, hadam perkongsian ini.
Air Sihat Cantik
Tunggu suam, perah lemon dan minum..
Ads
Alhamdulillah, baru beberapa hari minum badan rasa segar dan ringan..khasiat lain antaranya mencantikkan kulit, membuang lemak, melancarkan perjalanan darah, baik untuk sistem penghadaman dan banyak lagi.
Cara-cara:
Rebus halba, halia, serai dengan 3 cawan air sehingga mendidih.
Tunggu suam baru perah lemon.
Ads
.
Tips: Untuk kesan yang optimum rebus halba sehingga pecah biji. Lagi kuning warna air lg bagus. Saya amalkan sehari segelas sebelum tidur. Sukatan ni dapat dalam 2 gelas air.. saya buat bila nak minum je untuk suami dan saya.
Ads
Nak sihat dan cantik kena konsisten.. selamat mencuba
*Untuk ibu yang menyusu, Halba baik untuk banyakkan susu tapi tidak perlu letak halia dan lemon. Ikut keserasian badan masing-masing.
*Bagi wanita yang mengandung tidak sesuai diamalkan.
Setiap wanita yang telah berkahwin dan telah pun melalui proses kelahiran untuk beberapa kalinya, sewajarnya lebih mengambil berat dalam penjagaan dalaman wanita.
Ini penting bagi menjamin hubungan intim suami isteri tetap hebat. Bagi tujuan ini, wanita Melayu banyak mengamalkan minuman herba dan salah satunya sebagaimana yang dikongsikan oleh Pn Aida ini. Diharap dapat memberi manfaat dan serasi dengan tubuh anda.
Jus kembali perawan
Bahan-bahan:
5 biji ibu kunyit hidup
7 helai daun sirih
5 ketul temu kunci
10 ketul gula batu
10 biji asam- (segenggam)
1 liter air kosong
Cara buat:
1. Bersihkan kunyit dan temu kunci buang kulitnya.
2. Basuh bersih2 bersama2 daun sireh. Jangan pulak pakai sabun.
3. Kisar semua bahan yg dah bersih tu sampai lumat gunakan air yg dah disukat tadi.
4. Masuk dalam periuk penuhkan dan tuang baki air dari botol tadi.
5. Masukkan gula batu dan asam.
6. Masak sampai mendidih.
7. Sejukkan tapis guna penapis yg paling halus . Biarkan sejuk masukkan dlm botol boleh simpan dalam peti ais.
8. Biarkan mendap baki hampas kunyit, baru lah boleh diminum.
Ekstra tip : Boleh juga masukkan sedikit halia, cekur masa mengisar untuk buang angin.
Cubalah ye.. insyaAllah masalah dalaman wanita akan berkurangan. Minum segelas kecil pagi dan petang. Selamat mencuba
Kredit : Aida Md Salleh via Mahn
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rahsia cantik sebenar, selain datangnya daripada penjagaan wajah, penampilan diri dan kesihatan tubuh badan, pemakanan yang sihat dan cukup nutrisi merupakan elemen utama untuk tampil cantik luar dan dalam.
Makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kunci kepada rahsia tubuh yang cantik dan sihat. Buah misalnya memang banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita.
Beberapa buah dan sayur yang dikenal pasti punya banyak kelebihannya buat tubuh lebih sihat dan cantik luar dalam. Rugi kalau tak makan buah dan sayur ni!
1. Oren Pembekal Folate
Pertubuhan Jantung Amerika pada satu persidangan mengenai tekanan darah tinggi membuktikan golongan muda dan remaja amat memerlukan asid folik untuk kecantikan dan kesihatan tubuh.
Remaja yang mengambil jumlah asid folik dengan mencukupi dapat menurunkan risiko menghidap tekanan darah tinggi.
Buah oren merupakan sumber terbesar folate yang bukan hanya berupaya menurunkan risiko tekanan darah tinggi malah juga membekalkan nutrien yang baik untuk kesihatan kulit.
Malah, diet tanpa asid folate setiap hari akan berisiko tinggi menghidap kanser. Jadi cegahlah kanser dan miliki kecantikan dalaman yang baik dengan sebiji buah oren segar setiap hari.
2. Khasiat Sayuran Hijau
Sayuran hijau mengandungi jumlah nitrogen yang berupaya mencegah sel-sel dalam badan kita daripada berkembang menjadi kanser yang merbahaya.
Malah sayur-sayuran hijau seperti sawi, kangkung dan bayam juga mengandungi beta-carotene dan serat tersendiri yang baik untuk tubuh. Malah serat ini juga baik untuk sistem penghazaman makanan dalam tubuh.
3. Peria tinggi khasiat
Buah peria atau nama saintifiknya ‘Momordica charantia’ merupakan sayuran yang cukup tinggi khasiatnya. Biarpun rasanya pahit namun khasiatnya berganda pada tubuh.
Buah peria mengandungi zat dan vitamin yang tinggi. Antara zat yang terkandung ialah protein, karbohidrat, lemak, serabut, kalsium, zat besi, fosforus, kalium, natrium, karotenea beta, vitamin B1 dan B2. Kandungan zat dan vitamin ini boleh diperolehi setiap kali mengambil 100 gram peria.
4. Buah naga tingkatkan daya tahan
Tidak rugi jika anda mula menggemarinya kerana mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah naga dengan isinya yang merah mempunyai banyak khasiat.
Buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.
