Nama Abang Viva terkenal sejak dia sanggup memandu Perodua Viva yang membawa bot penyelamat untuk membantu para mangsa banjir yang terkandas baru-baru ini.
Pelbagai pihak tampil memberi hadiah dan sumbangan untuk menghargai jasanya termasuklah menawarkan kereta dan motorsikal.
Selepas menerima sebuah motosikal berkuasa tinggi, akhirnya kereta 4×4 yang dijanjikan oleh seorang usahawan kosmetik dikenali sebagai Sha Hasan telah sampai kepada Abang Viva atau Nama Sebenarnya Azwan Omar.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Sha Yang meluahkan rasa syukur kerana proses mendapatkan kereta berkenaan berjalan dengan lancar dan kereta tersebut yang sepatutnya harus menanti dua hingga tiga bulan berjaya diperoleh dalam beberapa minggu sahaja.
Susulan daripada itu, Sha dan suaminya membuat kejutan dengan menghantar sendiri kereta tersebut ke rumah Abang Viva.
Ads
Kedatangan Sha dilihat apabila Abang Viva membuat perkongsian secara live ketika Usahawan tersebut tiba Di rumahnya.
Malah, kejutan tersebut dikatakan dibuat khas untuk ibu dan bapa Azwan yang dilihat begitu terharu sehingga menadah tangan mengucapkan syukur diatas pemberian tersebut. Video berkenaan juga telah dimuat naik kembali oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @iman91094.
Perkongsian daripada Hanif ini tentang tip untuk menghasilkan kek sarang semut yang ‘menjadi’, sangat bagus dijadikan info. Jom semak perkongsiannya dan bolehlah dicuba resipi yang disediakan olehnya itu.
Tip Buat Kek Sarang Semut
Salah satu sebab kek sarang semut terbahagi kepada dua layer setelah dibakar (atas gebu bawah bersarang) adalah kerana telur dipukul hingga kembang, telur hendaklah cuma disebatikan tanpa perlu dipukul hatta diwhisk sekali pun….untuk mendapatkan kek sarang semut yang cantik, pantang larang telur ini perlu diikuti tanpa gagal. Selamat mencuba.
Kek sarang semut yang menjadi adalah apabila kek itu kenyal dan meliuk-liuk, jika kek sarang semut yang anda buat menjadi gebu maka ianya tidaklah menjadi, resipi saya ini 100% menjadi dengan syarat ikutlah 100% , jangan memandai nak ejas sana sini…jangan memandai nak derhaka..
(RESEPI KEK SARANG SEMUT@GULA HANGUS) Bahannya, 1 1/4 cawan gula halus 1 cawan air panas 125gm butter 4 biji telur A 1/4 cawan susu pekat manis 1 cawan tepung gandum 2 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu teh esen vanilla, 1sudu kecil serbuk koko@milo
Caranya 1. Cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
2. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul,pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.(takut pahit)
3.Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. (hati hati kerana akan mendidih yang amat menakutkan)campurkan serbuk koko
4.Bila dah cair sejukkan hingga mencapai suhu bilik.
5.Dalam bekas lain cairkan marjerin@mentega.
6.Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik.
7.Ketepikan kedua bahan ini, Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah disediakan bahan yang lain.
8.Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, JANGAN PUKUL, JANGAN PUKUL, JANGAN DERHAKA MANDAI MANDAI NAK PUKUL SAMPAI KEMBANG, CUMA KACAU DENGAN WHISK HINGGA SEBATI SAHAJA, JANGAN PUKUL JANGAN PUKUL.
9.Kemudian masukkan susu pekat (SUHU BILIK)
10.Kemudian gaul rata perlahan sahaja, Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan,tambahkan esen vanilla Kemudian ayakkan tepung dan soda bikabornat gaul hingga rata perlahan lahan.
11.Akhir sekali tuangkan gula hangus dan gaul rata,tapiskan ke dalam loyang yang telah dialaskan dengan parchment paper kemudian perapkan selama sekurang kurangnya 3 jam atau lebih(saya perap selama 4jam)
12. Setelah itu bolehlah dibakar pada suhu 170c selama 45 minit atau sehingga masak.
13. Setelah masak keluarkan dari loyang dan letakkan di atas redai untuk menyejukkannya..setelah sejuk bolehlah dipotong untuk dihidangkan.
