
Ajal selepas solat tarawih, dua sahabat maut, kereta dipandu hilang kawalan. Dua remaja lelaki maut dalam satu kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent di sini pada Khamis, ketika dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat tarawih.
Ajal Selepas Solat Tarawih, Dua Sahabat Maut, Kereta Dipandu Hilang Kawalan
Mangsa, Muhammad Dhani Arumi Mohd Azlan dan Muhammad Danish Iqbal Mohd Niza, merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar (SMKDSO). Ketika kejadian, mereka menaiki sebuah kereta Perodua Myvi bersama tiga lagi rakan sebaya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, dalam insiden tersebut, tiga rakan mereka mengalami kecederaan parah.
“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan lima remaja lelaki berusia 18 tahun yang menaiki sebuah Perodua Myvi. Kenderaan itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui Jalan Alor Mengkudu sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang, pokok kelapa serta sebuah hentian bas.
“Perlanggaran itu menyebabkan kesemua mangsa tersepit dalam kenderaan dan usaha menyelamat terpaksa dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan dua daripada lima mangsa, iaitu penumpang hadapan sebelah kiri dan penumpang belakang sebelah kiri, meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut, manakala tiga lagi yang mengalami kecederaan parah kini dirawat di zon merah hospital sama.
Siti Nor Salawati turut memaklumkan bahawa siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu media melaporkan dua remaja lelaki maut, manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar penghadang jalan di Jalan Tanjung Bendahara di sini pada Khamis malam.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Pernah Tular Enam Ahli Keluarga Terkorban Kemalangan Jalan Raya, Abdur Rahman Kini Sambung Pengajian
Imam Maut Kemalangan Jalan Raya Lepas Lawat Isteri Baru Bersalin Di Hospital
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my