Malah buah ini juga dikatakan cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.
Kajian menunjukkan buah naga merah ini amat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.
5. Bayam bantu masalah anemia
Bayam merupakan makanan pilihan untuk membantu kekurangan darah anda. Bayam yang kaya vitamin A, C dan E ini juga mengandungi zat besi yang tingi seperti kalsium, potasium, magnesium, mangan dan zink.
Bayam mampu membekalkan zat besi yang diperlukan bagi membantu membekalkan darah yang kurang. Kerana itulah ia paling disarankan untuk penghidap anemia.
Selain dimasak rebus, bayam juga boleh dipelbagaikan dengan minum air kisarannya atau dimasak seperti biasa tanpa menghilangkan zat-zatnya.
6. Anggur pembekal kolagen tinggi
Tak perlukan suntikan, cukup hanya dengan makan anggur. Anggur merupakan pembekal kolagen tinggi untuk kulit sihat.
Bukan hanya buah malah minyaknya yang kaya dengan OPC (Oligomeric Proantho Cyanidin) mengandungi bahan antioksida dan unsur semulajadi yang begitu penting untuk kesihatan tubuh.
Di dalamnya juga terdapat bahan semula jadi dan tidak bertoksid. OPC juga kaya dengan protin terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama dalam pembentukan sel dan tisu.
Malah kesan OPC ini juga berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C untuk mencantikkan dan menggalakkan pembaikan dan pembentukan tisu.
Dengan fungsi yang begini hebat, mengapa harus anda memilih untuk sakit dengan menyuntik setiap bulan? Tepuk dada tanyalah apa yang terbaik untuk diri anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walaupun mengemas rumah setiap hari tetapi rumah kita hanya bersih daripada habuk dan kotoran sahaja tetapi tidak pula kekal harum aromanya.
Sebenarnya ada beberapa cara yang dapat mewangikan rumah dan rasa lebih segar baunya. Caranya bagaimana? Ada banyak cara yang kita kenal pasti supaya rumah kita tak berbau hapak dan busuk.
Cuba periksa beberapa perkara ini dan ikut langkah ini untuk pastikan rumah lebih berbau harum dan segar. Jom cuba!
Periksa Karpet
Sesekali periksa karpet di ruang tamu atau ruang makan. Adakalanya anda mungkin tak perasan anak tumpahkan air di atasnya. Mungkin ini puncanya bau hapak di rumah anda. Jika tiada bau sekalipun, sesekali jemurlah karpet pada cuaca yang panas. Tak perlu diangkat, rapatkan sahaja ke dinding tingkap. Pastikan kena cahaya.
Buka Tingkap
Ketika keluar rumah, pastikan tingkap dibukakan sedikit supaya adanya aliran udara yang keluar masuk. Jangan buka terlalu besar, cukup hanya sekadar melalukan udara. Cara ini buat udara lebih bersih dan bau pun kurang.
Udara Masuk
Walaupun rumah anda menggunakan penghawa dingin setiap hari. Sesekali dihujung minggu, bukalah tingkap untuk membolehkan udara segar masuk ke rumah. Cahaya panas yang masuk membolehkan bau dikurangkan.
Penyegar Udara
Kalau kita ada memelihara haiwan peliharaan seperti kucing di dalam rumah, wajib mempunyai pengegar udara. Cara ini sangat berkesan. Selain sentiasa memastikan kebersihan dijaga, perlu pasangkan penyegar udara ini supaya dapat mengurangkan baunya.
Cara Harumkan Rumah
Nak harumkan rumah kita senang sahaja. Setelah memeriksa mana-mana ruang yang berpotensi mengeluarkan bau kurang enak dan lakukan semua perkara di atas, anda kenalah pula menggunakan beberapa altenatif untuk kekal segar. Begini caranya.
#Petua 1 -Hirisan Daun Pandan
Sesekali rajinkanlah diri untuk menghiris daun pandan dan letakkan di dalam bekas terbuka. Sembur sedikit wangian dan biarkan di rumah tamu rumah kita. Jika malas, ambil sahaja daun pandan dan ikatkan kemas. Kemudian letakkan pada penjuru rumah kita.
#Petua 2 -Sembur Langsir
Bagi memastikan langsir sentiasa terjaga dengan cantik dan harum baunya, semburkan langsir dan seluruh fabrik dirumah kita seperti kusyen dan sofa dengan pewangi. Wangian berbentuk lemon atau ros antara yang serasi dengan bau rumah. Semburkan sahaja dengan kerap!
#Petua 3- Guna Lemon
Di ruang dapur, letakkan hirisan lemon di dalam segelas air dan biarkan sahaja ia mengeluarkan bau yang enak. Boleh juga diletakkan pada ruang-ruang lain jika anda suka.
#Petua 4- Lap Perabot
Satukan air bersama pelembut fabrik kemudian lapkan pada perabot di rumah kita. Bukan hanya dapat elakkan habuk yang melekat tetapi baunya kekal harum.
#Petua 5 – Udara Wangi
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, satukan tiga bahan ini iaitu pelembut fabrik, cuka dan juga air.
Kemudian semburkan sahaja pada seluruh rumah. Gabungan dua bahan ini memperbaiki udara yang lebih bersih dan baunya pun harum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Akta Penjagaan Ibu Bapa bakal diperkenalkan bagi memastikan kebajikan warga emas terus terjamin serta mengukuhkan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa mereka.