Sumber : Hanif Muhammad via Resipi Dari Dapur Kita
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila kelahiran cahayamata tentunya pasangan yang bergelar suami isteri akan melahirkan rasa gembira. Anak dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh.
Bagi yang hanya mempunyai seorang anak sudah tentu tiada ada masalah. Namun bagi yang mempunyai anak ramai tentu sukar untuk menguruskan anak masih bayi pada masa yang sama perlu memantau anak-anak kecil yang lain.
Ia tentu sesuatu yang lelah buat ibu. Namun tidak bagi puan Asiah Abd Jalil yang mempunyai cara tersendiri untuk menguruskan anak.
Malah katanya, sejak anaknya masih bayi lagi, beliau telah menggunakan pendekatan yang berbeza dalam hal menjaga anak agar mudah diuruskan supaya tidak banyak meragam. Ikuti cara yang dipratikkanya. Moga boleh dijadikan panduan.
Cara saya jaga newborn. Semua petua orang tua-tua saya langgar. Sebab tu saya tak boleh berpantang di kampung. Dari anak sulung sampailah anak kesepuluh ni, saya memang koboi aje jaga baby.
Takde mitten, takde bootie, takde barut, takde bedung. Cuma saya selimutkan sahaja kalau baby sejuk. Mitten, bootie, barut dan bedung tu saya pakaikan kat baby kalau nak keluar rumah aje. Sekadar nak berlakon depan orang, sebab malas nak bersoal jawab. From day one, baby digalakkan explore dunia. Baby bebas gerakkan tangan dan kaki. Hisaplah jari tu, cakarlah muka tu, no hal. Kaki belajar tendang dan tolak. Berlatih angkat kepala macam kura-kura. Cuba pusing badan kiri kanan.
Nak tidurkan baby, saya tepuk-tepuk aje. Takde buai, takde swing, takde rocking chair, semua tu tak pernah ada di rumah saya. And strictly no pacifier! Ada sebab kenapa puting tu dipanggil “dummy”. Tak gamak saya nak tipu baby sendiri, tak sanggup nak ajar baby bertenang dengan puting kosong. Saya juga tak ajar berdukung bagai. Letak aje baby atas tilam, pandai-pandailah dia tidur sendiri. Saya cuma selawat, zikir dan nyanyi dari jauh aje. Supaya baby tak rasa takut keseorangan, dia boleh dengar suara orang kat sebelah dia.
Saya selalu bercakap dengan baby. Kalau baby meragam, membebel aje bagi nasihat kat dia. Anggap saja baby boleh faham, hahaha…
Ramai orang heran, anak-anak saya sangat mudah dijaga, dari baby sampai ke besar. Anak-anak saya tak reti meragam, tak reti tantrum, tak banyak songeh, senang suruh tidur, takde menangis tak tentu pasal dan sangat jarang sakit.
Saya percaya bahawa setiap insan belajar sejak hari pertama dilahirkan. So dari hari pertama lagi kita dah kena start ajar baby.
Ramai ibu bapa terlalu manjakan newborn sebab katanya nak wujudkan bonding dengan baby. Saya percaya proses bonding tak semestinya bermaksud overly attached. Baby perlu diajar berdikari, but at the same time dia tahu yang ibunya ada di sisi.
Kasih seorang ayah tidak semestinya lahir daripada pertalian darah. Ada insan yang hadir sebagai ayah tiri, namun pengorbanan, tanggungjawab dan kasih sayangnya begitu besar sehingga terpahat dalam hati seorang anak sepanjang hayat.
Begitulah kisah menyentuh hati yang dikongsikan oleh Wan Aiman Nabihan Wan Talib, 20, apabila dia menerima anugerah kecemerlangan di kampus pada hari yang sama bapa tirinya, Allahyarham Sahrulnizal Shamsudin, 50, dikebumikan.
