Kita hanya merancang tapi yang menentukan adalah Dia Yang Satu. 26 tahun menanti untuk menimang anak perempuan, doa tersebut dimakbulkan dan bahagia kian bercambah menanti orang baru.
Lebih bermakna bila mana wanita ini berkongsi kegembiraan dengan anak dan menantu yang turut menimang cahaya mata sulung. Assalammualaikum semua ahli KIMM.. Pertama kali bersiaran disini. Saya berumur 44 tahun n menantu saya berumur 24tahun. Kami telah sama2 selamat melahirkan baby girl dgn izin Allah.
Ank saya Puteri Delisha lahir pd 27 June 2020 dan cucu saya lahir pd 15 April 2020. Alhamdulillah Allah permudahkan proses kelahiran ank kami dgn mudah secara normal.. Kami doakan semoga ibu2 KIMM yg ada disini dipermudahkn juga urusan bersalin nnti.. Aamiin
Namun Allah sekali lagi menguji keluarga ini. Suami yang disayangi pergi buat selama-lamanya tatkala si kecil baru berusia sebulan dan isteri masih dalam pantang.
Ads
Lelaki ini tidak sempat melihat anaknya membesar. Kisah sedih ini dikongsikan oleh Suri Hati menerusi laman Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) – Official.
Kegembiraan wanita ini menimang cahaya mata perempuan selepas 26 tahun menunggu akhirnya bertukar duka apabila kemudiannya memuat naik berita mengenai pemergian suami beberapa hari kemudian.
Ads
Dalam pada itu, dalam satu lagi perkongsian menerusi laman yang sama, wanita ini memuat naik gambar terbaru bayinya dengan kapsyen yang cukup meruntun hati.
Assalamualaikum. Saya Puteri Delisha Binti Roslan. Doakan mak saya kuat utk membesarkan saya yg baru kehilangan papa di usia saya sebulan dlm pantang.
Ads
Terima kasih kpd warga KIMM yg telah mengucapkan tahniah dan takziah di atas post mak saya di group ni hari tu. Allah hadiahkan seorang ank perempuan buat mak n papa saya setelah 26tahun mereka menanti tapi akhirnya Allah ambil terus papa saya dan gantikan saya utk menemani kesedihan mak. Semoga perancangan Allah ini ada hikmahnya.. Aamiin.
Dalam pada itu, dia juga turut memohon orang ramai mendoakan semoga dia tetap kuat dan tabah dengan ujian yang menimpanya.
Selebriti yang satu ini memang dengan sikapnya yang happy go lucky, baik ketika menjadi pengacara mahupun melaksanakan tugasnya sebagai penyampai radio. Malah sikap ‘gila-gilanya itu menceriakan suasana.
Sebut sahaja nama Sharifah Shahirah, atau Shiera pasti semua kenal. Telatahnya yang mencuit hati disamping petahnya dia bercakap membuatkan ramai yang tidak kering gusi apabila berada berdekatannya.
Jarang dia bercerita soal rumah tangga biarpun 16 tahun hidup sebumbung dengan suaminya, Ijoy. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Baru-baru ini, Shiera memuat naik sekeping gambar menunjukkan jarinya yang kosong tidak terisi cincin kahwin. Menurutnya, cincin kahwin terpaksa ditanggalkan kerana sudah tidak muat
Tak pakai cincin kawin bukan bermaksud tak bahagia dah
Tapi dah gatal gatal…16 tahun pakai
Ooo maksud dah tak muat …lalalalalalla …senorita….,” Demikian perkongsian Shiera di laman intagramnya.
Rumah kemas, memang menjadi idaman semua orang. Apabila rumah dalam tersusun, tentu kita akan berada tenang apabila berada di rumah. Namun nak pastikan rumah sentiasa bersih dan kemas, kita kena didik diri menjadi seorang yang displin termasuk anak-anak. Ia supaya memastikan rumah dalam keadaan kemas.
Untuk itu, nak pastikan rumah kemas ada caranya walaupun ada anak kecil. Sebagaimana perkongsian ini.
Sejujurnya rumah kita bukanlah sentiasa kemas dan teratur 100% perfect seperti dalam gambar yang kita tangkap. Betul tak? Tapi bukanlah disebaliknya rumah macam tongkang pecah lak apa yang saya nak sampaikan di sini ialah mesti ada sahaja aktiviti rutin harian kita bersama keluarga yang melibatkan anak2 kecik. Mustahil kita nak pastikan sentiasa kemas dan teratur kan?
