Umum mengetahui pelakon dan hos, Siti Elizad sedang mencuba rawatan IVF bagi mendapatkan anak. Sebelum ini, dia berkongsi momen ketika melakukan rawatan tersebut.
Namun rezeki tidak memihak kepadanya dan suami . Terbaru, dia berkongsi berita sedih apabila keguguran. menurutnya, dia hanya sempat merasai nikmat menjadi ibu selama seminggu sahaja.
Menurut Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Sharifuddin, 36, kandungannya tidak kuat dan berlaku pendarahan.
“Allah bagi rasa nikmat jadi Ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh “rasa “ itu. Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyaallah dia punya gembira tu tak tau nak kata, sebab dah lama menanti.
Ads
“Tapi kandungan tak kuat dan bleeding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana . Terduduk seketika,” katanya yang memuat naik berita tersebut di akaun Instagram miliknya.
Penyampai radio Sinar itu difahamkan hamil selepas menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Ads
Pun begitu, Elizad tetap bersangka baik dan tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata.
Dalam pada itu, Elizad dijadualkan untuk menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021.
Ads
“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying.
“See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my IVF journey,” beritahunya.
Elizad menjalani sesi IVF pada 21 Oktober lalu di sebuah hospital swatsa. Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang dulu-dulu selalu ulang-ulang kata mengatakan bahawa jaga anak perempuan ini lebih sukar, kemana sahaja dia pergi akan membawa maruah keluarga. Apatah lagi melihat cabaran membesarkan anak remaja masa kini, nyata berganda kerisauan ibu ayah jadinya.
Umpamanya kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu ini, ustazah Rohamiah Muda di akaun facebooknya meluah rasa kerisauan bila anak perempuannya meminta izin bercuti bersama kawan-kawan.
Biarpun anak perempuannya sudah besar, namun di hati ibu tetap gusar apabila anak tidak di depan mata. Hanya kata-kata nasihat dititipkan buat anak perempuannya agar pandai jaga diri. Selebihnya Allah jualah yang memelihara anak perempuannya itu.
Anak Minta Izan Ke Desaru
“Mama, saya nak ikut kawan pergi Desaru,” kata Kakak Izzati beberapa hari lepas.
“Buat apa?” tanya saya.
“Saja. Kawan ajak.”
Sambil berfikir dan mencari alasan, saya menjawab, “Mama tanya papa dulu ya.”
“Ala …” jawab Kakak seperti ada nada kecewa.
Boleh Bersyarat
Dalam hati sebenarnya saya tidak izinkan dia pergi. Bimbang tanpa pantauan.
“Mak kawan saya pun ikut juga. Dia yang pandu kereta. Ada seorang lagi kawan saya ikut,” Kakak Izzati terus merayu.
Selepas berfikir, saya menjawab, “Boleh dengan syarat. Pakai baju sopan, jangan leka dan jaga adab.”
“Okey!” jawab kakak ceria.
Saya melihat ada sinar di matanya. Seronok!
“Mama …” ucap kakak dengan memandang saya sambil senyum.
“Nak apa lagi?”
“Nanti nak duit sikit, sebab nak kena bayar.”
“Ya lah.”
Terfikir Menarik Semula Keizinan
Beberapa hari kemudian, kakak bersuara, “Mama, nak beli baju.”
“Nak buat apa?”
“Nak pergi Desaru nanti nak mandi. Nak kena pakai baju ‘jesy’,” kata Kakak Izzati.
“Nak mandi? Tempat terbuka ke tak?”
“Tak tahu.”
Ketika ini saya mula terfikir untuk menarik semula keizinan. Tapi, saya sudah beri keizinan, saya tetap membuat syarat.
“Ada ke baju ‘jesy’ yang labuh?” tanya saya.
“Ada.”
Hati seorang ibu, tetap tidak tenang dengan permintaan anak.
Pergi dengan kawan, bimbang tindak tanduknya tidak terkawal.
‘Ya Allah, jika perkara ini tidak baik bagi anakku, Engkau jadikan sebab untuk batalkan program ini,’ doa saya dari hati yang paling dalam.
Selepas sediakan keperluan Kakak Izzati untuk ke Desaru, saya serahkan urusan ini kepada Allah.
Akhirnya Hati Sangat Lapang
Tiba-tiba semalam, Kakak Izzati berkata, “Mama, kawan saya beritahu, dia tak jadi nak ke Desaru sebab mak dia nak pergi ke K.L.”
“Oh, ya?”
Dalam hati, saya ucapkan alhamdulillah.
Saya ceritakan kepada Kakak Izzati tentang doa saya. Dia ketawa. Sebab dia tahu saya agak susah untuk lepaskan dia keluar bermusafir bersama kawannya.
Subhanallah.
Hati saya sangat lapang selepas Kakak Izzati maklumkan berita itu.
Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Sungguh. Menjaga anak perempuan lebih sukar. Ke mana dia pergi, dia membawa maruah diri dan keluarga.
Moga Allah terus pelihara anak remaja kita. Semoga mereka teguh dalam beragama. Amin
Ibu mana yang sanggup berjauhan dengan anak kan. Nak nak lagi kalau baru menimang cahaya mata. Demikianlah yang sedang dilalui oleh pelakon kecil molek, Sari Yanti.
Dia yang kini sedang bercuti berdua bersama suami, Jep Sepahtu di Maldives memuat naik satu kertas yang menulis nama anak-anaknya di instagramnya sehari selepas tiba di tempat percutian tersebut.
“Nanti ada rezeki kita datang sama sama pulak,”tulis Sari ringkas namun cukup memberitahu akan perasaan rindunya pada anak-anak.
Demikianlah hati seorang ibu kan bila berjauhan dari anak-anak. Perkongsian dari Sari ini juga mendapat respond dari pengikutnya. Ada yang mengatakan ini adalah sindrom mak-mak apabila berjauhan dengan anak-anak.
Sementara itu menerusi instagram milik Jep turut memuat naik ucapan hari jadi buat isterinya yang tersayang. Rupa-rupanya percutian pasangan sama cantik sama padan ini adalah bersempena hari jadi Sari Yanti. Bestnya kan dapat bercuti bersama yang tersayang.
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.Jom kita cuba
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.