Bagi Wan Aiman, anugerah tersebut bukan sekadar pengiktirafan akademik, malah dianggap sebagai hadiah terakhir buat insan yang telah membesarkan dan menjaganya seperti anak kandung sendiri.
Wan Aiman berkata, dia tidak pernah menganggap Allahyarham sebagai seorang ayah tiri kerana layanan yang diterimanya sejak kecil tidak pernah berbeza dengan anak kandung.
“Bukan mahu minta simpati cuma sekadar berkongsi kerana mengenangkan jasa arwah membesarkan saya walaupun dia ayah tiri.
“Anugerah itu saya anggap sebagai hadiah terakhir buat ayah kerana tak mampu nak balas jasanya sampai bila-bila,” katanya.
Menurut Wan Aiman yang menetap di Setapak Jaya, Allahyarham bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah.
Pada 25 Jun lalu, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami saluran pernafasan tersumbat ketika melakukan rondaan.
Beliau ditemui rebah oleh rakan sekerja sebelum dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Wan Aiman mengakui dia sangat terkejut kerana sepanjang pengetahuannya, arwah tidak pernah mempunyai masalah kesihatan yang serius.
“Setahu saya, arwah ayah tiada masalah kesihatan jadi agak terkejut dengan pemergiannya dan bergegas ke hospital bagi membantu urusan berkaitan kematian selain memberi sokongan kepada adik tiri.
“Cuma pagi keesokannya iaitu sementara menunggu jenazah dibawa pulang, saya ‘berlari’ ke kampus untuk mengambil anugerah kecemerlangan.
“Tapi tak lama kerana bergegas semula balik untuk bantu uruskan pengebumian ayah hingga selesai,” katanya.
Wan Aiman yang merupakan penuntut Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Professional Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata, walaupun hubungan mereka tidak begitu rapat apabila dia meningkat dewasa, rasa hormat dan kasih terhadap arwah tidak pernah berubah.
Menurutnya, selepas ibunya berpisah dengan bapa kandung pada tahun 2011, Allahyarham mengambil tanggungjawab membesarkan dirinya bersama tiga adik-beradik tanpa pernah berkira.
“Saya tak pernah anggap ayah macam bapa tiri begitu juga arwah yang melayan saya dengan adik seperti darah dagingnya.
“Selepas ibu berpisah dengan bapa kandung pada 2011, saya bersama tiga adik beradik tinggal bersama ayah.
“Sejak awal, ayah yang tanggung semua malah tak pernah berkira. Walaupun tegas, ayah santai orangnya dan sebab itu saya suka ayah hantar ke sekolah dulu,” katanya.
Wan Aiman berkata, dia dan adik-beradik tinggal bersama Allahyarham sehingga Tingkatan Empat sebelum tinggal berasingan selepas ibunya dan bapa tirinya berpisah pada tahun 2022.
Bagaimanapun, perpisahan tersebut tidak pernah memutuskan hubungan baik antara mereka.
“Perpisahan itu bukan pengakhiran kerana saya tetap terus menghormati dan menyayangi ayah,” katanya.
Bagi Wan Aiman, kasih sayang dan jasa Allahyarham akan terus dikenang walaupun insan yang dipanggil ayah itu sudah tiada di sisi.
Kini, Wan Aiman reda menerima ketentuan Ilahi dan akan terus mendoakan kesejahteraan Allahyarham di alam sana.
“Saya berdoa semoga kubur ayah dilapangkan dan dipermudahkan segala urusannya di alam sana.
“Semoga ayah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Sebagai anak, saya akan buat sesuatu yang boleh membanggakan ayah walaupun dia sudah tiada,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Bekalan Rantaian Makanan dan Logistik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Kisah Wan Aiman menjadi peringatan bahawa kasih seorang ayah tidak hanya bergantung kepada hubungan darah. Keikhlasan menjaga, membesarkan dan berkorban demi masa depan anak-anak adalah nilai yang jauh lebih besar.
Semoga Allahyarham Sahrulnizal Shamsudin ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta diberikan keampunan dan rahmat-Nya. Semoga juga Wan Aiman terus cekal mengejar impian dan menjadi insan berjaya demi membanggakan arwah yang begitu berjasa dalam hidupnya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.