Jadi di sini saya nak share sedikit apa yang saya buat di rumah bersama anak2 even saya masih lakukan homeschooling dengan mereka
1) 1st kita sendiri kena didik anak2 dari kecik(umur yang mereka dah boleh faham) supaya jangan conteng di dinding, tapi lukis atau tulislah di kertas. Bagi kertas pada mereka, belilah kertas atau buku kosong atau lg menarik belikan whiteboard besar. Baru anak2 rasa seronok nak lukis hasil kreativiti mereka. Pesan banyak kali, bila diorang terconteng jangan terus marah. Tapi puji cantiknya adik lukis, tapi kan best lukis kt kertas ni. Nanti mama boleh tampal kertas ni kt dinding banyak2
2) keluarkan mainan yang diperlukan sahaja(untuk ruang selain toys room) dan ajar mereka kemas balik mainan selepas main. Ini penting. Selalu pesan dan ajak mereka kemas sama2. Sebab nanti bila dibiarkan lama2, mereka dh terbiasa main sepah2 last2 dia tahu ada orang yang akan kemaskan. Jadi di sini kita kena didik mereka mainlah sepuasnya tapi yang penting kemas semula
3) ajar anak2 untuk makan duduk dan lapik. Tak kiralah nak makan di mana dan apa, yang penting jangan makan berjalan2 dan lapiklah elok2 sekurang2nya dengan pinggan. Kalau mereka dah terbiasa makan bersepah2 nanti kita juga yang penat kena sentiasa sapu. Jadi proses tarbiyah bermula dari sini, adab makan pun terjaga
4) selalu minta bantuan anak2 untuk sama2 kemas rumah dengan kita. Ini memang susah nak buat. Kadang2 lain disuruh lain dibuat kan tak apa, ajar mereka perlahan2. Nanti lama2 diorang sendiri akan pandai kemas rumah sendiri. Tapi janganlah bagi task yang berat2, cukup ajar mereka susun bantal, letak pinggan kotor dalam sink, lap meja, baju kotor letak dalam bakul dan lain2 *anak lelaki lagi kena ajar buat kerja rumah, nanti dah kahwin senang bini dia
5) Last but not least, tanggungjawab memastikan rumah kemas dan bersih itu adalah tugas penting kita sebagai ibu sebenarnya. Kalau kita pun jenis tak kisah mengemas, anak2 pun akan terikut dengan sikap kita. Macam saya kadang2 hampir setiap hari kena mop rumah. Lagi2 kalau faqih dah keluarkan playdoh dia, dia buat lak track car guna playdoh.. Memang menarik!
Khai dan Rosma AF pentingkan kualiti masa bersama keluarga, “Dah besar-besar tiga anaknya..” Khai dan Rosma merupakan bintang yang sama menyertai program Akademi Fantasi (AF) musim pertama. Rosma, 35, dan Khai mendirikan rumah tangga pada 26 April 2008.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 15, Nur Amani Damia, 10, dan Nur Alya Dhania, 6 tahun.
Dalam era moden yang penuh dengan kesibukan dan tekanan, ibu bapa sering kali terperangkap dalam rutin harian yang padat, menyebabkan mereka tidak dapat meluangkan masa yang mencukupi bersama anak-anak.
Namun, meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak adalah kunci untuk membina hubungan yang kukuh, mendidik mereka dengan nilai-nilai yang baik, dan memastikan mereka membesar dalam suasana yang positif.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Khai dan Rosma di laman Instagram, pasangan ini berkongsi momen bersama anak-anak mereka.
Melalui masa yang diluangkan bersama, ibu bapa dapat membina hubungan emosional yang kukuh dengan anak-anak. Perasaan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa akan membuatkan anak-anak merasa dihargai dan disayangi.
Hubungan yang erat ini membantu anak-anak untuk membina keyakinan diri serta memberi mereka ruang untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah tanpa rasa takut atau tertekan.
2. Pendidikan dan Perkembangan
Meluangkan masa bersama anak-anak juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendidik dan membimbing mereka dalam pelbagai aspek kehidupan. Ibu bapa dapat memberikan contoh yang baik, mengajar nilai-nilai moral, serta membina kemahiran sosial yang penting.
Melalui aktiviti bersama seperti bermain, membaca, atau berbual, ibu bapa dapat memantau perkembangan anak-anak mereka, mengenal pasti minat dan bakat, serta membantu dalam mengasah potensi mereka.
3. Mencegah Masalah Tingkah Laku
Anak-anak yang tidak mendapat perhatian yang mencukupi daripada ibu bapa cenderung untuk mencari perhatian dari sumber lain, yang kadangkala boleh membawa kepada tingkah laku negatif.
Meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak dapat membantu mengelakkan masalah tingkah laku ini. Ibu bapa yang terlibat secara aktif dalam kehidupan anak-anak mereka akan lebih peka terhadap sebarang perubahan dalam tingkah laku anak-anak dan dapat mengambil tindakan awal untuk mencegahnya.
4. Mengukuhkan Nilai Kekeluargaan
Masa yang dihabiskan bersama keluarga adalah peluang untuk mengukuhkan nilai-nilai kekeluargaan. Melalui aktiviti bersama seperti makan malam, percutian, atau acara keluarga, anak-anak belajar tentang kepentingan kekeluargaan dan tanggungjawab mereka terhadap ahli keluarga yang lain.
Nilai-nilai ini akan membentuk mereka menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, hormat kepada orang lain, dan menghargai ikatan kekeluargaan.
5. Mengatasi Tekanan Hidup
Dalam dunia yang semakin mencabar, meluangkan masa bersama anak-anak juga memberi peluang untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh kedua-dua ibu bapa dan anak-anak.
Masa berkualiti bersama keluarga boleh menjadi terapi yang menenangkan, di mana ibu bapa dan anak-anak dapat melupakan seketika tekanan dari pekerjaan, sekolah, atau masalah lain.
Aktiviti yang dilakukan bersama-sama, seperti bersukan, memasak, atau sekadar berbual, boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental.
Kesimpulannya meluangkan masa bersama anak-anak bukanlah satu tugas yang boleh diabaikan. Ia adalah satu pelaburan jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua ibu bapa dan anak-anak.
Dalam dunia yang serba pantas ini, penting bagi ibu bapa untuk sentiasa ingat bahawa anak-anak adalah anugerah yang perlu diberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya.
Masa yang dihabiskan bersama anak-anak bukan sahaja membantu mereka membesar dengan sihat dan bahagia, tetapi juga mengukuhkan institusi kekeluargaan dan memastikan kesejahteraan bersama dalam jangka masa panjang.